Tuesday, November 5, 2019

PKR HAMPIR PASTI JADI PARTI CAP AYAM?

Sandiwara Anwar atau benar sudah hilang kuku..
Azmin semakin lemah cengkamannya dalam parti.
Pemuda PKR yang tentukan siapa rasmikan konvensyen mereka..tidak ikut tradisi..
Wanita PKR tidak AKAN bersama Pemuda Dan mahukan Azmin..

Begitulah lebih kurang senario PKR buat masa ini..

Kecuali DAP, komponen PH lain JUGA goyah.

Anwar Dan Mahathir hanya tinggal penyokong tegar masing² sahaja, majoriti Melayu bersama umnopas.

TANJUNG Piai walaupun tidak mempengaruhi kerajaan pusat tetapi ia bakal mercutanda politik MELAYU KE arah Mana..

4 comments:

  1. Friends, foes, Malaysians & countrymen....

    TUN M IS HOLDING THE TRUIMPH CARD - A WINNER & TRUE LEADER.

    Tun M is holding the truimph card - history has shown that which ever fence he stood, he's always end up the ultimate winner. He is the true 'Kingmaker, unlike Pas Hardy Bawang, a mere kingfisher.

    His strong self-confidence always made him to leave the country attending official state matters without any least worry/fear of any coup d'etat among his rivals within his own party nor the opposition.

    That is the true trait of genuine leader....!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tepat sekali Pak Othman,

      Di sebalik segala fitnah dan tohmahan yang dilemparkan ke atas Tun Mahathir oleh para pendusta dan para ruwaibidhah zaman fitnah, Tun Mahathir kekal sebagai ketua pasukan yang tidak pernah tewas. Sejarah mengesahkan bahawa sesuatu pasukan yang di dalamnya ada Tun Mahathir, pasukan itulah yang akan muncul pemenang di dalam mana-mana pertempuran pun.

      Demikian jugalah halnya di sebalik 1001 cercaan yang bersifat Maha yang dilemparkan ke atasnya tiada satu pun di antara cercaan-cercaan itu yang berjaya meninggalkan apa-apa kesan ke atas semangatnya. Dia kekal berjuang di atas kebenaran dan tidak takutkan cercaan orang-orang yang mencerca.

      Maka kelak apabila Banjaran Titiwangsa sendiri terbelah dua, walau siapapun yang berada di belahan yang satu lagi, kita kekallah berada pada belahan yang di dalamnya ada Tun Mahathir kerana belahan inilah yang akan muncul sebagai pemenang.

      Di blog life of annie, Mr J telah menyebut tentang saya yang mengatakan bahawa Tun Mahathir adalah Pemuda Bani Tamim. Baguslah begitu kerana akhirnya Mr J 'mengakui' juga bahawa dia juga telah menerima penyampaian saya bahawa Tun Mahathir adalah Pemuda Bani Tamim walaupun dia tidak bersetuju dengannya.

      Dengan komen Mr J tersebut, maka dia telahpun menyertai rakan-rakan sependustaannya mengakui telah menerima mesej saya bahawa Tun Mahathir adalah Pembawa Panji Hitam.

      Kejora yang memperolok-olokkan, GENG NAJIB yang beralasan, Mr J yang memutarbelit, dan VIRGO LARA yang memiliki kesemuanya, keempat-empat mereka telah memberi respon kepada perkongsian saya bahawa Tun Mahathir adalah Pemuda Bani Tamim, sebagai tanda bahawa mereka telah pun menerima perkongsian tersebut.

      Supaya kelak mereka seperti juga para pendusta zaman fitnah yang lainnya, tidak lagi boleh berkata dan beralasan "kami tidak mengetahui bahawa Tun Mahathir adalah Pemuda Bani Tamim. Sekiranya seseorang telah memberitahu kami perkara tersebut, maka sudah tentulah kami tidak akan memfitnah, mentohmah, mencerca dan bahkan melaknatnya seperti yang telah kami lakukan"

      Sdr KD mengatakan bahawa sokongan ke atas Tun juga telah berkurangan dan hanya tinggal penyokong-penyokong hardcorenya sahaja. Maka jawapan saya ialah :-

      1. Sama ada benar penyokong Tun Mahathir telah berkurangan tidak dapat dipastikan. Ia hanya berstatus andaian semata-mata.

      2. Walau apapun andaian yang dibuat tentang sokongan ke atasnya, Tun Mahathir adalah Perdana Menteri dan tidak dapat dijatuhkan melainkan dengan proses tertentu. Siapakah yang benar-benar berani melakukan proses yang diperlukan untuk menjatuhkannya? Jawapannya ialah masih tiada sesiapapun yang berani BRING IT ON, walau siapa pun orang itu.

      3. PRK Tanjung Piai sedang membuka laluan untuk Tun Mahathir dan PPBM menang mutlak kelak. Walaupun keputusan belum keluar, hakikatnya di PRK ini, PPBM telah pun 'menang' ke atas kesemua pasukan-pasukan lain. (Saya telahpun memberitahu kenapa sedemikian dan tidak berniat untuk mengulanginya lagi di sini).

      4. Kalaupun benar Tun Mahathir hanya tinggal penyokong-penyokong hardcore sahaja, itupun tidak mengapa kerana saya telah memberitahu bahawa Tun Mahathir adalah Pembawa Panji Hitam, dan nubuwwah sendiri telah mengkhabarkan bahawa apabila Pasukan Panji Hitam itu melalui pertempuran mereka yang terakhir, jumlah anggota mereka adalah sama dengan anggota pasukan Raja Thalut di kalangan Bani Israel dan pasukan Badar di kalangan Bani Ismael, iaitu hanya 314 jiwa sahaja. Dan sebagaimana Pasukan Raja Thalut dan pasukan Badar telah menang, sedemikian jugalah Pasukan Panji Hitam yang di dalamnya ada si Pembawa Panji Hitam akan muncul pemenang. Tun Mahathir hanya memerlukan 313 penyokong hardcorenya dari kalangan Bani Tamim sahaja untuk muncul pemenang, maka sekiranya benar pun sokongan ke atasnya telah berkurangan itupun tidak mengapa kerana dia hanya memerlukan angka 313 sahaja untuk menang di klimaks.

      Tidak perlu percaya apa-apa. Memadailah untuk bersaksi bahawa saya telah mengatakannya.

      Que sera sera; W2020M.

      Wallahu a'lam.

      Delete
  2. Anwar tak perlu gopoh buang ketua wanita konco Jemin....mb selangor pon dah mula nak rapat dgn anwar...Jemin yg berapi nak rebut jawatan presiden pon tak berani..

    Jgn cepat buat andaian..

    ReplyDelete