Friday, November 22, 2019

TUN AKAN REJOIN UMNO DENGAN SYARAT...

Kalau Tun desperate dan minta nyawa tentulah tanpa syarat..

"Dengan syarat" itu menunjukan Tun masih menang...

So simple untuk faham sekaligus menolak segala fitnah longkang..

Bring it on....Tun seru musuh di dalam dan di luar.




Kalau tension mana boleh bawa bini pi dating....55ribu like 2ribu komen, wow!!!
Kikikikiki


19 comments:

  1. Tun mintak syarat ape?...bagi zahid syaratnye bebaskan semua pemimpin umno yg didakwa...kalau tun kembali kpd umno blm cukup kerusi untuk tubuh kerajaan...parlimen bubar dan tun blm sahih jadi pm lagi...

    Tun blm desperate tahap maksima cuma semua usahanye telah gagal...

    ReplyDelete
  2. Yer tun masih menang dlm keadaan yg goyah...tak ada kuasa penuh seperti 22 tahun yg dolu....

    ReplyDelete
  3. TM reunion dengn Umnopas...huhu.... akan naiklah semula kartel 1mdb... klepto berkuasa legasi TM pupus...gambar TM pun sanggup dipotong... eskot ditarik... dimalukan di majlis diraja...4x bala TM tempah ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tkpa la..dari dipijak2 DAP biadap.dari dihina..diludah2 biaDAP.
      Adalah lebih baik mintak nyawa dgn umno/pas..baru la atuk akan menang pertempuran klimax 2020 kata jendole..yg penting idola jendol PM..

      Delete
  4. Umno sudah hilang arah?….dapat mengalahkan madey dgn terokdi TP hingga berdarah hidong…...madey yg hilang arah…

    Kikikikik...

    ReplyDelete
  5. Azmin yg jemput mp umno atau mp umno yg mintak nak jumpa azmin?..

    Lapan lagi MP Umno sanggah kenyataan Dr M
    12:29 tengahari (Dikemaskini 12:34 tengahari)

    A A
    Lapan lagi anggota parlimen Umno yang berjumpa Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin Ali menafikan dakwaan mereka 'hilang parti' seperti disebut Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad semalam.

    Dalam kenyataan bersama yang turut disertai bekas naib presiden Umno, Hishammuddin Hussein hari ini, mereka menjelaskan tidak pernah berniat meninggalkan parti itu.

    "Seperti dinyatakan tujuh anggota Parlimen BN semalam, kami turut menafikan dakwaan kononnya pemimpin Umno sudah hilang parti dan tidak pasti apa perlu dilakukan, sama ada hendak lompat parti atau tidak.

    "Kami boleh sahkan, tidak pernah sekalipun pendirian sedemikian disebut oleh mana-mana anggota parlimen BN semasa pertemuan tersebut.

    "Malah, seperti dinyatakan berulang kali sebelum ini, kami langsung tidak berniat untuk tinggalkan parti, apatah lagi sertai parti lain," kata kenyataan itu.

    Selain Hishamuddin, tujuh lagi nama anggota parlimen Umno dalam kenyataan bersama itu ialah Shahidan Kassim (Arau), Abdul Rahman Mohamad (Lipis), Hasbullah Osman (Grik), Mohd Nizar Zakaria (Parit), Ahmad Hamzah (Jasin), Ismail Abd Muttalib (Maran) dan Ahmad Nazlan Idris (Jerantut).

    Semalam, Mahathir mendakwa Azmin memberitahunya bahawa anggota Parlimen BN yang datang bertemu pemimpin PKR itu sudah "hilang parti" dan mempertimbangkan kemungkinan menyertai parti lain.

    ReplyDelete
  6. Azmin sanggop jadi balaci madey jerana bergantong nyawa dgn mady...balaci kena berani serap hentakan untuk lindongi tuanye..

    Tiada pemimpin dapat sokongan 100 peratus - Anwar
    1:57 tengahari (Dikemaskini 1:57 tengahari)
    Bernama

    A A
    PKR masih utuh, tiada perpecahan dalaman seperti mana dicanang pelbagai pihak, kata presidennya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Bercakap kepada lebih 1,000 perwakilan Sarawak pada Konvensyen PKR negeri hari ini, Anwar berkata beliau yakin sekurang-kurangnya 90 peratus pimpinan cabang seluruh negara dan akar umbi setia dengan pimpinan pusat parti yang dipilih pada sesi pemilihan yang lepas.

    Katanya mustahil bagi sesuatu parti atau pemimpin itu boleh mendapat sokongan 100 peratus daripada pengikutnya.

    “Jadi jangan bimbang. Saya nak bagitahu, semua negeri kita pergi, (di) Kedah semua cabang (hadir), satu sahaja tidak hadir, Pahang pun ada satu. Ketua-ketua cabang tak hadir, orang bawah, timbalan ketua cabangnya hadir. Di Sarawak ini pun sama, seluruh cabang hadir

    ReplyDelete
  7. Tidak mustahil tun kembali kpd umno untuk terus berkuasa.....tapi syarat dari umno sangat beraat...bebaskan dakwaan di mahkamah kpd pemimpin umno seperti syarat DAP gugurkan kes lim guan eng kes banglo no swimming fool...

    Ini tun mahathir sanggup buat ape saja asalkan dia selamat...

    Tun hanye perlu sokongan umno diparlimen untuk elak kalah undi tak percaya...seru mp dan ahli umno masuk Bersatu tak dilayan...

    join kembali dgn umno tak cukup korum untuk kekal pm...

    ReplyDelete
  8. Kata2 John Doe ada asasnya...


    KL SUMMIT 2.0

    Oleh Wan Fayhsal

    Pertama sekali, izinkan saya ucapkan Jazakumullah khayran kathira kepada ISMA khususnya Ustaz Abdullah Zaik kerana “mencetuskan” persidangan Kuala Lumpur Summit pada tahun 2014 dan menjemput Tun Mahathir sebagai Pengerusi-nya.

    Tidak keterlaluan saya katakan bahawa tanpa Tun Mahathir, KL Summit tidak akan berjaya sama sekali. Kerana Tun Mahathir selaku “diplomat par excellence”, idea yang “dicetuskan” Ustaz Abdullah Zaik berjaya mendapat tempat dan “legitimacy” di kaca mata pemimpin umat Islam.

    Tanpa KL Summit (juga tanpa bantuan ISMA), Tun Mahathir sendiri mampu untuk melakukan perkara ini kerana beliau telah pun lakukannya zaman-berzaman nun semenjak 2002 lagi ketika persidangan OIC X.

    Soalnya kenapa Tun Mahathir masih kekalkan dan mahukan “label” dan “brand” KL Summit? Mudah: Tun Mahathir mahu kekalkan “momentum” dan jaringan yang sama tanpa “reinvent the wheel” (sebab itu komposisi ahli lembaga penasihat asal masih sama tapi kini ditambah lebih ramai dikalangan wakil Malaysia seperti Tan Sri Zeti, Datuk Dr Daud Bakar etc.) Tun Mahathir adalah pemimpin pragmatik. Kalau logo dan bendera PKR pun beliau boleh ambil manfaat untuk menyelamatkan Malaysia, maka tiada hairan berkenaan KL Summit.

    Malah ianya bukan sekadar meneruskan tapi lebih penting memperkasakan: KL Summit 2.0. Benar, ianya sudah jadi agenda negara dan serantau bilamana para pembesar negara dari luar seperti Erodgan, Imran Khan, Emir Qatar, Jokowi dan mamanda Menteri dari kalangan kabinet negara yang terlibat menjadikan forum ini satu forum yang lebih berprestij dan lebih penting punya pelan tindakan yang jelas.

    Bukan itu saja, Tun Mahathir sebenarnya menzahirkan strategi “Middlepowermanship” buat Malaysia seperti mana beliau telah amalkan 22 tahun dulu - penerusan kepada legasi kenegaraan semenjak zaman Tunku Abdul Rahman, Tun Razak.

    Sebab itulah kita harus tabik kepada YAB Tun Mahathir kerana menghantar YB Menteri Luar kita untuk menjemput salah satu “P5” dan Kuasa Veto iaitu Presiden Putin dari Russia untuk bersama-sama dengan kita dalam KL Summit ini. Sesungguhnya Russia bukan asing dalam pakatan dunia Islam yang progresif kerana di OIC X, Putin sendiri hadir selaku pemerhati dan diberi kesempatan untuk berucap oleh YAB Tun Mahathir dahulu pada 2003.

    Tatkala Orde Dunia Liberal sedang retak, Malaysia sedang mengorak langkah dengan menganyam rupa baru “sub-sistem” dan “multilateral” orde Dunia Islam.

    Siapa yang mampu, mengetuk pintu Moscow kalau bukan Tun Mahathir? Siapa yang mampu mengenali Neo-Ahzab kalau bukan Tun Mahathir?

    KL Summit 2019 adalah wadah baru agenda keumatan yang mana Malaysia menjadi salah satu pemimimpinnya bersama-sama Turki, Pakistan, Qatar, dan Indonesia. Mungkin hadith Nabi sallallahu ‘alayhi wassalam yang Islam akan bangkit dari Timur, dari Alam Melayu itu sedang berkumandang.

    Doakan kami dan ini adalah sebab utama bagi saya kenapa Tun Mahathir perlu kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia sampai habis penggal.

    Siru ‘ala barakatillah!

    ReplyDelete
  9. Dapat dari mana cita undi tak percaya ni.... DSAI dan TM dan bersetuju perkara ini tak timbul. Majoriti besar kat TG Piai tak ada kena mengena dengan jatuhnya kerajaan PH.... PH still got the numbers unless Sabah dan Sarawak swing back to BN and back to the status quo before GE14...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu masa pemilihan umno
      Anwar kata..dia tidaj akan bertanding melawqn tun gaffar..ibarat ayah katanya..hari terakhir dia masuk bertanding..tun gaffar kalah...ko rasaaa..

      Delete
  10. "Apa jadi kepada saya tidak penting. Apa yang jadi kepada kerajaan dan negara itulah yang penting" .. Itulah kata-kata hikmat seorang negarawan yang berkhidmat dengan ikhlas demi negaranya.

    Berbeza dengan Bang Non yang kemaruk nak jadi PM, tapi penakut untuk baling batu secara berhadapan, dan hanya mampu menggunakan macai-macai murahan untuk menyerang Tun.

    Tun juga dah cakap dengan terang 'PH can sack me if they want'. Tu pun takut. Tun dah cakap dengan terang 'kalau ada undi tidak percaya ke atas saya, saya akan hadapinya mengikut undang-undang'.

    Secara berlapik Tun sedang berkata; JUST BRING IT ON.

    Itupun Bang Non masih takut untuk bring it on. Takpe, nanti Bang Non akan dapat juga keberanian itu. Cuma hasilnya tetap sama, Tun kekal dengan gelarannya sebagai 'Ketua Pasukan Yang Tidak Pernah Tewas' sedang Bang Non dan orang-orang yang bersama-samanya pula akan bergelar 'Mereka Yang Tertewas'.

    Asal kelak jangan lupa pesan John Doe, apabila Bang Non melanggar Tun kali ini dia bukan sahaja akan tewas besye besye, sebaliknya dia akan mengahadapi ketewasan mutlak yang menamatkan sama sekali zaman fitnah buat selama-lamanya. Que sera sera; W2020M.

    JUST BRING IT ON...

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko peecaya kata2 dua org ni?
      Dua2 lidah bercabang..membunuh musuh waktu musuh tk bersedia dan lalai...licik umpama belut..pantas mematuk bila leka

      Delete
  11. Bila la menteri² termasuk pm boleh run portfolio masing² utk kembalikan kegemilangan ekonomi dan dan kesejahte rakyat. Paska pru14 sampai sekarang tak habis² isu pangkah dan sailang politik sesama sendiri. Pembangkang tiada stand jelas sebab tiada kementerian utk run tapi kerajaan ada. Namun sejak menang, apa yg dibawa oleh pemenang pru? Tak habis² lagi pasal nak kuatkan parti, ambik mp parti lain, bergaduh sesama parti dan antara parti. Sebab itu walaupun dah cecah 500 hari jadi kerajaan, ph masih gagal laksanakan pwmulihan ekonomi, malah lagi malang makin merosakkan. Yg dah jatuh harga, tidak mampu dinaikkan. Bagaimanapun kenaikan harga yang dibenci rakyat terus pulak dengan pola menaikknya! Apa yang turun dan apa yang naik tu fikirlah sendiri. Saja nak tanya, sampai bila perang politik ni nak berakhir dan berkhidmat pula untuk rakyat? Rakyat tak kenyangpun bila parti² dlm blok pemerintah asyik tekan menekan dan berkelakuan seperti enau dalam belukar. Nak contohi blok pembangkang? Mereka bukan menteri, kerjanya kacau kerajaan sebagai semak dan imbang. Kenapa nak ikut rentak diorang?

    ReplyDelete
  12. Dah berkuasa tak mau ikut apa yg dijanjikan..

    Teras yang ke 5 ialah, menghapuskan amalan runding terus atau 'direct nego' dalam semua kontrak kerajaan...
    Untuk fahamkan apa yang Dr. Mahathir maksudkan, kita baca apa yang Wee Kah Siong dedahkan dalam Dewan Rakyat :

    Pembongkaran Skandal RM1.4 Bilion Oleh DS Ir. Dr. Wee Kah Siong Dalam Dewan Rakyat

    Di bawah maksud Bekalan B.21 040000 - Program Khusus, saya hendak menyentuh perkara tertakluk di bawah :

    Butiran 040400 - Subsidi Harga Padi...
    Butiran 040500 - Subsidi Baja Padi...
    Butiran 040600 - Insentif Pengeluaran Padi Butiran 040800 - Subsidi Benih Padi Sah yang dibacakan bersekali...

    Saya ingin mendedahkan satu isu yang melibatkan pembatalan beberapa syarikat tempatan yang sebelum ini telah pun dipersetujui sebagai petender secara item mengikut Zon 1, 2 dan 3 bagi tender membekal, menghantar dan menjalankan Kerja-kerja Pengapuran Bagi Kapur Di Bawah Skim Insentif Pengeluaran Padi (SIPP) untuk tempoh tiga (3) tahun dengan tawaran berjumlah:

    RM52,484,585.95 (RM52.4 juta) melalui surat bernombor tender QT190000000058589...
    Untuk makluman, kesemua syarikat ini telah pun melalui proses tender terbuka secara sah...

    Malah pemilihan syarikat ini juga telah dipersetujui oleh Lembaga Perolehan Kementerian yang ditandatangani oleh Ketua Setiausaha MOA, Wakil Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan Wakil Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya...

    Difahamkan, laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga telah dibuat mengenai isu ini...

    Ia pastinya sesuatu yang amat serius...
    Namun, terdapat satu lagi isu yang lebih besar hasil rentetan daripada pembatalan pemilihan syarikat yang saya sebutkan sebentar tadi...

    Difahamkan, terdapat satu surat daripada YB Menteri Pertanian (Salahuddin Ayob) kepada YAB Perdana Menteri bertarikh 7 November 2019 untuk memohon melantik secara rundingan terus bagi pembekalan input pertanian sektor padi kepada Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) bagi tempoh 3 tahun iaitu:

    (2020-2022) dengan melibatkan peruntukan sebanyak RM1.4 bilion daripada jumlah peruntukan yang telah diperakukan untuk Subsidi dan Insentif Subsektor Padi dan Beras untuk tahun 2020 iaitu RM1.55 bilion...

    Persoalan saya, kenapa mahu melibatkan campur tangan Perdana Menteri berhubung perkara ini?
    Adakah Menteri Pertanian tidak mempercayai keputusan yang telah pun dipersetujui oleh Lembaga Perolehan Kementerian sendiri?

    Kedua, bukankah Kerajaan Pakatan Harapan dahulu beriya-iya mahukan semuanya dibuat secara rundingan tender terbuka?

    Tetapi kenapa bila sudah berkuasa, diminta pula secara rundingan terus?

    Saya minta YB Menteri untuk menjelaskannya di sini...

    Ketiga, kalau pun Kementerian Pertanian hendak melakukan pemilihan secara rundingan terus, mengapa tidak dilakukan sejak dari awal proses tersebut?

    Mengapa menganiaya syarikat-syarikat yang telah terlebih dahulu memohon tender dan membatalkan pemilihan mereka selepas dipersetujui Lembaga Perolehan Kementerian, seterusnya menganugerahkan kepada NAFAS?

    ReplyDelete
  13. Tun perlu sokonfan seluruh mp umno..kalau takat 17 tu ja..terlingkop..bila kalah undi tk percaya..mana satu piluhan..serah jawatan pada pak sheikh atau bubar parkiment..rasa yg no 2 tu akan atok piluh

    ReplyDelete
  14. Bla...Bla...Bla...Sejak era paklah

    Pagi tadi aku bangun pagi, Tun masih PM, rabu lepas jumpa agung.

    Ertinya, yg dicakapkan, fitnah besar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Madey masih pm tapi dlm keadaan goyah...satu demi satu prk tewas...yg terbaru paling terok hingga berdarah hidong....

      Lagi banyaak prk tewas madey boleh lingkop...

      Delete
  15. BOHONG AZMIN MEMALUKAN TUN M, LOGIKNYA BUAT APA MP UMNO BERJUMPA BELIAU JIKA MEREKA MAHU KELUAR PARTI?
    Shahbudin Husin 23 November 2019 Politik Semasa 4 Comments

    ReplyDelete