Saturday, February 29, 2020

ALANGKAH LEBIH BAIK PERTIKAIAN POLITIK (SIAPA PM8) DITANGANI SECARA BIJAKSANA DENGAN MAJLIS ANGKAT SUMPAH DITANGGUH

Melihat kepada ada PERTIKAIAN kecil dan teknikal dari segi angka berhubung PM8 yang jika tidak DITANGANI sekarang skan terus menjadi isu BERTERUSAN ke Dewan Rakyat, pentas dan forum politik yang hanya menggangu kestabilan politik dan ekonomi yang tidak menentu.

Ada baiknya di tangani dahulu secara perundangan dan perlembagaan dengan satu pihak perlu akur selepas melalui proses semakan semula.

Selain dari angka, ISU kuasa mutlak ada pada siapa di dalam BERSATU?

Tun letak jawatan Pengerusi... BERSATU tolak PERLETAKAN jawatan?
Ini tersebar luas di media sosial?

Bukankah kah Tun ada mempengerusikan satu mesyuarat BERSATU di Yayasan Bukhary dan meninggalkan majlis tersebut untuk kebebasan perdebatan?


Kemudian bila jadi ISU, Muhyiddin menyatakan ia  memangku jawatan Pengerusi?
Setengah jam selepas pengakuan Muhyiddin. Setiausaha Agung BERSATU menafikan..

Dalam hal ini rakyat perlu berkecuali dan penyokong perlu bertenang.

Semua SD wajar DIBUBARKAN Dan satu SD baru dibuat semula bagi kesahihan sebenar angka.

Ampun Tuanku.


# sebaik baik akhlak Muhyiddin perlu rasa bersalah kerana mengkhianati perjuangan Tun dan BERSATU, tarik diri sebelum terlambat.

Dari segi perundangan ada kelebihan pada Muhyiddin, klik: https://malaysiagazette.com/2020/03/01/dakwaan-ph-ada-114-kerusi-hanya-sia-sia/

.