Monday, December 23, 2019

AG says will consider reopening Altantuya murder case

AG says will consider reopening Altantuya murder case: (MMO) - Attorney General Tan Sri Tommy Thomas said he will consider reopening investigations into Altantuya Shaariibuu’s murder after one of the commandos sentenced to death for the crime claimed he was ordered to do so by former prime minister Datuk Seri Najib Razak. In a report by Bloomberg, Th

9 comments:

  1. Adoi... Jibby dan pengikut-pengikutnya dari kalangan pendusta dan juga kalangan ruwaibidhah (orang-orang yang bingung) menyangka bahawa selepas sumpah laknat, maka SD Azilah akan dikira habis cerita dan tiada tindakan boleh diambil.

    Hahahaha... Alangkah dustanya dan alangkah bingungnya.

    SD Azilah ada nilai dari sudut undang-undang sedang sumpah laknat Jibby pula tiada sebarang nilai di sudut undang-undang.

    AG akan membuka semula fail tersebut bukan kerana dia beragama Kristian, dan sumpah laknat tiada di dalam agama Kristian, tetapi kerana SD Azilah ada nilai dari sudut undang-undang sedang sumpah laknat Jibby pula tiada nilai di sudut undang-undang, dan sebagai penegak undang-undang negara AG memang perlu respon kepada SD Azilah tersebut.

    Sumpah laknat adalah satu kaedah seseorang itu berani mempertahankan sesuatu yang ia dakwa sebagai benar, tetapi sumpah laknat itu sendiri bukan sebahagian daripada proses pembuktian mahupun sumber keterangan di dalam pendakwaan mahupun pembelaan, kecuali di dalam kes di mana seorang suami menuduh isterinya berzina dengan lelaki lain.

    Saya berbeza pendapat dengan orang-orang yang mengatakan sumpah laknat itu sendiri tidak wujud sama sekali di dalam Islam (Mufti Wilayah tidak berkata demikian, sebaliknya dia berkata sumpah laknat bukan sebahagian daripada proses pembuktian dan keterangan di dalam Islam, sama dengan pendapat saya).

    Sekalipun ayat 61 surah Ali-Imran menetapkan sumpah mubahalah dengan meletakkan laknat Allah ke atas diri sendiri sebagai galang gantinya, perlu dibuat secara berbalas oleh kedua-dua pihak yang bertelagah, tetapi ia tidak mengatakan pula bahawa sekiranya ia dibuat oleh hanya sebelah pihak, maka ia menjadi tidak sah ataupun tertolak. Ia ibarat orang-orang yang menolak amalan tahlil secara khusus semata-mata kerana Rasulullah saw tidak membacanya secara khusus, padahal segala ayat-ayat yang dibaca di dalam tahlil adalah ayat-ayat daripada sumber AlQuran sendiri.

    Sumpah-sumpahlah juga, ia sudah dibuat dan tidak boleh ditarik balik, Najib akan perlu berhadapan dengan kesan sumpah itu sekiranya ia adalah sumpah palsu, tetapi proses undang-undang tetap perlu berjalan untuk menyiasat dan memutuskan sama ada kandungan SD Azilah itu benar atau palsu, diikuti oleh tindakan susulan yang sewajarnya.

    Jahat sungguh manusia bernama Najib ini. Ia mengesahkan lagi apa yang saya selalu katakan iaitulah Tun Mahathir adalah pejuang kebenaran yang sentiasa melakukan perkara yang betul di dalam setiap keadaan, dan termasuk di dalam perkara yang betul yang telah dilakukannya ialah bersekutu dengan seorang peliwat untuk menjatuhkan si penyangak bernama Najib ini, kerana kejahatan si penyangak ini jauh lebih besar daripada kejahatan si peliwat.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silap haribulan kau pulak yg kena sumpah jadi daun kering.

      Delete
    2. Sebaik seorang itu merasa dirinya baik berbanding orang lain, ketika itulah dirinya menjadi jahat.

      Delete
  2. Jeng..jeng..jeng..
    Gegar Extravaganza versi baru lebih hebat nak start.

    Siapa favourite....??
    Najib,
    Rosmah,
    Razak Baginda, atau
    Juara Bersama.

    Jeng..jeng..jeng..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau dgn rosmah paling sesuai jdi juara bersama.

      Delete
    2. Hihihihi

      Kejora dah jammmed - adakah patut saya juara bersama Rosmah, S E L I S I H , Y O U.......!!

      Delete
  3. Najib elok fokus kes mahkamah dan shut up diluar..

    Netizen pun akan biarkan Dia hidup aman...

    Tetapi apabila kepoh kecoh mcm murai tercabut ekor maka netizan juga berhak mempertikaikannya..

    ReplyDelete
  4. SIGN OF MALAYSIA'S ECONOMIC RECOVERY....!!

    The Thai baht’s heady gains are petering out, thanks to slowing growth and a central bank that’s bent on taming the currency’s strength.
    After clocking an 8% rise this year, Asia’s best-performing currency is losing momentum as easing US-China trade tensions damp its appeal as a haven. Thai Baht mula merudum.

    Ringgit pula dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini, didorong oleh minat belian baru ke atas nota tempatan walaupun dolar kekal kukuh ke paras tertinggi dalam tempoh 2 minggu hasil daripada data pertumbuhan AS teguh, kata peniaga.
    ———————————————————–‘———–‘-
    TongGeng Najib (MVA) and Kejora tak putus2 memburukkan ekonomi negara tanpa tahu selok belok perekonomian dan pengaruh politik dunia.

    Nak dgr apa komentar mereka kali ini terhadap perkembangan positif ekonomi negara.

    ReplyDelete
  5. Undang2 di dunia perlu ada bukti. Yang bersalah ada hukumannya. Yang tak bersalah tetap bebas. Perlu perbicaraan. Perlu ada pertuduhan perlu ada pembelaan. Perlu ada hakim.

    Sumpah laknat adalah antara manusia sesama manusia dengan bersaksikan Allah swt....benar atau bohong...Allah maha mengetahui dan menghukum.

    Azilah menggunakan undang2 dunia sementara najib coba bersihkan diri dengan sumpah laknat.

    ReplyDelete