Saturday, July 13, 2019

SECARA MENTALNYA SUDAHKAH NAJIB BERSEDIA MEMBELA DIRI?

Keberangkalian itu sangat ditunggu Oleh netizen.

Najib dan penyokong pula Bagaimana?
Jangan Pula akan ADA dangoi yang terjerit KONSPIRASI dan pendakwaan terpilih?
Jangan Pula ADA lobak yang demonstration di sogo?
Lebih penting jangan ADA drama sijil cuti sakit?
Jangan  ADA yang kena tokak dengan anjing sampai Dua Kali.

Paling respek kalau MENGAKU salah, TUTUP cerita, fokus ekonomi.


14 comments:

  1. NAJIB KEMPUNAN TAK SEMPAT SONGLAP – PENANGAN TUN M, OTAI MASIH BERBISA

    13 Julai, 9:17 pm
    PETALING JAYA:
    Lebih RM1 bilion dalam akaun bank Malaysia milik sebuah syarikat kerajaan China dilapor dipindahkan atas arahan kerajaan ke sebuah syarikat milik Kementerian Kewangan.

    Akhbar Singapura, The Straits Times menyifatkan rampasan dan pemindahan dana oleh pihak berkuasa Malaysia itu sebagai “langkah yang tidak pernah berlaku dalam perbankan Malaysia”.

    Menurut laporan itu, gergasi perbankan global, HSBC diberitahu awal bulan ini untuk memindahkan wang dalam akaun bank China Petroleum Pipeline Engineering Ltd (CPP) di Malaysia kepada Suria Strategic Resources Sdn Bhd yang dimiliki sepenuhnya oleh 1 Kewangan.

    Syarikat China itu ialah kontraktor utama bagi projek Saluran Paip Pelbagai Produk di Semenanjung sepanjang 660km yang berharga RM5.35 bilion, dan Saluran Paip Gas Trans-Sabah (TSGP) bernilai RM4.06 bilion. Kerajaan Pakatan Harapan sudah menggantung kedua-dua projek itu.

    Tahun lalu, laporan media mendakwa wang yang dibayar Suria Strategic Resources dialihkan ke syarikat pihak ke-3 di Cayman Island dikaitkan dengan skandal 1MDB. CPP ketika itu menafikan dakwaan itu.

    Satu lagi kejayaan PH, pimpinsn Tun Mahathir……!!

    Ha ha ha

    ReplyDelete
  2. Najib: PAS and Umno more compatible now than before
    Read more at https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/07/13/najib-pas-would-not-be-hasty-about-joining-pakatan-if-offered/#YdLVRcZGdQxxOipX.99

    Agreed. When the Bangsater and the Sesater sit down together pushing ringgit bills from pocket to the other...surelah serasi..compatible. if not how to survive lo?

    ReplyDelete
  3. Dari sibuk ke sana kemari
    Konon diri tambah popular
    Lebih baik memikir 'gari'
    Banyak songlap dapat bala!

    Kalau dulu 'cash is king'
    Dalam genggaman,tuduhan tak lekat
    kini berdepan kala jengking
    Takde siapa berani dekat!

    Bukan Konspirasi,tuduhan terpilih
    Masa berhibur sudah pun tamat
    Rasuah, songlap semuanya boleh
    Jika tak tewas..sampai kiamat!

    Lobak keluar demonstrasi di Sogo
    Konon demi agama dan bangsa
    Masa berkuasa menari tango
    Sokong penyangak..tidak berdosa!

    Tukang pembela Raja Penyangak
    Puas memikir camana nak cilok
    Bila buntu tangguh dicongak
    Kerap MC ada ke elok?

    Banyak alasan nak beli masa
    Yang dituduh atau pembela
    Tangan seliuh kebas tak rasa
    Bermain anjing digigit pula!



    ReplyDelete
  4. Mahu nya mengaku salah kalau masih ada lagi penyokong yg rela cium tangan penyamun.

    ReplyDelete
  5. Sebab itulah Tun M adalah ketua kepada pasukan yang tidak pernah tewas. Sebab kalau dia dan pasukannya telah tewas kepada mana-mana pasukan lain sepanjang perjuangan mereka, maka malapetaka akan menimpa bangsa mereka.

    20 tahun dahulu seorang bekas TPM telah ditahan dan didakwa di mahkamah di atas tuduhan menyalahgunakan kuasanya untuk menutup skandal kunyitnya. Orang itu telah melancarkan gerakan reformasi melaui jalan raya untuk menjatuhkan kerajaan yang diketuai oleh Tun. Walaubagaimanapun kerajaan Tun tidak jatuh sedang orang itu tetap berakhir di penjara.

    Hari ini bekas PM dan bekas TPM, Jibby dan Wak Jahid pula sedang menghadapi pendakwaan. Kedua-dua mereka tidak pula membawa penyokong masing-masing turun ke jalanraya untuk menjatuhkan kerajaan Tun. Sebab apa ia tidak menjadi pertimbangan? Sebab mereka sendiri melihat seorang bekas TPM yang lebih popular daripada kedua-dua mereka pun gagal menjatuhkan kerajaan Tun melalui jalanraya dan mereka sedar usaha itu bakal sia-sia. Apatah lagi bekas TPM itu dulunya seorang pemidato hebat yang mampu menarik sokongan orang-orang yang bingung sedang mereka kedua hanya memiliki sokongan berdasarkan dedak-dedak yang ditabur.

    Jibby dan Wak Jahid hanya memiliki satu jalan keluar daripada menginap di Sungai Buloh iaitulah menjatuhkan kerajaan PH yang diketuai Tun melalui jalan selain PRU memandangkan PRU seterusnya ada masa 4 tahun lagi, dan mereka tiada masa selama itu.

    Mereka perlu kembali berkuasa segera supaya mereka boleh menyalahgunakan kuasa tersebut dan memastikan mereka tidak dihantar menginap di Bamboo River Resort. Pendek kata; mendapat kembali kuasa melalui jalan belakang.

    Untuk tujuan itu mereka perlukan seseorang yang gemarkan jalan belakang selain diketahui sanggup berbuat apa-apa sahaja asal dapat menduduki satu kerusi yang telah menjadi idamannya sejak puluhan tahun yang lampau. Jalan keluar Jibby dan wak Jahid ada pada orang ini.

    Adakah mereka semua ini bakal bersekutu sesama mereka untuk menjatuhkan Tun M? Silalah buat kira-kira dan anda akan mendapati jawapannya sangat jelas dan hanya masa akan membuktikan.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaki temberang dah bukak mulut.

      Kalo anwar gila nak jadi pm anwar dah suruh wan azizah terima tawaran Agong nak lantik wan azizah jadi pm...otak jon doe dah tak waras..

      Madey fitnah anwar liwat...mahkamah rayuan bebaskan anwar...

      Delete
    2. Salam sejatera & salam perjuangan
      Bro John Doe
      Bro Fan Tun
      Bro 6:16 pm
      Bro Kluangman

      THE BRILLIANT TUN M SCHOOLED THE WORLD

      PUTRAJAYA: The International Monetary Fund (IMF) said Dr. Mahathir’s approach to peg the ringgit in dealing with the 1997/98 Asian financial crisis was the CORRECT MOVE.

      With hindsight, we have to recognise the good performance of the economy. Mahathir was right,” said the fund’s managing director Horst Kohler, referring to the decision in September 1998 by Prime Minister Dr Mahathir Mohamad in the aftermath of the currency crash.

      The introduction of the peg and the variety of capital controls had originally met with scepticism from numerous quarters, including the IMF.

      The IMF at last conceded that the currency controls had produced more positive results than many observers had initially expected.

      Kohler said the move to peg the currency had worked as “shock absorbers” for the economy when it was dealing with the crisis, but added that it may be time now to take a re-look at the ringgit peg.
      ——-—————————————————————
      Ketika itu, menteri kewangan, brader Al melawan arus beriya-iya sangat mahu menerima package loan IMF tapi disanggah oleh Negarawan Terulung dgn mengguna pakai ‘currency peg’ tanpa perlu ikut telunjuk IMF yg sangat mencengkamkan.

      Sejarah telah membuktikan ketokohan Tun M tiada bandingan seantero dunia…..!!

      Delete
    3. Kejora Bapuk Bodo,

      Brader bukan mahu isterinya jadi PM. Brader mahu dirinya yang menjadi PM.

      Ketika Tun mengangkat sumpah jawatan PM, Brader berada di dalam penjara. Itu pun Brader telah mengaku di Singapura bahawa perasannya ketika melihat Tun mengangkat sumpah ialah "it should have been me".

      Jangan lupa kisah Mat Songel yang menyebabkan Tun lewat mengangkat sumpah. Kelewatan berlaku disebabkan di antara 4 parti PH salah satu mahu bukan Tun yang mengangkat sumpah.

      Walaubagaimanapun percubaan itu gagal kerana 3 parti lagi mahukan Tun sebagai PM. Itulah tawaran yang diberikan PH dan itulah yang patut berlaku.

      Brader adalah peliwat yang disabitkan. Full stop.

      Tunggu sahaja episode seterusnya.

      Delete
  6. Kepada kaki fitnah di luar sana...

    Berapa banyak pun asset yang MAHATHIR dan keluarganya ada, sama seperti orang lain - berhak untuk milikinya.
    Bukan satu dosa Dan kesalahan.
    APA yxng kau dengki SANGAT.

    Yang fitnahnya - jangan tuduh MAHATHIR korup sekadar dedahkan assetnya.

    Jika asset itu dimiliki Secara korup - siasat TANGKAP dakwa.

    ADA?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan kd. Masalah nya anak mahathir tu kaya raya. Mahathir sendiri pun kaya raya. Bapak penyamun katanya. Tp tak pernah kena dakwa setakat ini
      Ada lah sekali, isu forex, tapi individu lain yang mengaku kelalaian dan kelemahan dia, tp bukan kerana sebab duit itu di curi.kesudahannya tiada siapa pun di sabit kesalahan.. sekarang ini yang kena dakwa pulak : tk bersalah selagi tidak di buktikan bersalah
      Memang dasar penganut agama politik
      Bila lah nak matang politik malaysia ni?

      Delete
    2. Yang tidak dapat heret Tun KE mahkamah, time SUDAH expired.

      Najib belum bersalah - aku relax je

      Delete
    3. Makna nya selama ni dr 1998 Anwar bohong pd seluruh rakyat Malaysia lh.adoii

      Delete