Sunday, June 2, 2019

ISU TANDAS MASJID KENAPA TIDAK JADI KEUTAMAAN..

Dalam tempoh dua minggu terakhir Ramadhan aku banyak berada di KELANTAN, Terengganu dan Pahang Dan baru Dua Hari yang lepas berada di Johor.

Ramadhan sangat indah dari segi pengisian Dan kualiti boleh dikatakan di SELURUH negeri KELANTAN yang 24jam tidak pernah sunyi DENGAN kunjungan manusia.

Masjid Muhammadi Kota Bharu ANTARA yang TERBAIK dalam semua segi.

Dua Hari lepas di masjid jamek kluang, satu situasi yang sebaliknya Dan paling terpukul keadaan tandasnya yang lintang pukang..
Tandas tanpa PINTU? Tandas kuncinya di luar? Mangkuk tandas pecah sudah berapa lama?
Semua petanda penyelenggaraan yang tidak sempurna sedangkan saban jumaat tong derma merayap. KE Mana perginya semua kutipan itu?

ISU tandas Kotor sebenarnya isu lama yang tidak mendapat PERHATIAN?
Jaga imej Islam lebih kepada kulit? Lebih kepada ISU penceramah tanpa tauliah Dan yang terbaharu ahli Parlimen berbuka puasa di gundawara menjadi ISU.!

BAGAIMANA agaknya orang KAPIR di jemput KE masjid untuk berbuka Dan tiba² mereka nak KE tandas? APA imej yang akan terpahat di kepala mereka?

The best Masjid di kluang yang mencerminkan imej Islam yang TERBAIK adalah Masjid Malbari.

Tahniah kepada pengurusan Dan jawatankuasanya.

9 comments:

  1. masjid di parit buntar tak nak komen...? bersih macam kepala mujahit berkilat masam

    ReplyDelete
  2. Isu lama kd, tp tak pernah jd pengajaran. Ditulis, ditegur berkali-kali bab kebersihan masjid terutama tandas tp jarang sgt nk berubah. Soal infak & derma utk masjid, memang pelik. Ada akaun masjid yg kumpul puluhan ribu tp penyelenggaraan masjid terutama bab tandas & kebersihan amat menyedihkan. Ia sebenarnya melibatkan ajk masjid. Kalau ajk masjid tidak melihat kebersihan dan keselesaan di rumah masing² itu penting maka utk masjid akan jd serupa. Bagi mereka masjid utk solat, lupa pulak sebenarnya kebersihan itu tuntutan dlm Islam. Dari tinjauan kd spt mana yg ditulis, saya juga berpendapat yg sama. Boleh dikenalpasti masjid mana bersih selesa dan masjid mana yg tandasnya menggelikan. Selain itu faktor pengguna kemudahan masjid juga main peranan. Ada musafir yg mudah shj tinggalkan lampin pakai buangnya terbiar tanpa dimasukkan dlm tong sampah, buang air tanpa flush sambil tinggalkan najis utk diuruskan oleh org lain.... Aduhh! Pelbagai ragam manusia yg kurang fungsi akal, hanya pentingkan diri. Minda kelas ketiga sebenarnya masih kuat dlm diri muslim malaysia. Entah bila agaknya akan berubah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Punca pengguna jadi tidak bertanggungjawab juga bermula dari tandas masjid itu sendiri. Yang tidak diurus DENGAN baik.
      Sesetengah air pipe meleleh, tandas tiada baldi, tiada getah tiada pencedok..agak² BAGAIMANA nak basuh selepas buang air Besar?
      SILA PAM SELEPAS GUNA..APA yang nak dipam? Semua tidak berfungsi?
      Air bertakung, tersumbat?
      Memang macam² Hal..

      Pegawai ugama, Ketua ugama, PEJABAT ugama, Exco ugama - Bab jawatan, Bab elaun, Bab syarahan semua cukup lengkap - tetapi Bab tandas (itu amanah mereka) hancus...

      Datang ostat bersyarah pasal syurga - agak² ajk masjid boleh masuk KE syurga kalau tandas BERSEPAI lintang pukang.

      Dan kalau mereka ini diangkat jadi pemimpin, jahanam NEGARA.

      Delete
    2. Pegang pengerusi masjid tu sama la mcm memimpin kerajaan..
      PM..kalau masjid dgn pengurusan masjid nya..walau oun tabung merayap..ongkos nya kemana..jngan ada penyelewengan..
      Kalau mengurus kan kerajaan..tabung merayap..tk cukup..pinjam biliun2..dh buat budget..tapi asyik tk cukup..pinjam lagi..lebihan dari budget tu la imflasi..dulu atok pm 4 ada ckp..saya pegang sampai hari ni..kad kredit tu imfasi..kenapa atok guna kad kredit(bon2..bon samurai).ini nk melingkup atau menyelamat..barang2 dalam kapal dh separuh di humban kelaut..kapal masih nk karam..atau nakhoda sedang lena dibuai mimpi..

      Delete
    3. Keluangman
      Peringatan
      Kalau komen nk disiarkan..jnagan komen pasal atok atau dap..atau segala top dog..

      Delete
  3. Aku tidak pasti standard tandas di pondok²
    Satu Dua yang aku masuk masih status "C"

    ReplyDelete
  4. Bukan JKR Johor ada tandas di Raja ke? Mungkin boleh dipinjamkan dulu kepada masjid Kluang sementara tandasnya dibaik pulih

    ReplyDelete
  5. ...rata2 situasi yg hampir serupa. Kurang kesedaran dan komitmen serta lebih kpd jawatan disandang. Keduanya pihak bertanggungjawab tidak menyediakan SOP supaya masjid dapat ditadbir urus dgn baik dan sistematik. Jamaah pun perlu memiliki nilai yang baik sebagai pengguna ...

    ReplyDelete