Tuesday, August 20, 2019

BANTAH ZAKIR, , APA MALU BANGSAKU..



https://bankami.blogspot.com/2019/08/balikkk-saja-tarak-dahhh-takkan-jumpa.html

Sokong kafir
Apa malu BANGSAku..






Kalau zakir naik seorang pun tidak boleh dipertahankan,  jangan sebut nak pertahankan ugama,  bangsa dan negara. Jangan sebut lagi tentang membawa panji hitam. 





5 comments:

  1. Sdr KD,

    Adakah tanpa ceramah DZN, Melayu akan kekurangan Islamnya? Sehinggakan keislaman kita perlu diukur daripada sama ada kita membenarkan ceramah DZN atau tidak. Begitukah?

    DZN mempunyai fikrah Wahhabi. Bagi mereka yang memahami apa itu Wahhabi, perkara ini sangat jelas di dalam ceramah-ceramah DZN apabila topik perbincangannya ialah akidah Islam, iaitu satu topik selain 'perbandingan agama' yang menjadi kepakarannya.

    Saya pernah menonton video seorang pelajar sekolah Melayu pernah bertanya kepada DZN "where is Allah" dan dia menjawab "on the throne" sambil menunjuk jari ke arah langit. Ini adalah menyalahi akidah ahlissunnah waljamaah bahawa "Allah wujud tidak berempat". Ia adalah akidah Wahhabi bahawa "Allah duduk di atas Arasy".

    DZN juga pernah mengatakan menyambut maulid adalah bidaah dan bertawasul adalah syirik. Ini menyalahi akidah Ahlissunnah waljamaah dan adalah fahaman Wahhabiyyah. Ia sama bahaya dengan Syiah.

    Tahukah para peminat DZN bahawa sekalipun DZN kelihatan hebat di hadapan non-muslim seluruh dunia, di negaranya sendiri dia sentiasa lari dan beralasan apabila yg mengajaknya berdebat ialah kaum Muslimin sendiri termasuk mufti India pada tajuk berkaitan akidah Islam. Lama dulu saya telah menonton video2 ini.

    Di negara Malaysia ini kita ada 14 mufti. Di antara 14 mufti ini hanya Perlis yang terang berfikrah Wahabi. Dalam pada itupun mufti Perlis memutuskan tidak membenarkan ceramah DZN di negerinya.

    Wahhabi adalah fikrah yang menjadi asas kewujudan IS yang membunuh orang Islam lain di atas alasan menghapuskan bidaah, syirik dan seumpamanya.

    Di dalam sejarah Melayu, negeri Acheh di bawah Sultan Iskandar Thani pernah menerima masuk seorang ulamak India bernama Nuruddin Ar-raniri. Kerana terpegun dengan kepetahannya, si India Muslim ini kemudian dilantik menjadi mufti negeri dan ketika itu bermulalah fitnah besar ke atas Acheh di mana kitab-kitab ahlussunnah waljamaah dibakar dan guru-guru agamanya ramai yg ditangkap dan dibunuh kerana mengikut fatwa 'ulamak' ini untuk menghapuskan syirik dan bidaah dlm negeri.

    Fitnah ini hanya tamat selepas kemangkatan Sultan Iskandar Thani, apabila Nuruddin tewas berhujah dengan anak murid Hamzah Fansuri pada bab akidah Islam. Itupun selepas dibuka peluang untuk ahlussunnah waljamaah berhujah dengan mufti wahhabi ini.

    DZN yang popular di luar konteks adalah satu ulangan kpd episod sejarah hitam rantau Melayu ini.

    Membenarkan ceramah DZN tidak akan menambahkan keislaman seorang Melayu dan tidak membenarkan ceramahnya pula tidak akan mengurangkan keIslaman seorang Melayu. Pertimbangan perlu diberikan kepada faktor-faktor lain juga termasuk 'topik ceramah'.

    Saya bersetuju DZN diberikan perlindungan di negara ini dan tidak dihantar pulang ke India.

    Walaubagaimanapun di dalam bab membenarkan DZN berceramah, saya serahkan kepada pihak berkuasa dan kebijaksanaan Tun M untuk memutuskan.

    Saya yakin dan percaya Tun akan mempertimbangkan daripada pandangan hikmahnya dan membuat keputusan yang betul.

    Selepas Pasukan Panji Hitam menewaskan kebathilan di negeri mereka, dikhabarkan bahawa mereka akan menewaskan juga Parsi dan Semenanjung Tanah Arab. Hari ini ia adalah petunjuk bahawa yang akan ditewaskan ialah fahaman Syiah dan juga Wahhabi, fahaman DZN.

    Saya tidak bersama OSTB yg membenci DZN kerana fahaman Wahabinya dan tidak bersama sdr KD juga yang meletakkan DZN sebagai kayu ukur keislaman seorang Melayu.

    DZN adalah salah satu cubaan yang sedang dihadapi Tun, dan saya berkeyakinan Tun akan lulus cemerlang.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  2. Sdr KD,

    Mufti Pulau Pinang juga mempunyai pendapat yang sama dengan saya.

    Adakah pendapatnya ini menjadikannya kurang Islam?

    Ada pula fatwa2 Majlis Ulamak India tentang fahaman Zakir Naik dan juga perdebatan yang DZN lari dan beralasan di negaranya sendiri, boleh google dan lihat di Youtube.

    Seperti yang saya katakan, isu DZN ini banyak cabangnya dan bukan semudah hitam atau putih.

    Wallahu a'lam.

    -----------------------


    Unwise to bring Zakir Naik to Penang, says state mufti

    FMT Reporters

     -

    August 18, 2019 4:26 PM

    Penang mufti Wan Salim Mohd Noor. (Bernama pic)

    PETALING JAYA: Penang mufti Wan Salim Mohd Noor said it is not a wise thing for anyone in the state to bring in controversial Indian preacher Dr Zakir Naik to give religious talks.

    He said that Naik’s speeches often create controversy.

    “His speeches may disturb the peace in our multiracial community.

    “It is best not to bring him (Naik) to give speeches at the moment,” he said in a statement today.

    Wan Salim added that his personal opinion was that there was no need to bring in foreign preachers to Penang.

    “We have enough local ’ustaz’ (religious teachers) capable of giving good religious speeches,” he said.

    He also said that anyone who wants to bring religious preachers from outside would need to get the state religious department’s approval first.

    “For those who still want to invite Naik here, it is best to do it at a closed-door event to avoid any untoward incident,” Wan Salim said.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Case closed -
      Mahathir masih PM
      Zakir Naik masih di sini

      Delete
    2. Sdr KD

      Pada bab itu saya bersetuju.

      Delete
    3. Mahathir pm yg lemah...banyak masaLah berpunca dari mahathir...

      Delete