Monday, December 30, 2019

...DIROGOL BERAMAI RAMAI OLEH NAJIB DAN KONCO²NYA!!!


Jangan dibiar DIROGOL sekali lagi dengan tujuan komisyen

12 comments:

  1. Makin jahat posting kau kd. Aku tak tau apa ada dalam benak kau, cuma yang pasti asal najib sahaja pasti kau tuduh perompak. Buktikan dulu, mahkamah belumpun jatuh hukum. Gentayangan kau hebohkan satu dunia najib perompak. Yang hancurnya, siapa tak sokong tun madey juga jadi kroni najib dituduh merompak. Perasan suci kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah kena kencing dengan najib pun masih sayangkan dia??? pelik tapi benar

      Delete
    2. - Musibah orang2 kuatnya mati dalam nahas helikopter selepas wedfing of the year anak perempuannya.

      - Musibah hilang kuasa di GE14 walau semua jentera kerajaan termasuk pihak istana telah diperah abis.

      - Duit berbilyon, hartanah, kapal mewah, emas berlian, lukisan termahal, kasut2, jam2 tangan, beg2 tangan termahal & cokelat2 dirampas dan disita.

      - dicemuh, diperkata orang seluruh pelusuk dunia menjadi satu keaiban, kemaluan & kesipuan sepanjang zaman tak terbandingkan.

      Ini baru bayaran cash di dunia, belum lagi di alam barzakh & alam akhirat.

      Rasakanlah Borosmah Najib...!!

      Delete
  2. Salam sejahtera sdr KD dan sahabat-sahabat.

    Mohon lari tajuk. Ini sbg jawapan kepada orang-orang yang merendahkan penganjuran KL Summit 2019 atas alasan pemimpin Pakistan dan Indonesia tidak menghadirinya.

    Inilah sebenarnya satu pemikiran yang terbalik. Sepatutnya pemimpin Indonesia dan Pakistan yang tidak hadir itulah yang dipandang gagal dan bukan penganjur KL Summit sendiri. Pemimpin dua negara Islam di Timur ini telah gagal meletakkan kepentingan ummah melebihi kepentingan negara mereka apabila mereka terpaksa tunduk kepada tekanan Arab Saudi yang memperlihatkan sikap menentang penganjuran majlis yang manfaatnya ialah bagi dunia Islam seluruhnya dan bukan demi kepentingan negara penganjurnya.

    Persoalannya, mengapa Arab Saudi menentang KL Summit atau apa-apa perhimpunan Muslimin besar selain OIC. Jawapannya ada pada sejarah.

    Khilafah Turki Uthmaniyyah tumbang kerana dua faktor iaitulah luaran dan dalaman. Faktor luaran datang daripada tekanan dan konspirasi England, Perancis dan Russia yang mahu melihat khilafah terhapus supaya umat Muslimin menjadi lemah dan hilang kekuatan mereka sebagai satu ummah. Paling utama ialah perancangan Yahudi Zionist yang sedar selagi khliafah wujud selagi itulah mereka tidak akan dapat merampas tanah Palestin untuk dijadikan negara mereka.

    Faktor dalaman pula ada dua. Pertama ialah sebahagian bangsa Turki sendiri yang mahu melepaskan diri dari tradisi Islam dan mengikut nilai-nilai barat. Mereka diketuai oleh Mustafa Kamal Ataturk yang menjadi Presiden Republik Turki yang pertama.

    Yang kedua pula ialah sebahagian bangsa Arab yang tidak mahu diperintah oleh bangsa selain Arab (majoriti bangsa Arab tiada masalah di bawah pemerintahan Turki Uthmaniyyah). Untuk tujuan itu, maka khilafah perlu dijatuhkan dan negara bangsa diwujudkan dengan sempadan wilayah kekuasaan mengikut bangsa masing-masing. Golongan ini diketuai oleh Abdul Aziz As-Saud yang menjadi Raja Arab Saudi moden yang pertama. Dia juga adalah bapa Raja Salman, Raja Saudi hari ini.

    Apabila Abdul Aziz As-saud menawan Mekkah drpd Sharif Hussein (seorang yang dilantik sebagai Sharif Mekkah oleh Khalifah Uthmaniyah di Istanbul dan mengisytiharkan dirinya sbg Raja Hijjaz selepas empayar Uthmaniyah tumbang), dan mengisytiharkan Mekkah sebagai sebahagian daripada negara bangsa Saudi yang bukan sebuah khilafah, pada tahun 1924, serentak dengan masanya ketika Mustafa Kamal Ataturk memansuhkan kerusi khalifah di Turki, kedua-dua peristiwa ini telah mencetuskan kekalutan dan respon di Universiti Al-Azhar.

    Para ahli agama di Al-Azhar telah memfatwakan bahawa ia adalah haram dan bidaah untuk umat ini tidak memiliki khalifah. Mereka tidak pernah memfatwakan sebagai haram untuk umat ini berkhalifahkan seorang yang bukan berbangsa Arab selama 400 tahun takhta khalifah umat disandang oleh para Sultan Uthmaniyyah yang berbangsa Turki.

    Al-Azhar kemudian telah merancang untuk menganjurkan satu persidangan bagi membincangkan pemilihan khalifah umat yang baru selepas Turki menghapsukannya. Walaubagaimanapun memandangkan Al-Azhar berada di bumi Mesir, dan Mesir berada di bawah pemerintahan Raja Fuad, dan Raja Fuad pula berada di bawah telunjuk Britain, maka rancangan untuk mengadakan persidangan ini ditekan dan dihalang oleh Raja Fuad selama 2 tahun .

    Pada tahun 1926, Al-Azhar memutuskan untuk tidak tunduk kepada tekanan Raja Fuad dan meneruskan rancangan mereka mengadakan persidangan umat Muslimin sedunia, khusus untuk membincangkan tentang pemilihan seorang khalifah baru. Mereka telah menjemput para ahli agama dari kesemua negara di dunia untuk menghadiri persidangan ini.

    Arab Saudi sbg sebuah negara yang ditubuhkan hasil konspirasi untuk menghapuskan khilafah kemudian telah mensabotaj persidangan di Al-Azhar ini apabila mereka menganjurkan satu persidangan di Mekkah bagi membincangkan topik 'kembali kepada ajaran Islam asli tanpa bidaah dan syirik' yang dibuat pada musim haji tahun itu. Ahli agama seluruh dunia Muslimin telah dijemput untuk hadir ke persidangan ini.

    (Bersambung)

    ReplyDelete
  3. (Sambungan 1)

    Memandangkan bumi Mekkah adalah lebih dekat di hati umat Muslimin berbanding bumi Kaherah, maka jemputan yang menghadiri persidangan anjuran Arab Saudi itu lebih besar daripada mereka yang hadir persidangan anjuran Al-Azhar.

    Apa yang berlaku di kedua-dua persidangan ini adalah menarik untuk dibincangkan dan akan dapat memberi petunjuk kepada persoalan mengapa Arab Saudi menentang KL Summit 2019.

    Di dalam persidangan di Mekkah, Raja Abdul Aziz Assaud telah meminta para jemputan mengiktiraf Raja Saudi sebagai 'Penjaga Baitullah'. Sebelum permintaan ini mendapat respon para hadirin, Maulana Muhammad Ali Jauhar dari India bangun dan menjerit 'kamu boleh berambus, kami sekali-kali tidak akan melakukannya' (mengiktiraf Raja Saudi sbg Penjaga Baitullah), dan dengan pelakuan ini tidak ada sebarang resolusi kaum Muslimin yang dibuat bagi mengiktiraf Raja Arab Saudi sebagai 'penjaga Baitullah yang sah'.

    Hari ini secara de facto, dunia Islam memang mengakui bahawa Raja Arab Saudi adalah 'penjaga Baitullah'. Walaubagaimanapun pengiktirafan ini tidak pernah diberikan oleh kaum Muslimin sedunia secara de jure, bermakna walaupun Raja Arab Saudi merupakan penguasa Baitullah dia bukan seorang khalifah umat dan sekiranya pun gelaran khalifah mahu diberikan kepada Raja Saudi, dia hanya layak bergelar khalifah Baitullah.

    Apa yang berlaku di Al-Azhar juga menarik dan penting di dalam memahami sebab mengapa KL Summit ditentang oleh Arab Saudi.

    Disebabkan sabotaj oleh Arab Saudi, persidangan di Al-Azhar ini tiada sambutan di luar bangsa Arab. Para jemputan yang menghadiri Persidangan ini dengan sebulat suara memutuskan bahawa umat Islam wajib mendirikan semula khilafah yang dibubarkan oleh negara Turki. Walaubagaimanapun resolusi itu hanya terhenti setakat itu kerana tidak ada seorang pun wakil tuan rumah mahupun jemputan yang mempunyai idea bagaimana untuk umat ini mendirikan semula khilafah yang telah tumbang.

    Daripada sejarah ini, adalah jelas bahawa fahaman Wahhabi yang mendakwa konon mereka adalah penentang bidaah adalah satu ajaran palsu yang menjadikan bidaah sebagai alasan. Hakikatnya ia adalah satu gerakan politik yang mahu menghapuskan khilafah.

    Sekiranya benar mereka berdakwah dan berjuang demi melawan bidaah di kalangan umat, maka sudah tentu mereka tidak akan mensabotaj persidangan di Al-Azhar sebaliknya akan memberikan sokongan penuh supaya persidangan tersebut berjaya.

    Selama 14 kurun umat Muslimin wujud selepas kewafatan baginda Rasulullah saw, sekiranya ada satu perkara yang tidak wujud pada zaman nubuwwah tetapi wujud secara berterusan dan diiktiraf secara ijmak bukan sahaja oleh para ahli agama, bahkan juga oleh setiap Muslim, ia adalah khilafah.

    Bermula dengan pemilihan Saiyidina Abu Bakar as-siddiq r.a sebagai khalifah pertama, sehinggalah kepada khalifah umat yang terakhir, khalifah Abdul Mecid (sebutan Turki untuk Majid) Effendi, seluruh umat telah ijmak bahawa umat ini wajib memiliki khilafah walaupun khalifah itu tidak berbangsa Arab. Pengecualian hanya berlaku di dalam tempoh kurang 3 tahun iaitulah selepas khilafah Bani Abbasiyyah diruntuhkan oleh serangan Monggol di Baghdad, sebelum ia didirikan semula di Kaherah di bawah pemerintahan kesultanan Mamluk, sebagai tempoh transisi berpindahnya takhta khilafah daripada bangsa Arab kepada bangsa bukan Arab di bawah khilafah Turki Uthmaniyyah.

    Menghapuskan khilafah adalah bida'ah terbesar yang pernah dibuat oleh umat ini dan yang melakukannya adalah negara Turki dan negara Arab Saudi sendiri.

    Pelakuan Arab Saudi yang menentang penganjuran KL Summit 2019 adalah ulangan kepada sejarah mereka mensabotaj persidangan yang dianjurkan Al-Azhar sebaik khilafah Uthmaniyyah dibubarkan dan bumi Mekkah pula diperintah berdasarkan kebangsaan Arab dan bukan berdasarkan Islam dan tauhid.

    Negara Arab Saudi itu sendiri merupakan satu hasil konspirasi Yahudi dan Nasrani untuk melemahkan Islam, dan merampas tanah Palestin untuk dijadikan negara Israel.

    (Bersambung)

    ReplyDelete
  4. (Sambungan 2)

    Bermula penyerahan takhta khalifah drpd Khalifah Hasan bin Ali Bin Abi Talib kpd Khalifah Muawiyah bin Abi Sufyan sehinggalah runtuhnya khilafah Uthmaniyyah, kesemua khalifah umat mendapat legitimasi kekhalifahan mereka melalui perkara2 berikut:-

    1. Dgn menjadi penjaga dan pemegang kuasa ke atas pedang dan mantel baginda Rasulullah saw. Mantel sbg simbol takhta dan pedang sbg simbol kuasa seorang successor (successor adalah maksud sebenar kalimah 'khalifah'). Dalam sejarah, pedang dan mantel ini telah berpindah tangan sebanyak 3 kali dgn setiap perpindahan itu menandakan berakhirnya satu khilafah dan bermulanya satu khilafah yang lain.

    2. Dgn menjadi penjaga Baitullah di Masjidul-haram di Mekkah, dan penjaga makam Nabi di Masjid Nabawi di Madinah.

    3. Dgn menjadi penjaga Masjidul-Aqsa dan penguasa bumi Baitulmaqdis.

    Hasil drpd konspirasi utk menghapuskan khilafah, kesemua simbol khilafah ini telah terpisah, dan demikan tiada seorang pun pemimpin umat ini yang memiliki legitimasi untuk digelar khalifah umat.

    1. Pedang dan mantel baginda s.a.w disimpan di Muzium Topkapi di Istanbul, secara de facto dan de jure keduanya berada di bawah amanah Presiden Turki.

    2. Masjidul-haram dan Masjid Nabawi secara de facto berada di bawah penguasaan Bani Saud.

    3. Masjidul-Aqsa secara de jure berada di bawah amanah Raja Jordan, tetapi ia dan kota Baitulmaqdis itu sendiri secara de facto berada di bawah penguasaan Israel.

    Selepas tumbangnya khilafah, OIC telah ditubuhkan sebagai forum persidangan umat dengan ibu pejabatnya berada di Jeddah, Arab Saudi. Sebahagian besar pembiayaan OIC adalah datang daripada kantung Saudi, dan demikian secara de facto, Arab Saudi adalah tonggak OIC.

    Arab Saudi telah, sedang dan akan terus menggunakan segala ruang yang ada sbg tonggak OIC untuk mengekalkan umat ini di dalam keadaan 'berpecah'.

    KL Summit 2019 telah dianjurkan di luar kerangka OIC, dan sebab itulah Saudi telah menentangnya, kerana mereka tidak punya sebarang pengaruh ke atas halatujunya.

    Perpecahan umat Muslimin adalah survival negara Arab Saudi. Sekiranya umat ini bersatu, negara ini akan lenyap.

    Mengapa baru sekarang sbg PM-7 Tun Mahathir menganjurkan satu persidangan umat di luar kerangka OIC? Sebab selama puluhan tahun, ketika Tun menjadi PM-4, Arab Saudi telah diberikan benefit of the doubt untuk terus kekal menjadi peneraju OIC, sekalipun tiada sebarang kejayaan memberansangkan yg pernah dicapai.

    Walaubagaimanapun apabila mereka menyerang Yemen, maka hilanglah segala keraguan bahawa Arab Saudi sememangnya tidak layak menjadi ketua di kalangan negara2 Islam.

    Wujudnya Arab Saudi selepas tamatnya zaman khilafah monarki telah dinubuwahkan oleh Rasulullah saw.

    Malahan bagaimana Arab Saudi akan lenyap juga telah dinubuwahkan. Ia akan berlaku apabila matinya Raja Penjaga Baitullah dan berlakunya perebutan takhta di antara 3 orang putera raja di mana tiada seorang pun di antara mereka yang berhasil mendapatkan takhta, petanda bahawa dinasti mereka sbg penguasa bumi Hijaz berakhir di situ. Apabila ini berlaku, nama negara 'Arab Saudi' (sempena nama Bani Saud) hilang legitimasinya.

    Serentak dengan berlakunya perebutan takhta ini, akan berlaku juga pertempuran akhir Pasukan Panji Hitam di Timur yang menyaksikan mereka menang mutlak ke atas lawan2 mereka yang bersekutu, dan mengibarkan panji2 kemenangan mereka yang berwarna hitam.

    Satu lagi hikmah KL Summit 2019 ialah dua negara Islam di Timur iaitu Pakistan dan Indonesia yang pada hari ini, muncul di sana ramai sekali di kalangan rakyat mereka yang mempromosikan bahawa negara merekalah bakal menyaksikan kemunculan panji2 hitam di akhir zaman, kedua-duanya akan kehilangan alasan untuk tidak menerima hakikat bahawa Malaysialah sebenarnya negara yg dimaksudkan.

    Bagaimana kedua negara ini mahu dunia Islam menerima mereka sebagai pemimpin Muslimin sedunia sekiranya KL Summit 2019 pun mereka takut untuk hadir semata-mata akibat tekanan drpd Arab Saudi?

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  5. Diakhir zaman akn muncul Imam Mahdi sebenar yg membawa panji2 kemenangan Allah SWT semantara Mahathir pulak akn membawa panji hitam mengarut ciptaan John Doe nujum pendusta. Sangat jauh perbezannya umpama langit dengan bumi. Yang satu benar manakala yg satu lagi loyar buruk.
    He hee heeee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... Para pendusta bakal kehilangan alasan apabila mereka tewas mutlak di tangan Pasukan Panji Hitam.

      Mereka telahpun disampaikan nasihat dan peringatan itu, dan mereka telah mendustakannya dan memperolok-olokkannya.

      Mereka sedikitpun tidak akan teraniaya.

      Asal kelak jangan cakap John Doe tak payung.

      Que sera sera; W2020M.

      Wallahu a'lam.

      Delete
  6. Hello. Anon 7:28. Balaslah hujah dgn hujah. Ada berani ka ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hujah melalut perasan syok sendiri ntah aper adalah.

      Almaklumlah, kalau dah pembohong lagi oengecut...!!

      He he he he

      Delete