Monday, December 30, 2019

CUBAAN UNTUK MEMBERI LALUAN NAJIB MENJADI PRESIDEN UMNO SEMULA

UMNO PERLU ADAKAN PEMILIHAN PARTI SEGERA, BERI PELUANG KEPADA AHLI MEMILIH PASUKAN YANG MAHU BERKERJASAMA DENGAN MAHATHIR ATAU MENENTANG MAHATHIR
Oleh : Lokman Adam

Kebelakangan ini, usaha pihak tertentu untuk berunding dengan pihak musuh kearah menggabungkan UMNO dan PPBM kian rancak dijalankan.  Malah lebih malang lagi, siasatan Lembaga Disiplin parti terhadap ketua gerakan ini telah dihentikan oleh kepimpinan utama UMNO.  Ini jelas membuktikan bahawa perundingan ini mendapat restu atau dipersetujui oleh beberapa kerat kepimpinan utama UMNO yang sedang berhadapn dengan tuduhan di Mahkamah dan yang bimbang akan didakwa di Mahkamah.

Senario ini amat bahaya untuk survival UMNO dan Muafakat Nasional. UMNO sebagai parti yang terbesar di dalam Muafakat Nasional perlu dipimpin oleh pasukan yang boleh mengalas tanggungjawab menentang regim Pakatan Harapan yang dipimpin oleh Tun Dr Mahathir atau mana-mana pemimpin yang bakal diangkat menggantikan Mahathir.

Pasukan ini tidak boleh mengandungi individu yang berkerjasama, tunduk, takut atau boleh dikompromi oleh pihak musuh memandangkan PRU15 akan menentukan jatuh bangun UMNO dan Muafakat Nasional. UMNO dan Muafakat Nasional perlu dipimpin oleh tokoh berwibawa yang mampu menyatukan parti-parti berbilang kaum bagi menghadapi PRU15.

UMNO dan Muafakat Nasional perlu dipimpin oleh tokoh yang diyakini mampu menjadi Perdana Menteri bagi mengambilalih pentadbiran negara yang kini berhadapan dengan pelbagai kerosakan akibat diperintah Pakatan Harapan. Tokoh ini perlu dilihat mampu memulihkan ekonomi negara, mengembalikan keyakinan pelabur, merangsang pertumbuhan ekonomi, mewujudkan peluang pekerjaan, mempelbagai sumber pendapatan dan mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Untuk berhadapan dengan Pakatan Harapan yang mungkin masih dipimpin oleh Mahathir atau digantikan dengan Anwar atau Azmin, UMNO dan Muafakat Nasional harus mengemukakan calon Perdana Menteri yang lebih berkarisma, mempunyai aura dan dihormati bukan hanya oleh rakyat Malaysia, tetapi masyarakat antarabangsa.  Malaysia perlu dikembalikan sebagai Harimau Asia dan ini hanya akan berjaya dikecapi sekiranya UMNO dan Muafakat Nasional dibarisi kepimpinan yang diyakini setidak-tidaknya oleh rakyat dan penyumbang yang mahu membiayai kos gerakkerja pilihanraya Muafakat Nasional.

Amat mendukacitakan, selain dari berunding dengan pihak musuh, segelintir kepimpinan utama UMNO masih gagal membiayai gerakan yang dilakukan oleh UMNO-UMNO Bahagian bagi memenangkan semula UMNO dan Muafakat Nasional.  Janji-janji sebelum pemilihan bahawa aset UMNO akan dicairkan untuk membiayai program bahagian telah gagal ditunaikan.  Lebih malang, dalam tempoh 18 bulan ini, saham UMNO dalam KUB, Utusan Malaysia, Media Prima telah dijual, namun bantuan untuk gerakkerja Negeri dan bahagian-bahagian masih mengecewakan.

Jika benar sebahagian dari kepimpinan UMNO dan Bekas Pemimpin UMNO lebih selesa mengambil pendekatan "if we can't defeat them, we join them",  biarlah ahli memutuskan jika mereka bersetuju dengan cara Hishammuddin ini atau mereka lebih selesa dengan slogan "No Retreat, No Surrender".  Daripada mengadakan EGM untuk memutuskan keputusan mana yang mahu diambil oleh ahli parti, saya menyarankan agar Pemilihan UMNO dilakukan segera sebelum percantuman yang dijangka berlaku sebelum Mei, 2020.

Dato' Lokman Adam
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO
30hb Disember, 2019


https://www.facebook.com/100040245033787/posts/166591568025677/?d=n


# Grand agenda: Najib Dan Anwar berganding mahu menjatuhkan Mahathir.
Tidak banyak beza KULI dan Dan Musa Hitam bergabung untuk menjatuhkan Mahathir.

Jawapannya kita sudah tahu, mereka melakukan kerja sia²...

9 comments:

  1. Bukti jelas bahawa matlamat paling utama LObaKMAN @ laLOKMAN menulis sampah di atas ialah LOBAK. Ini dapat dilihat pada petikan berikut :-

    "Amat mendukacitakan, selain dari berunding dengan pihak musuh, segelintir kepimpinan utama UMNO masih gagal membiayai gerakan yang dilakukan oleh UMNO-UMNO Bahagian bagi memenangkan semula UMNO dan Muafakat Nasional.  Janji-janji sebelum pemilihan bahawa aset UMNO akan dicairkan untuk membiayai program bahagian telah gagal ditunaikan."

    LObaKMAN menzahirkan kekecewaannya kerana lobak-lobak yang dijanjikan pemimpin umNO masih belum gugur kepadanya.

    Kah kah kah... Pejuang lobak tanpa segan silu meminta lobak daripada para pemimpin umNO yang diketahuinya sebagai penyamun.

    Inilah dia level pejuang kebenaran umNO. Kebenaran bagi mereka adalah diukur berdasarkan lobak-lobak yang dihulur.

    LObaKMAN hanya manifestasi kepada betapa 'pejuang-pejuang kebenaran' umNO ini sebenarnya adalah pendusta dan ahli-ahli fitnah yang berjuang demi tembolok mereka dengan menjadikan fitnah sebagai sumber pertukaran dengan lobak.

    LObaKMAN adalah Virgo Lara, Mr J, Geng Najib dan Kejora pada level terulung, level pendusta dan penipu, level ahli-ahli fitnah dan tentera-tentera Dajjal yang berjuang menyesatkan manusia daripada jalan kebenaran demi sebatang dua lobak yang tidak seberapa dan tidak pula kekal bekalannya.

    Tulisan LObaKMAN di atas buat sekalian kalinya membuktikan kebenaran yang telah selalu saya katakan iaitulah bahawa umNO sebenar-benarnya telah jahannam dan tidak dapat dipulihkan lagi.

    Terima kasih 3M kerana telah bertungkus lumus mengasaskan dan membina PPBM sebagai wadah perjuangan baru untuk anak-anak bangsa Melayu yang sayangkan bangsanya, agamanya, dan negaranya tetapi tidak mahu berada di dalam umNO kerana umNO di bawah Najib bukan lagi jemaah 'orang-orang yang beriman' (aamanuu) sebaliknya telah bertukar menjadi jemaah 'Kaum Yang Berpaling'.

    Najib mahupun Zahid, kedua-dua mereka hanya akan mempercepatkan umNO masuk ke lubang kubur. Sama ada kekalkan Zahid atau kembalikan Najib sebagai peneraju umNO, hasilnya akan tetap sama, iaitulah umNO tetap akan tewas dan bahkan akan lenyap sama sekali, dan pada hari umNO benar-benar tewas mutlak dan dilenyapkan sama sekali, jemaah bathil ini telah pun kehilangan alasan untuk terus wujud di kalangan bangsa Mim.

    Hanya ada satu jemaah sahaja yang layak menjadi payung kepada seluruh bangsa Mim dan ia adalah jemaah PPBM. Dengan izin Allah, apabila masanya telah sampai jemaah inilah yang bakal menang mutlak dan mengibarkan panji-panji kemenangan mereka di seluruh negara dan menjadi payung tunggal yang menaungi seluruh bangsa Mim.

    Que sera sera.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  2. Ulasan sdr KD ke atas tulisan LObaKMAN di atas :-

    # Grand agenda: Najib Dan Anwar berganding mahu menjatuhkan Mahathir.
    Tidak banyak beza KULI dan Dan Musa Hitam bergabung untuk menjatuhkan Mahathir.

    Jawapannya kita sudah tahu, mereka melakukan kerja sia²...

    Ulasan balas John Doe:-

    Yes, tepat sekali, mereka boleh memilih untuk bergabung sesama mereka untuk menjatuhkan Tun Mahathir, nereka tetap akan gagal.

    Mereka juga boleh memilih untuk membawa pemain-pemain lain selain mereka berdua untuk menjatuhkan Tun Mahathir, mereka tetap akan gagal.

    Seorang bergelar bekas Perdana Menteri terdesak tidak mahu bergelar banduan dan seorang lagi bekas banduan yang terdesak mahu bergelar Perdana Menteri, kedua-keduanya boleh berkonspirasi dan berpakat sesama sendiri dan dengan sesiapa sahaja untuk menjatuhkan Tun Mahathir tetapi mereka tetap akan gagal.

    Sekiranya mereka melibatkan sebahagian bukit yang ada di Banjaran Titiwangsa untuk menyokong mereka, sebahagian bukit yang lain akan memberi respon menyokong Tun Mahathir pula dan demikian usaha mereka untuk menjatuhkan Tun Mahathir dengan melibatkan sebahagian bukit di Banjaran Titiwangsa tetap akan gagal.

    Apabila Banjaran Titiwangsa itu sendiri terbelah dua, dengan satu bahagian menyokong Tun dan satu bahagian lagi menyokong lawan-lawannya, bahagian yang di dalamnya ada Tun Mahathir adalah bahagian yang bakal muncul sebagai pemenang. Usaha untuk menjatuhkan Tun Mahathir tetap akan gagal.

    Separuh abad Tun Mahathir di medan pertempuran telah membuktikan satu perkara iaitulah dia adalah 'Ketua Pasukan Yang Tidak Pernah Tewas'. Walau siapapun yang menjadi lawannya, dia tetap akan muncul sebagai pemenang.

    Semua pembenci-pembenci Tun walau siapapun mereka, mereka semua dipersilakan bergabung sesama sendiri untuk menjatuhkan Tun, mereka tetap akan gagal.

    Apabila mereka semua bergabung untuk menjatuhkan Tun, gabungan itu hanya akan membawa kepada berlakunya pertempuran klimaks di antara pasukan Tun dengan pasukan lawan-lawannya yang bersekutu, dan hasil pertempuran ini telah pun John Doe beritahu, iaitulah pasukan Tun, iaitu Tun bersama-sama 313 penyokong dan pendokongnya, akan mengalahkannya kesemua lawan-lawan mereka yang bersekutu, dan pasukan ini kemudiannya muncul sebagai pemenang mutlak dan mengibarkan panji-panji kemenangan mereka yang berwarna hitam di seluruh negara.

    Silakan mencuba asal kelak jangan cakap tiada sesiapa yang telah memberitahu bahawa kalian semua, para pendusta zaman fitnah, bahawa kalian semua tetap akan tewas di tangan Tun dan pasukannya, pasukan yang tidak pernah tewas.

    JUST BRING IT ON!!!!

    Que sera sera; W2020M.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  3. Ada isi ke tulisan lokman adam tu? Apa yg tidak disetujui oleh lokman adam ada sedikit persamaan dgn apa yg kd percaya di hujung tulisan. Ingatkan tulisan sampah, rupanya pd tarikh hujung tahun dijadikan posting. Oklah, sekali bah sekali pantai berubah.

    ReplyDelete
  4. Dulu mahadey berkuasa penuh...tidak mudah jatuhkan mahadey...

    Sekarang sudah berbeza...mahadey ketua pakatan gabongan parti2 yg mengikut keputusan majoriti.....mahadey tiada kuasa penuh lagi...mahadey boleh di golekkan...

    Mahadey perlu cari dahan kukuh untuk bergantung...

    Jika mahadey mahu gabong dgn umno mahadey mesti bebaskan najib dan zahid seperti pembebasan lim guan eng...

    Jho lo mana?...mana jho lo?..bila hamid nak letak jawatan?...hihihihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe.. Kejora Bapuk Bodo. Sembang kemas habuk pun tarak.

      Bila nak BRING IT ON ni? Dah lama dah kami pro-Tun dok cabar, tapi para bapuk yang bodo ni semuanya masih tiada keberanian untuk BRING IT ON. Semuanya hanya berani bercakap di luar gelanggang.

      Kah kah kah.. Macam tu punya bapuk dan bodo pun boleh sembang hebat, dia punya sembang, buaya pun boleh terbang. Hakikatnya nak panggung kepala deoan Tun pun menikus.

      Kah kah kah... Besok dah masuk tahun 2020 dan dengan izin Allah Tun masih PM.

      Delete
    2. Tak perlu gelojoh ostad kaki temberang...masanye akan tiba..mahadey yg risau mcm2 plan tak menjadi hingga ekonomi merudim
      ..

      Delete
  5. Nampaknye umno akan berpecah lagi...ada pihak yg mahu bersihkkan umno dari penyokong mahathir...

    Bagi zahid dan najib lebih penting pengguguran kes mahkamah...

    ReplyDelete
  6. Kini memerang sudah bersuara
    konon dia nak lawan ketua
    macam berok melawan kera
    dua dua tak ada wibawa..!

    Memerang ini memang dah biol
    Tun Mahathir selalu disondol
    banyak angin mulut bersiul
    Bising persis penjual cendol!

    Arau sudah bagi sedas
    memang pedih rasanya pedas
    memerang fikir dirinya cerdas
    idea dia semua ke tandas!

    Arau kata parti mereka
    bukan bapak memerang punya
    terbaek..macam senda seloka
    berpecah ke parti?..saja nak tanya..!

    Memerang pun bukannya taat
    Sejarah parti dia melompat
    mata melilau menunggu saat
    siapa hulur dia pun dapat!

    Mr Memerang pilah mabuk
    hal kerajaan jangan nak sibuk
    orang kenal memerang cabuk
    diri sendiri berak tak cebuk!





    memang pedih ras

    ReplyDelete
  7. Kahkahkah......Shahidan kata, UMNO bukan ADAM, bapak si Lokman punya. Pandai-pandai nak paksa semua orang ikut cakap dia.Apa motip dia.......???

    Boleh cerita sikit....?

    ReplyDelete