Thursday, January 30, 2020

SOKONG ANWAR MCAM SOKONG NAJIB LAH..

Penyokong Anwar pun aku nampak dah macam berkiblat dan berpandukan pada ramalan nujum / lokman Adam..

Kalau lokman Adam jadi jambatan najib Anwar pun tidaklah pelik.


11 comments:

  1. Najib fell flat because no one in MTU except Muhyiddin and Shafie spoke against him viz 1MDB. When these MTUs defended Najib inspite of his thieving activities, Najib fell flat on his face.

    Anwar SHALL also fall flat on his face as his supporters are oblivious to their surrounding. Anwar is not a PM material and further push by his men shall see him missing the boat totally. He could not even look after his party where implosion is happening. it is a matter of time he would be left high and dry by his rivals leed by Azmin.

    ReplyDelete
  2. Salam Jumaat sdr KD dan sahabat-sahabat.

    Najib dan Anwar tidak memerlukan sesiapa pun untuk menjadi jambatan di antara mereka apatah seorang yang bertaraf pemakan lobak yang lalok. Mereka adalah ketua kepada pasukan masing-masing dan mereka hanya memerlukan satu 'common cause' sahaja untuk mereka bersekutu.

    Pada malam Najib-BN Tersungkur Di Persada Takhta dikerjakan Tun-PH, siapakah orangnya yang dihubungi Najib untuk 'meminta nyawa'. Jawapannya; ia adalah Anwar.

    Ya, Najib telah menghubungi Anwar untuk meminta nyawa apabila dia sedar dia telah tersungkur. Padahal pada ketika itu Anwar berada di dalam penjara dan tidak akan mampu berbuat apa-apa.

    Apakah 'common cause' yang nampak paling berkemungkinan akan menyatukan mereka berdua? Jawapannya ialah kehendak untuk menjatuhkan Tun M.

    Najib mahu menjatuhkan Tun M kerana kelihatan padanya Tun M tidak akan menyalahgunakan kuasanya untuk membebaskan Najib daripada dipenjara. Calon terbaik yang akan dicari Najib ialah Anwar, orang yang dihubunginya apabila sedar dirinya telah tumbang, seorang yang pernah dipenjara kerana menyalahgunakan kuasanya, dan seorang yang kelihatan akan berbuat apa sahaja untuk menjadi PM.

    Anwar pula mahu menjatuhkan Tun M kerana seluruh dunia tahu orang ini gila meroyan nak jadi PM dan selagi Tun tidak turun, dia takkan ada apa-apa peluang untuk menjadi PM.

    Najib yang memilik pengaruh cash is king terhadap ahli-ahli parlimen UmNO adalah calon sekutu yang baik untuk Anwar sekiranya dia mahu menjatuhkan Tun melalui jalan undi tidak percaya di parlimen.

    Kedua-dua pendusta ini nampak begitu terdesak sekali. Seorang terdesak tidak mahu bergelar banduan dan seorang lagi terdesak mahu segera bergelar PM.

    Apabila Najib disabitkan bersalah nanti, dia akan menjadi lebih terdesak untuk menjatuhkan Tun M.

    Anwar pula, apabila ia gagal menjatuhkan Zuraida sebagaimana dia telah gagal menjatuhkan Azmin, dia juga akan menjadi lebih terdesak lagi untuk segera menjadi PM walau dengan apa cara sekalipun.

    LObaKMAN @ laLOKMAN pula hanyalah bertaraf macai upahan yang sanggup menghilangkan kewarasan dirinya semata-mata demi sebatang lobak.

    Orang seperti LObaKMAN ini memang digemari oleh Najib dan Anwar kerana senang disogok untuk membuat gila hanya demi sebatang lobak.

    Sekiranya Najib dan Anwar adalah lambang pemimpin-pemimpin pendusta yang tidak kenal noktah di dalam berdusta, LObakMAN pula adalah lambang seorang pemakan dedak tahap gaban.

    Mereka boleh merancang apa sahaja, tetapi mereka tetap takkan mampu menang ke atas Tun, dan bahkan rancangan demi rancangan mereka itulah yang bakal membawa mereka kepada ketewasan mutlak di tangan Tun dan pasukannya.

    Biarkan mereka merancang apa sahaja, asal kelak jangan cakap tiada sesiapa yang telah memberikan nasihat dan peringatan ini.

    Que sera sera.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  3. Dua tahun memikir. Sebenarnya politik dan pilihanraya ni untuk siapa. Adakah untuk rakyat ataupun hanya semata-mata untuk survival ahli politik? Sejak pru14 hingga hari ini, apa agaknya yang rakyat sebagai pengundi dan penyokong ahli politik ni dapat. Adakah kehidupan rakyat menjadi bertambah baik? Adakah hubungan antara kaum semakin erat? Adakah pemimpin-pemimpin politik yang memenangi pilihanraya telah berkerja benar-benar untuk rakyat? Hari-hari rakyat dihidangkan dengan pergeseran, perbalahan antara pemimpin kerajaan dengan pembangkang malah lebih kronik dan trajis antara pemimpin kerajaan dengan pemimpin kerajaan. Paska pru14 rakyat dapat apa? Mungkin rakyat senang sebab hari-hari dapat tengok drama percuma. Tak perlu bayar langganan siaran tv berbayar. Kalau tak silap sebelum pru14 tempohari yang dijanjikan percuma ialah tol, hutang ptptn, minyak seringgit setengah, harga barang mendadak turun, gst yang mencekik digantikan dgn sst yang mesra pengguna dsb. Tapi kini seolah yang sebaliknya berlaku. Drama politik sentiasa ada yang baru dan percuma dan janji² manifesto gagal dipenuhi. Rakyat dapat apa? Itu isunya. Adakah dengan mwmasukkan pemimpin-pemimpin kerajaan lama ke dalam penjara sudah cukup membuatkan rakyat berpuashati atau itu hanya untuk kepuasan nafsu dan dendam pemimpin kerajaan sekarang? Sepatutnya rule of law biarkan berjalan mengikut lunas undang-undang dan kebajikan rakyat terus dipertingkatkan selaras dengan janji-janji manifesto. Bukan hanya tau potong itu potong ini sebab tak mampu menjana pendapatan lalu jual apa sahaja aset yg boleh ditukar tunai. Rakyat sudah mula menunjukkan protes dimana siri 5 prk terakhir dimenangi pembangkang. Janji-janji manifesto kini sudah bertukar nama. Manifesto pru14 sudah bertukar kepada Janji Kencing! Hina sungguh parti kerajaan di mata rakyat terbanyak ketika ini. Adakah rasa selesa? Terpulang. Kalau berkeinginan menjadi kerajaan sepenggal, terpulang.

    *Syed Saddiq dah kena halau oleh penyokongnya sendiri di Johor. Tanda² awal rakyat dah muak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes betul tu... Tiba tiba sahaja dalam tempoh dua tahun rakyat miskin..
      Shopping centre lengang..
      Kfc mcd tutup beberapa cawangan..

      Dulu rakyat pakat² kaya dan senang..
      1MDB sediakan jutaan peluang kerajaan..
      BRIM setiap bulan.. (sehari purata RM3 dah boleh menampung hidup satu keluarga lima anak) ..

      Petrol tak naik²..

      Nasib malang, bN kalah, kalau tidak dapatlah kita rasa dan bermewah dengan GST 12%..

      Delete
    2. Awak ni menjawab tak ikut soalan la kd. Soalannya paska pru14 rakyat dpt apa? Bukan kalau bn menang gst 12%. Bn menang ke? Parti kalah kena tanggung janji manifesto ke atau yg menang kena laksanakan janji? Sebab tiada jawapan konkrit maka cuba alih tiang gol ye. Maknanya 2 tahun pertama kpi ph adalah dibawah paras lulus aka GAGAL. Nak lulus jawapan kena la ada point markah. Tak gitu kd?

      Delete
    3. Takde jawapan kpd soalan rakyat dapat apa ye kd. Tu pasal merapu alih tiang gol salahkan siapa je yg boleh utk cover kelemahan kerajaan ph. Dah takde fakta, mengaku ajelah kerajaan ph lemah dan gila berebut jawatan dan kuasa. Ke salah najib jugak bila ph ni rakyat mula tak suka. Aduiiii...kd kd.

      Delete
    4. Apa yg aku cover?
      Apa yg rakyat tak dapat?
      Apa yg kerajaan zalimi?

      Tol tak dihapuskan?
      Zalim kah?
      Ertinya kerajaan dulu maha zalim..
      Now turun dan bekukan..
      Siapa dapat?
      Takkan monyet..

      Rakyat miskin? Susah? Kos sara hidup tinggi? Harga barang naik?

      Dulu tak adakah?
      Pernah ke harga barang turun?

      Kenapa agaknya kau punya meroyan belum turun?
      Turunlah sikit?

      Delete
  4. Apa pula tak jawab soalan..

    PH menang dan laksanakan semula sst..suatu yg baik kpd rakyat dari menghadapati gst 12% dan tambahan produk yg kena gst..
    Itu tak bersyukur?

    Kemiskinan rakyat bukan bermula dari kerajaan sekarang tetapi rentetan dan kesan kerajaan terdahulu ..itu tak jawab soalan.

    Dah banyak kerajaan sekarang buat, tak pula awak sebut kebaikannya..

    1MDB 42B..berapa juta peluang pekerjaan?

    Kerajaan tak boleh suap setiap mulut.. Rakyat kena usaha sendiri..
    Dan rakyat perlu tentang jika ada perlaksanaan yang zalim dan menekan rakyat..

    Jika ada bentangkan?

    Tol diturun dan dibekukan..
    Ertinya dua puluh tahun lagi, nilai tol JB ke KL hanyalah sekupang ..

    Jangan cakap secara umum lepas tu minta jawapan..




    ReplyDelete
    Replies
    1. Takkan kau dh nyanyuk gak kd. Umurpun dah sama 94 tahun ke? Bila la pulak gst 12% ni. Atok bagitau mcm tu? Tu fitnah PRU14 dulu. Drafpun takde memandai aje kau ni. Asal takde fakta mesti salahkan pihak lain. SST dapat tolong siapa kd? Sistem yg ditolak oleh berpuluh negara lain kau pulak beria sokong. Fakta mudah je aku tulis kat sini. Bila sst dilaksanakan semula pendapatan cukai negara jatuh merosot sehingga lebih separuh daripada tahun gst. Harga barang bukan turun sebaliknya naik. Dalam isu inj siapa yg untung kd? Kerajaan ke, rakyat ke atau peniaga² yang larikan cukai sambil naikkan harga barang? Ada fakta meh tepek sini kd. Kot kau rasa ilmu cukai kau setaraf dgn menteri kewangan Malaysia tapi kesian, jauh ditinggalkan menteri kewangan negara kecil singapura.

      Delete
    2. GST akan naik lebih 12‰ jika najib menang adalah logik..

      Ingat dulu najib janji petrol Tak Naik? APA jadi kemudiannya....

      SST adalah yg terbaik kpd rakyat walaupun bukan terbaik bagi kerajaan..itupun dah cukup niat YG baik..

      Harga barang kekal atau Naik?
      Pernah kau jumpa harga barang turun dari zaman jepun. Hingga sekarang?

      Yang turun setakat aku tahu. Harga dedak..tupasal pakat meroyan sekarang ni

      Delete