Saturday, July 27, 2019

DAP GELABAH BILA PAS BACKUP MAHATHIR...

Punca penyatuan UMNO dan PAS adalah DAP...
Samada Mahathir atau Anwar sudah tidak mampu menghalang kerjasama tersebut untuk terus kukuh..



Beza Anwar,  dia sangat mengharap DAP untuk kerjaya poliknya,  berbanding Mahathir.. Hanya terus bercakap benar tanpa hirau kawan dan musuh politiknya.. Mahathir diperlukan lebih dari dia memerlukan satu pihak.
Kelemahan Mahathir,  dia tidak tunduk atau berubah untuk kepentingan atau keperluani orang lain.

Will Zahid work with PAS to keep Dr M for a full term?: MP SPEAKS | It was j ifust last week when Zahid insinuated that Mahathir was a DAP stooge.

19 comments:

  1. Pas backup Madey? Kahkahkah. Mimpilah korang sampai hari Kiamat dengan kisah Panji Hitam dan huruf Mim yang diseleweng dari nama Madey. Sekarang orang Pas yang paling kuat kempen Madey dan anak bini termasuk cucunya tidak ikut ajaran Islam sebenar dan buat perkara bertentangan dengan Islam. Apa yang DAP buat itulah backup sebenar Madey supaya tidak jadi pemimpin yang lemah dan tidak guna sampai kena kutip sampah sarap politik Malaysia. Kembalikan PH dengan Malaysia Baharu. Imej PH sekarang hanya makin melemahkan Malaysia Baharu. Pendek kata mencapai gagal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serangan berkekalan ke atas Mahathir datangnya dari konco penyamun dan semburit lama.

      Senario politik tidak dapat berbohong memperlihatkan Mahathir tetap kukuh dan kerusi PM makin terjamin buatnya.

      Delete
    2. Kaedah pembenci kebenaran :-

      1. Mula-mula mereka katakan kisah Pasukan Panji Hitam @ Pembawa Panji Hitam @ Bani Tamim dan Pemuda Tamim adalah dongengan.

      2. Kemudian apabila dibawa dalil-dalil mengenai khabar-khabar ini, mereka katakan Pembawa Panji Hitam @ Pemuda Tamim itu bukan Tun Mahathir tetapi orang lain.

      3. Apabila diminta menunjukkan siapakah calon lain sebagai Pembawa Panji Hitam @ Pemuda Tamim selain Tun Mahathir mereka mula memberikan nama itu dan ini. Tetapi apabila disangkal dengan hujah dan dalil bahawa nama-nama tersebut langsung tidak menepati ciri-ciri yang dikhabarkan, mereka kembali mengatakan kisah Pasukan Panji Hitam itu palsu, selain cuba menyangkal dengan mengatakan 'Pemuda Tamim' adalah seorang berusia muda sedang Tun Mahathir telah berusia hampir seabad.

      5. Apabila disangkal balik dengan hujah dan dalil dan mereka langsung tidak boleh menjawab balas maka mereka pun memperolok-olokkan pula dengan bertanya pula kalau kibar panji masuk syurga ke berapa dan kalau tidak kibar panji pula masuk neraka ke berapa? Menunjukkan bahawa mereka memang tiada dalil untuk menyangkal kebenaran kisah Pasukan Panji Hitam dan hujah bahawa Tun Mahathir adalah calon tunggal Pembawa Panji Hitam yang dinubuwahkan di dalam hadith dengan nama kodnya "Shuaib bin Soleh."

      6. Di dalam mereka mendustakan itupun mereka muncul dengan gelaran 'ashab rayati suud' yang bermaksud 'Pasukan Panji Hitam' dan membawa pula isi ceramah seorang penceramah Indonesia yang berkata Pasukan Yang Tidak Pernah Ditewaskan itu ialah Taliban di Afghanistan untuk berhujah dengan John Doe konon Tun M bukan orangnya.

      HAKIKAT YG PASTI IALAH MEREKA TAK PERNAH KONSISTEN.

      Ia menunjukkan bahawa di dalam hati mereka, mereka tahu dan sedar bahawa perkongsian John Doe bahwasanya Tun Mahathir orangnya barangkali adalah benar.

      Walaubagaimanapun mereka tidak mahu mengakuinya disebabkan calon tunggal yang memenuhi ciri-ciri yang dikhabarkan di dalam hadith adalah orang yang mereka benci. Mereka bencikannya kerana mereka adalah pendusta yang mendapat hasil duniawi melalui jalan kebathilan, sedang Tun pula adalah pejuang kebenaran.

      Hakikantya ialah apabila John Doe memberitahu Tun Mahathir adalah Pembawa Panji Hitam John Doe tidak mempunyai sebarang keraguan tentangnya. Sebab itu John Doe malah berani bersumpah di atas nama Allah Tun Mahathir adalah orangnya

      Ada pula ketika mereka berkata Tun Mahathir bukan Pembawa Panji Hitam @ Pemuda Tamim, mereka langsung tiada keyakinan tentangnya dan hanya berharap Tun Mahathir bukan orangnya. Ini adalah kerana sekiranya mereka benar-benar yakin Pembawa Panji Hitam itu bukan Tun Mahathir maka sudah tentu mereka akan berupaya menunjukkan calon lain selain Tun Mahathir yang menepati ciri-ciri yang dikhabarkan di dalam hadith.

      Demikianlah mereka berterusan membenci kebenaran dengan kaedah memperolok-olokkan seperti Musyrikin, beralasan seperti Nasrani, dan memutarbelit seperti Yahudi.

      Tanpa mereka sedari, setiap hari countdown untuk Panji-panji Hitam benar-benar muncul sedang berjalan, sehinggalah ketika pertempuran telah bermula dan mereka mula sedar apa yang diceritakan oleh John Doe adalah kebenaran. Malangnya ketika itu mereka telah pun melalui tempoh berputus asa, dan selepas itu mereka tewas mutlak. Ketika tewas mutlak mereka telah pun kehabisan tempoh dan alasan.

      Berkibarnya Panji Hitam sbg tanda kemenangan mutlak pasukan yang benar adalah khabar nubuwwah. Mendustakannya dan mempersendakannya tidak akan dapat menghalangnya daripada berlaku.

      Que sera sera.

      Wallahu a'lam.

      Delete
    3. ia hanyalah telahan... tak perlu la rasanya nak beria percaya pada telahan ahlul nujum.. ia mungkin hanya cerita rekaan.

      cukuplah kita percaya pada rukun iman yangbw jib kita percaya.. bukan beriman dengan cerita ahlul nujum

      Delete
    4. Kisah panji hitam bukan dongeng tapi ko kaitkan dgn madey jadi dongeng temberang...tamim satu perkataan untuk satu nama bani.. tapi ko kaitkan 2 huruf dgn tanah melayu plak..hadis nabi dlm bahasa arab tak de kaitan dgn bahasa melayu pon ato lain2 bahasa...ko selewengkan maksud hadis nabi...beryobat lah ostad doe seblm nyawa di halkum..

      Delete
    5. Aku tak taulah kalo KD percaya cerita temberang jon doe yg kaitkan maksud hadis nabi dgn madey atas alasan ciri2 yg lemah....madey bukan perjuangkan islam sejati...anak branak madey tak dididik ikut cara islam sejati...pertandingan politik bukan pertemporan...bawak dulu untuk pengesahan majlis fatwa kalo ko ade hujjah yg kuat ostad doe woooit...itu pon kalo ko ade brani...kalo majlis fatwa sahkan baru aku percaya kerana ko bukan ulamak besar..

      Delete
    6. Calon paling sesuai pembawa panji hitam adalah mat sabu.

      Delete
    7. Kejora Bapuk Bodo,

      Tentang 'Bani Tamim' ini secara ilmiah aku telah ceritakan sejak sebelum Tun M kembali menjadi PM-8 lagi dan aku tidak berminat kepada siaran ulangan kerana pendusta dan pembenci kebenaran memang tidak mahukan kebenaran sebab mereka mendapat hasil duniawi melalui kebathilan.

      Adapula apabila aku menyebut Ta dan Mim itu secara hikmahnya bermaksud Tun Mahathir dan Tanah Melayu itu adalah satu pandangan hikmah selepas ilmiah, aku sedang memberi penerangan tentang hikmah pula.

      Hikmah datang selepas ilmiah bagi mereka yang memiliki hikmah.

      Malah aku turut mengaitkan singkatan namanya Mahathir Mohamad dengan MM yang bermaksud Malay Muslim, Malayasian Malay dan Malaysian Muslim.

      Malah aku juga telah memberitahu disebabkan namanya Maha-thir dia adalah orang yang menerima cercaan paling dahsyat di zaman fitnah.

      Aku juga telah memberitahu ia bukan satu kebetulan namanya Maha-thir di sebuah negara yang raja-rajanya menggunakan gelaran Maha pada nama mereka.

      Ada pula tuduhan2 ke atas Tun seperti yang kamu sedang lakukan ini juga semua telah aku jawab sejak bertahun yang lalu dan aku tidak minat siaran ulangan.

      Aku telah memberitahu bahawa Tun Mahathir adalah orangnya, dan meminta semua orang bersaksi bahawa aku telah mengatakannya supaya kelak para pendusta tidak lagi dapat beralasan tiada sesiapa yang telah memberitahu perkara tersebut.

      Ada pula bagi kamu, kamu bersedialah sahaja dengan perjanjian kita bahawa apabila ia telah dibuktikan bahawa Tun Mahathir adalah Pemuda Tamim @ Pembawa Panji Hitam, dan zaman fitnah telah ditinggalkan maka kamu akan bersedia untuk bertanggungjawab di hadapan thaifah akan segala tohmahan-tohmahan yang telah kamu lemparkan ke atas Tun hari ini.

      Silakan kata apa sahaja hari ini ketika kita masih berada di zaman fitnah dan ahli-ahli fitnah masih diberi tempoh untuk bersukaria. Asal kelak apabila ia benar-benar berlaku jangan cakap tiada sesiapa yang telah memberikan nasihat dan peringatan. Asal kelak jangan cakap John Doe tak payung.

      Selepas ilmiah datangnya hikmah. Selepas hikmah datangnya karamah. Sementara karamah itu belum didatangkan, para pembenci kebenaran memang diberikan tempoh bersukaria mendustakan dan mempersendakan. Apabila karamah telah terbongkar maka tamatlah tempoh bersukaria tersebut.

      Ilmu, hikmah dan karamah yang tersembunyi adalah rahsia Tun Mahathir sentiasa menang. Apabila ilmu, hikmah dan karamah telah terbongkar kebathilan itu akan tewas mutlak serentak.

      Anon; rukun Iman juga mengatakan beriman kepada para Rasul dan termasuk beriman kepada para Rasul ini ialah beriman kepada khabar-khabar yang mereka sampaikan termasuk yang bersifat nubuwwah (prophecy) dan bersifat risalah (khabar ghaib).

      Kisah tentang kemenangan mutlak Pasukan Panji Hitam adalah satu nubuwwah dan merupakan khabar gembira bagi orang-orang beriman dan khabar peringatan bagi orang-orang munafik yang berpura-pura beriman. Hanya yang munafiq akan membenci khabar peringatan ini.

      وَمَا نُرْسِلُ الْمُرْسَلِينَ إِلَّا مُبَشِّرِينَ وَمُنذِرِينَ ۚ وَيُجَادِلُ الَّذِينَ كَفَرُوا بِالْبَاطِلِ لِيُدْحِضُوا بِهِ الْحَقَّ ۖ وَاتَّخَذُوا آيَاتِي وَمَا أُنذِرُوا هُزُوًا

      "Dan tiadalah Kami mengutus para Rasul itu melainkan untuk membawa khabar-khabar gembira dan khabar-khabar peringatan (khabar2 takut). Dan orang-orang yang engkar itu akan mengingkarinya dengan yang bathil untuk menutup yang haq. Dan mereka mengambil ayat-ayatKu dan apa yang diperingatkan itu sebagai olok-olokan". (Al-kahf :56)

      Que sera sera.

      Wallahu a'lam.

      Delete
    8. Kejora Bapuk Bodo,

      Majlis Fatwa dan apa sahaja pun tidak akan menyelesaikan apa-apa.

      Kita sedang berada di zaman fitnah di mana orang-orang berilmu yang bingung dan orang-orang bodoh yang disangka Ulamak wujud di mana-mana. Seama mufti sendiri bukan sahaja berbeza pendapat malah juga bertelagah.

      Hanya ada satu majlis sahaja yang akan menyelesaikan segala perbezaan pendapat dan pertelegahan ini iaitulah Al-Malhamah Al-Kubra aka Pertempuran Klimaks.

      Apabila Panji Hitam dikibarkan selepas majlis ini berlangsung maka segala pertelagahan dan perbezaan pendapat telah pun diputuskan secara muktamad dan hanya selepas itulah umat ini tidak akan wujud lagi pertelagahan.

      Yang bathil itu akan tewas mutlak dan hanya kebenaran sahaja yang akan kekal.

      Kamu tunggu sahaja apabila majlis itu berlangsung.

      Que sera sera.

      Wallahu a'lam.

      Delete
    9. Tukang ramal dan tilik nasib akan buat hadis dan sunnah Nabi ikut seleranya sendiri. Bani Tamim dan pengibar panji hitam diselewengkan sampai kepada huruf Ta dan Mim juga kerja tukang ramal yang tak akan mampu memberikan bukti kukuh. Sekadar berharap ada pengikut jika dapat menakutkan orang lain sebagai pendusta dan golongan penentang. Abuya Al Arqam dahulu memang perangai macam ini sampailah bertaubat di akhir hayatnya. Malangnya pengikutnya sampai sekarang masih menunggu pengganti Pemuda Tamim versi mereka yang gagal muncul selepas Abuya mati. Kalau ikut versi tukang ramal baru ni, anak beranak Madey atau Anwar atau Azmin semburit calon yang tidak akan dipancung dan dihapuskan Imam Mahdi sebab mereka ada di Tanah Melayu dan masih di bawah Madey? Kalau Mim tukar Alif maka Imam Mahdi akan pancung kasi matilah? Maka semua orang kena pilih pemimpin guna huruf Mim bila Madey sudah tiada. Hahahaha. Khurafat sungguhlah manusia zaman sekarang.

      Delete
    10. Hahaha.. Selain memperolok-olokkan, beralasan dan memutarbelit pembenci kebenaran juga suka memasukkan perkataan ke dalam mulut orang lain.

      Sebelum Al-Arqam, Bani Abbasiyyah sendiri telah cuba mendapatkan legitimasi gerakan mereka apabila mahu merampas takhta Bani Umayyah dengan dua cara iaitu:-

      1. Menggunakan bendera berwarna hitam di dalam gerakan mereka.

      2. Bergerak ke arah ibu kita kaum Muslimin dari arah Timur (Khurasan).

      Gerakan Bani Abbasiyyah berjaya. Walaubagaimanapun seluruh umat menafikan mereka adalah Pasukan Panji Hitam yang dimaksudkan kerana Pasukan Panji Hitam akan muncul di hujung zaman fitnah (disebut zaman mulkan jabbariyyan) sedang ketika berlakunya rampasan kuasa oleh Bani Abbasiyyah, umat masih berada di zaman menggigit, iaitu zaman ketiga.

      Itu sejarah zaman menggigit.

      Di zaman fitnah, di sebuah negeri Islam di Timur, muncul satu gerakan yang menamakan diri mereka Pasukan Panji Hitam iaitulah gerakan Al-Arqam.

      Hakikatnya, sejarah Al-Arqam dan Ashaari Muhammad secara hikmahnya juga menunjukkan bahawa Tun Mahathir adalah Pembawa Panji Hitam yang sebenar.

      Apabila gerakan Al-Arqam menjadi kuat, Ashaari Muhammad menyangka dirinya adalah Pembawa Panji Hitam @ Pemuda Tamim. Maka dia pun berkata bahawa dia akan menjadi PM-5 untuk membolehkan dirinya melaksanakan tugas mutlak Pembawa Panji Hitam iaitulah menabalkan Khalifah Akhir Zaman.

      Al-Arqam malah mencipta satu lagu khusus untuk Pemuda Tamim dan mengatakan Ashaari Muhammad adalah orangnya. Berikut ialah senikata rangkap pertama lagu tersebut :-

      Telah tiba...
      Seorang pemuda berasal...
      Dari ufuk Timur membawa...
      Cahaya keimanan bersama...
      Sebuah thaifah masa kini...
      Di akhir zaman...

      Lagu dan senikata yang tepat tentang Pemuda Tamim @ Pembawa Panji hitam di dalam nubuwwah, cuma orangnya sahaja silap.

      Apa terjadi kepada Al-Arqam selepas itu? Mereka Tersungkur Di Pintu Syurga dan kemudian lenyap menjadi sejarah.

      Eh eh.. Bukankah Nabi Muhammad saw telah mengkhabarkan bahawa Pasukan Panji Hitam itu adalah pasukan yang tidak pernah tewas? Sekiranya Al-Arqam telah tewas maka sudah pasti pasukan mereka bukanlah Pasukan Panji Hitam.

      Pasukan siapakah yang telah menewaskan Al-Arqam? Jawapannya, ia adalah Pasukan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri ke-4 yang pada masa itu hanya bergelar Dato Seri. Secara hikmah pasukan yang menewaskan Al-Arqam itulah Pasukan Panji Hitam yang sebenar. Apatah lagi pasukan Tun Mahathir sememangnya pasukan yang tidak pernah tewas.

      Hari ini di tahun 2019 ketika zaman fitnah telah berlangsung selama 95 tahun (zaman fitnah tidak akan mencecah satu abad) Ashaari Muhammad telah bergelar arwah sedang Tun Mahathir pula kembali sebagai PM-7. Sebagai PM sebuah negara Islam, Tun Mahathir mempunyai kelayakan untuk menabalkan Khalifah Akhir Zaman sebagaimana yang pernah diakui dan dihajati oleh Ashaari Muhammad sendiri.

      Sekali lagi secara hikmahnya, kisah Al-Arqam dan Ashaari Muhammad menunjukkan bahawa Tun Mahathir adalah Pemuda Tamim @ Pembawa Panji Hitam yang sebenar.

      Pembenci dipersilakan terus mendustakan mahupun mempersendakan. Ia tidak akan mengubah fakta bahawa Tun Mahathir adalah calon tunggal yang menepati segala ciri-ciri yang telah dikhabarkan mengenai Pemuda Tamim @ Pembawa Panji Hitam dan demikian dia adalah orangnya.

      Sebagaimana Al-Arqam telah lenyap dan menjadi sejarah, sebegitulah kesemua pasukan-pasukan bathil itu akan lenyap dan menjadi sejarah di zaman baru.

      Que sera sera; Tun Mahathir adalah PPH dan masa akan membuktikannya.

      Wallahu a'lam.

      Delete
    11. Hahahaha. Seleweng pula fakta Abuya Al Arqam sebagai bukti ramalan sendiri betul? Kalau Abuya ramal diri sendiri sebagai Pemuda Bani Tamim yang akan berjuang disisi Al Mahdi itu palsu, apa lagi tilikan kamu yang guna penyelewengan huruf dan sejarah politik Malaysia yang tidak menyeluruh? Sekadar memilih-milih bahagian yang disukai dan menolak apa yang dikhabarkan jika tidak ikut selera? Bukankah ini punca kepercayaan khurafat ala Al Arqam dahulu merebak dan menyebabkan Melayu Islam macam disampuk? Lagipun ada lebih 7 billiun manusia dan ada pelbagai versi Pemuda Bani Tamim siap dengan bendera hitam ciptaan masing-masing. Cukuplah jika dimaklumkan tukang tilik dan pengikutnya kedua-duanya akan masuk neraka.

      Delete
    12. sekadar teori yang tidak dapat di pastikan... aku sokong madey...

      tapi what the hell untuk percaya teori khurat ko dari ahlul nujum. tiada niat untuk perkecil sekadar nasihat. kalau betul pun nak aku ucap tahniah ke ?

      tak payah lah ko pulak memandai buka rahsia tuhan... melaikab ko punya cerita dapat dokongan dari para ilmuan.. tak kan semua ilmuan keliru. ye tak? ko sorang je yang tak keliru ��

      Delete
  2. Madey percaya pas?...lobai hadi hanye bodek untuk dapatkan royalti minyak saja...seblm pru hadi kata madey bahaya dan madey hanye layak jadi doktor diklinik saja.....bila rimau awang besol mati sesat masuk ka.pong kerana balak di terngganu dan orang asli perang dgn polis di gua musang hadi terhegeh2 umum sokong madey...lobai hadi pandai bermuka2...madey dah kenal lama lobai hadi yg saman SR separuh jalan..

    ReplyDelete
  3. Zahid dulu lata sanggup mati utk anwar.
    Org politik bukan bleh percaya 100%.

    Mungkin sbg trick nk stay relevan jdk presiden umno.
    Utk apa zahid kembali ke takhta dan najib penasihat bn?
    Crk payung, crk tongkat crk tikar nk selamat dari kes mahkamah.

    Bila diseret masuk longkap nnt cerita pun dh smp klimak mahathir dikawal dap nk penjarakan pemimpin islam melayu mari ramai2 kita buat huru hara tumbangkan kerajaan.

    Zahid ni xcerdik mana.
    Skrip dia selepas kembali dh siap disusun atur.

    ReplyDelete
  4. umporno......sampai bila2 otak penuh porno! wak jawa tu kejap a, kejap b.....otak kalut! nak jadi pm......mmmmmm...hampeh!

    ReplyDelete
  5. Punca umno berkerjasama dgn pas kerana umno nak dapatkan semula kuasa....kerjasama pas umno terbukti berkesan bila 3 prk mereka tewaskan madey...

    Selama 22 tahun madey dah takutkan melayu dgn Dap....alasan kerana Dap hanye pas nak yakinkan ahli2 nye saja kerana ada ahli pas yg tak setuju dan menentang pas kerjasama dgn kerana umno masih dianggap musuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hampir 100% ketua jentera Kerajaan dengan gred JUSA dan bawahan yang ada bawa idealisme nasionalis ala UMNO. Sekarang pun nampak sabotaj demi sabotaj yang dilaksanakan supaya Rakyat bawahan memberikan respon Kerajaan PH lemah dan tidak mampu (GAGAL) ubah lanskap politik, ekonomi, sosial seperti didendang dalam Malaysia Baharu semasa baru menang PRU14. Lebih ramai respon situasi tidak ubah semasa zaman Madey pada tempoh akhirnya sebagai PM ke 4. Ekonomi lemah, pimpinan lemah dan kos sara hidup terabai. Sampai tahap bil elektrik pun disabotaj TNB naik tanpa notis menunjukkan tahap prestasi PM sekarang memang tidak memuaskan dan sangat mudah dipermainkan musuhnya. Rakyat pun diam-diam buat keputusan harap ada undi ubah PM atau undi ubah PH.

      Delete
  6. Zahid kata cium 7 kali pon madey takkan tunaikan janji serah jawatan pm...wak Jahid dah lama kenal madey...

    ReplyDelete