Friday, November 1, 2019

UNTUK TUMPASKAN PH, MEMADAI PAS LETAK CALON DI TP

PAS sedang dipertikai kerana menyokong calon MCA yang pernah tolak hudud.

CUKUPLAH dulu dianggap barua dan kuda tunggangan DAP, adakah kali ini jadi barua MCA dan khadam umno, semakin hancur parti ini.

10 comments:

  1. PAS bermula sebagai sebuah jemaah pemberontak (bughah) yang menentang pemerintah konon kerana tidak bersetuju dengan pemerintah. Hakikatnya ia diasaskan oleh orang-orang yang kecewa apabila mereka gagal mendapat tempat di dalam pemilihan UMNO.

    Di dalam usaha mereka untuk mendapatkan sokongan orang-orang Melayu, mereka mula mengatakan dan mendakwa bahawa UMNO adalah tidak Islamik dan demikian orang-orang Melayu yang beragama Islam mestilah menyokong mereka. Untuk tujuan itu mereka memberikan berbagai label-label buruk ke atas UMNO seperti sekular, assabiah dan sebagainya.

    Tidak lama selepas itu, mereka pergi jauh lagi. Tidak cukup dengan melabelkan UMNO sebagai sekular, assabiah dan tidak Islamik, mereka dengan terang mengkafirkan UMNO, dan mengambil pendirian berdasarkan amanat Mahaguru mereka bahawa mati menentang UMNO-BN adalah mati syahid. Akibatnya berlakulah peristiwa Memali.

    Sepanjang kewujudan mereka, mereka dengan sewenangnya akan mengeluarkan fatwa demi fatwa mengikut keperluan dan kepentingan politik mereka. Terlalu banyak fatwa mereka yang bercanggah sesama sendiri dan dibuat demi kepentingan politik.

    Terbaru ialah wajib menyokong calon MCA walaupun dia bukan beragama Islam dan walaupun yang ditentangnya itu ialah calon PPBM yang bukan sahaja beragama Islam bahkan memiliki latar belakang keislaman yang agak baik. Begitulah PAS tanpa segan silu telah menunggang agama demi kepentingan puak mereka.

    Siapa atau apakah parti PAS yang sebenarnya? Merekalah sebenarnya golongan khawarij takfiri, penunggang agama zaman fitnah yang mendapatkan pengikut melalui fatwa 'sokong kami masuk syurga, tentang kami masuk neraka'.

    Maka apabila mereka mengeluarkan fatwa demi fatwa yang pelik lagi bercanggah para pengikut mereka yang telah terkena sihir bodoh sombong dan bingung hanya menurut sahaja tanpa sebarang soal. Menyoal akan dianggap mempertikaikan perintah agama itu sendiri, seolah-olah PAS itu Islam dan Islam itu PAS.

    Hakikatnya mereka adalah satu jemaah yang bathil dan hanya diberi kesempatan untuk terus wujud supaya mereka dapat melakukan pendustaan demi pendustaan supaya kelak apabila mereka dilenyapkan mereka tidak lagi mempunyai alasan.

    Untuk apakah lagi alasan PAS dibenarkan wujud?

    (Bersambung)

    ReplyDelete
  2. (Sambungan)

    Sekiranya dikatakan mereka wujud demi kebangsaan Melayu maka mereka sendiri menunjukkan sikap geli geleman kepada kalimah 'Melayu' yang mereka labelkan sebagai 'assabiah'. Seluruh bangsa Melayu Nusantara daripada raja sehinggalah ke rakyat bawahan kesemuanya bangga dengan songkok yang menjadi lambang kebangsaan Melayu, sedang sebahagian pemimpin PAS pula termasuk Mahaguru mereka telah lama menunjukkan rasa alergi mereka kepada songkok.

    Sekiranya dikatakan mereka wujud demi hudud, Mahaguru mereka sendiri telah tidak melaksanakan hudud apabila menjadi MB Terengganu dan memberi alasan 'hudud hanyalah 0.001% daripada hukum Islam'.

    Sekiranya dikatakan mereka wujud demi Negara Islam, maka mereka sendiri telah membuang slogan negara Islam dan menggantikannya dengan 'Negara Berkebajikan'.

    Sekiranya dikatakan mereka wujud demi 'RUU 355', maka RUU 355 itupun langsung mereka tidak bawa untuk perbahasan. Sekadar sebut di parlimen dan kemudian berhimpun di padang yang tidak membawanya ke mana-mana.

    Mutakhir, sekiranya dikatakan mereka wujud demi Penyatuan Ummah selepas konon kerajaan Malaysia dikuasai DAP, maka mereka sendiri yang telah menyokong calon kafir MCA menentang Muslim PPBM. Penyatuan Ummah kepala bana apanya.

    PAS tidak celaru. PAS hanyalah jemaah penipu yang menunggang agama demi laba politik dan tindakan menyokong calon MCA ini hanya sekadar kesinambungan mereka menunggang agama sejak sekian lama.

    Walau siapapun yang menang di PRK ini, hakikatnya PPBM adalah pemenang sejati yang telah berjaya membongkar kepalsuan yang terselindung di sebalik janggut, jubah dan serban para pemimpin PAS dan juga songkok para pemimpin UmNO yang kini berselindung di sebalik slogan 'Penyatuan Ummah'

    Kepada para sahabat Pro-Tun dan PPBM, kita jalan terus bersama Tun dan PPBM semasa susah mahupun senang, kerana PPBM adalah "Kaum Yang Didatangkan" dan apabila masanya telah tiba jemaah inilah yang akan muncul sebagai "Golongan Yang Menang", in shaa Allah.

    Que sera sera; W2020M

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah syukran, doa & kempen ku selama seminggu menyelusuri kampung2, warung2, kedai2 makan dah membuahkan reaksi positif dari pengundi2 Melayu mengapa mereka wajib mengundi calon Bersatu PH, Tuan Hj Karmaine Sardini sebagai Wakil Parlimen mereka, sekali gus juga sebagai Imam & Wali...tentunya bukan Apek Jek Seng dari BN-MCA.

      Yg memudahkan & banyak membantu aku kali ini adalah kenalan2 geng lama terdiri dari orang2 kuat UMNO tempatan yg keCIWA dgn sikap dayus Jahit Komidi tunduk dgn desakan MCA.

      Delete
  3. Dlm muafakat nasional bukan hanya ada umno dan pas, malah ada mca dan mic. Knp begitu prejudis dgn strategi muafakat nasional menguji penerimaan masyarakat Tg Piai? Kalau mca kekal gagal di Tg Piai, ia adalah asas kuat agar kerusi tersebut dikembalikan kpd umno atau diserah kpd pas dlm pru15.
    Adakah kd berharap dgn umno dan pas meletakkan calon di Tg Piai maka mca akan marah dan keluar dpd bn? Akhirnya nanti bn akan bubar dan mauafakat nasional gagal? Perangkap ini mudah dibaca kd. Kalau Tun Mahathir yg memasang perangkap, yg nk diperangkap adalah parti yg ditubuhkan oleh beliau sendiri bersama² pemimpin umno yg masih kekal dlm parti. Jd, strategi nk bubarkan bn, haramkan umno dan gagalkan muafakat nasional belum berjaya dan tak akan berjaya. Tak perlulah main kotor dgn mempergunakan RoS untuk membunuh parti politik saingan. Kalau ph memang bagus, rakyat selesa dan gembira dgn kerajaan hari ini, biarlah demokrasi berjalan spt biasa. Tunjukkan bahawa ph memang pentingkan rakyat, berkhidmat kpd rakyat dan mendengar suara rakyat. Kpd parti pembangkang, biarlah mereka bergerak dlm landasan demokrasi tanpa diganggu gugat dgn tekanan dan cengkaman. Apa nak takut dgn pas, umno dan lain² parti pembangkang? Mereka kuat jika ph lemah, mereka ada asas utk bom ph jika ph buat silap. So, jangan la buat silap dan yg penting jgn tipu atau kencing rakyat. Ini termasuk suburkan kebebasan bersuara spt yg disebut dlm manifesto.

    ReplyDelete
  4. Mengundi adalah tanggungjawab, semasa DAP di dalam PR, sedap sungguh UMNO kata PAS barua DAP, mcm sekarang, sedap UMNO kata pan barua DAP..

    Anyway insyaAllah pengundi TANJUNG piai masih kenal mana satu kerbau mana satu kerbau pendek, mana satu halal mana satu haram..

    Mencari dan memilih yg halal dan toiyibban adalah wajib, selainnya adalah bala..

    DAP sangat suka MCA menang untuk tambah satu lagi kerusi di parlimen untuk menjaga kepentingan mereka..

    Yang bodoh dan diperbodohkan SIAPA?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro usin..Manusia atau pemimpin atau parti yg sudah tiada maruah memang mudah digertak diugut..oleh parti 1 kerusi..

      Delete
    2. Sebenarnya awak nak bn bubar, betul tak kd? Jgn sorok kepala dalam semak ye sebab ponggong tu orang dh kenal.

      Delete
    3. BN bubar atau tidak bukan perkara pokok, malah tidak penting pun kerana mereka sudah bertaraf pembangkang dan UMNO sebagai parti yang ada kerusi banyak boleh survive bila2 masa..

      Calon UMNO boleh menang besar di TP tetapi
      malangnya kerana pemimpin goyah mereka.. hilang keyakinan diri...
      Dengan DAP takut
      Dengan MCA takut
      Dengan ROS takut

      Yang tak takut..
      Korap

      Delete
    4. Hatta PH terbubar pun bukan isu besar, sebagai rakyat kita tetap mempunyai kuasa untuk membetulkan semula keadaan.

      Delete