Saturday, August 24, 2019

ANWAR MAKIN MENJAUHI KERUSI PM



Zakir Naik Way or Anwar way.. Pilihan umat Islam?

Ramai yang tidak setuju Anwar ganti Mahathir sebagai PM sekurang kurangnya pada penggal ini.

Tetapi kini sebahagian mereka bersetuju dengan Anwar dalam isu Zakir Naik...
Apa sudah jadi?  Boleh pula satu kepala...

Itu satu isu.
Yang keduanya..

Dalam kita cuba menilai Zakir Naik.. Kita nilai guna apa? tentulah guna otak dan akal pemikiran kita..  Atas apa yang kita tahu dan dari sudut pandangan logik..
Zakir tidak bawa isu bangsa..

Dalam menyata kebenaran Islam.. ia merentasi perkauman...
Dalam Al Quran ada disebut tentang bani dan kaum.. Ada disebut tentang ugama² mereka pada masa itu..
Apa yang Quran ceritakan kepada kita.. Allah jelaskan tanpa selindung..

Berbalik kita menilai dan cuba menghukum zakir..
Bezakan ilmu dia dengan kita..
Umpama seorang tukang cat yang mengkritik seorang arkitek?
Berbaloi?

Antara dia dengan kita?
Dah berapa ramai yang peluk Islam atas daya usaha kita.

Berjaya berdakwah sehingga seseorang masuk Islam mungkin pada sesetengah orang kini sudah tiada nilai?
Kumpul harta, banyak homestay,   drive velfire lebih utama?

Semuanya dengan izin Allah..
Zakir dan kita makhluk,  tiada daya kekuatan kecuali dengan izin Allah..

Kalau kita boleh respect seseorang yang dapat Datok kurniaan Sultan atau respect boss kita di jabatan.

Kenapa kita membantah keras kurniaan Allah pada seseorang yang berada di jalan benar?

Lebih teruk ada yang bersekongkol dengan pandangan musuh Islam?

Mereka jaga perpaduan dengan musuh Islam dengan meminggirkan persaudaraan sesama Islam???

Menghalau tetamu Allah,  memang biadab.


23 comments:

  1. Abah peecayo dengan kau KD...tak macam kawan KD yang seko tu... allah ada di atas arash nya trus hukum wahabi .... alahaii..















    ZN tu bukan calang2 ilmu




























    tak ke babssss!!! nama nye tu... sebok dng panji bodos... udah udah la tu



    kikikikikiki...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe..

      Apabila orang bodoh (safih dan bukan sekadar jahil) mahu memberi komen kepada perkara yang ia langsung tak faham.

      Ooops silap.. Tidak semua orang yang memberi komen pada perkara-perkara yang mereka tidak faham itu adalah orang bodoh, kerana sebahagian mereka hakikatnya adalah pendusta.

      Biarkanlah mereka bersukaria sementara tempoh masih ada.

      Tak lama mana dah pun untuk para pendusta ini tewas mutlak di tangan Pasukan Panji Hitam.

      Que sera sera.

      Wallahu a'lam.

      Delete
  2. Kalaulah anwar itu bukan pemimpin dan bakal pm, kita tak perlulah ambil peduli pandangan dia berkaitan zakir naik. Anggap perbezaan pendapat yg memang dibenarkan dlm Islam. Tetapi kerana status dia sebagai presiden parti komponen dlm kerajaan, juga 'bakal" pm ke 8, pandangan pelik dia terhadap zakir naik perlu diambil kira dan diberi perhatian serius. Berapa ramai non muslim yg anwar ibrahim telah islamkan? Bagaimana cara dia berdakwah? Masuk kuil jadi sami, masuk gereja jadi paderi dan masuk masjid jadi imam, itukah cara dakwah yg betul? Beribu non muslim telah mengucap syahadah kerana kerja dakwah zakir naik, berbanding aksi sesumpah anwar ibrahim. Nasihat saya selaku rakyat marhein, kalau kita tak mampu berdakwah utk agama Allah, jgn kita pulak menjadi jurucakap kpd mereka yg anti islam. Anwar ibrahim makin terdesak utk undi non muslim hingga lupa undi muslim makin jauh dpd dirinya. Rekod bakal pm terlama di dunia makin kukuh dalam genggaman.

    ReplyDelete
  3. KLIA SENGAJA DI HARU BIRUKAN.KERAJAAN PH SENGAJA SABOTAJ SISTEM ONLINE KLIA KERANA ADA KHABAR MENGATAKAN PENGUNDI IMPORT DARI CHINA DI BAWA MASUK BERATUS RATUS RIBU DAN MELEPASI KAWALAN JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA TANPA REKOD DAN BUKTI. MEREKA SENGAJA MENGHILANGKAN REKOD DAN BUKTI KEMASUKKAN PENGUNDI IMPORT DARI CHINA.

    Diurus Oleh Kerajaan Dunia Ketiga

    oleh Ab Jalil Backer

    Sudah dua hari sistem pengurusan dalam talian KLIA tidak berfungsi. Semuanya perlu dilakukan secara manual. KLIA tidak ubah macam pasar borong.

    Anehnya tidak nampak sebarang kesungguhan kerajaan untuk menyelesaikannya. Tidak ada pasukan petugas khas, tidak ada kemaskini semasa dari DAP Menteri Pengangkutan. Kerajaan seolah-olah tidak bersalah dan tiada rasa malu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kehkehkeh.... Belum pru, dah bg alasan knp kalah.

      Delete
  4. DSAI dan DZN kedua-duanya adalah ujian buat Tun M. Selagi Tun adalah PM Malaysia, in shaa Allah agama, bangsa dan negara kita akan selamat daripada kebinasaan, kerana Tun seorang yang dianugerahi hikmah untuk memahami setiap isu sehingga ke sekecil-kecilnya, dan mempunyai hikmah juga untuk membuat keputusan yang betul di dalam setiap keadaan.

    Tun telah membuat keputusan yang betul apabila memecat DSAI pada tahun 1998 dan membuat keputusan yang betul juga apabila bersekutu dengan DSAI untuk menumbangkan DSNR pada tahun 2018.

    Hari ini Tun juga sedang membuat keputusan yang betul untuk tidak menyerahkan DZN kepada India. Tun juga membuat keputusan yang betul apabila 'menasihati' DZN supaya tidak mencampuri urusan politik negara ini.

    John Doe tidak mengikuti Zakir's Way dan tidak juga Anwar's Way. Sebaliknya John Doe berada bersama-sama Tun M dan demikian John Doe mengikuti "Tun's Way."

    Bercakap tentang Tun's Way, mari kita renungi senikata lagu My Way yang berikut. Walaupun lagu ini tidak dicipta 'oleh' Tun, hakikatnya ialah lagu ini memang dicipta 'untuk' Tun.

    Pencipta lirik lagu ini juga tidak akan secocok dengan senikatanya sebagaimana cocoknya Tun dengan senikata lagu ini.

    And now, the end is near
    And so I face the final curtain
    My friend, I'll say it clear
    I'll state my case, of which I'm certain

    I've lived a life that's full
    I've traveled each and every highway
    But more, much more than this
    I did it my way

    Regrets, I've had a few
    But then again, too few to mention
    I did what I had to do
    And saw it through without exemption

    I planned each charted course
    Each careful step along the byway
    And more, much more than this
    I did it my way

    Yes, there were times, I'm sure you knew
    When I bit off more than I could chew
    But through it all, when there was doubt
    I ate it up and spit it out
    I faced it all and I stood tall
    And did it my way

    I've loved, I've laughed and cried
    I've had my fill my share of losing
    And now, as tears subside
    I find it all so amusing

    To think I did all that
    And may I say - not in a shy way
    Oh no, oh no, not me
    I did it my way

    For what is a man, what has he got
    If not himself, then he has naught
    To say the things he truly feels
    And not the words of one who kneels
    The record shows I took the blows
    And did it my way

    Yes, it was my way.

    Lagu ini telah dimainkan 'untuk' Tun apabila dia meletakkan jawatan sebagai PM-4. Semua orang pada ketika itu termasuklah John Doe sendiri menyangka bahawa 'The Final Curtain' buat Tun adalah apabila ia meletakkan jawatan sebagai PM-4.

    Rupa2nya hampir semua orang dan malahan Tun sendiri telah salah sangka. Tun hanya meletakkan jawatannya sebagai PM-4 bagi membolehkan ia kembali semula sebagai PM-7.

    Apabila Tun meletakkan jawatan sbg PM-4, dia bergelar PM 2 dekad. Apabila dia kembali sebagai PM-7 dia menempa satu lagi gelaran iaitulah PM 2 kali. In shaa Allah apabila 'The Final Curtain' Tun benar-benar telah dilabuhkan, dia telahpun menempa satu lagi gelaran bagi dirinya iaitulah 'PM 2 zaman'.

    DZN hanyalah salah satu ujian yang sedang dihadapinya. Dengan izin Allah, dia akan lulus cemerlang walaupun terpaksa bertarung di dalam dua perbatasan di dalam isu ini.

    Perbatasan pertamanya ialah menghadapi golongan pembenci DZN yang percaya keputusannya untuk membenarkan DZN terus tinggal di Malaysia adalah keputusan yang salah. Perbatasan keduanya pula ialah menghadapi golongan peminat DZN yang meletakkan DZN sbg kayu ukur keislaman seorang anak Melayu dan melihat apa-apa sahaja bentuk halangan untuk DZN berceramah dianggap sebagai 'tidak Islamik'.

    By the way, bagi sesiapa yang berminat untuk mengetahui, boleh semak dengan rekod PERKIM berapa ratus jika bukan pun ribu jumlah manusia yang kembali kepada fitrah (memeluk Islam) di PERKIM di bawah tangan Tun semasa Tun menjadi TPM. Hanya sahaja sifat ikhlas dan rendah dirinya yang membuatkan perkara ini tidak dihebahkan.


    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  6. Atok dan PBBM gunakan Zakir Naik sebgai umpan ajer..
    Nk ambil hari org melayu.
    Pada masa sama dah kenakan Anwar.
    Anwar kena main lagi...
    Kenyataan dia utk tidak sokong Zakir Naik memang dah dijangka oleh Atok.

    Sbb Anwar disokong oleh Cina DAP.
    Kalau dia sokong Zakir, maka sokongan akan hilang...
    Sbb tu dia tak sokong Zakir. Akibatnya Melayu tolak Anwar...

    Nampak tak game Atok...
    Hari2 keeja dia mcm mn nk pastikan Anwar tak jadi PM..

    Lantak mereka la...
    Yg pasti both of them & PH telah gagal dan sedang menghancurkan negara.

    Kena naikkan semula BN/PAS..

    ReplyDelete
  7. SETIDAK-TIDAKNYA BERTERIMA KASIHLAH KEPADA ANWAR….

    Shahbudin Husin 24 August 2019 Politik Semasa 40 Comments
    A A A
    Sejak semalam dan dijangka diteruskan lagi malam ini, akan dianjurkan perhimpunan oleh masyarakat India di kawasan Little India di Bricfields.

    Perhimpunan bertujuan membantah pengenalan pelajaran tulisan jawi untuk sekolah Tamil, membantah Dr Zakir Naik, selain bertujuan menuntut beberapa hak untuk masyarakat India.

    Pada mulanya, atas rasa tanggungjawab dan sebagai bakal peneraju negara di masa depan, Anwar Ibrahim telah tampil menggesa penganjur agar menghentikan apa yang mereka rancangkan itu.

    Kata Anwar, tiada keperluan lagi untuk mereka berhimpun kerana semua isu-isu yang dibangkitkan itu sudah pun reda keadaannya.

    Lebih-lebih lagi, tambah Anwar, Dr Zakir sudah dilarang oleh pihak polis untuk menyampaikan ceramahnya, maka meneruskan bantahan hanya akan memanaskan suhu politik serta mengundang pelbagai reaksi.



    Bagaimanapun, gesaan itu tidak dipedulikan oleh penganjur dan perhimpunan malam tadi tetap diteruskan, walaupun tiada kejadian tidak diingini dilaporkan berlaku.

    Malam ini, mereka dijangka akan meneruskan perhimpunan lagi di kawasan sama dengan lebih besar, meski sudah dimaklumkan bahawa pihak polis tidak mengeluarkan sebarang permit mengenainya.

    Hebahan melalui pelbagai saluran media sosial dilaporkan tetap giat mengajak orangramai hadir ke perhimpunan tersebut.

    Sekali lagi, atas rasa tanggungjawab dan bimbang keadaan tidak diingini berlaku, Anwar telah mengambil inisiatif menghubungi penganjur dan merayu agar membatalkan perhimpunan malam ini.

    Sambil sedia bertemu mereka pada minggu depan, Anwar juga berjanji untuk membantu masyarakat India dalam beberapa isu yang mereka bangkitkan.

    Akhirnya, penganjur sedia membatalkan perhimpunan yang dijadual pada malam ini.

    Selesai masalah!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org India dah lupa ke kes Kg Buah Pala?? Terpulang lah kalau masih nak percaya nuar boleh selesaikan masalah mereka. 😀

      Delete
  8. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  9. Anwar berjaya halang perhimpunan puak india di brickfield secara berhikmah...anwar telah tunjukkan ciri kepimpinan yg berhemah...kerja polis jadi senang..

    Mahathir hanye bergantung kpd polis untuk sekat perhimponan yg tidak dapat permit polis..

    Menyusahkan polis...

    ReplyDelete
  10. Polemik tulisan jawi dan Zakir Naik untungkan anwar....madey nak gunakan jawi dan Zakir sebagai alat untuk dapatkan sokongan melayu tapi mengundang api perkauman...

    Anwar dapat laba secara tidak langsong kerana berjaya sekat perhimponan little india di bricfields...

    Jika perhimponan ini tidak disekat keadaan akan bertambah kacau dan lebih terok jika cina turut join....polis menghadapi risiko untuk kawal perhimponan kaum yg besar...isu adib blm selesai..

    ReplyDelete
  11. OSTB yang selalu mengecam Zakir Naik agak nya pon dah jadi jurucakap yang membenci pendakwah ini.

    ReplyDelete
  12. Penjilat2 madey tetap memandang sinis kejayaan anwar meredakan ketegangan perkauman…

    Bagi mereka madey pon boleh selesaikan dgn kuasa polis…mereka tidak belajar dari kematian adib….

    Kekacaun kecil boleh ditangani oleh polis tapi bila sudah menjadi besar ATM terpaksa dipanggil…

    Kalo pengacau yg mampos aku peduli ape…tapi kalo pasukan keselamatan yg mati amat menyedihkan…..penjilat tak mampoos…madey sudah tua…tak mampu kawal negara lagi..

    Anwar sudah buktikan dia boleh jadi PM yg baik.

    ReplyDelete
  13. THE DEVOURED SAVIOUR
    YANG LAMA JADIKAN SEJARAH, YANG BARU JADIKAN KEAZAMAN

    Patut Mukhriz kayer...

    Monday, August 19, 2019
    HILANG PERWIRA MAHATHIR DALAM ISU ZAKIR NAIK BILA ANAKNYA DIDEDAHKAN MEMPEROLEHI 1000 HEKTAR TANAH BALAK DI SARAWAK KETIKA BERUSIA 30 TAHUN PADA 1994!!!

    Empat hari sudah berlalu semenjak pendedahan dibuat oleh Sarawak Report dan Clare Rewcastle-Brown tentang pembabitan Mukhriz Mahathir, Timbalan Presiden PPBM yang juga merupakan Menteri Besar Kedah dalam perolehan 1000 hektar kawasan pembalakan di Sarawak pada tahun 1994 menerusi syarikatnya, Tanjung Tiara Sdn. Bhd.

    Ketika menerima keistimewaan tersebut, Mukhriz Mahathir hanya berusia 30 tahun tetapi bapanya adalah Dr. Mahathir Mohamad yang merupakan Perdana Menteri Malaysia. Ketua Menteri Sarawak pada waktu itu pula adalah Taib Mahmud.

    Untuk rekod, projek Empangan Bakun yang dirancang pada tahun 1960-an, disemak semula pada September 1993 oleh Perdana Menteri waktu itu, Dr. Mahathir Mohamad dan pada 1 Januari 1994, projek berkenaan diserahkan kepada Ekran Berhad, yang dimiliki oleh Ting Pek King.

    ReplyDelete
  14. Mahathir sebagai otak PPBM sedar, PPBM tidak akan ke mana-mana tanpa sokongan orang Melayu dan Bumiputera. Di Sabah, PPBM memasuki ‘pasaran’ negeri itu kononnya untuk menggantikan UMNO yang semakin hilang dari bumi Sabah. Di Sarawak, PPBM juga masuk untuk merealisasikan impian membawa masuk UMNO ke Sarawak yang tidak pernah menjadi kenyataan.

    Namun baik di Sabah apatah lagi di Sarawak, PPBM hidup segan mati tak mahu. Malah kedudukan PAS di Sabah dan Sarawak jauh lebih baik berbanding PPBM di kedua-dua negeri di Borneo itu.

    Kekuatan PPBM kini hanya bersandarkan kepada kewujudan Dr. Mahathir. Muhyiddin Yassin selaku Presiden PPBM hanya tinggal nama. Muhyiddin tiada fungsi, sama seperti dia tidak mempunyai sebarang otak untuk memajukan partinya. Muhyiddin tidak boleh memintas Mukhriz Mahathir apatah lagi Dr. Mahathir.

    Mahathir melihat Perpaduan Ummah sebagai satu kekuatan baru. Gabungan UMNO-PAS sekiranya direalisasikan sehingga ke PRU-15 akan menyingkirkan PPBM, PAN dan PKR dengan mudah terutama di kerusi-kerusi dominan Melayu dan Bumiputera.

    Disebabkan itulah, isu penulisan khat dan jawi diangkat. Mahathir segera bertindak sebagai hero dan pejuang apabila menyatakan secara tegas bahawa kurikulum jawi dan khat akan diteruskan oleh Kerajaan. DAP yang sebelumnya kuat menghasut orang Cina khususnya untuk menentang kewujudan mata pelajaran Jawi dan khat, juga tiba-tiba bertukar menjadi pelakon serba boleh apabila Lim Kit Siang berkata, sepanjang dia berada di dalam penjara ISA, dia telah mempelajari tulisan Jawi dan tulisan Jawi menurutnya tidak akan membuatkan seseorang berubah agama.

    ReplyDelete
  15. KD , ZN BUKN MANHAJ ASWJ. MALAYSIA DN SULTAN ASWJ. SILA BIJAK.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Musuh tetap sama.
      Yang kau sebok bab qunut dengan tak qunut..
      Sila bijak berganda-ganda.

      Delete
  16. Perhimpunan say no to zakir tak jadi... Kredit pada anwar..
    Itu bukan penyelesaian.. Buying time
    Next agenda
    Ini politik bukan matematik.

    Perhimpunan ummah umno pas?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tunggu, tak lama dah. Jgnlah sabotaj pulak. Kd nak join? Jom, utk agama, bangsa dan tanahair.

      Delete
    2. Untuk agama, bangsa dan negara? Tolonglah buat demo di brickfields. Tak pun buat depan pejabat dongzong. Ada berani?

      Delete