Sunday, June 16, 2019

PERTAMBAHAN LEBIH DUA KALI GANDA KERUSI DAP DI PARLIMEN DAN NEGERI JIKA PERSEMPADANAN SEMULA KAWASAN PILIHANRAYA BERDASARKAN JUMLAH PENGUNDI..

Update

https://m.malaysiakini.com/news/356282#.XQdvPY98JJc.whatsapp





Cabaran utama untuk orang Melayu yang akan menjadi minorities kerusi walaupun majoriti (60+%) penduduk.

Tuntutan yang akan dibuat oleh DAP bila²  masa disokong oleh MCA MIC GERAKAN, tidak dapat dielak dan APA helah politik Melayu BERSATU UMNO PAS AMANAH  untuk mengatasinya.

Apakah Melayu boleh duduk semeja satu hati walau berbeza PANDANGAN dan perjuangan politik.
Melihat kepada perkembangan pemimpin politik semasa tidak ADA sebab penyatuan hati Dan matlamat tidak boleh berlaku.

Perkara pokok, buang yang keruh ambil yang jernih, saling bermaafan, lupakan kesilapan yang lalu (yang bersalah-undang² yang tentukan)
Duduk bersama satu meja perlu disegerakan tanpa muslihat.

Sudah sampai masanya orang Melayu berhenti membenci pemimpin Melayu dengan mengambilkira kepentingan rakyat Dan NEGARA.

Ruang Dan peluang untuk pemimpin Melayu BERSATU harus dijadikan gagasan baru sebelum terlewat.

Penyatuan melalui saluran yang lebih afdhal dan meliputi semua.