Sunday, August 4, 2019

ON PAPER ORANG MELAYU SUDAH LAMA PADAM ATAU PAPA KEDANA... ..

Masa depan yang sangat gelap..

Sebok dengan POLITIK yang tiada penghujung..
Yang sedang dilakukan adalah peperangan menuding jari..

Cash is King secara rule of laws akan menjadi kenyataan..

10 comments:

  1. Sibuk politik bangsa terabai
    Jangan menangis tidak berlagu
    Jurang dalam kian melambai
    Lebih baik kuatkan regu!

    Dibagi kuasa dia permain
    Segala benda dia dah lanyak
    Billion disorok dalam kain
    Bagi sedikit kautnya banyak!

    Lupa dia perjuangan dulu
    Bergolok bergadai nak bangun Melayu
    Masa memimpin dia tak malu
    Hilang kuasa bangsa pun layu!

    Kerana jawatan, wang dan kuasa
    Jadilah dia mudah lupa
    Konon menang itu sentiasa
    Jaga bangsa dia dah alpa!

    Melayu itu gagah perkasa
    Lautan ditakluk Panglima Awang
    Bila Melayu dah hilang kuasa
    Rumah bersih dah penuh sawang!

    Biarlah Pak Tua bersihkan rumah
    Kasih sayangnya sebati bangsa
    Pinggan pecah bertabur remah
    Beri Pak Tua sedikit masa..








    ReplyDelete
  2. Kenapa perlu promosi Anwar dan Najib sekarang sedangkan PRU15 lambat lagi.

    Bertenang dan support Mahathir kalau sayang bangsa Dan ugama.

    Berdiri kuat belakang Mahathir kalau benar benci dan nak ganyang DAP.

    Itupun MELAYU tidak boleh BERSATU?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang MELAYU kalau baca Komen aku ini bukan akan timbul keinsafan, kuat melenting Ada le..

      Delete
    2. Melenting sudah jadi budaya asam garam warisan..

      Orang MELAYU pakar melenting Bab POLITIK dan Islam..

      Bab ekonomi..cepat mengantuk
      Bab solat....subuh gajah

      Delete
  3. Salam Tuan KD

    Lain macam je bunyi...

    Cash is King secara rule of laws akan menjadi kenyataan..

    Yang kita tahu " Cash is King" tak ikut rule of law = DS Najib. Tapi beliau bukan Cash is King lagi. Dah jadi "Malu Apa Bossku!?"

    Atau ada Cash Is King sebenar ke? Biar betul. Kalau benar ... Cash is King ini kah yang dikatakan Raja Segala Raja..??.




    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita ada Raja Berperlembagaan..
      Kita ada ketuanan Melayu..
      Cash is King yang tidak ikut rule of law.. Tak tahan lama.. Sedang didakwa..

      Oleh kerana semua di atas telah ada warisan..

      Maka cash is king yang benar² cash dan benar² king akan menjadi milik ahli perniagaan, saudagar, billionaire..
      Mereka kaya melalui proses perdagangan yang dilulus dan diterima secara sah oleh undang².
      Mereka pembayar cukai utama.. Mereka yang membiayai belanjawan negara..

      Mereka kelak akan menjadi zionist baru menentukan siapa Presiden siapa PM..

      Ini semua gara² pemimpin politik melayu sedang bertaji sesama sendiri..

      Mana tali Allah? Semua pakat² abai..
      Tanpa malu lafaz demi ugama, demi bangsa..

      Belah dada mereka.. Yang akan jumpa adalah kerusi.

      Delete
  4. Mat dan Ali bertarik rambut
    Seng lihat tersenyum simpul
    Baju koyak muka serabut
    Seng seronok kelihatan jempol!

    "Jom aku belanja makan
    Tentang bayar jangau risau
    Lepas ini engkau teruskan
    Ini parang..ini pisau!"

    " nak pistol? biar ku beli
    Harga peluru semua ku tanggung
    Kau gaduhlah berkali kali
    Siku menyiku,sigong menyigong!"

    "Jika luka susah nak gerak
    Duit ubat ku bagi lagi
    Aku umpan emas dan perak
    geran tanah boleh kau bagi? "

    "susah2 serahkan rumah
    Boleh kau dapat wang saku
    Biar engkau tidur di khemah
    Rumah engkau bagi kat aku! "

    "Seronoknya kau berkerat rotan
    Sekarang kampung aku Penghulu
    Engkau boleh tinggal di hutan
    Lu bodo wa caya lu..! "

    ReplyDelete
  5. Buang masa kumpul tandatangan sokongan pada Brader Anwar Bin Ibrahim.

    Hari ini Ketua Wanita PKR, Haniza Mohamed Talha menyifatkan tindakan untuk mengumpulkan tanda tangan pemimpin parti di peringkat bahagian di seluruh negara bagi menyokong kepemimpinan Presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai membuang masa.

    Ini kerana menurutnya, jawatan Presiden parti yang dipegang Anwar adalah merupakan hasil kemenangan tanpa bertanding dalam pemilihan parti lepas.

    “Perbuatan mengambil tanda tangan tidak menyatukan, malah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan ahli akar umbi,” katanya yang dipetik menerusi laporan portal berita Free Malaysia Today.

    DI SULAM SULAM KATANYA MELIHAT
    DISELAK SELAK KATANYA MENJADI
    KU TENUNG TENUNG RASANYA MENDAPAT
    KESIAN BRADER KITA KEMPUNANLAH LAGI


    INI GAME SI LIDAH BERCABANG
    MUKA TEBAL TELINGA PEKAK BADAK
    TAKKAN DIBERI WALAU DAH CADANG
    BAIK BRADER LANGGAR JER DNG PENYEPAK

    akibat bahana karma fitnah makan diri balik, perang kunyit sesama sendiri makin panazzz...!!

    jangan kata JonDonJR tak payung..!!
    kikiki..


    #popcorntambahdantepukkkkk

    miajalipahJR

    ReplyDelete
  6. Habis di sekolahkan, dah Tak berbunyi cai, insaf le tu

    ReplyDelete