Thursday, February 27, 2020

AKUI KESILAPAN UNTUK BANGKIT SEMULA

UMNO
PAS
BERSATU

Individu (siapa) sudah tidak PENTING..



Hari ini jika ada di antara anda kutuk mana² pemimpin UMNO PAS BERSATU nyatalah anda bukan lagi sayangkan Melayu Islam dan negara.

Sila jadi PENGKHIANAT.

Jika ada pemimpin di atas masih saling memburukan menuding menuduh, tolaklah pemimpin itu.
Dia masih sedang berkepentingan diri dan partinya..

Jika gagal kelak, bukan kerana kiasu kuat, tetapi kerana ada PENGKHIANAT dan FAKTOR terbesarnya kerana kamu banyak alasan untuk tidak BERSATU.




7 comments:

  1. Serahkan pentadbiran negara kpd Yg Dipertuan Agong...5 tahun Agong digilirkan..

    Menteri dilantik ikut pilihan raya..

    Kurang politiking...melayu boleh bersatu...

    Selagi ada parti politik yg berebut nak jadi pm selagi itulah melayu berpecah....

    ReplyDelete
  2. Agree..but for some their ego is too big, macamana nak bersatu camtu..

    ReplyDelete
  3. Penyatuan bangsa sepatutnya berlaku pada bila-bila masa. Apabila seruan penyatuan pada waktu kritikal beginilah menimbulkan kekeliruan ramai yang tidak boleh berfikir rasional. Tidak kurang juga tangan-tangan kotor yang ingin menangguk di air keroh. Mulut berkata 'bersatu untuk bangsa dan agama' tetapi hati ingin kuasa sahaja. Pada waktu begini, mudah untuk kita sesat....

    ReplyDelete
  4. PILIHAN

    PILIHAN YB

    1- KERAJAAN MAJORITI MELAYU DENGAN
    MUHYIDIN

    2 - KERAJAAN MAJORITI BUKAN MELAYU
    BERSAMA ANWAR

    3 - KERAJAAN PERPADUAN BESAMA MADEY

    Tukar Tiub has made good summary. Choose one

    ReplyDelete
  5. Kesemua anak-anak bangsa Mim yang benar-benar jujur sayangkan bangsanya memang mahukan anak-anak bangsa Mim ini benar-benar BERSATU.

    Walaubagaimanapun perkara itu adalah mustahil selagi bangsa Mim ini memiliki banyak jemaah. Perkara ini pun kita perlu jujur kepada diri sendiri.

    Hanya ada satu cara sahaja untuk bangsa Mim benar-benar bersatu iaitulah untuk seluruh bangsa Mim hanya mempunyai satu jemaah dan bernaung di bawah satu panji dan satu panji sahaja.

    Sebahagian besar bangsa Mim termasuklah sdr KD akan merasa ragu-ragu dengan kenyataan ini dan berkata ia hanyalah harapan yang jauh daripada realiti.

    Baiklah, saya terima pandangan kalian bahawa perkara ini hanyalah satu harapan dan kelihatan amat sukar untuk berlaku.

    Amat sukar? Ya mungkin. Mustahil? Sudah tentu tidak. Tiada apa yang mustahil di dalam qudrah dan iradah Allah.

    Soalan saya, sekiranya anda diberikan satu peluang dan hanya satu peluang sahaja untuk menjadi sebahagian daripada thaifah yang berusaha menyatukan seluruh bangsa ini di bawah satu jemaah dan satu panji sahaja; adakah anda akan sanggup mengambil peluang itu? Adakah anda akan sanggup meletakkan diri anda, nyawa anda, maruah anda, dan segala yang anda miliki sebagai pertaruhan untuk merealisasikan hasrat murni itu? Atau anda akan abaikannya kerana merasakan risikonya adalah tidak berbaloi untuk diri anda secara peribadi walaupun anda tahu hasilnya bermaksud kebaikan yang besar buat bangsa anda?

    Dengan izin Allah dan dengan rendah diri izinkan saya untuk berkata, apabila saya melihat peluang sedemikian benar-benar telah berada di hadapan mata, maka in shaa Allah saya akan mengambilnya. Tiada pengorbanan yang tidak berbaloi sekiranya hasilnya ialah penyatuan hakiki bangsa Mim di bawah satu panji dan satu jemaah; jemaah orang-orang yang berada di jalan yang benar.

    Tiada pengorbanan dan risiko yang tidak berbaloi untuk diambil sekiranya kemenangannya membawa kepada berlakunya perubahan-perubahan berikut:-

    Dari kegelapan kepada cahaya...
    Dari kejahatan kepada kebaikan...
    Dari penindasan kepada pembelaan...
    Dari pecah belah kepada ukhuwah..

    Hanya ada tiga perkara sahaja yang diperlukan untuk berlaku untuk mencapai kebaikan-kebaikan tersebut iaitulah :-

    1. Untuk golongan yang benar itu dan jemaah mereka diberikan kemenangan mutlak ke atas kebathilan.

    2. Untuk golongan yang bathil itu tewas mutlak dan jemaah mereka lenyap buat selama-lamanya; dan

    3. Untuk segala yang bingung itu menjadi jelas dengan sebenar-benarnya jelas jelas supaya ia boleh diikuti oleh orang-orang yang bingung sebelumnya.

    Tepuk dada dan tanya iman; sekiranya peluang itu benar-benar muncul di hadapan anda, adakah anda akan mengambilnya dan menyahut seruannya, atau anda hanya sekadar mampu bercakap tetapi apabila seruannya tiba, anda tidak berupaya untuk menyahutnya dan bahkan ia akan diketepikan kerana anda takut akan mengalami kekalahan dan tidak yakin bahawa Allah akan memberikan kemenangan muktamad kepada orang-orang yang berada di jalan yang benar?

    Perjuangan kita belum selesai...
    Kerana hanya yang cekal dan tabah...
    Dapat membina mercutanda...
    Bangsanya yang berjaya.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  6. Bertolak ansur lah parti2 melayu n bumiputra semua. Demi bangsa dan tanah air tercinta. Buang yg keruh ambil yg jernih. Buang yg busuk ambil yg baik (mcm buah nangka, bahgian busuk yg dah mkn ulat d buang, yg elok d jadi santapan. Xde sebab x bolih bersatu damai untk kepentinga anak cucu kita. Halas.

    ReplyDelete