Tuesday, January 21, 2020

PENYANGAK YANG SAMA SERANG MAHATHIR

Semasa Mahathir mula nasihat dan tegur dan seterusnya serang kepimpinan Najib { masa itu belum lagi serang umno } kepimpinan umno sudah mula ignore Mahathir dan menyerang balik. Baling kaca pun tak pecah kata mereka..

Najib mula menghina Mahathir dan menarik balik hampir keseluruhan keistimewaan hingga ke tahap kerusi untuk VVIP Pertabalan Agong pun disingkirkan.

Selepas Mahathir dan Anwar bersetuju untuk bekerjasama dan seterusnya menubuhkan PAKATAN HARAPAN, puak-puak PKR, AMANAH dan DAP mula silu untuk kritik Mahathir, sebaliknya memuji..

Akhirnya umno tumpas dan segala bentuk penyelewengan didedahkan.

Kini golongan umno yang sama, kebanyakan layak sebab pandai ampu Najib, kembali mengkritik Mahathir, dendam pada Mahathir yang menghalau mereka keluar dari kerusi empok dan kehidupan serba mewah duit rakyat.

Kali ini mereka dari ampu bertukar kepada tukang tilik dan kaki fitnah nombor 1.


Samalah juga dengan segelintir PKR, AMANAH dan DAP yang kembali berbunyi gara-gara dari mereka yang tidak diberi tempat dan Anwar tidak menjadi PM8 hanyalah sampingan sebab.

Hakikatnya Anwar sendiri cool,  penyokong yang kelaparan, lebih sudu dari kuah. 

Oleh itu apalah sangat bezanya mereka dulu dan sekarang, memang dasar orang terrubuang.


7 comments:

  1. Tu la Yg Aku selalu cakap. Anwar cool aje. Ade, ade la. Takde tu takde la kot. Kita cuma merancang. Tapi Segalanya dari Allah... Cuma org sekeliling Yg riuh. Ape Yg nak dikejar pun tak Tau. Org bagi kuasa Suruh kerja utk rakyat, Bukan bagi kuasa utk Tambah kuasa lagi. Dlm kubur nanti taK ditanya ape Pangkat Ko Kat dunia. Saya tuan penasihat 25 persen. Masuk syurga... Saya Cuma ahli Bawah je. Masuk neraka...

    ReplyDelete
  2. Satu pihak melalak mahu parlimen dibubarkan sebelum masanya dengan memberi berbagai alasan. Hakikatnya mereka hanya meroyan sebab tak boleh terima kenyataan mereka dah tewas dan kehilangan kuasa. Apatah lagi 'bossku' mereka dah masuk ke pemebelaan di dalam pertuduhan2 mahkamahnya, pemimpin mereka banyak yang sedang menghadapi pertuduhan, dan terkini dua penerima wang curi turut terpaksa menghadapi muziknya.

    Satu pihak lagi melalak mahukan Tun segera turun supaya pemimpin pilihan mereka dapat naik jadi PM. Mereka tak mahu pilihanraya semula sebab mereka sendiri tak yakin boleh menang lagi. Almaklumlah mereka menang di bawah pimpinan Tun, dan mereka tahu Tun tidak akan mengetuai PRU lain selepas ini apatah lagi untuk ketua mereka menjadi PM.

    Mereka lupa bahawa apabila dan sekiranya Tun turun, Tun tiada hak untuk menyerahkan tempat tersebut kepada sesiapapun. Mandat untuk memilih PM pengganti kembali kepada parlimen. Ia tetap akan menjadi satu pemilihan semula.

    Hakikatnya kedua-dua pihak ini punyai musuh yang sama; iaitulah Tun Mahathir sendiri.

    Dengan Tun Mahathir sebagai PM, puak pertama tak ada harapan nak kembali berkuasa di dalam masa terdekat, dan tiada harapan untuk melihat berlakunya salahguna kuasa demi menyelamatkan mereka daripada penjara.

    Mahu tak mahu mereka mesti menunggu sehingga penggal PRU14 tamat. Lama tu, adat kata Jibby bukan saja telah sabit, bahkan dua kali rayuannya pun dah selesai. Jibby pada masa itu pengaruhnya telah lumpuh sama sekali.

    Dengan Tun Mahathir sebagai PM, puak kedua juga takkan ada kesempatan untuk mereka segera merasai tempat2 yang sangat mereka idam2kan untuk diri mereka sendiri. Merka mahukan tempat2 itu seawal Mei 2020, tetapi Tun telah tetapkan ia takkan berlaku sebelum APEC 2020 yang bermaksud November 2020.

    Mereka ini telah menentang Najib dulunya bukan disebabkan pengkhianatan dan kleptokrasi Najib, tetapi kerana mereka mahukan tempat itu untuk mereka sendiri. Itu sahaja matlamat mereka.

    Kedua-dua pihak masih punya satu jalan untuk mendapat apa yang mereka kecapi, iaitulah bersekutu sesama mereka untuk menjatuhkan Tun melalui jalan undi tidak percaya di Parlimen.

    Siapa yang benar-benar yakin bahawa kedua-dua puak ini takkan bersekutu sesama sendiri demi untuk menjatuhkan Tun Mahathir demi untuk mencapai cita-cita mereka masing-masing?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bnyk betul info turun dari langit yg kau dpt bro john. Aku sendiri mulai kagum dgn kau. Terlebih-lebih sudah.

      Delete
    2. Info mengarut. Yg berkuasa menentukan adalah jutaan Rakyat bukan nya john doe. Tanpa Rakyat siapa lah mahathir. Kalau hnya mengharapkan 313 org yg diketuai john doe si kepala loyar buruk semuanya tak jalan dan tak jadi. HaHaHa...

      Delete
  3. Anwar is pretty scared to lose his dream position of PM8. He still fantasizes things based on fictions and falsities.

    He is trying hard to cool down things. He knew he would lose the game

    ReplyDelete
  4. Ketua otai reforbasi tengah kuat berangan nak jadi mb selangor. Tu pasal beria benar mendesak supaya anwar naik jadi pm cepat. Tiada cara lain nak jadi mb selangor. Kalau ikut kemampuan mentadbir memang takdelah dia ni. Klinik sendiri pun tak dapat nak jaga dengan baik. Tak percaya boleh tanya sendiri dengan kakitangan hospital pantai. Staf2 di pantai pun meluat melayan sikemaruk ni nak jadi mb. Perasan bagus. Semua pun nak pintu belakang. Anwar banyak hutang dia katanya.

    ReplyDelete