Thursday, December 26, 2019

Apandi letak jawatan pengerusi lembaga disiplin Umno selepas dakwaan campur tangan

Apandi letak jawatan pengerusi lembaga disiplin Umno selepas dakwaan campur tangan: Terdapat dakwaan campur tangan pimpinan parti terhadap siasatan dan pengadilan tuduhan salah laku Hishammuddin Hussein.


KE ATAS HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN OLEH LEMBAGA DISIPLIN UMNO DIHENTIKAN KALI KETIGA - LOKMAN ADAM
https://www.facebook.com/lokmanadam.ssr/videos/165571834794317/

TAN SRI APANDI ALI, PENGERUSI LEMBAGA DISIPLIN UMNO LETAK JAWATAN KERANA KECEWA PROSIDING KE ATAS HISHAMMUDDIN DIHENTIKAN

Saya menyambut baik keputusan yang dibuat oleh, Tan Sri Apandi Ali yang telah mengumumkan perletakan jawatan beliau sebagai Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO berkuatkuasa serta merta sebaik sahaja Presiden UMNO mengarahkan agar proceding tunjuk sebab Lembaga Disiplin UMNO ke atas Dato' Sri Hishammuddin Tun Hussein dihentikan.

Tindakan menghentikan prosiding ke atas Dato' Sri Hishammuddin yang telah melanggar berberapa peraturan parti termasuk menghasut Kepimpinan UMNO Sabah untuk meninggalkan UMNO dan menyertai PPBM secara beramai-ramai bukan hanya berlaku sekali, tetapi 3 kali termasuk Proceding yang sepatutnya berlangsung hari ini. 

Lembaga Disiplin UMNO sepatutnya adalah sebuah badan bebas yang tidak boleh disekat daripada menyiasat sesiapa sahaja tanpa dihalang termasuk oleh Presiden Parti.  Tindakan Presiden UMNO ini jelas bercanggah dengan Perlembagaan parti dan menghina kedudukan Pengerusi dan Lembaga Disiplin Parti.

Keputusan yang dibuat oleh Tan Sri Apandi Ali jelas menunjukkan bahawa beliau seorang yang berprinsip dan mementingkan maruah diri daripada jawatan dalam parti.  Jika UMNO serius ingin menggantikan kerajaan Haprak Pakatan Harapan, UMNO perlu melahirkan lebih ramai pemimpin yang mempunyai sikap terpuji sebegini.  Kita tidak perlukan pemimpin yang cuba menutup kes mereka yang melanggar disiplin parti.  Cukup sudah Tommy Thomas seorang yang melakukan kerja-kerja mengugurkan kes pimpinan Pakatan Harapan, jangan pula ada Tommy Thomas di dalam UMNO.

Inilah masa yang paling sesuai untuk mengambil tindakan kepada mereka yang mahu mengkhianat perjuangan suci ini dan harapan rakyat Malaysia. Sebarang langkah untuk menyapu kes Hishammuddin di bawah karpet atas alasan mahu memastikan MP-MP UMNO kekal bersama dan untuk membuat keputusan secara en-block jelas membuktikan bahawa ada perundingan sedang berlaku untuk membentuk kerjasama dengan PPBM.  Apa sudah jadi dengan janji tidak mahu mewujudkan Kerajaan Pintu Belakang?

Dato' Lokman Noor bin Adam
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO
26hb Disember, 2019

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/208363

10 comments:

  1. UMNO bukan lagi kerajaan, no money..

    Kalau sebaliknya, mereka akan pegang jawtan sampai masuk kubur...

    Pandi ckp soal integrity, Maruah???
    Kikikikiki

    ReplyDelete
  2. Lokman Adam mungkin boleh terima apajua keadaan jika hanya tengkok bossnya di lepaskan..

    ReplyDelete
  3. Sudah dicabut dari kerajaan pimpinan umno masih meneruskan amalan burok...blm insaf...

    Kalau diberi kuasa semula amalan burok ni masih berterusan...rodak semula kerajaan...

    ReplyDelete
  4. Ada integriti salah, tak ada integriti lagi la salah. Ni pendapat mangkuk hayun yg hanya rasa geng sendiri je suci murni. Kau nak apandi ali buat apa kd? Apa maknanya politik demokrasi pada kau ye? Moga kau bahagia dgn menyusahkan org lain kd. Apa ada hal org lain susah asal kau puas hati, ye tak.

    ReplyDelete
  5. Baru sekarang nak sebut integrity dan maruah, kan bagus kalau dari dulu. Betul kata orang tua tua sudah terantuk baru nak terngadah. Sebab tu jangan kurangajor dgn orang tua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pakai nampak, UMNO bakal menempah nasib seperti arwah2 Parti Negara dan S46.

      Tanda2 dah jelas kelihatan bila PRU Sarawak terakhir, gambar PM Najib diturunkan. Ini diikuti kekalahan mengejutkan di PRU 14 di mana Umno-BN kena terajang keluar dari Putrajaya.

      Ntah2 tak jumpa pun di PRU 15, Insya Allah.

      Delete
  6. semua sama ja..intergriti buang dalam lubang najis..org muda ka..org tua ka..asal tembolok penuh..semua halal..

    ReplyDelete