Thursday, August 29, 2019

SANTAI² BACA..

Apabila aku mempunyai pandangan tertentu tersendiri, peribadi, aku tulis.

Kadang² aku copy paste sesuatu..aku beri pandangan atau ulasan samada di tajuk atau dibawahnya.

Kekadang aku copy paste 100% Tanpa ada ulasan - tidak bermaksud aku setuju dengan copy paste tersebut. Paparan sebegitu lebih kepada memberi peluang komen terbuka yang sudah tentu dari dua phak yang berbeza.

Sesuatu yang penting, aku bukan sebahagian kerajaan atau penyokong taksub kerajaan atau pemimpin.

Aku JUGA bukan sebahagian pembangkang atau menyokong atau menentang pembangkang.

Ada kata aku lalang, tapi hakikatnya aku tiada ikatan dengan apa dan siapa pun. Aku nak U turn atau L turn sekalipun aku lakukan Tanpa signal selagi aku rasa itu betul pada fikiran aku.

umno lebih baik tanpa najib tan Zahid.  PH Alan bermasalah Tanpa Mahathir. Rakyat adalah mangsa.

Rakyat menjadi MANGSA adalah rakyat yang mengharap pada retorik pemimpin dan parti yang mendabik dada mengaku kononnya membawa panji melayu dan Islam..

Lebih teruk parti di alat pemmpin untuk korup?

Yang terbaik adalah yang AMANAH, berakhlak Dan sentiasa Cuba memajukan BANGSA Dan negara atas tanggungjawabnya.

Dia bekerja dan mendahului dari sekadar cakap dan pidato manis.

https://www.facebook.com/100040956851667/posts/108734877168407/?app=fbl

17 comments:

  1. Tanpa madey PH akan kembali mendapat sokongan rakyat...madey yg rosakkan PH...orang kampong pon dah sebut madey tipu...harapan kosong...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesian org kampung kau. Kurang membaca ropernya.
      Kikikiki...

      Delete
  2. Setuju umno akan lebih baik tanpa najib dan zahid....tapi najib zahid segelintir pemimpin umno dan ahli umno sudah terbiasa ikut cara madey...madey sudah ajar serba serbi kpd umno selama 22 tahun memimpin umno.....

    Ada yg percaya jika pak lah dan najib ikut kehendak madey iaitu jaga kroni dan anak branak madey najib dan pak lah takkan didesak undur oleh madey...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, ye ker? Kesian org umno tu. 22 tahun ikut jer madey cam tak ada otak.

      Delete
  3. ELAK KALAH PRU15, TUN M TIDAK HARUS JADI PM LEBIH DUA TAHUN

    Shahbudin Husin 29 August 2019 Politik Semasa 59 Comments
    A A A
    Kebimbangan tentang kemungkinan PH kalah PRU15 akan datang bukan lagi suara yang disembunyi-bunyikan, malah sudah boleh didengari di mana-mana ketika ini.

    Kalangan pimpinan PH sendiri tidak lagi takut menyatakan hakikat tersebut.

    Di forum terbuka, kenyataan media, perbincangan dalam bilik mesyuarat, sembang-sembang sesama sendiri, malah apa saja ruang untuk berbicara, topik tersebut kian kerap diperkatakan di sana sini.

    Semalam, Ahli MPT Bersatu, Dr Rais Hussin dalam sebuah forum di UIA tanpa berselindung menyatakan PH akan kalah mudah jika PRU diadakan dalam waktu terdekat ini.

    ReplyDelete
  4. Nadey sudah hilang kawalan..

    APAKAH ELEMEN DIKTATOR PM4 SUDAH MERESAPI PM7?
    Shahbudin Husin 30 August 2019 Politik Semasa 7 Comments
    A A A
    Dalam beberapa ucapannya sebelum ini, Tun Mahathir Mohamad selalu mengalu-alukan teguran dan kritikan.

    Kata beliau, teguran dan kritikan adalah umpama cermin yang membolehkan pihaknya memperbaiki kesilapan.

    “Tanpa teguran dan kritikan, kita tidak nampak apa kesilapan kita.

    “Dan cuba kita tak tengok cermin dua tiga hari, kemudian kita keluar rumah, adakah rupa kita makin elok?” demikian lebih kurang antara kata-kata yang pernah diucapkan oleh Tun Mahathir dalam mengalu-alukan teguran serta kritikan.

    Tapi apa sudah jadi sekarang?

    Mengapakah Dr Rais Hussin, Ahli MPT Bersatu mahu diambil tindakan disiplin hanya kerana memberikan pandangan yang berupa kritikan dan teguran

    ReplyDelete
  5. Pandangan kluangman kadang2 nengarut seperti temberang jon doo...pikiran kluangman kadang2 kelihatan tertutup...

    ReplyDelete
  6. najib dan zahid belum dijatuhi hukuman dah cop bersalah!!???

    kes forex dan perwaja steel diam tak bermaksud takde apa2???

    sorry KD aku pun macam kau...(kalau kau xmenipu le)

    kihkih

    ReplyDelete
  7. Mukhriz Dapat 1,000 Ekar Tanah Balak Sarawak Pada Tahun 1994

    Surat2 kelulusan pembalakan kpd Mukhriz.

    Pendedahan yang dibuat oleh Sarawak Report dan Clare Rewcastle-Brown tentang pembabitan Mukhriz Mahathir, Timbalan Presiden PPBM yang juga merupakan Menteri Besar Kedah dalam perolehan 1000 hektar kawasan pembalakan di Sarawak pada tahun 1994 menerusi syarikatnya, Tanjung Tiara Sdn. Bhd betul-betul ibarat bom jangka untuk Dr. Mahathir dan anak kesayangannya Mukhriz aka Boboi....



    Ketika menerima keistimewaan tersebut, Mukhriz hanya berusia 30 tahun tetapi bapanya adalah Dr. Mahathir yang merupakan Perdana Menteri Malaysia...

    Ketua Menteri Sarawak pada waktu itu pula adalah Taib Mahmud...


    Untuk rekod, projek Empangan Bakun yang dirancang pada tahun 1960-an, disemak semula pada September 1993 oleh Perdana Menteri waktu itu, Dr. Mahathir Mohamad dan pada 1 Januari 1994, projek berkenaan diserahkan kepada Ekran Berhad, yang dimiliki oleh Ting Pek King...

    Pembinaan Empangan Bakun dimulakan oleh sebuah Bakun Hydroelectric Corporation yang mengandungi Ekran Berhad, Tenaga Nasional Berhad, Kerajaan Negeri Sarawak, Sarawak Electricity Supply Corporation (SESCO) dan Malaysia Mining Corporation Bhd (MMC)...

    Projek di bawah Ekran itu akhirnya tersangkut pada tahun 1997 dan terpaksa bail-out...

    Hanya pada pentadbiran Dato' Seri Najib Abdul Razak, Empangan Bakun berjaya disiapkan dan 100% kepentingannya diserahkan kepada Kerajaan Negeri Sarawak pada 8 Mac 2017 berbanding matlamat asal, Empangan Bakun dimiliki syarikat kroni (BACA DI SINI)...

    Apa Kaitan Bakun Dengan Projek Tanjung Tiara?


    BALAK!!!

    Dan kalau dipanjangkan isu balak yang membabitkan Dr. Mahathir, akan panjanglah ceritanya...

    Akan buruklah Dr. Mahathir dan pentadbirannya.

    Dr. Mahathir amat sedar tentang kaitan tersebut yang boleh menyebabkan kerjaya politik anaknya, Mukhriz yang kini sedang bercuti bersama-sama keluarganya di Shanghai bakal terjejas dan reputasinya akan dipersoalkan...

    Persoalannya sekarang, kenapakah baru sekarang Clare dedahkan perkara ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku pun nak kawasan balak, apa masalahnya..

      Kalau mukhriz dapat secara korup, repot, seret ke mahkamah.

      Melalak mcm anjing buat apa.

      Delete
  8. Kluangman...kenape madey kembali jadi diktator?...hihihihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soalan bodoh, camner aku nak jawab.

      Delete
    2. Itu soalan cepumas. Kluangman pun dah buntu macam mana nak jawab.

      Delete
    3. Semalam kata madey ikut cakap dap, hari ni kata madey diktator..

      Lidah jenis bercabang.

      Delete
  9. TETAPKAN TARIKH PERALIHAN KUASA PM SEGERA

    Presiden Dewan Perniagaan dan Industri Antarabangsa Malaysia (MICCI), Datuk Tan Cheng Kiat yang mendakwa kebimbangan itu berasas kerana polisi negara pasti akan berubah setiap kali pemimpin bertukar.

    “Kita maklum Tun (Mahathir) akan menyerahkan kuasanya kepada Anwar tiba sehingga kini tiada tarikh yang tepat diberikan jadi ia menyukarkan komuniti perniagaan dan pelabur untuk membuat perancangan masa depan.

    “Kita tahu setiap kali pemimpin bertukar, polisi negara juga akan berubah. Ini meningkatkan kebimbangan kepada kami,” katanya semasa menjadi panelis dalam sesi Mewujudkan Hubungan Perniagaan dan Kerajaan di Forum Ekonomi Kebangsaan 2019 di sini..

    Sesi dikendalikan oleh Ahli Parlimen Jeli yang juga Pengerusi Jawatankuasa Terpilih Bajet, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

    KIKIKI SAPA SEBUT PH KALAH ATOK AMIK TINDAKAN PULA
    INI OLANG ADE ATI PULAK NAK TETAPKAN PERALIHAN
    TAK PE KAU ORG ONN KAN SAJER PERALIHAN KUASA
    ATOK KAU TU ACAH2 POWER KUASA PIBG LAGI POWER KANNN..!!

    KIKIKIKIKI...

    Ketika Mustapa meminta para peserta yang merupakan wakil perniagaan mengangkat tangan sekiranya bersetuju dengan kenyataan Cheng Kiat, semua mengangkat tangan tanpa ragu.

    #popcorntambahdantepukkkk

    ReplyDelete