Tuesday, January 28, 2020

PEMIMPIN² PKR DISARAN PAKAT² SAMAN MANA² INDIVIDU YG PATUT SUPAYA STORY ANWAR TAK SAMAN YUSUF RAWTHER TENGGELAM..

Apabila polis tidak mengambil APA² tindakan kepada Yusuf RAWTHER ia membawa maksud laporan polis bukan palsu Dan rekaan (?)

Tidaklah boleh dianggap fitnah? Ia kekal sebagai pertuduhan (?)

Tiada tindakan JUGA KE atas Anwar?
Adakah itu bermaksud AG sudah bersihkan nama Anwar?

Persepsi di satu pihak tidak boleh dihentikan lebih²  lagi anwar akan dicap sebagai takut untuk saman Yusuf?

Alasan AG bersihkan nama Anwar sangat tipis kerana tiada tindakan KE atas Yusuf...

Semua ini belum berakhir lebih lagi peguam Yusuf bukan Jenis YG boleh berpuashati di atas penjelasan kabur dari pihak AG..

Pertuduhan ini tidak terpadam sebaliknya Makin terpahat..

4 comments:

  1. Distraction....Distraction....Distraction....

    So that the heat would be off from Anwar's failure to sue Yusuf Rawther....simple as that.
    Takut kerana bersalah.

    ReplyDelete
  2. Ini urusan PH, takkan macai² umno YG panas..

    Saman untuk kebenaran..
    Ini memang Tak Ada semasa umno berkuasa, semua sapu bawah carpet..makan sama²..tu yang terburai terbarai Kat nahkamah sekarang, tamak haloba..
    .ooopppss sorry, mahkamah belum kata bersalah DAN MAHKAMAH JUGA BELUM BEBASKAN DARI PERTUDUHAN JENAYAH..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Upah Haji 2019 & 1440H

      Bagi mereka yang ingin melaksanakan upah haji kepada kaum keluarga atau sahabat handai yang telah pergi ke rahmatullah dan ingin tahu akan kelebihan serta dalil pensyariatannya saya nukilkan dibawah beberapa hadis sebagai tatapan kita bersama supaya anda lebih kuat untuk menghadiahkan upah haji tersebut kepada mereka yang telah pergi.

      1. Abdullah bin Abbas meriwayatkan bahawa seorang wanita dari Khas`am datang menemui Nabi s.a.w. dan berkata: “Wahai Rasulullah! Di antara amalan-amalan yang difardukan oleh Allah ke atas hamba-Nya ialah haji yang dikenakan ke atas bapa saya yang sudah tua dan tidak mampu menaiki kenderaan untuk melakukannya, bolehkah saya berhaji untuknya?” Jawab Rasulullah s.a.w.: ”Ya!” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

      2. Ibnu Abbas juga meriwayatkan bahawa wanita dari Juhainah datang menemui Rasulullah s.a.w. lalu berkata: “Ibu saya bernazar untuk mengerjakan haji dan dia tidak mengerjakaannya sehingga meninggal dunia, bolehkah saya berhaji untuknya?” Jawab Baginda: ”Ya! Tunaikanlah haji untuknya. Pada pendapat kamu andainya ibu kamu mempunyai hutang, bukankah kamu yang melangsaikannya? Tunaikanlah hak Allah yang wajib atas kamu kerana hutang kepada Allah itu lebih wajar ditunaikan.” (Riwayat Bukhari).

      3. Ibnu Abbas juga meriwayatkan dalam sebuah hadis bahawa saudara atau kerabat seorang yang bernama Syubrumah bertanya kepada Nabi s.a.w. bagi menunaikan haji untuknya, lantas Nabi s.a.w. bertanya: “Adakah kamu sudah menunaikan haji untuk dirimu sendiri?” Jawabnya: ”Tidak!” Sabda Baginda: ”Tunaikanlah untuk dirimu, kemudian tunaikanlah untuk Syubrumah.” (Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban.

      4. Imam Ahmad dan Nasai telah meriwayatkan daripada Abdullah bin Zubair katanya: “Telah datang seorang lelaki dari Khas`am kepada Nabi s.a.w. dan berkata: “Bapa saya telah memeluk Islam, sedangkan usianya sudah lanjut dan tidak berupaya menaiki kenderaan sedangkan haji wajib ke atasnya, adakah boleh saya menunaikan haji untuknya?” Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud: “Apakah kamu anaknya yang paling tua?” Jawabnya: ”Ya!” Rasulullah s.a.w. bersabda: ”Tunaikanlah haji untuknya.” (Riwayat Ahmad dan Nasai).

      5. Hadis-hadis ini jelas menunjukkan keharusannya, malah wajib ditunaikan ibadah haji bagi sesiapa yang meninggal dunia, sakit yang tiada harapan sembuh atau tersangat lemah atau seumpamanya, jika ia telah memenuhi syarat-syarat wajib haji yang telah disebut. Andainya si anak atau waris tidak mampu untuk melakukan haji kepada mereka maka bolehlah diberi upah kepada mereka yang boleh untuk menguruskannya.

      Delete
  3. Selepas Pak Sheikh berkobar-kobar mahu saman Yusof dan tak jadi, maka disuruhlah konco-konconya supaya menyaman sana sini sebagai satu kaedah distraction khalayak daripada fakta bahawa dia tak jadi nak saman.

    Selain si Salvador yang menyaman Yusof untuk dijadikan alasan Pak Sheikh dia tak perlu nak saman Yusof kerana Yusof telah pun disaman oleh pembantunya, Pak Sheikh juga telah mengarahkan Saifuddin untuk menyaman Zuraida.

    Ke manakah Pak Sheikh sedang membawa PKR? Jawapannya ialah kehancuran.

    PKR ditubuhkan oleh Pak Sheikh demi dirinya sendiri dan kini Pak Sheikh sendiri yang akan memusnahkan PKR demi dirinya sendiri.

    Liwat menjadi punca PKR ditubuhkan dan liwat juga akan menjadi punca PKR dikuburkan.

    Pada akhirnya orang-orang Melayu hanya akan memiliki satu jemaah sahaja yang akan menaungi seluruh bangsa mereka dan ia adalah PPBM.

    Walaupun saya tidak bertanding apa-apa jawatan di dalam jemaah Kaum Yang Didatangkan ini, tetapi saya merasa sangat senang hati melihat pemilihan PPBM berjalan dengan tertib di semua bahagian dan di semua peringkat. Jauh daripada politik wang, jauh daripada fitnah, dan jauh daripada pelakuan-pelakuan samseng.

    Semoga PPBM terus dipelihara oleh Allah daripada kejahatan-kejahatan UmNO yang telah berpaling daripada jalan kebenaran, dan daripada orang-orang UmNO yang korup yang menyusup masuk ke dalam PPBM bukan kerana meyakini PPBM adalah wadah yang benar, tetapi semata-mata untuk mencari tempat peribadi di dalam politik selepas UmNO-BN Tersungkur di Persada Takhta dikerjakan PPBM-PH.

    ReplyDelete