Sunday, July 21, 2019

Penganalisis dakwa langkah PPBM tangguh pemilihan seperti Umno

Penganalisis dakwa langkah PPBM tangguh pemilihan seperti Umno: Kamarul Zaman Yusoff berkata penangguhan pemilihan parti adalah 'trademark' Umno.

8 comments:

  1. Parti bidan terjun, tergesa-gesa, parti untuk pilihanraya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ppbm tu dublicate umno dlm mata dan jiwa tun madey. Cumanya atas sbb politik tun madey malu nk akui. Pantang tun madey nk mengaku kalah. Cuma nampak dari hujung mata ketika dia mengajak org melayu khususnya umno sertai bersatu. Boleh baca tak? Ada permainan politik agak segar dlm masa terdekat ini. Umno-pas dan ......

      Delete
    2. Semuanya telah dijangka oleh otai yg tajam pemikiran dan mata hati (sebaik² usai pru14) apa yang dijangka akan berlaku.

      Semuanya saya dah sebut dalam blog KD yg lepas2 terutama 1 hari-3 bulan selepas pru14.

      Saya dah barai apa yg saya nampak dengan mata hati naluri saya.

      Semuanya sedang berjalan mengikut jalan ceritanya walaupun bersimpang siur.

      Jadi tidaklah mengherankan jika ada satu team lain akan terbentuk (ikut acuan atok da legend)

      Tidak heran jugak jika PH barai. Tun sangat smart. KJ dah warning.

      DAP? Mungkin dsai x sangka DAP akan berubah arah demi survival kuasa politik dalam kerajaan. Dulu pas dap pun boleh peluk² cium pipi, sapa kata x boleh peluk² lagi? Dengan pemimpin umno? Kacang je, yamseng depa boleh peluk².

      Amanah? kacang jr pada atok nak handle ...

      Politik adalah taichi serba mungkin.
      Tak pelik pada otai² jika serba serbi itu benar² berlaku.

      My2sen

      Delete
  2. BENARKAH TUN MAHATHIR DIINGINKAN JADI PM SEKURANG2NYE 3 TAHUN KERANA PENCEN?...

    Dalam diskusi buku “Anwar PM Ke-8 Janji Serah Kuasa Yang Mesti Ditepati” pada Rabu lalu, salah seorang ahli panel, Prof Dr Mohammad Redzuan Othman secara sekali lalu menyebut bahawa ada pihak tertentu berusaha agar Tun Mahathir Mohamad kekal lebih lama sebagai Perdana Menteri kerana faktor pencen.

    Katanya, kalangan itu mahu Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri sekurang-kurangnya untuk tempoh tiga tahun bagi membolehkan mereka menikmati pencen selepas itu.

    “Kalau Tun Mahathir berhenti dalam tempoh dua tahun atau tidak sampai tiga tahun, mereka itu tidak dapat pencen,” tambah beliau.

    Menurut Prof Redzuan, beliau mendengar perkara itu diperbualkan sebagai antara sandaran mengapa Tun Mahathir perlu dikekalkan lebih dua tahun untuk menjadi Perdana Menteri.

    Makna kata, mereka itu bukan sekadar mahu Tun Mahathir jadi Perdana Menteri selama dua tahun tiga bulan atau dua tahun enam bulan, tetapi sekurang-kurangnya mesti tiga tahun.

    Peraturan kerajaan menetapkan, mereka yang berkhidmat sebagai anggota pentadbiran sekurang-kurangnya selama tiga tahun dengan sendirinya layak mendapat pencen selepas perkhidmatan.

    Benarkah apa yang Prof Redzuan sebutkan ini?

    Benar atau tidak perkara ini hanya masa yang akan menentukan, tetapi ia memang ada logiknya kerana memang ada manusia yang lebih memikirkan persoalan poket di masa depan setelah tidak bekerjaya nanti.

    Apakah jaminan masa depan yang diperlukan bagi mereka yang bekerja dengan Tun Mahathir, sebilangan menteri dan timbalan menteri selain daripada pencen yang boleh diraih setelah tiga tahun berkhidmat?

    Lebih-lebih lagi bagi kalangan mereka yang merasakan tiada lagi masa depan atau sedar diri tidak akan dilantik untuk terus berkhidmat dalam kerajaan setelah Anwar menjadi Perdana Menteri, maka pencenlah satu-satunya harapan yang ada.

    Sebab itu, ada yang berkata, mereka yang beria-ia mahu Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri lebih lama itu hanya daripada Bersatu saja.

    Di kalangan parti-parti lain dalam PH tidak kedengaran ada yang bercakap mengenainya kerana mereka yakin, baik Tun Mahathir atau Anwar yang menjadi Perdana Menteri, berdasarkan kemampuan, khidmat mereka akan terus diperlukan dalam kerajaan.

    ReplyDelete
  3. Org kerajaan kata umno akan bungkus dulu, pembangkang pulak kata bersatu akan bungkus dulu. Hakikatnya bersatu wujud dan menjadi kerajaan kerana tun madey. Andai tun bukan lagi pm atau tun meninggal dunia, kpd siapa bersatu nak bergayut? Kebarangkalian bersatu akan bungkus dulu amat tinggi. Sebabnya jika zahid hamidi atau tok mat hasan meninggalpun, akar umbi masih bersepah utk ambil peranan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ambil peranan apa.....?
      Merompak negara ?.....hehehe.
      Perompak negara memang bersepah tak kira dalam umno, bersatu atau pkr. Yang payah, nak cari pemimpin pengganti macam Tun M. Kalau tak pintar mcm Tun pun takpa, asalkan ikhlas dan jujur bekerja untuk negara.

      Delete