Saturday, August 10, 2019

ANTARA DOA MUSTAJAB DI HARI ARAFAH ADALAH MENDOAKAN KAUM KAPIR MENDAPAT HIDAYAH PELUK ISLAM..




Ia bermula dengan akhlak Islam seperti AMANAH, bijaksana, berhemah SEBAGAI imej awal yang menarik PERHATIAN bukan Islam.

Ia harus bermula dengan bekerjasama, bukannya bermusuhan.
Tanganinya dan berhadapan secara fakta dan kebenaran dan bukannya membenci dan lari menyembunyi kelemahan sendiri.

Islam mesti dilihat aman dan murni tetapi akan bertindak secara bersatu apabila ditentang atau dikhianati.

Islam my way of life.




# semoga takbir raya di masa hadapan dapat disertai dari semua pemimpin parti politik dan NGO Islam.






22 comments:

  1. aku rasa apa yang KD tulis tu semua nasihat untuk diri sendiri beliau.

    bekerjasama dengan DAP adalah dosa terbesar bagi orang islam (fullstop)

    selamat hari raya aidiladha KD!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu..
      Contohilah datuk seri najib bagaimana beliau berdakwah kpd jho low, peter sondakh dan cia

      Delete
    2. ye la

      ananda krishnan, robert kuok, vincent tan dah masuk islam kan hasil dakwah mahathir kan?

      Delete
    3. Mahathir sekular.
      Dia xjual nama islam.
      Gelar diri sendiri pendekar bugis, panglima islam nk tunjuk dia hebat.

      Bila husni bogelkn kt mahkamah pun cai penyokong kleptokrat lahanat masih menebalkan muka melacurkan diri menyokong si bangsat

      Delete
  2. Golongan yang banyak kelemahan akan takut pada bayang kekurangan sendiri.

    Benci dan lari bagi mereka adalah penyelesaian (escapism)

    Berhukum mensabitkan Allah, Rasul dan Al Quran untuk mempengaruhi apa yang diucapnya adalah ajaran Islam (dosa besar) adalah perbuatan syirik, sangat keji dan dilaknati.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  6. hukum fitnah lebih besar dari bunuh syirik... hukim fitnah campak mana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dosa fitnah lebih besar dari dosa syirik?

      Delete
    2. Si anon ini adalah seorang pendusta besar yang menujukkan pelakuan merasa aman dari kemurkaan Allah. Dia menipu di atas nama hukum semata-mata dengan niat untuk menunjukkan saudara KD lebih besar dosanya daripada orang-orang yang melakukan syirik. Alangkah celakanya pendusta sebegini.

      Fitnah itu memang lebih dahsyat daripada membunuh, sebab fitnah boleh meninggalkan kesan huru hara berbanding membunuh yang tidak bersifat fitnah. Walaubagaimanapun itu tidak bermakna fitnah itu lebih besar dosanya daripada syirik.

      Apabila Nabi Harun a.s tidak mengambil tindakan ke atas Samiri dan pengikutnya yg melakukan syirik, itu ialah kerana baginda tidak mahu berlaku huru hara dan bukan kerana baginda menganggap syirik itu dosanya lebih kecil daripada fitnah atau huru-hara. Ini adalah memandangkan huru hara akan turut menyebabkan bencana ke atas orang-orang yang tidak terlibat di dlm pelakuan syirik tersebut.

      Walaubagaimanapun sebesar-besar dosa oleh seorang manusia itu ialah syirik. Ini muktamad.

      Sekalipun syirik itu adalah sebesar-besar dosa, tetapi ia bukan dosa yang mengundang kebinasaan. Sekiranya syirik adalah dosa yang mengundang kebinasaan nescaya tidak akan wujud satupun negara bukan milik kaum Muslimin di dunia ini. Semuanya akan habis binasa.

      Apakah dia dosa yang mengundang kebinasaan. Ia ada dua, satu sabit di dalam hadith dan satu sabit di dalam AlQuran.

      Yang sabit di dalam hadith ialah dosa 'pemimpin dan pembesar yang mencuri tetapi dilepaskan daripada menjalani penghakiman dan penghukuman'. Di dalam bahasa moden ia adalah 'kleptokrasi'.

      Ini nasnya:-

      نَّمَا أَهْلَكَ الَّذِينَ قَبْلَكُمْ ، أَنَّهُمْ كَانُوا إِذَا سَرَقَ فِيهِمُ الشَّرِيفُ تَرَكُوهُ ، وَإِذَا سَرَقَ فِيهِمُ الضَّعِيفُ أَقَامُوا عَلَيْهِ الحَدَّ ، وَايْمُ اللَّهِ لَوْ أَنَّ فَاطِمَةَ بِنْتَ مُحَمَّدٍ سَرَقَتْ لَقَطَعْتُ يَدَهَا ) رواه البخاري (3475) ، ومسلم. (1688)

      "Sesungguhnya telah dibinasakan umat-umat sebelum kamu, adalah mereka itu apabila yang mencuri itu adalah pembesar maka dia dilepaskan (daripada menjalani proses penghakiman dan hukuman) sedang apabila yang mencuri itu seorang yang lemah, mereka laksanakan had ke atasnya.... hingga akhir".

      Had ialah kata tunggal bagi kalimah hudud, dan bertentangan dengan idea hudud yang dibawa PAS iaitulah hudud hanyalah hukuman, hudud yang sebenar adalah segala proses penghakiman, sabitan dan penghukuman.

      Ada pula dosa yang mengundang kebinasaan yang sabit di dalam AlQuran ialah dosa merasa aman dari kemurkaan Allah.

      Ini nasnya :-

      فَلَمَّا نَسُوا مَا ذُكِّرُوا بِهِ فَتَحْنَا عَلَيْهِمْ أَبْوَابَ كُلِّ شَيْءٍ حَتَّىٰ إِذَا فَرِحُوا بِمَا أُوتُوا أَخَذْنَاهُمْ بَغْتَةً فَإِذَا هُمْ مُبْلِسُونَ (Al-Ana'm : 44)

      "Ketika mereka melupakan peringatan yang diberikan, Kami bukakan bagi mereka segalanya (pintu-pintu keriangan) sehingga mereka bersukaria dengan pemberian itu, dan Kami datangkan siksaan ke atas mereka secara tiba-tiba sehingga mereka berputus asa".

      Dengan tumbangnya kerajaan Kleptokrasi pimpinan Mapadulung di tangan pasukan PH pimpinan Tun, maka negara ini telah diselamatkan daripada kebinasaan akibat kleptokrasi.

      Walaubagaimanapun orang-orang yang telah kecundang di tangan Tun dan pasukannya itu masih belum insaf. Mereka berterus-terusan masih melakukan pendustaan demi pendustaan, fitnah demi fitnah dan berterusan mengadu domba.

      Berdasarkan Al-An'am : 44, mereka ini sedang mengundang kebinasaan akibat daripada pelakuan yang jelas sekali adalah pelakuan 'orang-orang yang merasa aman dari kemurkaan Allah'. Kelak mereka akan tuai apa yang mereka semai.

      Wallahu a'lam.

      Delete
    3. Anon 812....kepala hotak engkau. Kelas ugama dulu ponteng ke tido? Ke memang bangang?

      Delete
  7. Berhukum jangan guna otak politik Dan parti..

    Sesat

    ReplyDelete
  8. Sdr KD dan semua sahabat-sahabat pejuang kebenaran yang tulen, bukan pendusta yang memperolok-olokkan beralasan dan memutarbelit. Selamat Hari Raya Aidil Adha. Bersama hayati semangat pengorbanan di atas nama kebenaran yang sebenar dan bukan kepura-puraan.

    Kpd sdr Haldeli, terima kasih di atas perkongsian dengan saya dan semua pengunjung blog ini. Sejujurnya, saya belum berkesempatan untuk membaca link yang saudara berikan. Walaubagaimanapun komen balas saya ialah seperti di para-para berikutnya.

    Saya sendiri selama ini memang percaya bahawa apabila zaman fitnah itu telah mencapai klimaks, seluruh dunia Islam akan berada di dalam kekacauan dan bukan sekadar Malaysia dan Arab Saudi walaupun dua negara ini adalah petanda muktamadnya.

    Bunga kekacauan yang sedang berlaku di Kashmir hari ini misalnya, langsung tidak mengejutkan saya walaupun ia bukan sesuatu yang disangka.

    Petanda klimaksnya zaman fitnah bakal berlaku di Arab Saudi dan di Malaysia.

    Di Arab Saudi ialah matinya raja penjaga kaabah dan diikuti dengan berlakunya perebutan takhta 3 orang putera raja di mana ketiga-tiganya gagal memperolehi takhta. Perebutan takhta monarki yang menyebabkan kekacauan.

    Di Malaysia pula akan berlaku perebutan kerusi Perdana Menteri di antara penyandang (Tun Mahathir) dan pasukannya dengan pasukan yang mahu merampas kerusi itu daripada penyandangnya. Perebutan kerusi demokrasi yang menyebabkan kekacauan.

    Termasuk di dalam definisi kekacauan ialah bencana alam terutama gempa bumi sebab tanda-tanda ini memang jelas disebut di dalam hadith.

    Termasuk juga di dalam definisi kekacauan ini ialah keruntuhan ekonomi seperti yang saudara kongsikan.

    Selain Putrajaya dan Mekkah terdapat satu lagi bandaraya yang bakal menjadi petanda klimaksnya zaman fitnah iaitulah Istanbul. Istanbul akan tumbang ketika zaman fitnah mencapai klimaksnya.

    Bagaimana tumbangnya Istanbul saya belum dapat membuat telahan, tetapi di dalam hadith memang disebut secara jelas bahawa di akhir zaman kelak Konstantinopel (nama Istanbul di dalam hadith, sebelum pembukaannya oleh Sultan Muhammad Al-fateh) akan mengalami pembukaan kedua semasa berlakunya perubahan zaman daripada zaman mulkan jabbariyyan (zaman fitnah) kepada zaman khilafah kedua (zaman terakhir umat Muslimin).

    Tumbangnya Istanbul pada masa itu barangkali bermaksud penaklukan Bandaraya Khilafah ini oleh kuasa luar, dan barangkali juga ia bermaksud keruntuhan ekonomi negara Turki yang menyebabkan kekacauan di Istanbul.

    Walaubagaimanapun saya telah mendapat jawapan mengapa Istanbul perlu tumbang dahulu sebelum perubahan zaman itu berlaku.

    Ini adalah kerana Istanbul hari ini adalah caretaker kepada simbol kekhalifahan umat iaitulah pedang dan mantel Nabi Muhammad saw. Keduanya adalah baton kekhalifahan. Keduanya menjadi tanda perpindahan dan pewarisan takhta khalifah bermula dari penyerahan takhta secara sukarela daripada khalifah Hasan Bin Ali kpd khalifah Muawiyah bin Abi Sufyan sehinggalah takhta khalifah dimansuhkan oleh dewan perwakilan negaraTurki.

    Keduanya masih kekal di dalam kekuasaan bangsa Turki di Istanbul dan pada masa itu telah sampai masanya untuk dua simbol kekhalifahan ini berpindah tangan. Timbal balas daripada penyelamatan Istanbul ini ialah dua simbol baton kekhalifahan umat ini bakal berpindah tangan selepas hampir 1 abad dijaga oleh bangsa Turki selepas tamatnya zaman menggigit dan bermulanya zaman fitnah pada 1924.

    Maka perkongsian saudara tersebut tidak mengejutkan kerana ia memang berada di antara tanda-tanda yang dikhabarkan.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  9. Bagi mereka yang tidak senada dengan saya, tidak perlu komentar, tidak perlu berhujah jauh sekali untuk bertekak..

    Tidak ada paksaan untuk berada di sini.. Blog ini tidak memerlukan rating, blog ini tidak perlu popular, blog ini tidak perlu mendewakan pemimpin semborono, blog ini tidak utamakan dunia dan kepartian yang lari dari landasan..

    Blog ini masih berkompromi dengan yang baik dari kalangan yang ada..
    Tidak ada musuh selama lamanya kerana itu ada pintu taubat yang sentiasa terbuka untuk semua..

    Dalam bahasa German, sila berambus dengan minda anda.. Tidak ada paksaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. penyokong mahathir/dap betul-betul sombong ye sekarang ni walaupun tulis seciput acah wartawan TIMES

      Delete
  10. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak perlu cakap siar kalau berani, ini bukan bapak kau punya blog.

      Delete
  11. Madey terdesak

    https://www.facebook.com/100029303634023/posts/200533170933469/

    Syarat umno sangat ketat dan pahit untuk madey telan...abang jo pon anti madey....madey hampir habis...madey sekarang bukan madey yg dulu lagi...

    ReplyDelete
  12. Kempen utk AMANAH ler ni...Mintak pemimpin utama AMANAH ni cermin dulu...

    ReplyDelete
  13. Dah lama aku cakap perbezaan itu normal tapi jaga Bahasa.

    Tuduhan melampau, recycle sampai nak mntah..gelaran Dan makian..too much..
    Better berambus

    ReplyDelete