Tuesday, August 27, 2019

KENAPA PERLU SHAFEE HILANG FOKUS.... SUDAH TENTU SUARA BLOGGER SANGAT KECIL UNTUK MEMPORAKPERANDA PEMBELAANNYA.

https://www.amenoworld.org/2019/08/shafee-ikrar-heret-blogger-caci-najib.html

Berbaloi klik FOKUS
yang ini...




Bagaimana dengan yang ini? 
Menutup kes??? Kecoh betul pemahaman puak suharli masrop.

Harap Thomas tidak layan publisiti murahan..

21 comments:

  1. Blogger ini perlu diajar kes putar belit SRC yamg sedang berjalan sekarang - Shafee Abdullah

    Peguambela bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah akan menghantar aduan kepada Peguam Negara, Tommy Thomas berhubung tindakan sebuah blog yang didakwanya telah menyebarkan fitnah termasuk berkaitan kes SRC International Sdn. Bhd. (SRC International).
    “Saya mahu lihat blog dan blogger ini dijatuhi hukuman paling tegas. Banyak fitnah dan cerita tidak betul telah ditaburkan oleh blogger ini untuk dijadikan tatapan pembaca, sesuatu yang tidak betul dengan gambaran buruk sekali.
    “Adalah sesuatu yang tidak patut, sebelum selesai kes ini, sebelum dijatuhi hukuman atau keputusan, blogger itu sudah menjatuhkan hukumannya sendiri di mata rakyat. Apa punya blog apabila menulis pelajar-pelajar jurusan undang-undang tahun pertama sendiri akan tahu Najib bersalah daripada awal lagi,” katanya.
    “Pada saya, hukuman itu pasti, saya akan pastikan dia dipenjara walau apa pun sebagai pengajaran kepada yang lain supaya jangan sekali melampau batas,” katanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus TS Muhammad Shafee. Blogger-blogger kaki fitnah memang patut diajar. Bagi bankrap lagi bagus.

      Delete
    2. Aku rasa yang patut di saman adalah blogger che det, dari dulu sampai sekarang tidak berubah sedikit pun tuduhannya ke atas Najib, sebelum mahkamah dan hingga sekarang....

      Kenapa cari yg ikan bilis.

      Delete
    3. Tu cerita lama..
      Cerita baru derma dari arab hanyalah pembohongan najib dan jho low. Cek yg ditulis xpernah ditunaikan kata gopal sri ram.

      Yg Yg menulis cek adalah putera faisal dan dan pu turki yg mana kedua duanya terlibat dgn kes 1mdb.

      Surat yg dikatakan pengesahan juga dtg dari 2 org putera ini.

      Musibat punya bugis hari2 tipu melayu.
      Ayuh anak melayu semua, bdk2 sabil mari kita bangkit jahanamkan bugis yg xabes2 tipu melayu.

      Ayuh melayu bangkit

      Delete
  2. Itulah taktik penipu untuk menipu penyokongnya apabila Jibby didapati bersalah kelak. Mereka akan berkata 'hakim telah sabitkan Jibby disebabkan terpengaruh dengan blogger ni'. Memang ia adalah alasan bodoh bagi golongan terpelajar tetapi bagi orang-orang yang kurang memahami mereka akan terpedaya dengan pembohongan sebegini.

    Precedent sudah ada, iaitulah apabila BN pimpinan Jibby Kleptokrat tumbang di tangan PH pimpinan Tun, Jibby dan tentera-tentera pendustanya yang dibayar untuk menipu menghebahkan kononnya PH telah menang kerana fitnah.

    Aneh betul, bagaimana pula PH menang kerana fitnah apabila BN yang mengawal segala media yang ada. Ia adalah tuduhan bodoh, tetapi orang-orang bodoh sombong dan orang-orang bingung tetap percaya.

    Dulu selepas PH menang dan sebelum Jibby didakwa hari-hari mereka canangkan konon PH menipu dan memfitnah Jibby padahal Jibby masih belum didakwa konon kerana tidak ada bukti.

    Kemudian apabila Jibby telah didakwa mereka kataan pula Jibby dianiayai kerana terpaksa turun naik mahkamah untuk pertuduhan yang direka-reka.

    Punyalah terdesak untuk menunjukkan konon Jibby adalah mangsa hatta kerusi di kandang OKT yang tidak berkusyen itupun menjadi bahan untuk mengatakan Jibby dianiayai kerana dipaksa duduk di atas kerusi keras yang menyakitkan buntutnya.

    Kah kah kah.. Sungguh kelakar sekali. Selepas ratusan ribu OKT yang duduk di dalam kandang OKT, inilah kali pertama seorang peguam membangkitkan bahawa kerusi itu terlalu keras untuk anak guamnya.

    Apa yang sedang berlaku hari ini ke atas Jibby akan membuktikan bahawa Cash Is No King, instead Truth is Indeed The Real King.

    Anda boleh memiliki berbillion wang curi untuk melobakkan manusia tetapi anda tetap tidak boleh membeli kebenaran.

    Cash hanya akan berupaya membeli manusia-manusia yang telah menjual jiwa mereka kepada Iblis dan Dajjal untuk berterusan berdusta dan mempertahankan pendustaan, tetapi cash sekali-kali tidak akan dapat membeli kemenangan dan kebenaran. Pada akhirnya kebenaran tetap akan menang.

    Sesiapa yang mengikuti perbicaraan Jibby sudah dapat mengetahui dan mengagak apakah keputusannya.

    Jibby juga mengetahui dan dapat mengagaknya dan sebab itulah peguamnya kini membangkitkan konon seorang blogger telah memfitnah Jibby, supaya kelak apabila keputusan keluar mereka boleh jadikan blogger itu sebagai kambing hitam.

    Macai-macai berbayar Jibby dipersilakan terus meroyan. Tun masih PM dan Jibby adalah OKT yang sedang menanti keputusan, sedang keputusan itupun sudah hampir pasti.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pedih untuk dihadam dek pencinta lobak..

      Delete
    2. Ulasan JD yg tak pernah mengecewakan. Ringkas dan bernas.

      Delete
  3. Yg buat fitnah tu tak kira pro atau anti kerajaan perlu diheret dan dibogelkan. Aman dunia ni tanpa fitnah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Dunia ini akan aman apabila fitnah sudah tidak ada. Masanya tetap akan tiba.

      Dunia Islam hari ini sedang mengalami gelombang fitnah yang dahsyat memandangkan umat Nabi Muhammad saw sedang berada di penghujung zaman fitnah. Perkara ini telah pun dikhabarkan oleh baginda lebih 1400 tahun yang lampau. Maka tidak ada apa yang mengejutkan bagi mereka yang percaya kepada khabar nubuwwah baginda.

      Kaabah mempunyai 4 penjuru iaitu penjuru Syam yang menghadap Syria, penjuru Iraq yang menghadap Iraq, penjuru Yemen yang menghadap Yemen dan penjuru Hajarul aswad yang menghadap ke arah Timur iaitu Malaysia dan Indonesia.

      Di antara 4 penjuru ini 3 kawasan yang ditunjukinya iaitu Syria, Iraq dan Yemen sedang mengalami kebinasaan akibat fitnah dan hanya satu sahaja kawasan yang ditunjuki penjurunya yang masih belum binasa iaitulah Malaysia / Indonesia.

      Adakah Malaysia akan mengalami kebinasaan akibat fitnah seperti 3 negeri kaum Muslimin yang lain?

      Jawapan saya ialah tidak dan jangan risau kerana walau sehebat mana pun gelombang fitnah yang berlaku di Malaysia, fitnah itu sendiri takkan mampu menang ke atas kebenaran. Ahli-ahli fitnah itu hanya mampu membuat kacau sahaja. Apabila berlaku pertempuran dengan pasukan yang benar, mereka tetap akan tewas.

      Kelak apabila zaman fitnah menghampiri klimaksnya, kekacauan itu akan lebih memuncak dan lebih genting lagi.

      Walaubagaimanapun bangsa Mim yang berada di negara Mim di ufuk timur ini akan kekal selamat daripada kebinasaan kerana golongan yang benar tetap akan menang.

      Kelak apabila kebathilan itu bersekutu sesama mereka untuk menewaskan kebenaran, maka pada ketika itulah kebathilan yang bersekutu itu akan tewas mutlak di tangan pasukan yang benar.

      Apabila pasukan-pasukan bathil itu tewas mutlak, kebathilan itu akan lenyap dan tidak akan kembali lagi. Hasilnya bangsa Mim kesemuanya akan bersatu di bawah satu Panji sahaja.

      Mahu tahu Panji manakah yang bakal muncul sebagai pemenang mutlak dan tunggal pada hari terakhir zaman fitnah itu berlangsung? Carilah satu panji kepada satu pasukan yang tidak pernah tewas.

      Ia adalah Panji PPBM pimpinan Tun Mahathir. Sebelum panji ini wujud, mereka adalah UMNO dan pada masa itu mereka sentiasa menang sedang pasukan-pasukan lain sentiasa tewas.

      Selepas mereka bermufaraqah daripada UmNo yang telah berpaling dan menubuhkan PPBM, mereka kekal menang sedang UmNo pula yang telah tewas.

      Malaysia adalah negara yang dirahmati. Dengan izin Allah ia akan kekal selamat dari kebinasaan akibat fitnah golongan pendusta.

      AISYALAM MALAYSIA.

      Wallahu a'lam.

      Delete
  4. Adekah Kluangman dlm radar shafeei?...kikikik..

    Aku pon suka tengok Kluangman berkuntau dlm mahkamah jawab soalbalas shafeei...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih le kerana naikkan aku taraf blogger kebangsaan, blogger terbaik 2019

      Kijikiki

      Delete
    2. Tapi taklah sehebat kalari payat kalau Bossmu dipanggil membela diri. Terkepit2 nak menjawab.
      Kikikikiki...

      Delete
    3. Hehehe...

      Shafie belum tentu akan saman bro KD sebab Shafie sendiri pun menghadapi pertuduhan yang merunsingkan dirinya.

      Kejora Bapuk Bodo yang hampir pasti akan disaman oleh Khalifah Akhir Zaman selepas zaman fitnah ditinggalkan untuk menjawab segala fitnah dan tohmahannya ke atas Tun M ketika zaman fitnah itu berlangsung.

      * maksud sebenar saman atau summons di dalam Bhs Inggeris ialah dipanggil menghadap. Seseorang yang disaman melalui proses mahkamah bermaksud seseorang yang dipanggil menghadap hakim untuk menjawab tuduhan.

      Tak perlu percaya apa-apa. Memadai sahaja untuk bersaksi bahawa John Doe telah mengatakannya.

      Wallahu a'lam.

      Delete
  5. Aku baca ooening statement Gopal Sri Ram kes 1MDB satu baris satu baris dan pelan pelan. Memang berseni orang tua ni. Bukan lawyer aje faham, foreman pun boleh faham. Dia susun satu persatu dan yang dulu mengelirukan jadi jelas macam air sejuk dalam gelas.

    Aku memang tunggu nak dengar keterangan saksi-saksi

    Syabas Malaysia
    Selamat Hari Kebangsaan ke62

    ReplyDelete
  6. Bro John Doe sejak dahulu
    Memang bernas penuh hikmah
    Berfakta, tenang tidak melulu
    Berilmu, tepat lagi berhemah!

    Walau apa orang nak kata
    Tetap konsisten dalam bicara
    Yang melanggar takkan rata
    "bring it on"..jika terror!

    Dapat membeza benar dan salah
    Tidak gentar dengan cacian
    Bila penentang dah rasa kalah
    Ada merapu terus meroyan!

    Bro John Doe I'm with you
    Bukan sekarang sejak dahulu
    Walau Tun bertupang kayu
    Tetap dia 'the best Penghulu!'

    ReplyDelete
  7. PERINGATAN PADA BLOGGER FITNAH INI PASAL 'GAG ORDER"..

    Perkara signifikan selain Kes SRC adalah isu seorang blogger yang sangat serius untuk diambil tindakan ke atasnya kerana blogger ini telah secara mutlak menghina mahkamah...

    Persoalannya masih ingat kah macai macai bodoh PH dan blogger ini apa yang Tommy cakap pasal 'gag order'...

    Ia bukan penghinaan mahkamah yang biasa. Ia adalah penghinaan mahkamah yang teruk yang pernah disaksikan. Peguam Shafee Abdullaj akan memberikan maklumat ini kepada Peguam Negara dan saya mahu lihat sekiranya Peguam Negara ini berani atau tidak untuk bertindak dan mendakwa blogger ini kerana menghina mahkamah...!!???

    Kerana sebelum ini, perkara remeh temeh dan kecil dilakukan Najib dan Peguam Pembelaan pun Peguam Negara menganggapnya sebagai menghina mahkamah, kini saya mahu melihat apakah tindakan Peguam Negara dengan aduan Shafee Abdullah ini.

    Jika beliau tidak bertindak atas aduan ini, kami akan membuat aduan di dalam mahkamah ini bagi memastikan blogger ini tidak mengulangi kesalahannya dan mahh memastikan blogger ini dihukum dengan berat atas apa yang dia telah katakan.

    Beliau menghina DS Najib, membuat kesimpulan bahawa Najib bersalah, siap berkata budak tahun 1 fakulti undang-undang pun boleh tahu bahawa DSN bersalah, juga menuduh bahawa pasukan pembelaan sedang melakukan tugas yang tidak jujur. Semua ini telah dinyatakan. Anda tidak boleh ada penghinaan mahkamah yang lebih teruk daripada ini.

    Kita mahu menjadikan blogger ini sebagai contoh supaya menjadi pengajaran kepada pihak lain bahawa sungguhpun tidak ada “gag order” anda tidak boleh bercakap sesuka hati anda.

    ReplyDelete
  8. Madey tambah pening..

    Mahkamah tolak rayuan Dr M kembalikan saman terhadap laporan RCI forex
    Bernama - August 28, 2019 7:04 PM
    707
    Shares


    Dr Mahathir Mohamad.
    PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan menolak rayuan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad untuk mengembalikan semula saman beliau yang memohon perisytiharan untuk membatalkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kerugian urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada 1990-an.

    Hakim Ahmadi Asnawi yang mempengerusikan panel 3 hakim menegaskan dapatan RCI tidak boleh dicabar.

    Beliau berkata apa yang dicabar Mahathir adalah dapatan RCI itu sendiri seperti yang terkandung dalam laporan RCI.

    Sehubungan itu, Ahmadi berkata keputusan Mahkamah Persekutuan berkaitan RCI membabitkan klip video kontroversial seorang bekas peguam, VK Lingam, terpakai dalam kes Mahathir

    ReplyDelete
    Replies
    1. RCI hanya sebuah panel siasatan beetaraf diraja.
      Kuasa syor dan nasihat.
      Kuasa dibawa ke mahkamah kembali kepada PDRM dan setakat yg diketahui, sudah diputuskan semasa era najib lagi ia tidak cukup bukti.

      Sila betulkan

      Delete
    2. Kalo sudah diputuskan tak ade kes buat ape madey susah2 buat rayuan?...

      Delete
    3. Nak kata bodoh memang kau bodoh...ini bukan soal ada kes tak ada kes..

      1) kau baca balik permohonan Mahathir... apa yang Mahathir mahu dalam laporan tersebut..

      Jangan tulis Tanpa tahu hujung pangkal.

      Delete
  9. What is 1MDB trail about..!??

    Yes, you sue your accuser to ‘prove’ your innocence. And you charge a person to ‘prove’ he/she is guilty. What happens in the end does not matter. So, Najib is guilty because he was charged and put on trial. If there is no evidence of his guilt then how can he be charged? That is what the 1MDB trial is all about: to get Najib ‘convicted’ in the court of public opinion.Then only 'gag order' will slander the court..

    ReplyDelete