Wednesday, August 7, 2019

KENAPA TIDAK BAWA SAHAJA ISU ANWAR GANTI MAHATHIR KE MAHKAMAH...

Gesaan² yang gelojoh untuk Tun undur dan gantikan dengan Anwar tanpa alasan yang kukuh seperti perlakuan jenayah atau moral atau disability boleh dianggap biadab dan tidak mengikut perlembagaan.

Menggesa Tun berundur, meletak jawatan bererti juga mempertikai kuasa dan kebjaksanaan DYMM YDP Agong memperkenankan Tun SEBAGAI Perdana Menteri.

Pengesahan berterusan Tun SEBAGAI PM dapat dilihat dalam titah ucapan baginda di Hari pertabalan.

Menamakan Anwar SEBAGAI PM JUGA di luar perlembagaan dan menggugat budibicara dan kuasa seorang PM yang memberi nasihat dan mencadangkan calon PM kepada YDP Agong.

Dari segi politik dan kepartian, mereka sekadar boleh mencadangkan Anwar ganti Tun SEBAGAI Pengerusi, cukuplah setakat itu.

Atau yang lebih ganas, berpakat antara parti bagi menubuhkan kerajaan baru bersandar kepada kerusi majoriti atau undi tidak percaya kepada Tun semasa parlimen bersidang...bring it on.

Gesaan yang melampau, keghairahan kerusi yang terlebih berahi menyebabkan rakyat meluat dan musuh pukul canang Batu API.

Seseorang atau pihak tertentu perlu membuat laporan polis di atas semua gesaan ini SEBAGAI menganggu urusan negara, cubaan menghasut atau lebih serious cuba menderhaka.

Walaupun Tun seseorang yang sangat terbuka menerima kritikan dan menghormati kebebasan bersuara tetapi rakyat juga mempunyai hak memastikan pihak lain tidak melampau HINGGA menggugat keamanan, keharmonian serta PM dan kabinet hilang fokus kepada pembangunan dan ekonomi negara.

# Otai Reformasi terlajak gaung patut sahut cabaran tajuk..

10 comments:

  1. percayalah anwar tidak akan jadi PM.

    ReplyDelete
  2. Kepada cai, aku beri nasihat terakhir, jangan isi Komen macam pelacur politik murahan KANDANG BABI..sudah tidak ada tempat di sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow, aku provoke sikit je, bertalu talu melenting lenting berasap asap komen masuk..

      Buatlah ayat cantik bro tetapi berbisa..

      Delete
  3. Bro KD,

    Brader takkan mahu membawa persoalan dirinya sebagai pengganti Tun M dibawa ke mahkamah untuk diputuskan, sebab kedudukan Brader sendiri sebagai Ahli Parlimen adalah satu pertikaian yang belum pernah diadjudikasi dan diputuskan oleh mahkamah berdasarkan peruntukan undang-undang negara.

    Awal dulu sebelum PRK PD, saya telah berkongsi telahan saya bahawa Brader akan berjaya masuk ke Parlimen melalui PRK PD tetapi legitimasinya sebagai ahli parlimen akan menjadi boleh dipertikaikan dari sudut undang-undang. Itu telahan pokoknya.

    Rantingnya saya telah membuat telahan bahawa ia akan berlaku apabila Brader menang undi terbanyak tetapi tidak mencapai 50% dari keseluruhan undi dan ini akan membawa persoalan undang-undang sama ada Brader benar-benar telah menang.

    Telahan ranting saya tidak menjadi tetapi telahan pokok saya bukan saja tepat malahan jauh melepasi sasaran.

    Ia berlaku apabila Tun Hamid Omar, bekas Ketua Hakim Negara membuat kenyataan terbuka bahawa pengampunan diraja yang diberikan kepada Brader hanyalah ke atas hukuman dan bukan ke atas sabitan. YDPA hanya mempunyai kuasa untuk mengampunkan hukuman tetapi tiada kuasa untuk membatalkan sabitan. Bermakna sabitan ke atas Brader kekal dan dari sudut undang-undang dia tiada kelayakan untuk bertanding pada masa tersebut.

    Ini bermakna telahan pokok saya bukan sahaja tepat, malahan jauh melepasi sasaran dan jauh lebih baik daripada telahan rantingnya. Alasannya adalah seperti berikut :-

    1. Sekiranya Brader telah menang PRK PD dengan undi kurang daripada 50%, maka sebarang petisyen untuk mencabar kemenangan ini hanya boleh dibuat oleh calon yang tewas dan mestilah dibuat di dalam tempoh yang dibenarkan di dalam undang-undang pilihanraya. Kita telah jauh melepasi tempoh tersebut.

    2. Ada pula isu kelayakan untuk bertanding ia adalah berdasarkan prinsip 'batal sejak mula' atau disebut 'void ab initio'. Berdasarkan prinsip ini, isu kelayakan Brader untuk menjadi ahli parlimen boleh dibangkitkan di dalam apa-apa sahaja tuntutan di mahkamah dan tidak terikat kepada perkara-perkara yang dituntut sahaja, dan ia boleh dibangkitkan pada bila-bila masa selagi kita masih berada di dalam tempoh Parlimen ke-14, dan ia boleh dibangkitkan oleh sesiapa sahaja warga Malaysia walaupun dia bukan calon ataupun pengundi di PRK PD.

    Maka kesimpulannya ialah 100% Brader takkan berani membawa ke mahkamah isu dirinya sebagai pengganti Tun semasa kita masih berada di dalam sessi parlimen ke-14. Dia pasti akan lari daripadanya sekiranya isu ini dibawa oleh orang lain.

    Apa diharap pada seorang yang tidak berani pun untuk duduk di dalam kandang saksi untuk memberikan keterangan bersumpah membela dirinya sendiri daripada satu pertuduhan yang ia canangkan sebagai konspirasi politik ke atasnya.

    Apa diharap daripada seorang yang lari dari Parlimen Permatang Pauh yang memiliki 2/3 pengundi Melayu Muslim, sama dengan jumlah Melayu Muslim di seluruh negara ini, dan masuk ke gelanggang PRK PD di mana jumlah pengundi daripada kaum Melayu Muslim di situ tidak pun mencecah 50%.

    Kesimpulan; 'The Final Twist' bakal menjadi jalan mati buat Brader. Jika dia tidak hentikan kemaruknya kepada kerusi PM yang dia tahu di dalam hatinya bahawa dia tidak layak ke atasnya maka dia pasti akan terhumban ke dalam gaung.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bro, mestilah telah menjadi impian utk memahatkan nama sebagai PM sebelum badan dikandung badan. Tun tak rugi apa2 malahan mencatat rekod menjadi PM sebanyak 2x. Brader 2x kena sabitan jenayah. Huhuhu...

      Delete
    2. Anwar tu Brader ko ke? Patut le ko kuat kelentong sama mcm perangai brader ko tu...The Kelentong Brothers.

      Delete
    3. Anon 1047, ayat dah bagus, ada kemajuan..

      Kikikikiki

      Delete
    4. John Doe
      Bro KD
      Sdra Guna...

      Natijah dari hujah2 sdra, ianya amat jelas.....


      1. 'Klentong' dan 'Kunyit' berpisah tiada dalam PKR. Stigma 2. 'Klentong' dan 'Kunyit' tetap melekat dari segi moral dan perundangan.

      Delete
  4. letak hastag ajer

    ##

    kompom delete


    #kikikiki

    ReplyDelete
  5. Hallo bro KD.. Jangan ambil peduli sangat,, nama pun janji politik bila dalam politik biasa lah janji tinggal janji,, kira halal sudah lah janji rakyat senang cari makan budak budak sekolah dapat peruntukan atau pinjaman untuk terus belajar, yg lain lain tak usah ambil pusing,,
    Biasa lah org politik satu negara boleh kena temberang ini kan pula Anwar and the kuncu kuncu berapa kerat sangat,, maaf kalau salah tapi cuba fikir secara iklas betul tak,,

    ReplyDelete