Thursday, August 8, 2019

TIDAK ADA KERAJAAN YANG LEBIH SELAMAT DAN TERKAWAL DARI KERAJAAN DI ERA MAHATHIR..




.......

Si miskin belanja mewah tanpa tahu dia ada big money in the pocket... 


.....




Melihat rekod PM4 dan PM7 tidak banyak beza dari segi selamat dan terkawalnya negara dalam apa juga isu yang melibatkan kepentingan rakyat kepada semua kaum dan ugama.

Tidak ada jalan selamat bagi mereka yang ingin cuba ke arah perkauman,  jenayah,  korup secara terang atau salahguna kuasa dari peringkat istana mahupun marhaen.

Semua pihak tahu Tun mampu menembusi dan meyakinkan rakyat apa yang dilakukannya adalah yang terbaik walaupun ada pahitnya.

Tetapi itu tidak bererti tidak ada kesilapan, kekurangan dan kelemahan tetapi cuma jika ia berada di tangan PM lain,  perkara yang sama akan lebih worst.

Suatu legacy nyata yang akan Tun tinggalkan adalah Rule Of Law dari kacamata seorang doktor.  Pembedahan akan diteruskan bagi menyelamatkan keadaan walaupun agak terlewat tetapi masih belum lambat.

Negara perlu berada di landasan yang betul.

Memang benar dari segi kuasa politik(kerusi) kedudukan Tun tidak powerfull TETAPI hingga ke tahap ini parti yang banyak kerusi pun hanya berani tengok dan berani cuit sahaja tanpa berani langgar.

Ini menjadikan parti keruci ciput seperti PAS dan AMANAH menumpang situasi hingga dilihat turut berpengaruh.

UMNO kerusi terbanyak yang hampir menyembah bumi terpaksa minta nyawa pada PAS dan tiada siapa pun di kalangan pemimpin umno berani mengusik PAS dengan perkataan aahh atau uuhh sekalipun.

Bila Hadi bercakap,  semua angguk,  menikus.

Siapa lagi yang berani cakap AMANAH diperkuda DAP?

Tun telah menunjukan si kecil mampu menjadi kuat dan berpengaruh di kalangan si besar kerana kuasa yang paling besar ialah rakyat akan menyokong kebenaran.

Cakap² rakyat marah dan benci Mahathir ada benarnya tetapi apabila sampai kepada sesuatu isu dan situasi kritikal -Mahathir akan dilihat terbaik dari kalangan yang ada untuk terus disokong.

Itu sebab hari ini,  harapan untuk Tun kekal sepenggal mencurah datangnya sokongan..
Kenapa?
Kerana ramai sudah melihat,  tanpa Tun,  negara tidak terkawal dan tidak ada pemimpin yang mampu kawal sebijak Tun.

Bagi orang Melayu,  tanpa Tun,  DAP is the king...
Pemimpin Melayu termasuk umno yang banyak masalah(?) akan tunduk(?) kepada DAP untuk melepaskan tengkok masing²...

Kegagalan Tun mendapat barisan kabinet yang berpengalaman ditampung oleh kekuatan jentera kerajaan dengan Tun memperkemaskan PDRM,  SPRM,  AG dan CJ ke arah memerangi korupsi. Setakat ini,  AG sahaja dilihat tidak kemas dari segi pengurusan.

Agensi dan Jabatan yang memberi hasil kepada kerajaan juga diaktifkan untuk membawa pendapatan kepada kerajaan.

Jangan terlalu terpengaruh dengan blog² yang bercerita seolah olah kerajaan hari ini paling teruk dalam dunia..

Hakikatnya kebebasan bersuara menjadikan mereka lupa diri,  perasan merekalah yang paling ideal dan betul hinggakan soal hukum ugama pun diputuskan guna logik kepala semata mata..

Kebebasan suara ini lah juga antara yang masih dapat dikawal oleh Tun tetapi selepas era Tun, kebebasan suara inilah juga yang akan menjadi racun dan pembunuh kepada mana² pemimpin dan kerajaan akan datang.

Siapa pun pengganti Tun,  parti mana pun yang menjadi kerajaan.. Jika asasnya pemimpin itu korup,  parti itu racist,  akhlaknya buruk..kebebasan bersuara adalah musuh mereka..

Siapa pemimpin selepas Tun tidak korup?  Akhlaknya terpuji?  Amanah?

Kalau ada,  atau hampir ada.. Selamatlah Malaysia.

Tetapi kekadang mereka tampak bagus kerana belum ada kuasa.




#salam jumaat pada cai²
Bila agaknya nak "bring it on"..
Sembang je hebat.. Tin kosong.













20 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. Bila nak tubuh RCI camportangan Hakim kanan dlm keputusan penghakiman seperti yg di nyatakan oleh hakim Hamid sultan abo brcker?..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Coming soon

      Tetapi dukacita, nama suharli masrop digugurkan.

      Delete
  3. Agensi dan Jabatan yang memberi hasil kepada kerajaan juga diaktifkan untuk membawa pendapatan kepada kerajaan

    Tapi aset yg untung bawak hasil setiap tahun dijual.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suharli, dulu Kat sekolah, belajar Tak
      Add math
      Bio
      Chem
      Fizic

      Delete
    2. Bro kd suharli pernah bersumpah sebelom pru14 dia tidak pernah menggunakan nama annon selain nama dia yang sebenar.

      Delete
    3. Sang Tikus AnonyMOUSE pertama kali dedahkan nama Suharli 4 tahun lalu di blog 'Putra Merdeka'.

      Delete
  4. Tepat sekali sdr KD.

    Ketika usia mudanya, Tun telah menulis sebuah buku hebat yang bertajuk "Menghadapi Cabaran".

    Buku ini sebenarnya adalah sebagai satu petanda bahawa Tun memang akan menghadapi cabaran-cabaran hebat di dalam perjalanan hidupnya.

    Sebagai PM-4 dan PM-7 Tun memang telah menghadapi begitu banyak cabaran dan berjaya mengatasi setiap cabaran tersebut dan kejayaannya itu telah menyelamatkan negara ini daripada malapetaka dan kebinasaan sekiranya dia telah tewas di dalam mana-mana cabaran tersebut.

    Selepas segala fitnah dan tohmahan yang dilemparkan ke atas Tun sedikit pun tidak menggugat Tun, pembenci-pembenci Tun dengan terdesaknya menggunakan cercaan demi cercaan ke atas Tun, tetapi cercaan-cercaan ini langsung tidak memberi apa-apa kesan di dalam perjuangan Tun. Tun semakin kukuh sedang pembenci-pembencinya semakin hari hati mereka semakin merengkam dan menanah kerana tidak mampu menang ke atas Tun.

    Kepada pembenci Tun, lupakan tentang perkongsian saya bahawa Tun Mahathir adalah Pembawa Panji Hitam, dan cuba jawab soalan-soalan mudah berikut tanpa memberikan alasan-alasan kerana tidak mahu menjawab soalan.

    Soalan-soalan mudah ini telah saya tanyakan kepada Blogger Al-Majid dan dia bukan sahaja tidak menjawab soalan bahkan dibuatnya satu entry penuh dengan kaedah-kaedah orang beralasan. Menunjukkan bahawa dia memang sengaja tidak mahu menjawab soalan.

    Soalan-soalan mudah itu ialah :-

    1. Di hujung zaman fitnah ini, siapakah manusia yang menerima cercaan lebih dahsyat daripada Tun Mahathir yang dicerca "Mahakutty, Mahababi, Mahacelaka, Mahafiraun" dan 1001 maha yang lain? Ingatlah bahawa "Maha" bermaksud 'tiada bandingannya'.

    2. Di dalam dunia hari ini, siapa selain Tun Mahathir yang menempuh berbagai cabaran dan kekal menang sehingga layak bergelar "ketua kepada pasukan yang tidak pernah tewas walau siapa pun yang mengetuai pasukan lawannya"?

    3. Di dalam dunia demokrasi Tun Mahathir telah memimpin 6 PRU dan menang kesemuanya. Tunjukkan kepada saya seorang sahaja pemimpin demokrasi walau apapun agamanya, yang memiliki rekod separuh dari itu, iaitu memenangi 3 PRU di negaranya. 

    4. Di dalam dunia monarki, Tun telah menabalkan 6 orang raja. Tunjukkan kepada saya seorang sahaja manusia walau apapun agamanya yang telah menabalkan separuh dari jumlah itu iaitu menabalkan 3 orang raja di negaranya. 

    4. Tun memerintah negara Malaysia dari Seri Perdana, Putrajaya. Putrajaya adalah Bandaraya yang Tun sendiri bangunkan. Tun adalah ayahanda Putrajaya. Tunjukkan kepada saya walau seorang pun pemerintah di dalam dunia hari ini demokrasi mahupun monarki, walau apapun agamanya, yang memerintah negaranya berpusat daripada sebuah bandaraya yang ia sendiri bina dan bukan yang ia warisi daripada pemerintah terdahulu. 

    Silakan berikan satu sahaja nama bagi setiap satu ciri di atas secara ikhlas tanpa beralasan dan tanpa perlu mengaitkannya dengan perkongsian saya bahawa Tun Mahathir adalah Pembawa Panji Hitam. Sekiranya tiada jawapan lain maka ikhlaslah dengan diri sendiri dan akui sajalah bahawa memang tiada siapa pun selain Tun yang memiliki walau satu pun di antara 4 kehebatan di atas.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesiapa yang boleh jawab persoalan di atas, aku mengaku kalah dan tutup blog ini.
      Jawab macam seorang peguam ..bukan loyar buruk kaki Lima.

      Delete
    2. nak jawab camner jawab berpantun fakta kena delete...

      asal sentap delete...!!

      setakat hastag pun delete... !!

      it vary easy game to understand ... give me game lain laaa...



      alahaiii...

      Delete
    3. AnonyMOUSE sering pukul gendang keliling kampung konon2n5a pasumngok dah cukup hebat bila mereka menang 3 prk (bukan 3 PRRU pun).

      Apa yg sdra John Doe hujahkan di atas mengukuhkan pendirian saya bahwa Tun Mahathir adalah Anugerah Illahi.
      ------------------------------------------------------------------------
      A comment after Tun Mahathir addressed his speech at UN Assembly last year.

      I'm a Dutch citizen. Having a leader like Dr Mahathir would make me really proud. I wish I would have a mind like his now. He dares to speak on sensitive issues without being scared of being politically insensitive. What a leader! He is truly one in a trllion. He speaks out for generic human rights.

      Respect from Holland.
      Remo Romeijn

      Delete
    4. GAME OVER utk para pendusta, loyar buruk kaki lima dan pemfitnah.

      Delete
    5. Sdra John Doe assalamualaikum moga sihat dan afiat.

      Tugas Tun M memacu Negara kearah pembersihan segala kekotoran yang ditinggalkan oleh bekas PM DS Najib amat besar dan sukar.

      Dengan Dana Kewangan Negara yang mengering maka menjadikan bertambah lagi sukar untuk mengemudi usaha pemulihan Negara. Rakyat yang tersepit dengan kesempitan pendapatan bagi menampung kehidupan diri dan keluarga telah menjadikan mereka hilangan kesabaran dan lupa kepada takdir Allah. Mereka di pengaruhi oleh bisikan yang membawa mereka jauh dari iman yang sempurna.

      Hearsay atau khabarnya kekuatan ekonomi negara sangat goyah hasil dari tindakan Pemilik Dana Islam, Ablen Ibram Hamid, mebekukan seluruh asetnya dari digunakan sebagai Trust
      Accoumt untuk pembangunan negara oleh Malaysia dan negara-negara lain didunia. Pembekuan ini adalah akibat wujudnya usaha dari kumpulan negara-negara dunia yang diketuai DS Najib mencuri aset tersebut. Kes telah di fail di Mahkamah Dunia (ICJ).

      Oleh kerana banyak negara, organisasi, intitusi dan individu yang terlibat maka usaha penyerahan balik aset yang dicuri telah banyak kali tergendala

      Kali ini, atas permintaan Malaysia, penyerahan akan disempurnakan di Mahkamah Malaysia. Tarikhnya dijangka tidak lama lagi. Mungkin dalam tempoh suku tahun ketiga tahun ini.

      Adalah diharapkan penyerahan berjalan tanpa banyak karenah seperti meletak syarat Pemilik dikehendaki berunding dengan Kerajaan Malaysia atas kegunaan aset tersebut. Pemilik tentu rasa tidak selamat jika perundingan dijalan di Malaysia. Pemilik tentu rasa lebih selamat rundingan dibuat di ICJ di Haque. (Pemilik takut pengkhianatan akan dilakukan oleh Malaysia ke atas diri beliau dan keluarga sebagaimana dulu DS Najib pernah keluarkan SIJIL MATI PALSU DAN SURAT WASIAT PALSU yang telah dibawa ke UNION BANK OF SWITZERLAND (UBS) dalam usaha menipu pihak bank. Nasib baik Pemilik telah menghubungi pihak terlebih dahulu sebelum bekas Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Husni sampai si UBS. Kekantoian itu menyebabkan Timb Menteri Kewangan tersebut meletakkan jawatan sebaik pulang ke Malaysia.

      Cerita ini sudah jadi pengetahuan dunia. Untuk cerita sepenuhnua sila rujuk capaian berikut;

      http://neilkeenan.com/neil-keenan-update-what-goes-up-must-come-down/

      http://neilkeenan.com/neil-keenan-update-they-are-all-watching-you-malaysia/


      http://neilkeenan.com/neil-keenan-update-malaysian-dead-man-walking-caper-part-2/

      Harap saudara John Doe menyedari perkara ini. Berdoa pada Allah semoga Malaysia tidak buat silap lagi untuk menguasai harta yang bukan milik sesiapa melainkan milik Allah jua
      Percayalah Allah serah harta ini kepada pemilik ini untuk disempurnakan penggunaannya berpandukan " LILLAHI TA'ALA".

      Selat berjuang!!


      SALAM

      Delete
    6. ia hanya telahan... ia hanya rekaan t3lahan dari ahlil nujum. fakta dari john doe sikit pun tak menjadi kan tun pembawa panji hitam.. hujah john doe hanya satu spekulasi..tiada nakna apa2

      Delete
  5. assalamualaikum w.b.t KD

    xjawab dosa!!

    ReplyDelete
  6. Mana Suharli Masrop ?
    Jawab. Jawab.

    ReplyDelete
  7. Siapa yg tentukan betol ato salah?....kalo tak ikut selera ko supaya lambong madey ko kira salahlah...akal bebudok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suharli..
      1+1 berapa..

      Apa sangat yang kau takut nak jawab.

      Delete