Monday, December 23, 2019

APA DOSA² MAHATHIR??!

Aku bagi peluang kepada pembenci² Mahathir untuk berhujah secara fakta...

Apabila disekat dihalang untuk berhujah, mereka sangkakan mereka lah yang paling betul dan benar...

Apakah sebenarnya mereka faham atau sekadar ikut² ...

Sekarang, biar mereka berhujah...



#Menyungkurkan najib aku kira bukan satu dosa Mahathir kerana nasihat dan amaran sudah diberikan awal..

19 comments:

  1. Salam KD. Syabas dan itulah sebaik2nya. Hujah dan fakta dibahas dgn hujah dan fakta. Bukan merapu tak tentu hala apatahlagi mencarut yg menjatuhkan akhlak dan nilai individu yg melakukannya. Tak sabar nk tunggu....

    ReplyDelete
  2. Ada 3 kesalahan terbesar madey;
    1. Menaikkan anwar sbg tpm dan berniat melantik anwar sbg pm..menjadi punca kemunculan puak penentang umno yg menjadi semakin kuat bila bergabung dgn dap musuh utama melayu.
    2. Melantik kaki tido sebagai pengganti.
    3. Menaikkan najib si scammer satu dunia. Khalas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebiasaannya saya tidak menjawab kepada sampah, tetapi sekarang ini disebabkan saya sedang berehat dan punya ruang masa, maka saya 'sapulah' sampah ini.

      Tohmahan sampah 1:-

      Menaikkan anwar sbg tpm dan berniat melantik anwar sbg pm..menjadi punca kemunculan puak penentang umno yg menjadi semakin kuat bila bergabung dgn dap musuh utama melayu.

      Sapu sampah:-

      Tun tidak menaikkan Anwar sebagai TPM. Anwar telah mengalahkan Tun Ghafar Baba di dalam pemilihan UMNO dan Tun melakukan perkara yang betul apabila melantik Anwar menjadi TPM kerana ia adalah tradisi UMNO pada masa itu. Sesuatu tradisi yang tiada alasan untuk ditolak haruslah diikuti untuk mengekalkan kestabilan.

      Walaubagaimanapun tidak dinafikan bahawa Tun yang telah membuka pintu dan memberikan tangga kepada Anwar untuk naik dengan pantas di dalam hierarki UMNO.

      Ia adalah perkara yang betul untuk dilakukan pada masa itu, kerana Anwar membawa imej pejuang agama dan bangsa yang moderat, dan itulah yang kelihatan pada semua. Sebaik wajah sebenar Anwar terbongkar maka Tun telah melakukan perkara yang betul dengan memecat Anwar daripada kerusi TPM dan membuangnya daripada UMNO.


      Tohmahan sampah 2:-

      Melantik kaki tido sebagai pengganti.

      Sapu sampah:-

      Selepas Anwar dipecat, Tun mestilah memilih pengganti untuk mengisi kerusi TPM. Daripada tradisi pilihan mestilah dibuat dari kalangan 3 Naib Presiden.

      Di antara ketiga-tiga Naib Presiden yang ada Tun Dolah adalah yang paling senior umurnya. Ia adalah satu kaedah yang betul apabila kesemua kriteria di antara calon-calon yang ada kelihatan seimbang, maka umur akan dijadikan faktor pemilihan.

      Tun telah membuat keputusan yang betul apabila memilih Tun Dolah sebagai TPM pada masa itu dan membuat satu 'gentlman agreement' bahawa Tun Dolah hanya akan menjadi PM sepenggal sebelum menyerahkannya kepada Najib.

      Apabila Tun Dolah tidak perform, lebih banyak tidur daripada bekerja, dan membuat keputusan yang dilihat mengutamakan kroni ke atas kepentingan umum, Tun melakukan perkara yang betul lagi apabila mendesak Tun Dolah supaya turun dan memberi laluan kepada Najib.


      Tohmahan sampah 3:-

      Menaikkan najib si scammer satu dunia. Khalas.

      Sapu sampah:-

      Selepas Tun Dolah tunduk kepada desakan Tun untuk berundur, Najib sebagai TPM sudah tentu akan naik untuk mengisi tempat kosong di kerusi PM.
      Pada masa itu najis-najis Najib masih tersorok dan dia masih berbau wangi. Ia adalah pilihan yang betul pada masa itu.

      Sebaik najis-najis Najib terdedah, Tun telah membuat perkara yang betul dengan mendesak UMNO menjatuhkan Najib. Apabila UMNO enggan maka Tun telah membuat perkara yang betul dengan menubuhkan PPBM dan bergabung dengan semua seteru lamanya untuk menjatuhkan Najib sebab Najib adalah kejahatan yang sangat besar dan paling besar berbanding kesemua lawan-lawannya yang lain termasuklah Anwar yang telah dibuktikan sebagai seorang peliwat.

      Kesimpulannya:-

      1. Tun adalah pejuang kebenaran yang sentiasa membuat keputusan yang betul di dalam setiap keadaan.

      2. Tun adalah Ketua Pasukan Yang Tidak Pernah Tewas.

      3. Pembenci-pembenci Tun memang tiada sebarang fakta yang solid ke atas Tun.

      Khalas.

      Wallahu a'lam.

      Delete
  3. Hakikatnya pembenci Tun tidak mempunyai apa-apa pun yang solid ke atas Tun.

    Hakikatnya, ialah apa sahaja tindakan-tindakan yang Tun telah ambil ke atas mana-mana lawannya daripada Tun Salleh Abbas, Ibrahim Libya, Ashaari Muhammad, tiga serangkai yang menggelar diri mereka 'Kepimpinan Ulamak', Anwar Ibrahim, Najib Razak dan sesiapa sahaja, semuanya adalah tindakan-tindakan yang betul pada masa tersebut.

    Malah tindakan Tun yang bertegas meminda perlembagaan sebanyak dua kali untuk membuang sifat veto kuasa YDPA dan menghapuskan imuniti raja-raja di dalam keadaan mengekalkan prestij raja-raja itu juga adalah tindakan yang betul pada masa tersebut.

    Tindakannya yang bergabung dengan Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Mat Sabu dan Shafie Apdal untuk menjatuhkan penyangak besar bernama Najib Razak juga adalah tindakan yang betul pada masa tersebut.

    Dan terkini, tindakannya yang bertahan di kerusi PM dan tidak tunduk kepada desakan Anwar Ibrahim yang gelojoh mahu segera naik takhta menjadi PM juga adalah tindakan yang betul di dalam keadaan dan situasi semasa.

    Pembenci-pembenci Tun tiada apa-apa yang solid pun ke atasnya. Sebab itulah mereka akhirnya terpaksa melakukan fitnah, dan tohmahan untuk menyerangnya kerana mereka tiada fakta.

    Sebab itu jugalah mereka akhirnya terpaksa mencerca dan menyerangnya dengan maki hamun dan sumpah seranah kerana mereka tiada fakta ke atasnya.

    Hakikatnya ialah walau sehebat manapun fitnah dan tohmahan yang mereka lemparkan ke atasnya, dan walau dengan 1001 cacian berunsur maha yang mereka lemparkan ke atasnya, Tun sedikitpun tidak tergugat, dan malahan yang menyerangnya itu yang kelihatan semakin hari jiwa mereka semakin sakit dan merekam di dalam kerana serangan-serangan mereka ke atas Tun bukan sahaja tidak membawa apa-apa mudharat ke atas Tun, sebaliknya hanya menambahkan kekukuhannya di kerusi perdana.

    Bahkan apa yang semakin hari semakin jelas kelihatan ialah, mudharat sebenar itu adalah ke atas mereka. Jiwa mereka semakin hari semakin sakit dan mereka berisiko tinggi mati di dalam keadaan jiwa yang menanah dan merekam kerana serangan-serangan mereka gagal melemahkan Tun dan mereka pula tetap gagal mencapai apa yang dihajati oleh nafsu-nafsu mereka. Syed Kotak, Husin Temberang, Shahbudin Husin, dan Cahaya Al-Majid adalah di antara contoh orang-orang yang semakin hari semakin merekam dan menanah hati mereka tanpa sedikitpun mereka dapat melemahkan Tun.

    (Bersambung)

    ReplyDelete
  4. (Sambungan)

    Ia adalah hakikat. Semakin mereka menafikannya, semakin hati mereka menanah dan semakin jauh mereka daripada ketenangan.

    Lihat sahaja apa yang berlaku kepada pengarang Novel jijik SHIT@PM@P*kiMak yang matinya di dalam keadaan novelnya itu sendiri menjadi saksi betapa hatinya yang merekam dengan kebencian itu tidak dapat mengubah apa-apa kedudukan Tun. Ketika dia dipanggil pulang oleh penciptanya dan akan dipersoalkan tentang Novel jijik itu, Tun pula telah menjalani takdirnya kembali ke kerusinya sebagai PM buat kali kedua. Novel itu ditulis kerana membela Anwar Ibrahim yang dipecat Tun ketika Tun PM-4, akhirnya Anwar Ibrahim yang kembali berada di dalam pasukan Tun di dalam keadaan Tun kembali sebagai PM-7.

    Lihat sahaja apa yang berlaku ke atas Ibrahim Libya dan pengikutnya. Mereka telah mati dibunuh balas akibat membunuh anggota keselamatan konon di atas kepercayaan bahawa kerajaan UMNO adalah kafir dan halal darah, dan akan dipersoalkan tindakan mereka membunuh anggota keselamatan tanpa hak, Mahaguru mereka yang mengeluarkan fatwa tersebut terus hidup mewah dan kini dia bukan sahaja berpeluk-pelukan dengan UMNO yang pernah dikafirkanya, bahkan turut menyokong kepimpinan Tun sebagai PM-7 walaupun Tun sendiri telah meninggalkan UmNO yang telah berpaling.

    Mark my words; Para pembenci Tun takkan mampu kalahkan Tun walau apa pun yang mereka rancang dan lakukan. Semakin banyak mereka merancang untuk menewaskan Tun, semakin dekat mereka dengan ketewasan mutlak di tangan Tun dan pasukannya.

    Satu pesan mudah kepada semua pembenci Tun. Mahu menjadi di kalangan golongan yang menang? Maka kekallah di dalam pasukan Tun dan kalian akan menang bersama-sama. Melawannya tidak akan mendatangkan kemenangan bagi kalian kerana kalian sekali-kali takkan mampu menang ke atasnya. Bahkan melawannya bermaksud mencari ketewasan.

    Mahu terus memfitnah, mentohmah dan mencerca Tun? Dipersilakan, asal kelak jangan cakap tiada sesiapa yang telah memberikan nasihat dan peringatan bahawa Tun, si pejuang kebenaran zaman fitnah takkan mampu ditewaskan. Zaman akan berubah sedang Tun akan kekal sebagai PM dan kekal sebagai 'Ketua Pasukan Yang Tidak Pernah Tewas'.

    Que sera sera.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasukan yg menang untuk kali terakhir kwrana kuat menipu hancing..

      Delete
    2. John Doe,
      I think this is among your best comments yet to date.
      Just keep it up.

      Delete
    3. Menang dalam kekalahan.

      Delete
  5. Biasanya apabila diminta berhujah dalam bentuk fakta dan ilmu, tiba² muflis idea,
    kelu kidah, beku otak, blog jadi sepi..


    ReplyDelete
  6. Khalid samad kata kita akan rasa seronok bila BN tumbang dlm jemoen pru14....Tol tiada lagi...GST tiada lagi....PTPTN digantikan dgn biasiswa...harga barang lebih murah...pendidikan percuma...anak muda mudah dapat kerja...

    Kalau pru diadakan lagi kita akan dengar lagi janji2 manis PH yg dipimpin oleh mahathir...Ape makna PH?...pakatan Hancing atau Pakatan Haram zadeh?...

    ReplyDelete
  7. Mahathir gagal pulihkan ekonomi yg merudum....negara lain seperti Thai terus maju...

    Seblm pru nak batalkan projek cina....tapi. ...hmm....hmmm...

    Mahathir tipu manipestol..

    Akibat nye 4 prk mahathir tewas terok...

    KL summit gagal jadikan mahathir hero negara iselam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kepeh kepeh kepeh...

      Kah kah kah..

      Ketika Tun semakin diiktiraf sebagai pemimpin besar dunia Islam, Kejora Bapuk Bodo semakin menampakkan kebapukan dan kebodohannya, apabila bukan saja kini hanya berani muncul beranon tanpa gambar tetapi juga bercakap setaraf LObaKMAN @ laLOKMAN semata-mata.

      Kah kah kah.

      Delete
    2. Mahathir memang jenis cakap tak serupa bikin.

      Delete
  8. Kakahkahkah

    Berfakta lah sangat..
    Satu detail pun Kau org tak boleh bagi mcm zahid, anwar Dan najib...

    Kau cari lid samad untuk kau nak babitkan Tun..
    Kahkahkah

    Kau ingat Tun macam najib ke, anjur sesuatu, buat sesuatu nak selfie nak dapat nama...

    Satu nak tanya?
    Ada Tun terpalit dengan mana²wanita atau jantan?
    Ada tak sampai kena buat sumpah laknat? Turun naik mahkamah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib najib kalah...kalau najib menang tun mahathir yg turun naik mahkamah....hihihihi....

      Pru 15 in sya Allah mahathir bersedia keluar masuk
      mahkamah....

      Dah akhir tahun Hamid gagal tangkap jho lo....kikikikikik...kan aku dah cakap...

      Delete
    2. Najib sekadar boleh sembang dan rancang..rasa hebat dengan cash is king..

      Lupa diri

      Delete
  9. syabas dan tq john doe. saya seorang penceramah dan pemidato. lebih mudah dan senang berh8ujah secara lisan daripada menulis (menaip). Apa yang tuan luahkan sememangnya fakta yang tak mampu dibalas oleh mereka yang tidak mahu menerima kebenaran dan kenyataan

    ReplyDelete
  10. Sengaja sy katakan ia sebagai 3 kesalahan tun (walhal tiada dlm pengetahuan tun pun apa yg akan terjadi) dan memanggil tun mengikut pangilan pembencinya. Hakikatnya saya penyokong tun sejak mula tun bergelar perdana menteri, ketika itu saya baru mula mengenal politik, dan sehingga ke saat ini. Tujuannya adalah mahu melihat sejauh mana saudara john joe melihat tun sebagai seorang manusia. terima kasih,persoalan saya terjawab.

    ReplyDelete