Saturday, August 10, 2019

KERAJAAN PH BERDEPAN DAN MENJADI MANGSA PEMBAHARUAN YANG DIBAWANYA..




Kebebasan bersuara adalah antara yang diperjuangkan oleh pembangkang  sekarang diimplementasi hampir sepenuhnya.

DAP, PKR, AMANAH yang sudah terbiasa dengan tekanan dan kritikan lebih tabah dan dapat mengawal keadaan  berbanding BERSATU, proses pembelajaran berterusan.

Kelemahan dan kekurangan kerajaan sekarang bukan bermaksud kerajaan terdahulu lebih baik cuma kebebasan bersuara tidak ujud seperti sekarang.

Kelebihan kepada pembangkang sekarang ialah kerana mereka sudah berpengalaman dengan pengurusan negara dan menjadi mudah untuk mereka mengesan dengan cepat kelemahan pengurusan kerajaan yang baru bertatih kerana majoriti kabinet masih blur dalam pengurusan, mereka sedang sesuaikan diri.

Kritikan bertubi tubi pembangkang juga kerana mereka sudah kepanasan dan kehausan tanpa kuasa.

Setiap detik segala  strategi disusun untuk kembali cepat berkuasa semula demi melepaskan tengkuk sendiri.
Mengujudkan suasana perkauman adalah jalan pintas, mengena, mudah dan terkesan.

Hari ni apa sahaja peristiwa termasuk pergaduhan dijalanraya mudah sahaja dinobatkan dengan perkauman dan mudah pula disambut, seolah pergaduhan kaum akan sekesaikan semua masalah negara.



Kebebasan bersuara tidak banyak beza dengan kekuatan mata pena yang boleh sesebuah kerajaan hilangkuasa.

Demokrasi kebebasan suara yang sudah lama didambakan  tidak akan berundur lagi, kerajaan sekarang dan kerajaan akan datang kelak jadi boneka pada kekuatan kebebasan bersuara.
Pergaduhan kaum seperti peristiwa 13Mei pasti akan berulang lagi.

DAP akan dipertanggung jawabkan sepenuhnya walaupun bukanlah mereka 100% puncanya..

Itulah arah kita sekarang ini.


6 comments:

  1. Kerajaan PH tidak masih stabil..madey yg tidak stabil...perjumpaan tertutup untuk madey dapatkan sokongan pembangkang tapi syaratnye bebabkan madey...hihihihi..

    ReplyDelete
  2. In b4,
    welcome to sungai buluh for Bapa kleptokrat negara

    ReplyDelete
  3. Nampak tak bahana jurang antara kaum nie...sebab tu DAP kena hati2 sebab apa yg dilihat tidak adil kepada kaum cina atau india dlm apa jua keputusan kerajaan sebenarnya terpaksa dibuat demi memelihara kestabilan negara. Kalau isu khat yg semudah ABC tu pon boleh jadi isu besar utk kaum cina...agak2 apa perasaan melayu kalau kt bandar2 besar tulisan2 cina merata2 terpamer di gedung2 perniagaan diorang? Mcm Mahathir pernah cakap...cabut la apa saja milik cina dan nengok apa yg tinggal utk melayu...sebab tu aku tak hairan hanya cina2 yg benar2 berjiwa kebangsaan nie selalu akan mempertahankan identiti melayu supaya keberadaan mereka di tanah melayu tidak dianggap menjajah malah dianggap bersaudara. Realitinya cina generasi ke 3 gagal memahami aspirasi tok moyang diorang yg pernah dtg dulu utk hidup bersama org2 melayu di kampung2...cara hidup tempatan mungkin tapi tak hilang budaya yg dibawa utk menghormati tuan rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cina dan india generasi ke 3 yg lahir di malaysia tidak lagi merasa diri mereka pendatang...mereka menuntut hak yg sama dgn pribumi sebagai rakyat yg sama lahir di mesia...kaum pribumi yg mesti persiapkan diri dlm semua bidang untuk elakkan konflik dgn anak2 genersai ke3 pendatang...selagi pribumi menganggap kaum ini sebagai pendatang dan pribumi ada hak istimewa selagi itu lah wujud komflik dan pribumi sentiasa ketinggalan.....

      Delete
  4. Tolong JANGAN masuk campur urusan Kerajaan MALAYSIA. Biarlah MALAYSIA dengan masalahnya..Anda fikirlah dengan waras dan berfakta. Jangan menyelak kain orang lain dan selaklah kain sendiri.
    #AnakJatiMALAYSIA

    ReplyDelete