Monday, July 8, 2019

UMNO TOLAK PAS TOLAK AMANAH LOGIK..

MAHATHIR Tak ajak parti tapi members, Zahid nak masuk pun BERSATU Tak terima, MUSTAHIL Hadi lompat masuk BERSATU..KJ kata dia selesa DENGAN keadaan sekarang, Hisham kata elok fikirkan TAWARAN tersebut, jangan ego sombong soal Perpaduan.
Tak ADA sebab Tok mat nak TINGGALKAN jawatan Timbalan Presiden..

Didalam umno, dari umno tentu ADA yang bersih dan boleh diterima oleh BERSATU untuk kuatkan BERSATU.

Setahun berlalu, dari umno yang masuk BERSATU sudah boleh BERTANDING Dan pegang jawatan dalam BERSATU?

Undi tidak percaya MAHATHIR di Parlimen minggu DEPAN?
SIAPA yang nak bawa? SIAPA yang nak sokong?
Tak semua PKR dan UMNO sokong, itu masalahnya?
Tidak MUSTAHIL, tunggu tengok..takkanlah MAHATHIR Tak tahu...

MAHATHIR bukan PM lagi, MAHATHIR Tak rugi apa²...

25 comments:

  1. Assalmualaikum KD..semoga pagi ini diberi rahmat Allah.

    Penyatuan UMNNAH hanya slogan. Aku malas nak analisis dulu kita baca semua geng2 politik bercakap. Kenapa slogan..MANA ADA SEMBANG NAK CARA JAGA ISLAM? ada ?

    Yg ada Kalau parti bersatu kat mana saya nak bertanding? Kalau semua pakat dok kat PH sapa nak jadi menteri..Alahai ini ni la tahap cara berfikir PIMPINAN TETRINGGI PH..low class..

    Sepatutrmya bila semua dok semeja bincang la ekonomi rakyat akan dipeerkasakan. Kekuatan Islam makin kuat kerana kita jadi majoriti.Institusi Islam bertambah banyak peruntukan. Pendidikan anak Islam lagi terbela. Ini idok politik kuasa ..rebut kuasa..nak jadi Menteri..rebut kawasan Parlimen dan dun..sampai kesudah bergaduh sesama Islam..

    ReplyDelete
  2. Undi tidak percaya MAHATHIR di Parlimen minggu DEPAN?
    SIAPA yang nak bawa? SIAPA yang nak sokong?
    Tak semua PKR dan UMNO sokong, itu masalahnya?
    Tidak MUSTAHIL, tunggu tengok..takkanlah MAHATHIR Tak tahu...

    MAHATHIR bukan PM lagi, MAHATHIR Tak rugi apa²...

    Yang rugi Rakyat... PRU menang ja mula sekali yg kna cubaan geng2 Felda.Terkejut aku KD..bila raya tempohari sembang ngan kawan di Felda sebulan hanya dapat Rm10-30 lepas tolak kos..

    Alahai teruk betul tk masuk aqal. Kau plak tulis raya bersesak-sesak kereta parking..entahlah KD maklumat kau tak telus. Nak jaga Rakyat baca ekonomi penduduk bkn anak2nya..Anak2 nya ada yg sombong macam chef wan. Kereta ni rakyat kita mula banyak zaman Najib la..takkan kau tak tau..Lepas kaya semua maki Najib psal apa? NAjib curi duit 42 billion negara muflis..Bak kata John Doe ..Bring It on (tapi tolong ya jgn sembang di blog) ..Malaysia negara Maju bkn negara pariah..Kita ada mahkamah dan Peguan Negara.

    Aku harap semua yg ada kat sini berdoalah agar Ex BN Zetty Akhabr ada keberanian jadi saksi agar 42 billion masuk kat Ambank Kuala lumpur (dekat ja dgn Bank negara) terbongkar.

    Ramalan aku kes 42 billion hanya fitnah dan penipuan terancang sampai sekarang adalah tepat. Apa2 hal tunggu Mahkamah bersidang.

    Untuk Pengetahuan 1MDB diuruskan bknnya tahap budak SPM .Ini adalah Syarikat Kerajaan bkn syarikat Najib. Pekerja2nya bkn Rosmah tapi PAKAR2. 42 billion hutang bkn hangus.Tun Mahathir mengamal politik Machiavelli setakat bohonh itu biasa la. Dalap politik Machiaveli tiada istilah dosa,haram dan setiakawan Musuh boleh jadi sahabat pena.

    Maaf KD terpesong sikit .Tapi ini nasihat setiap drp kita akan mengadap Allah dipadang masyar..jgn ingkari..Jawab la siapa yg fitnah.

    kesimpulannya bkn isu siapa yg berkuasa tapi Rakyat akan terus merana sepanjang pemerintahan PH.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau duduk bawah Najib, bukan je merana, negara terus terjual. Tak usahlah nak jadikan TAHI itu bunga. Baunya tetap menjelikkan. Semuanya berpunca dari Najib. Kalau 1mdb digunakan untuk tujuan politik je, takda masalah. Tapi Najib sekeluarga gunakan 1MDB untuk berjoli sakan. Dari duit Kwsp, Tabung Haji membawa ke Felda, Latat & the likes. Takda yg terlepas. Perbicaraan di mahkamah masih berjalan. Takat ni, tak nampak Najib tak bersalah. Hari ni baru sampai ke saksi dari Kementerian Kewangan. Seminggu dua lagi, sampailah ke saksi dari Bank Negara. Sabar menunggu jangan cepat buat kesimpulan, Najib bersih bak embun pagi. Puiiii....!!!!

      Delete
    2. Saksi Bank Negara buat apa sekadar sahkan ja...isu sekarang yg penting,,apa la kau ni

      Delete
    3. Undi tk percaya..tk mustahil..dan tk mustahil juga pas dan umno menyokong..anwar berani kew..
      Nk bubarkan parliment je kan..lepas bubar..pru 15 lah kan..agak2..anwar boleh menang dan jadi PM ker..
      Mungkin mustahil..sbb atok rasa2 akan bergabung dgn parti mana eekk...pas..bn..pkr belah assemin..atau mungkin pan mat sabu..dap tak kot..

      Delete
  3. Kalo anwar nak gulingkan madey anwar tak perlu tunggu selepas 1 tahun dgn undi tak percaya....

    Agong pernah offer WAWI jawatan pm seblm madey angkat sumpah...kalo anwar gelojoh anwar sudah suruhkan WAWI terima tawaran agong...

    Puak madey reka citer undi tak percaya kerana Jemin balaci madey sudah gagal....Jemin jilat madey di Felda selancar walopun kena boo...

    ReplyDelete
  4. Kalo anwar nak gulingkan madey anwar tak perlu tunggu selepas 1 tahun dgn undi tak percaya....

    Agong pernah offer WAWI jawatan pm seblm madey angkat sumpah...kalo anwar gelojoh anwar sudah suruhkan WAWI terima tawaran agong...

    Puak madey reka citer undi tak percaya kerana Jemin balaci madey sudah gagal....Jemin jilat madey di Felda selancar walopun kena boo...

    ReplyDelete
  5. Ahmad Zahid Hamidi berkata, agenda 'Malaysian Malaysia' yang diperjuangkan DAP tidak boleh diterima sama sekali dalam pentadbiran negara ini

    Mencuri duit Yayasan, menipu yang penderma 2,6 bil adalah pak arab, menuduh mahathir anak lelaki iskandar ......BOLEH?...No?

    ReplyDelete
  6. Apabila Menteri Ekonomi merangkap Pelakon Terkenal, Azmin Ali, disorak dengan ejekan, Azmin Ali menafikan bahawa bahawa ejekan 'boo' bukan ke atas dirinya, sebaliknya "ejekan itu timbul kerana gangguan di belakang pentas semasa beliau sedang berucap". Tonton sendiri video di bawah.

    Lawak juga Azmin Ali nafi diejek dan rasa ada sedikit kekecohan di belakang tapi tak tahu mengenainya. Di belakang ye Min? Ooo ... ok Min.

    Apabila peneroka-peneroka Felda berpusu-pusu keluar ketika Perdana Menteri sedang menyampaikan ucapan, alasan yang diberikan adalah peneroka-peneroka berkenaan keluar mengambil makanan yang disediakan oleh pihak penganjur.

    ReplyDelete
  7. Malaysia sebagai sebuah negara yang dirahmati tidak akan menangis untuk melihat seorang bekas banduan pesalah liwat yang diampunkan mengangkat sumpah jawatan menjadi Perdana Menteri negara ini.

    Tun telah bersetuju untuk memegang jawatan PM selama separuh penggal sebelum menyerahkannya kepada Brader. Maka di dalam keadaan tersebut hanya ada dua jalan bagaimana Malaysia akan selamat daripada memiliki seorang PM yang menjadi pengamal liwat ini iaitulah dengan Brader menarik diri daripada perlumbaannya mahu menjadi PM, atau dengan Brader sendiri melanggar Tun dan tewas di dalam percubaan untuk merampas kuasa Tun, kerana apabila Brader melanggar Tun, Tun dengan sendirinya terlepas daripada perjanjian dengan Brader di atas alasan Brader yang memungkiri bahagiannya di dalam perjanjian.

    Jalan yang pertama itu, kelihatan amat mustahil. Brader yang kemaruk mahu menjadi PM tidak mungkin akan melupakan hasrat itu begitu sahaja.

    Jalan kedua itu pula amat berkemungkinan, dan itulah yang akan berlaku. Brader akan melanggar Tun dan tewas.

    Ketika orang lain melihat khabar mengenai undi tidak percaya ini hanyalah satu khabar angin yang barangkali berlaku dan barangkali tidak, saya pula melihat percubaan untuk menjatuhkan Tun oleh kesemua lawan-lawannya yang bersekutu adalah satu khabar nubuwwah dan ia akan berlaku, dan undi tidak percaya adalah salah satu jalan bagaimana ia akan berlaku.

    Walaubagaimanapun pertempuran akhir ini tidak akan berlaku di Parlimen sebaliknya berlaku di Persiaran Perdana Putrajaya. Maka apa sahaja keputusan di Parlimen tidak akan menjadi muktamad sebaliknya ia akan membuka jalan kepada berlakunya perlawanan muktamad di Putrajaya.

    Sebagai ayahanda kepada Putrajaya pasukan Tun tidak akan tewas kepada mana-mana pencabar pun ketika mereka bertembung di Putrajaya. Sebaliknya pasukan ini akan menerima 'pertolongan' untuk menang mutlak di Putrajaya.

    Keputusan pertempuran akhir ini juga telah diketahui dan dikhabarkan, iaitulah kemenangan mutlak Pembawa Panji Hitam bersama-sama 313 pengikut-pengikutnya yang menyaksikan kemunculan panji-panji mereka yang berwarna hitam tanda kemenangan mutlak pasukan mereka.

    Dan ia akan berlaku hampir serentak dengan matinya raja Penjaga Baitullah dan diikuti dengan berlakunya perebutan takhta di antara 3 orang putera raja yang menyaksikan ketiga-tiganya gagal mendapatkan takhta tersebut, petanda bahawa Penjaga Baitullah yang berikutnya tidak lain adalah Khalifah Akhir Zaman yang bakal dimasyhurkan dan ditabalkan kekhalifahannya oleh si Pembawa Panji Hitam dari Timur yang pasukannya baru saja menang mutlak di negerinya yang terletak di Timur.

    Para pembenci kebenaran yang gemar mempersendakan saya dan bertanya bilakah panji hitam akan dikibarkan, sila ambil perhatian akan petanda-petanda yang telah diceritakan. Asal sahaja apabila kalian sedang melalui tempoh berputus asa (iaitu tempoh di antara kalian sedar akan ditewaskan secara mutlak dengan tempoh kalian benar-benar tewas mutlak), bersaksilah sahaja bahawa kalian semua telah pun diberikan peringatan.

    Que sera sera.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. john doe tukar nama islam la

      Delete
    2. Jon doo boleh melihat perkara akan datang tapi jon doo tak boleh tengok masa depannye sendiri....

      Delete
  8. isu 42 juta bukan isu nak mufliskan negara tuan..ini isu pecah amanah..pinjam dengan KWAP 4b untuk SRC, untuk kembangkan peniagaan, untuk buat modal perniagaa, kenapa pulak bila dapat je 2b terus transfer masuk akaun najib 42j? untuk apa dipindahkan ke akaun peribadi ex PM? Fitnah ye? kalau fitnah maksudnya duit 42j tu mmg tak masuk langsung akaun peribadi ex PM..kan..nampak sgt tuan ni ketinggalan bas..sila baca artikel ini ye tuan....MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur diberitahu bahawa wang berjumlah RM4 bilion milik Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) dimasukkan ke dalam akaun milik SRC International Sdn Bhd pada 2011 dan 2012.

    Perkara itu disahkan saksi ke-24, Pengurus Bank bahagian Pusat Kiriman Wang Ambank, Wedani Senen, 45, ketika memberi keterangan dalam kes pecah amanah, pengubahan wang haram dan salah guna kuasa yang dihadapi oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri, Najib Razak.

    Wedani mengesahkan kemasukan wang itu melalui resit (confirmation advise) yang dirujuk kepadanya oleh Timbalan Pendakwa Raya, Sulaiman Kho Kheng Fuei.

    Menurutnya, wang berjumlah RM2 bilion dimasukkan ke dalam akaun SRC International pada 29 Ogos 2011 secara empat transaksi.

    Beliau turut mengesahkan bahawa RM2 bilion lagi dari KWAP ada dimasukkan ke dalam akaun SRC International pada 28 Mac 2012.

    SULAIMAN: Mengapa terdapat empat resit untuk pemindahan RM2 bilion bagi transaksi 29 Ogos 2011?

    WEDANI: Had transaksi kami adalah RM500 juta dan hanya boleh diluluskan oleh peringkat pengurus dan ke bawah.

    SULAIMAN: Jadi untuk memindahkan RM2 bilion ini memerlukan empat transaksi?

    WEDANI: Ya betul.

    SULAIMAN: Setiap satu adalah RM500 juta?

    WEDANI: Ya betul.

    SULAIMAN: (merujuk kepada dokumen RENTAS).

    WEDANI: Saya sahkan terdapat transaksi keluar sebanyak RM2 bilion daripada KWAP kepada SRC International pada 28 Mac 2012.

    SULAIMAN: Boleh Puan rujuk kepada dokumen ini. Kenapa terdapat satu resit sahaja?

    WEDANI: Ini adalah kerana ia dikreditkan secara terus melalui satu transaksi melalui RENTAS. Kami menerima wang daripada KWAP pada jam 5.40 petang manakala Bank Negara Malaysia tutup pada jam 6 petang, oleh itu perlu masukkan wang itu segera.

    SULAIMAN: Siapa yang meluluskan pemindahan ini?

    WEDANI: Bagi had pemindahan RM500 juta ia boleh diluluskan oleh pegawai bank iaitu pengurus dan ke bawah. Bagaimanapun bagi yang melebihi RM500 juta ia hanya boleh dilakukan oleh pegawai bank berpangkat Pengurus Kanan dan ke atas.

    Terdahulu saksi memberitahu mahkamah bahawa ‘confirmation advice’ adalah dokumen yang dikeluarkan secara automatik oleh Sistem Pemindahan Dana dan Sekuriti secara Elektronik Masa Nyata (RENTAS).

    Menurutnya, ia bagi pelaksanaan pemindahan wang dari Ambank ke bank yang lain manakala bagi wang yang dipindahkan dari Ambank ke bank lain dokumen itu dikenali sebagai ‘Completion Advice’.

    Wedani dalam keterangan turut mengesahkan resit RENTAS yang menunjukkan wang RM27 juta daripada akaun syarikat Permai Binaraya Sdn Bhd ke dalam akaun peribadi Najib pada 8 Julai 2014.

    “Saya mengesahkan terdapat transaksi wang berjumlah RM27 juta daripada Syarikat Ihsan Perdana Sdn Bhd ke dalam akaun Najib yang sama pada 26 Disember 2014.

    “Melalui RENTAS saya mengesahkan wang berjumlah RM10 juta dimasukkan ke dalam akaun Najib daripada Ihsan Perdana Sdn Bhd pada 10 Februari 2015 dan RM5 juta daripada syarikat yang sama pada 26 Disember 2014,” katanya

    Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung Khamis ini.

    Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 April 2019 @ 8:53 PM

    ReplyDelete
  9. Bangang betul KD ni....kalau Anwar nak guling madey masa Agong offer Wan Axizah jawatan PM wan azizah dah terima....cerita undi tak percaya dan SD adalah cerita dongengan yg direka...

    ReplyDelete
  10. Tun Dr M suruh tanah FELDA bergabung

    Kemarin Tun Dr Mahathir Mohammad perdana menteri boneka DAP suruh tanah FELDA bergabung, maka teringat saya akan kes bank Bumiputra (BBMB) yang disuruh bergadung dengan Bank of Commerce (BOC).

    Bank bumiputra kira kira untung rugi masih untung sebanyak RM 750 juta, manakala kira kira untung rugi bank of commerce masih rugi sebanyak RM 317 juta.

    Tujuan sebenarnya ialah tuntuk menyelamat bank of Commerce yang rugi itu. Bukan untuk menyelamatkan bank bumiputra yang kedua terbesar di Malaysia selepas MAYbank dan masih untung itu.

    Apakah yang terjadi dengan bank bumiputra dan bank of commerce milik nominee Tun Daim Zainuddin menteri kewangan.

    Melalui nominee Tun Daim Zainuddin Bank bumiputra telah diambil alih dengan pembelian saham yang paling rendah iaitu 62 sen sesaham sedangkan harga pasaran ialah RM 3.00.

    Bank bumiputra dibeli oleh Tun Daim Zainuddin melalui nominee dengan alasan mahu konsep penggabungan bank dilaksanakan,maka berlakulah penggabungan antara bank of comemerce dengan bank bumiputra pada 18 deptember 1998.

    Pada hal bank bumi putra tidak perlu bergabung kerana kira kira untung ruginya masih untung sebanyak RM 750 juta, sedangkan bank of commerce kira kira untung ruginya sebanyak Rm317 juta yang akan membuat bank bumiputra lingkup.

    Kini Tun Dr Mahathir mengulang kes dia jadi perdana menteri ke 4 /ke 7 disuruhnya tanah FELDA bergabung yang barangkali membuat FELDA milik orang Melayu juga akan lingkup lenyap suatu masa nanti semuanya akan milik orang china yang sudah miliki 60 peratus tanah di Malaysia ini.

    Lebih lebih orang china sudah menguasa 90 peratus ekonomi di Malaysia sebelum menteri kewangan diserah kepada Lim Guan Eng yang akan membeli tanah milik FELDA yang dikatakan kira kira untung ruginya masih rugi RM 6 bilion.

    Tidak mustahil FELDA apabila dibeli oleh Lim Guan Eng dengan nominee china dalam negera dan nonminee dari negari china akan bertukar milik secara drastic kerana dua tokoh ekonomi china awal awaal dimasukkan kedalam Khazanah holding yang akan berperanan besar melingkupkan FELDA nanti

    ReplyDelete
  11. Madey rasa blm selamat dlm PH kerana kerusi Bersatu ciput dan ahli parti munge pon ciput….rangcanganye nak kukuhkan kedudukan gagal….Jemin balaci yg gagal...madey sekali lagi merayu melayu masuk Bersatu supaya agenda peribadinye tercapai…dulu madey tipu melayu dgn takutkan melayu dgn DAP…kroni dan anak branak kayer raya…

    Sekarang madey perlu pastikan perniagaan anak branak madey selamat dgn naikkan boboi…melayu perlu pikir masak2 penipuan madey yg kununnye nak kuatkan melayu…22 tahun madey perintah melayu ditindas dgn tol ipp dan ptptn….puak madey senang lenang…kerugian berpuluh bilion..

    Adekah pentaksub madey hidop senang lenang?..adakah melayu masuk Bersatu jadi kuat dan senang lenang?..madey kedekut tak mau bagi bantuan kpd melayu..

    ReplyDelete
  12. Tak usah ajak free kalo bayar pon aku tak mau masuk parti madey kerana aku tahu madey nak tipu melayu...22 tahun dah kena tipuu...

    ReplyDelete
  13. Najib mohon percepatkan Tommy mohon tangguh kali ke - 3. Mahkamah Tolak Permohonan Peguam Negara Tangguh Kes Najib dan 1MDB. Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menolak permohonan pihak pendakwaan untuk menangguhkan perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

    Hakim Collin Lawrence Sequerah menolak permohonan Peguam Negara, Tommy Thomas, yang mengemukakan permohonan supaya mahkamah menangguhkan perbicaraan kes itu yang sebelum ini ditetapkan pada 19 Ogos depan.

    Sehubungan itu, beliau menegaskan tarikh perbicaraan kekal bermula pada 19 Ogos hingga 29 Ogos dan bersambung pada 2 September hingga 14 November.

    Mungkin telo atok dah gigil undi tak percaya minggu depan akan berlaku. Maka alih isu ugut UMNO dan pemimpin oleh SPRM dan kes Mahkamah.?

    SEGERA HARAMKAN UMNO.... PAS KAN ADA..!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fitnah Tommy menguasai mahkamah kantoi.

      Delete
    2. Tuan siarkan separuh rencana sahaja tu..AG minta tangguh sbb perbicaraan kes SRC masih berjalan. Saksi pun ramai belum beri keterangan. Bukan sbb x de bukti ke pe..

      Delete
  14. Seruan Mahathir tidak praktikal
    ULASAN

    APABILA Dr Mahathir Mohamad menyeru agar parti-parti Melayu (sebenarnya orang Melayu) menyertai partinya Bersatu, timbul berbagai spekulasi dan tafsiran mengenainya. Walaupun seruan itu sesuatu yang dinamik namun sukar untuk dilaksanakan, tetapi kerana ia disuarakan oleh orang berjawatan PM bertaraf negarawan maka ia perlu diberi respon.

    Ajakan kepada penyatuan oleh sesiapa sahaja asalkan ia bermaksud baik perlu disokong dan diberi perhatian. Dan mengenai seruan Mahathir itu ia juga tidak tersisih dari pandangan saya.

    Apakah rasional dan istimewanya maka semua parti Melayu perlu berada di bawah naungan Bersatu? Kenapa Bersatu harus menjadi pemersatu? Apakah kerana ia kebetulan dibawah pimpinan Mahathir seorang pemimpin Malaysia yang cukup berpengalaman. Dan layak atau sesuaikah Mahathir menjadi ikon perpaduan Melayu jika disuluh kepada laluan politiknya selama ini?

    Saya telah mengulas mengenai kelayakan Mahathir untuk menjadi ikon penyatuan Melayu. Bagi saya Mahathir bukan tokoh itu: Begini tulis saya dalam satu status di Fb:

    (MAHATHIR BUKAN IKON PENYATUAN MELAYU?

    Sikit nak respon kepada ajakan Dr Mahathir kepada parti-parti Melayu agar bersatu untuk mengukuhkan kuasa politik Melayu. Tidak dinafikan cadangan itu elok tetapi ia bukan sesuatu yang praktikal apabila ia diseru oleh Mahathir. Bagi saya Mahathir bukan watak yang boleh mempersatukan Melayu di negara ini.

    Sejarah politik dan kekuasaanya masa lampau pasti akan diungkit dan akan dijadikan iktibar untuk menerima dan menilai sejauh mana beliau ikhlas dan mampu melaksanakan seruannya itu. Orang dapat menduga seruan itu agar Melayu, bersatu dibuat oleh Mahathir setelah parti lamanya Umno kalah dan tidak berkuasa lagi.

    Kebetulan pula parti yang ditajanya untuk dijadikan pengganti Umno, Bersatu tidak mendapat sambutan menggalakkan. Mahathir seharusnya melakukan ini, - penyatuan Melayu semasa beliau memimpin Umno dahulu. Tetapi ketika itu beliau tidak pernah mengajak parti Melayu (Pam) yang merupakan parti kedua terbesar untuk bersatu dengan Umno.

    Adakah pernah terilham untuk Mahathir mengajak Pam bersatu? Saya tidak mengingati kalau ada beliau berbuat demikian.

    Kenapa? Sebab ketika itu Umno kuat dan Mahathir mempunyai sokongan padu, maka pelawaan untuk bersatu dilupakan.

    Malahan mengikut "hadith" Tengku Razaleigh, beliaulah yang memecahkan perpaduan Melayu Pam - Umno dalam BN. Tengku Razaleigh mendakwa penyingkiran Pam dari BN (1974) adalah idea Dr Mahathir?

    ReplyDelete
  15. Bapak pemecah melayu ajak melayu bersatu....itu tandanye madey sedang lemah....ahli Bersatu tak ramai....ramai yg kluar Bersatu seblm pru...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau Tun lemah kenapa Pula kau orang kelamkabut..biarlah dia lemah SEHINGGA PrU15, Kan kau orang berangan nak ambilalih.

      Delete
  16. Masih ADA yang Tak faham FUNGSI RCI Dan setakat Mana bidangkuasa nya...PDRM merupakan badan TERAKHIR kes itu dirujuk.

    APA keputusan PDRM, Cari baca Dan hadam.

    Mahkamah tolak rauuan MAHATHIR ertinya MAHATHIR pun below the law Dan MAHATHIR Tak nangis BELAKANG mamanya.

    ReplyDelete