Sunday, December 1, 2019

PH (DAP) TIDAK PERLU DIJADIKAN LAGI KERAJAAN WALAU APA PUN ALASAN...

Peralihan Kuasa Mahathir Anwar sekadar mempercepatkan lagi kerajaan runtuh...

Don't drag out succession issue, Ramasamy warns PH: The Penang deputy chief minister II says PH's survival at the next general election may depend on whether it resolves the power transition between Dr Mahathir Mohamad and Anwar Ibrahim.

4 comments:

  1. "Kama badaakum ta'uduun" adalah potongan terakhir di dalam ayat 29 surah Al-A'raf. Secara harfiah, ia bermaksud 'sebagaimana kamu bermula sebegitulah kamu akan kembali".

    PKR telah bermula disebabkan kes kunyit Bang Non dan perang kunyit jugalah yang akan menyebabkan PKR berakhir. PKR telah bermula dengan tujuan untuk menjatuhkan Tun sebagai PM-4 dan menaikkan Bang Non sebagai PM-5, dan tujuan menjatuhkan Tun sebagai PM-7 dan menaikkan Bang Non sebagai PM-8 jugalah yang akan menyebabkan PKR berakhir.

    PKR kini benar-benar terpecah kepada dua kumpulan dan kedua-dua kumpulan kelihatan mempunyai kekuatan yang seimbang. Tiada satu kumpulan yang mempunyai kekuatan yang cukup untuk menewaskan habis kumpulan yang satu lagi, dan terus menguasai saki baki PKR yang masih ada. Kumpulan manapun yang menang di dalam pertembungan ini, PKR tetap akan hancur. Ia adalah kesimpulan yang hampir pasti dan muktamad.

    Yang membezakan kedua-dua kumpulan ini ialah satu kumpulan adalah kumpulan pro-Tun dan satu lagi kumpulan pro-Bang Non, atau lebih tepat lagi satu kumpulan mahukan Tun kekal sebagai PM sehingga habis penggal dan satu kumpulan lagi mahukan Bang Non segera mengambil alih.

    Memandangkan Tun adalah 'Ketua Pasukan Yang Tidak Pernah Tewas', sama seperti precedent 1998, apabila pertembungan di antara dua kumpulan di dalam PKR ini sampai ke klimaksnya, maka kumpulan pro-Tun yang akan muncul pemenang. Walaubagaimanapun mereka tidak akan menang di atas nama PKR kerana PKR sendiri pada masa itu telah hancur dan lenyap, sebaliknya mereka akan menang bersama-sama pasukan Tun kerana inilah pasukan tunggal yang akan muncul pemenang apabila masa permainan berakhir.

    Siapa PM-8 itu tidaklah sepenting isu bilakah PM-7 akan berundur untuk memberi laluan kepada PM-8. Selagi PM-7 kekal sebagai PM, maka siapa PM-8 tidak menjadi persoalan.

    Memang benar berdasarkan peruntukan perlembagaan persekutuan, YDPA dimestikan memilih seorang yang 'whoever commads the majority support of the members of the house" sebagai PM. Maka parlimen adalah pihak yang akan membuat pemilihan siapa akan menduduki kerusi wakil rakyat terulung di negara ini.

    Apa yang akan berlaku apabila tiada sesiapa di antara incumbent dan contender yang memiliki sokongan majoriti? Bagaimana untuk YDPA membuat pilihan berdasarkan 'rules of law'?

    Jalan keluarnya tetap ada di dalam perlembagaan persekutuan, iaitulah untuk YDPA mengisytiharkan darurat dan apabila ini berlaku, peruntukan perlembagaan sendiri akan menukar pemerintahan negara ini daripada demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan kepada monarki mutlak di mana YDPA mempunyai kuasa mutlak untuk memerintah negara dan ini termasuklah kuasa mutlak untuk memilih PM, sama ada mengekalkan PM sedia ada, atau memilih seorang yang lain sebagai PM.

    Berdasarkan precedent, pada tahun 1969, apabila darurat diisytiharkan, PM pada ketika itu Tunku Abdul Rahman tidak dipilih sebagai PM, sebaliknya timbalannya Tun Abdul Razak yang dipilih. Cuma nama jawatan pada ketika itu bukan lagi Perdana Menteri, sebaliknya adalah Pengerusi MAGERAN (Majlis Gerakan Negara), tetapi dengan kuasa delegasi yang sama dengan kuasa YDPA, ibarat Sultan dan bendahara zaman kesultanan Melayu Melaka dahulukala.

    (Bersambung)

    ReplyDelete
  2. (Sambungan)

    Hari ini di penghujung tahun 2019, negara kita telah lebih 62 tahun merdeka. Di dalam tempoh tersebut Malaya dan kemudian Malaysia telah memiliki 7 orang Perdana Menteri. Daripada angka 7 ini, PM ke-4 dan PM ke-7 adalah individu yang sama, dan dia adalah PM semasa negara ini iaitulah Tun Mahathir.

    Selain dirinya, ada 5 orang lain yang pernah menjawat jawatan wakil rakyat terulung di negara ini. Kesemua 5 orang perdana menteri selain Tun Mahathir ini, naiknya mereka menduduki kerusi Perdana Menteri, ataupun turun atau jatuhnya mereka daripada kerusi Perdana Menteri, atau kedua-duanya sekali mempunyai kaitan langsung dengan tindakan yang dilakukan oleh Tun Mahathir. Ini menjadikan Tun M bukan sahaja negarawan terulung di negara ini, bahkan juga menjadikannya sebagai 'The King Maker'.

    Tun bukan sahaja seorang King Maker di dalam politik bahkan dia juga adalah The King Maker di dalam maksud literalnya. Malaysia adalah satu-satunya negara persekutuan beraja di dalam dunia yang menggunakan sistem penggiliran untuk menjadi raja terulung di antara raja-raja kecil yang memerintah di negeri masing-masing yang membentuk persekutuan Malaysia.

    Di dalam tempoh 62 tahun Malaya dan kemudian Malaysia merdeka, negara ini telah memiliki 16 orang Raja Terulung yang bergelar Yang DiPertuan Agong, dan daripada jumlah ini, 6 daripadanya atau 1/3 adalah dimasyhurkan dan ditabalkan oleh Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri.

    Kesimpulannya ialah, Tun adalah Ketua Pasukan Yang Tidak Pernah Tewas, maka apabila ada sesuatu kumpulan yang mahu melanggar Tun, walau siapapun yang berada di sebelah pasukan yang mahu melanggar Tun, kekallah kekallah berada di dalam pasukan yang menyokong Tun, kerana pasukan inilah yang akan muncul pemenang.

    Bukan sahaja PKR ataupun ahli-ahli parlimen, bahkan sekiranya Banjaran Titiwangsa sendiri yang terbelah dua, maka kekallah berada pada belahan yang padanya ada Tun Mahathir kerana belahan inilah yang akan muncul sebagai pemenang.

    Tidak seperti pertembungan Anwar-Azmin yang akan menghancurkan PKR, pertembungan Bang Non dengan Tun di dalam PH tidak akan meruntuhkan kerana PH itu sendiri. Dengan izin Allah, hanya parti PH itu sahaja yang akan terbelah dua dan hancur sedangkan kerajaan PH pimpinan Tun pula tidak akan tumbang. PH1 akan digantikan oleh PH2 sedang Tun Mahathir akan kekal sebagai PM.

    Que sera sera; W2020M.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. #Pembetulan

      Tidak seperti pertembungan Anwar-Azmin yang akan menghancurkan PKR, pertembungan Bang Non dengan Tun di dalam PH tidak akan meruntuhkan kerajaan PH itu sendiri. Dengan izin Allah, hanya parti PH itu sahaja yang akan terbelah dua dan hancur sedangkan kerajaan PH pimpinan Tun pula tidak akan tumbang. PH1 akan digantikan oleh PH2 sedang Tun Mahathir akan kekal sebagai PM.

      Delete
  3. Satu penyelesaian terbaik..

    Sekurang-kurangnya negara tidak jatuh ke tangan pengkhianat atau pengganas..sehinggalah seseorang pemimpin sederhana ditemui

    ReplyDelete