Thursday, January 16, 2020

MAJLIS PRESIDEN PH SUDAH MEMBERI GAMBARAN KEPUTUSAN

Seseorang negarawan seperti Tun, bekerja untuk negara akan menemui yg dulunya musuh ketat kini rapat dalam satu team dan akhirnya menghormatinya..

Itulah yang berlaku keatas lim guan eng dan matsabu yang kini mula bersuara atas desakan segintir yang mahu segera peralihan kuasa.

Perkembangan ini menunjukan bayangan keputusan yang tidak memihak kepada Anwar.
Semua setuju next Anwar but not now, please behave well...

Desakan atas"arahan" Anwar sukar untuk dinafikan kerana Anwar sendiri meratib benda yang sama???

Anwar wajib saman Yusuff hingga menang secara mutlak dan kukuh, tiada penyelesaian luar mahkamah Dan wajib menyatukan dua puak dalam PKR atau pecat Azmin.

Tunjuk dulu kemampuan di situ..


cakap cakap...no better person who can lead us in our endeavours other than Tun Dr Mahathir.   

5 comments:

  1. Fuyoo KD...no better person who can lead us in our endeavours other than Tun Dr Mahathir... moh la kita suma doa kan semoga atok dipanjangkan umo 120 tahun lagi...

    'ya allohhh ka panjangkan lah umo atok kiteee ni 120 tahon lagi.. klu atok tak ade mesia tak aman...'

    Ameennn..!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apabila Bani Israel datang kepada Nabi Musa a.s dan memberitahu satu masalah mereka, baginda telah memberi perintah "sesungguhnya Allah telah memerintahkan kamu supaya menyembelih seekor lembu betina", dan mereka telah menjawab kepada baginda "adakah kamu mengambil kami ini sebagai olok-olokan?". Nabi Musa lantas menjawab balas; "aku berlindung dengan Allah daripada menjadi di kalangan orang-orang yang jahil".

      Kisah di atas itu diceritakan di dalam AlQuran di dalam surah Al-Baqarah ayat ke-67. Salah satu ilmu dan pengajaran yang ada di dalam ayat ini ialah memperolok-olokkan itu adalah sifat orang-orang yang jahil.

      Penyokong-penyokong bekas PM bakal banduan, dan bekas banduan bakal PM yang membenci Tun, mereka tidak punya apa-apa yang solid ke atas Tun dari sudut fakta atau hukum, dan disebabkan itulah untuk menyangkal apa-apa kenyataan yang mengakui betapa negara ini amat dan masih memerlukan Tun,
      mereka hanya mampu memperolok-olokkan tanpa dapat menyangkal.

      Tun tidak memerlukan 120 tahun, bahkan 120 tahun itu juga tidak akan wujud kerana umat Nabi Muhammad saw kini telah berada di kurun mereka yang terakhir. Pada 1441H, umat ini hanya tinggal 59 tahun sahaja lagi sebelum tahun Hijrah genap pada 1500H.

      Walaupun Tun tidak memerlukan 120 tahun lagi tetapi sebagai Pembawa Panji Hitam @ Pemuda Tamim yang bakal mengetuai pertabalan khalifah Akhir Zaman di Baitullah, Tun akan hidup selama dua zaman. Tun telah hidup lama pada zaman fitnah dan dengan izin Allah, dia akan kekal hidup dan bernafas pada zaman terakhir umat ini iaitulah zaman khilafah manhaj nubuwwah atau dikenali juga sebagai zaman khilafah kedua.

      Ada pula para ahli-ahli fitnah, mereka tidak akan melangkah ke zaman khilafah kedua ini kerana sebagai ahli-ahli fitnah mereka perlu 'ditinggalkan' di zaman fitnah supaya umat yang lain dapat melangkah ke zaman akhir yang telah dikhabarkan.

      Silakan terus memperolok-olokkan asal kelak ketika kalian melalui tempoh berputus asa, jangan cakap tiada sesiapa yang telah memberikan nasihat dan peringatan.

      Que sera sera ; W2020M.

      Wallahu a'lam.

      Delete
  2. Tolonglah cari orang lain, selain dari dia itu!

    ReplyDelete
  3. Salam Jumaat sdr KD dan sahabat2,

    Sudah berapa lama John Doe telah memberitahu bahawa Tun Mahathir adalah Ketua Pasukan Yang Tidak Pernah Tewas dan Tidak Akan Tewas walau siapapun yang mengetuai, dan yang berada di dalam pasukan lawannya.

    Kenyataan itu telah mengundang respon yang menyokong dan yang menentang.

    Yang menentang itu langsung tiada fakta daripada sejarah pada bahagian yang mengatakan 'dia tidak pernah tewas'. Ada pula pada bahagian yang mengatakan 'dia tidak akan tewas', mereka hanya mampu memutarbelit dan memperolok-olokkan.

    Di antara putar belit mereka ialah dakwaan konon John Doe mengatakan Tun Mahathir itu 'Tuhan', walaupun John Doe tidak pernah mengatakan sedemikian sebaliknya dengan yakin John Doe telah mengatakan bahawa Tun Mahathir adalah Pemuda Tamim dan nubuwwah sendiri mengkhabarkan bahawa lelaki ini, pasukan pimpinannya tidak pernah tewas.

    Di antara respon yang berbentuk olok-olokkan pula ialah pengataan kononnya Tun yang akan merayu-rayu kepada pihak2 lain untuk dia kekal di Perdana.

    Hari ini terbukti Tun bukan sahaja tidak merayu kepada sesiapa, bahkan Tun sendiri telah memberikan peluang untuk Bang Non mengambil penalti melalui Majlis Presiden PH seperti cadangan Rafizi Ramli, tetapi nampak gayanya Bang Non sendiri yang terkedon.

    Bukan sahaja PPBM, DAP dan AMANAH kelihatan akan menyebelahi Tun sekiranya Bang Non mengambil sepakan, bahkan PKR sendiri pun pasti terbahagi dua. Timbalan Presiden PKR juga adalah ahli Majlis Presiden PH dan dia sendiri secara terbuka menyokong Tun kekal sehingga habis penggal.

    Rafizi telah memberi cadangan supaya Majlis Presiden PH tentukan tarikh peralihan kuasa, kini orang-orang di dalam Majlis Presiden PH sendiri yang kelihatan menyebelahi Tun, dan buat sekalian kalinya Bang Non terkendon lagi.

    Kalau Majlis Presiden PH sendiri pun tidak menyebelahi Bang Non, maka harapan Bang Non hanya tinggal 2 sahaja, iaitulah Parlimen dan Majlis Raja-raja.

    Siapakah di kalangan ahli-ahli parlimen yang boleh diharapkannya? Jawapannya ialah, hanya tinggal penyamun, penyangak, komunis, dan penunggang agama sahaja. Pada akhirnya ia akan benar-benar menjadi 'battle between the good and the evil', di mana peliwat tegar akan berada sepasukan dengan penyamun, penyangak, komunis dan penunggang agama.

    Siapakah di dalam Majlis Raja-raja yang boleh diharapkan oleh Bang Non? Hanya mereka yang menerimanya untuk menghadap selepas dia dibebaskan melalui pengampunan YDPA. Terdapat sebahagian lagi yang telah menolak untuk menerima menghadap Bang Non, dan mereka ini adalah majoriti. Bang Non tetap takkan mampu menang ke atas Tun melalui Majlis ini.

    Nampak gayanya Bang Non seperti juga konco-konconya termasuk Pak Budin dan Kejora Bapuk Bodo tidak akan sedar bahawa mereka tidak akan mampu tewaskan Tun. Mereka hanya akan menyedari perkara ini apabila telahpun terkena checkmate dan tidak lagi boleh bergerak mundur ataupun ke hadapan dan hanya mampu berputus asa melihat ketewasan mutlak berada di hadapan mata sendiri.

    Siapa lagi yang mahu menyangkal kenyataan John Doe bahawa PPBM adalah 'Kaum Yang Didatangkan' dan apabila tempoh permainan itu telah tamat, jemaah inilah yang bakal muncul sebagai 'Golongan Yang Menang', selain daripada sekadar mendustakan tanpa fakta, atau sekadar memutarbelit, beralasan, atau memperolok-olokkan?

    Sekiranya ada yang mahu menganggap kenyataan John Doe ini adalah satu kesombongan, maka itu pun tidak mengapa kerana 'dakwaan sombong' ini adalah bersumberkan daripada nubuwwah, dan sekiranya berkongsi di sebalik tabir tanpa sebarang ganjaran di atas satu nama samaran yang tidak diketahui oleh sesiapa kecuali tuan badan dan isterinya semata-mata, akan satu penemuan kepada satu pencarian umat selama 14 kurun, mahu dianggap sebagai satu kesombongan, maka ia seolah-olah menganggap bahawa nubuwwah itu sendiri pun satu kesombongan. Bolehkah nubuwwah menjadi satu kesombongan? Fikirlah sendiri dengan dada yang lapang.

    Que sera sera; W2020M.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  4. Jom kita doakan najib dipjgkn umur agar dpt dia bermastautin dgn aman dlm jel bila didapati bersalah nnt. Aminnnn

    ReplyDelete