Monday, February 17, 2020

KABINET PERLU FOKUS KERJA, BUKAN ISU CALON PM

Anwar mempunyai masalah dalaman parti tersendiri, biar dia selesaikan dulu dengan cemerlang.

Anwar perlu selesaikan dengan SEMANGAT reformasi, adil dan Demokrasi.

Tidak boleh mengharapkan untuk segera jadi PM dan menggunakan kuasa untuk singkir lawan dan musuhnya.




12 comments:

  1. Zuraida sedang bergelut dgn tindakan disiplin....tak tunggu jadi pm pon...

    Satu duri dicabut duri yg lain ikut luruh laa....lagi pon bukan banyak duri kecik ni...

    Penderhaka tak berdebar ker bila majlis presiden tiup wisel penamat?...

    Baik cabut dulu masuk Bersatu yg ciput...

    ReplyDelete
  2. Bila plak kabinet fokus kpd isu calon PM?..

    Masing2 sudah tahu majlis presiden nak tiup wisel penamat..

    ReplyDelete
  3. Brader Anuar Bin Ibrahim (B. A. B. I.) Mana ada dalam dari hidup dan harian nya Ikhlas utk kerja kerja utk kesejahteraan rakyat itu rektorik.. Pada yg mengenalinya sejak MCKK.. Beliau kalau terlibat dgn apa saja persatuan wajib jadi ketua atau pengerusi. Masa University kalau terlibat dgn persatuan mahasiswa wajib rebut jawatan pengerusi.

    Tapi orang semua terkedu dgn nya kerana ketika itu beliau sgt hebat dgn cara guna Air liur dan berceramah dan ber rektorik.. Ya la ketika orang tidak betul x2 mengenalinya.

    Tapi sekarang byk yg telah kenal si Anuar ni.. Seorang yg tidak ada ke Sabaran dgn jawatan tertinggi di lihat terbukti semasa zaman UMNO cukup bijak tikam belakang contoh Tun Ghafar.. Anuar bernafsu buas dan tidak terkawal..

    Sekarang pun banyak aktiviti Baling batu sorok tangan dia cakap lain tapi macai x2.. Gurkha DAP dan pengampu buat lain hari hari SERANG PM dgn dakyah memburuk imej PM..sematammemberi tekanan utk berhenti.

    Sudah la Anuar cukup la.. You are a fail politician.. Your time has come to the end.. Let the new generation committed themselves to become this country leadership after Tun M accomplish his work, that's to stablizing the country economic and all this ex UMNO robbers end up in jail for good.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  4. Tepat sekali penilaian sdr KD,

    Memang nampak jelas Bang Non sedang sangat-sangat berharap jawatan PM diserahkan kepadanya di atas talam dan demikian dia bolehlah menggunakan jawatan itu untuk menamatkan karier politik orang-orang yang tidak lagi sehaluan dengannya terutamanya Timbalan Presiden dan Naib Presiden partinya sendiri.

    Ketika rancangan belakang tabirnya untuk mendapatkan ahli-ahli parlimen yang sedia mengundi tidak percaya kepada Tun sebagai PM gagal, dia bukan sahaja terpaksa menghadapi reaksi balas cadangan usul undi percaya kepada PM daripada parti yang pernah menjadi sekutunya di dalam PR dulu, bahkan dia kini sedang menghadapi undi tidak percaya daripada ahli-ahli partinya sendiri. Adoi, semakin sengsaralah jiwa Bang Non dan konco-konconya yang memperjuangkan penyerahan kerusi PM kepada Bang Non di atas talam.

    Bang Non tiada kekuatan untuk menjadi PM berdasarkan keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang kerana sedar sebahagian besar pemegang taruhan yang memiliki hak untuk memilih seorang Perdana Menteri adalah orang-orang yang memang tak mahukan dia menjadi Perdana Menteri.

    Nampak benar Bang Non sedang menghampiri jalan mati untuk menjadi PM dan ia hanya akan sedar tentangnya selepas dia dah terkena checkmate.

    Apapun sementara seluruh bangsa Mim, warganegara Mim, umat Mim dan makhluk Mim menantikan berlakunya Perang Besar Akhir Zaman di antara pejuang kebenaran dan 313 ahli pasukannya menentang peliwat tegar yang meroyan nak jadi Perdana Menteri dan sekutu-sekutunya yang menyaksikan si peliwat tegar ini terkena checkmate, kita enjoy dan hepi hepi dulu. Kalau tak tau camna nak hepi, leh ulang tonton video bagaimana sporting dan hepinya Tun menari-nari dondang sayang dengan anaknya sebagai memenuhi permintaan hadirin dan hadirat yang mahu melihat Tun menari.

    Alala dondang, dondanglah sayang, ayum ayum..
    Alala dondang, dondanglah sayaaang...

    Lalalalala...


    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalo ko presiden parti adakah ko simpan penderhaka?...

      Cakap serupa bikin lah bro..

      Jalan mati?..mesyuarat majlis presiden untuk tiup wisel penamat untuk siapa sebenarnye?...

      Susahsangat nak paham situasi semasa....

      Delete
    2. Apa lagi jendole..pi bertempur la dgn puak2 anwar..atok kata..saya akan letak jawatan selepas Apex..kibar le tak ni

      Delete
  5. Ape punye belit daa..pengerusi tak tahu agenda meeting..

    PM tak tahu Majlis Presiden PH akan bincang peralihan kuasa atau tidak
    6:17 petang (Dikemaskini 6:17 petang)
    Shakira Buang | Berita

    A A
    Majlis Presiden PH akan bersidang Jumaat ini selepas kali terakhir bermesyuarat pada pada November tahun lalu.

    Mesyuarat itu sebelum ini dikatakan akan membincangkan isu peralihan jawatan perdana menteri daripada Dr Mahathir Mohamad kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

    Bagaimanapun, ketika diminta mengulas mengenainya, Dr Mahathir berkata beliau tidak tahu sama ada mesyuarat Jumaat ini akan membincangkan mengenai peralihan kuasa.

    Malah, ketika mengulas, Dr Mahathir sekali lagi mengulangi janjinya untuk berundur selepas Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (Apec) 2020 yang akan diadakan Nov tahun ini.

    “Tak tahulah (peralihan kuasa akan dibincangkan atau tidak).

    "Tapi seperti yang saya kata sebelum ini, saya bersedia bila-bila masa hendak suruh saya letak jawatan, saya letak jawatan. Itu janji saya, saya akan letak jawatan.

    "Apa juga keputusan yang dibuat, saya akan letak jawatan selepas Apec nanti,” katanya dalam sidang media selepas majlis pelancaran Bulan Anti Dadah Kebangsaan 2020 di Putrajaya, hari ini

    ReplyDelete
  6. Kereta rasmi di Kelantan mahal berbanding negeri lain - Nik Nazmi......

    Dalam ulasannya itu, beliau membuat perbandingan antara kereta rasmi Kelantan dengan kereta rasmi yang digunakan di beberapa negeri lain.

    Antara yang dibandingkan, ialah kereta Mercedes E300 (2018) yang digunakan oleh MB Terengganu, juga dari PAS, yang bernilai RM350,000 mengikut harga pasaran. Jumlah itu jauh lebih murah berbanding S 450 L AMG Line yang digunakan oleh MB Kelantan.

    Sedangkan kata Nik Nazmi, Terengganu mempunyai lebih banyak sumber pendapatan negeri, khususnya sumber minyak dan gas yang besar.

    Beliau kemudiannya menyenaraikan kenderaan rasmi di negeri lain seperti Honda Accord 2.4 (2013) yang digunakan oleh Negeri Sembilan (kerajaan negeri diterajui PH) dan Perlis (BN) bernilai RM170,000 sewaktu pembelian.

    Turut disenaraikan Toyota Camry 2.5 (2018) yang digunakan di Perak (PH) dan Selangor (PH) bernilai RM190,000.

    Katanya juga, sekalipun didakwa dibeli dengan harga jauh lebih rendah berbanding harga pasaran, ia masih perbelanjaan yang lebih tinggi kerana negeri lain juga menikmati pengecualian cukai duit dan eksais seperti yang dinikmati di Kelantan.

    Pendapat itu dikeutarakan dalam dua siri bebenang di Twitternya.

    ReplyDelete
  7. What could happen if PKR members vote of no confidence against Anwar succeeds?

    Very interesting.

    Deep split. Implosion. Exodus of MPs out of PKR....etc etc

    ReplyDelete
  8. Saksi sudah goyang...nak membelit tapi kena belit.

    Kes rasuah Rosmah: Madinah jadikan Najib kambing hitam, kata peguam
    2:08 tengahari (Dikemaskini 2:08 tengahari)
    Hariz Mohd | Berita

    A A
    KES ROSMAH l Peguambela isteri bekas perdana menteri Rosmah Mansor hari ini merobek keterangan bekas ketua setiausaha (KSU) kementerian pendidikan, Madinah Mohamad dan menuduhnya cuba menjadikan Najib Razak sebagai kambing hitam.

    Madinah, selepas diasak oleh peguam bela, Akberdin Abdul Kader semasa pemeriksaan balas, akhirnya mengakui bahawa dirinya membuat kenyataan yang tidak konsisten di mahkamah.

    Tampil sebagai saksi pendakwaan keenam dalam kes perbicaraan Rosmah, Madinah mulanya mengkritik projek hibrid solar kementerian pendidikan dengan mengatakan ia kurang berdaya maju berbanding penjana kuasa diesel.

    Katanya, projek hibrid solar tidak sesuai untuk beberapa sekolah di kawasan pedalaman, terutama yang dilitupi hutan yang tebal.

    Walau bagaimanapun, Akberdin menegaskan bahawa ini bukan apa yang disampaikannya kepada menteri pendidikan Mahdzir Khalid dalam memorandum yang bertarikh 16 Jun 2016.

    Akberdin: Setuju dengan saya tak, hari ini awak kata macam ini, genset penyelesaian utama.

    Hari itu waktu memo kamu 16 Jun 2016 pada menteri, awak kata solar hybrid (adalah) alternatif lebih baik

    Jadi setuju dengan saya ini satu percanggahan yang jelas. Setuju?

    Madinah: Tidak bersetuju.

    Akberdin: Tak setuju? Saya dah baca. Ayat itu pendek, Senang nak faham. Tak setuju?

    Dulu awak sokong (projek hibrid) solar. Sekarang awak sokong genset.

    Madinah: Dari segi itu memang ada percanggahan.

    ReplyDelete
  9. Mahathir selalu kata, "saya akan serah jawatan kpd anwar,,tp saya perlu selesaikan dahulu masalah2 yg dilakukan bn"
    - "masalah" yg bn lakukan itu sebenarnya fitnah ph. Dan rakyat sudsh sedar.
    - jika benar sungguh masalah,,setelah hampir dua tahun memerintah,,kerajaan ph yg diterajui org tua nyanyok telah menambah hutang negara dari 700 billion lebih, jadi 1trillion. Minggu lps ja hutang lagi 16 billion. Pelaburan tadak masuk,,yg masuk hanya hutang dan bon .apa masalah yg hg boleh selesai mahathir? Selesai kepala hotak hang...

    ReplyDelete
  10. Baru ku faham mengapa gambar Tun berjoget di tampilkan.Hebat.

    ReplyDelete