Friday, February 28, 2020

KONSEP KERAJAAN PERPADUAN - PAS MASIH BOLEH MENDEKATI DAN MENYOKONG TUN / MP UMNO YANG SETUJU SEGERA ISTIHAR JOIN BERSATU..

Hanya tidak pada UMNO, tetapi yes kepada MP UMNO tertentu yang mahu menyokong. Elok join BERSATU sekarang..

Termasuk  MP dari PKR dan AMANAH - your boss takkan berani sumpah anda..

Ini bukan Tun minta nyawa k..
Ini kalau kau orang nak sambung nyawa.

10 comments:

  1. Ko masih meroyan kerajaan perpaduan
    yg dah tak laku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Enon MakNyah Kejora Saroja...

      Sedapnya mulut longkang pengecut kau berkata,
      "budak suman (tah idup atau mati skg dengar khabor pi mana mana tutup muka dng bakul sampah majlis perbandaran kikiki.."

      Meh datang JB, sebutkan masa & tarikhnya - akan ku sambut, tatang, timang tinggi2 kau dgn penuh kemesraan sambil realign diri kau balik asal jadi jantan, bukan pondan.

      Semoga semua pembaca blog ini, jadi saksi sama ada budak musibat sekor nih ada telor atau sekadar sembang temberang jer......!!

      Delete
  2. Kerjasama Anwar-Mahathir untuk tamatkan kebuntuan Malaysia
    12:22 tengahari (Dikemaskini 12:35 tengahari)
    Wong Chin Huat | Berita

    A A
    SOAL JAWAB | "Harga untuk tidak bekerjasama antara satu sama lain adalah runtuhnya agenda untuk menyelematkan dan mereformasi Malaysia."

    Apa jalan lain untuk negara selain dua pilihan yang telah meletakkan negara dalam kebuntuan? Saintis politik Prof Wong Chin Huat memberikan penjelasan.

    Selain pilihan raya, apa alternatif yang ada jika Muhyiddin Yassin atau Anwar Ibrahim tidak memiliki sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat untuk menubuhkan kerajaan?

    Ada satu alternatif, iaitu kerjasama Mahathir-Anwar, yang akan mendapat kekuatan yang menyaingi PH sebelum ia jatuh pada 23 Feb 2020.

    Untuk berjaya, kerjasama politik ini memerlukan syarat berikut:

    Pakatan dibuat secara bertulis
    Ia perlu didedahkan kepada awam
    Secara ideal, ia perlu disaksikan Yang di-Pertuan Agong setelah majoriti disahkan
    Kedua-dua pihak perlu mengisytiharkan komitmen untuk menubuhkan kerajaan berdasarkan manifesto PH
    Perlu dipersetujui bahawa Mahathir akan menjadi perdana menteri dan Anwar timbalannya, sehingga dua minggu selepas sidang Apec pada Nov ini. Selepas itu, Anwar akan menjadi perdana menteri, dengan timbalannya daripada Bersatu
    Bagaimana jika Bersatu tidak ingin menyertai semula PH?

    Kerajaan baru boleh berbentuk gabungan PH-Bersatu. Dan jika Bersatu mahu menyertai PH semula, ia akan menjadi kerajaan PH seperti sebelum ini.

    Mengapa kita boleh yakin bentuk baru ini akan berjaya, memandangkan kerajaan PH runtuh?

    Bentuk ini yang paling hampir dengan persetujuan yang dicapai mesyuarat Majlis Presiden PH pada 21 Feb lalu. Dalam persetujuan yang dinyatakan kepada umum itu, Mahathir akan menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Anwar selepas sidang Apec, seperti yang dijanjikan kepada pengundi sebelum ini.

    Selain itu, apa yang diperlukan untuk menghalang satu lagi Langkah Sheraton adalah dua perkara berikut:

    Garis masa peralihan kuasa, misalnya dua minggu selepas sidang Apec
    Anwar menjadi timbalan perdana menteri untuk membolehkan peralihan yang lancar
    Jika kedua-dua pihak memang jujur komited untuk peralihan kuasa yang lancar, mereka patut menyokong bentuk baru ini.

    Anda merasakan Mahathir dan Anwar boleh bekerjasama setelah apa yang berlaku. Ia bukan mudah. Mengapa anda merasakan begitu?

    Harga untuk tidak bekerjasama antara satu sama lain adalah runtuhnya agenda untuk menyelematkan dan mereformasi Malaysia. Jika Umno dan PAS menjadi kerajaan, sama ada melalui gabungan baru atau pembubaran parlimen yang membawa kepada pilihan raya, agenda reformasi PH akan tenggelam selama-lamanya.

    Selain itu, juga ada kemungkinan kes rasuah berprofil tinggi melibatkan Najib Razak, Ahmad Zahid Hamid dan yang lain akan digugurkan apabila peguam negara yang baru dilantik.

    Maka, soalan untuk Mahathir dan Anwar ialah, adakah anda lebih bencikan satu sama lain berbanding kleptokrasi dan rompakan yang melumpuhkan negara?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry, no more peralihan kuasa PD Anwar ..

      Next PM, Dewan Rakyat yg pilih..

      Delete
    2. Hek elehh.. Kau tu KD merayu kat PAS pulak! Wakakakakakakakaka

      Delete
    3. Bila plak ko yg berkuasa tentukan ape2 syarat dan peraturan?..

      Takade dah kerajaan perpaduan...madey sorang saja dlm kerajaan perpaduan..

      Delete
    4. Kluangma baca ni....jangan kuat berkhayal kerajaan perpaduan yg tak laku.

      MP PKR: Kerajaan PH 2.0, bukan kerajaan perpaduan
      12:59 tengahari (Dikemaskini 1:42 tengahari)
      Berita

      A A
      Anggota Parlimen Subang dari PKR, Wong Chen berkata kerajaan baru yang ingin ditubuhkan Perdana Menteri Sementara, Dr Mahathir Mohamad akan menjadi kerajaan PH 2.0, bukannya kerajaan perpaduan.

      "Prospek (kerajaan) Azmin/Umno/PAS sangat sukar dibayangkan, sehingga semua kembali cuba menyelamatkan kerajaan PH.

      "Kerajaan Azmin/Umno/PAS akan mengundurkan langkah reformasi dan menyebabkan aliran keluar pelaburan domestik, dan menghentikan semua pelaburan langsung asing.

      "Jadi apa yang kita ada sekarang bukanlah kerajaan perpaduan, tetapi kembalinya kerajaan PH 2.0," katanya di Facebook.

      Delete
  3. Hehehe... Tepat sekali sdr KD.

    Tun tidak meminta nyawa politik daripada sesiapa pun tetapi semua ahli-ahli parlimen yang ada daripada kedua-dua pihak; PH dan PN berharap kepada Tun untuk menyambung nyawa mereka di dalam politik.

    Selepas lebih separuh abad di dalam medan pertempuran baik di pentas politik atau selainnya, keputusan mana-mana pertempuran yang melibatkan Tun tetap tidak berubah. Sesiapa sahaja yang bersama Tun akan merasai kemenangan dan sesiapa sahaja yang menentang Tun akan merasai kekalahan.

    Belum terlambat untuk TSMY menarik diri daripada dilihat bertempur dengan Tun supaya namanya tidak tersenarai di kalangan orang-orang yang telah bertempur dengan Tun dan tewas.

    Berilah sokong total kepada Tun untuk kembali sebagai PM-8 kerana itulah persetujuan sebulat suara PPBM dahulunya, itulah persetujuan sebulat suara kesemua komponen PH dahulunya, dan itulah juga syarat terulung di dalam kontrak yang mengikat di antara kerajaan dengan rakyat apabila rakyat memilih PH yang menawarkan Tun sebagai PM sekiranya PH menang PRU14.

    PH telah pun runtuh akibat perbuatan DAP+PKR+PAN yang mahu memungkiri tawaran mereka kepada rakyat apabila mahu Peliwat mengambil alih di tengah penggal walaupun perkara ini tidak pernah ditawarkan kepada rakyat. Merekalah yang meruntuhkan PH dan bukan PPBM.

    DAP+PKR+PAN telah pun terkena bidasan yang dahsyat selepas mereka berlaku biadap dengan Tun di dalam mesyuarat Majlis Presiden PH, dan PPBM telah membuktikan kejantanannya menyahut cabaran Khalid Samad dan Mohamad Sabu. Syabas PPBM.

    Hanya dengan Pengerusi PPBM meletakkan jawatan, habis terpelanting jawatan-jawatan kesemua ahli-ahli parlimen lain daripada DAP+PKR+PAN.

    Apa yang telah berlaku telahpun berlaku dan tidak boleh undone. Kita tetap perlu bergerak ke hadapan kerana masa tidak akan berpatah balik.

    Hanya ada satu jalan "The Way Forward" dan ia adalah Kerajaan Ta-Mim, kerajaan tanpa parti politik sebaliknya mendokong penuh seorang individu sebagai Ketua Kerajaan dan individu itu ialah si Ta-Mim sendiri. Tiada pilihan alternatif yang sah selain Kerajaan Ta-Mim.

    Alhamdulilah, jalannya telah dibuka. Teruskan berjalan terus bersama Tun sehingga ke akhirnya untuk mempastikan bangsa, agama dan negara kita kekal selamat daripada malapetaka.

    #jalanterusbersamaTun
    #TunMahathirMyPrimeMinsiter.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  4. Tepat. Demi kelangsungan bangsa dan negara.

    Menteri pun akan lebih bekerja utk rakyat. Bila bekerjasama sesama musuh, payah utk mementingkan peribadi dan parti.

    Semua akan berlandaskan performance terbaik di mata rakyat. Jika rajin, parti dapat nama baik. Tiada lagi yg berani tidur, buat lawak atau tidak hadir.

    ReplyDelete
  5. Cuba Korang ikut cara Aku. Ade, ade la. Takde, takde la. Ni tak. Kalau boleh, Bukan Setakat kuasa Istana, kuasa tuhan pun nak dicantasnya... Rilek, pada Yg sokong anwar atau Yg benci nak mampos Kat dia. Game Belum over lagi. Baru nak masuk level pertenggahan... Budi bicara Dari Istana juga Yg akan meng over kan game. Rilek, enjoy the show... Korang pung pang pung pang, johor Dah dpt kerajaan negeri baru rasanya. Tgk, dlm ph Kata cukup angka, Istana Yg buat keputusan... Soooo, sape nak sponsor pop corn ni.

    ReplyDelete