Monday, February 24, 2020

KOTAK DAH NORMAL

https://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2020/02/dr-mahathir-will-form-new-government.html

Rasional
Keberangkalian

Anwar jumpa Agong 2pm..
Tun dipanggil mengadap 5pm..

5 comments:

  1. Tun M resign sebagai PM. Maka berkuburlah kerajaan PH atau lebih tepat PH1.

    Tun M juga telah resign jawatan sebagai Pengerusi Bersatu. Maka jadilah Tun seorang ahli parlimen yang tidak berparti.

    Berdasarkan sistem demokrasi, sehinggalah PM baru mengangkat sumpah jawatan, PM lama akan menjadi 'caretaker PM' yang sama kuasanya dengan PM sebenar.

    Sekiranya Tun dipilih semula menjadi PM-8 tanpa berparti, maka dia tidak lagi akan menjadi PM sesuatu parti, atau PM sesuatu gabungan atau PM sesuatu kelompok tetapi akan benar-benar menjadi 'PM untuk semua'.

    Tun adalah Ketua Pasukan Yang Tidak Pernah Tewas, dan kini dengan dia tidak berparti dia memiliki sokongan ahli parlimen teramai daripada mana-mana parti politik yang wujud, dia masih kekal menang. Pelik tetapi benar.

    Dengan PPBM keluar PH hasil menyahut cabaran daripada AMANAH (blogger Shahbudin sendiri mengakuinya) dan Azmin, Zuraida dan kumpulannya keluar PKR, maka Bang Non memang tiada majoriti untuk menjadi PM.

    DAP dan AMANAH yang mendesak Tun meletakkan jawatan, kini kelihatan tidak mahu ketinggalan bas dan menyatakan sokongan untuk Tun menjadi PM melalui renomination. Pelik tetapi benar. Mereka yang mahu Tun meletakkan jawatan dan kini mereka yang mencalonkan semula Tun menjadi PM.

    Pada akhirnya semua orang hanya mempunyai 2 pilihan iaitulah memilih Tun M atau memilih lawan Tun M.

    Pilihan saya sangat jelas iaitu untuk kekal bersama Tun sehingga ke klimaks, in shaa Allah. Berdasarkan perkembangan terkini, kelihatan klimaks itu semakin hampir.

    Tun M Pemuda Tamim? Ya, saya telah mengatakannya dengan yakin, dan dengan perkembangan terkini ia kelihatan semakin jelas bahawa Tun adalah orangnya.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tun hanya letak jawatan Pengerusi BERSATU bukan keluar parti.
      Tun masih kekal ahli BERSATU MP Langkawi

      Delete
    2. Terima kasih di atas pembetulan bro.

      Delete
  2. hehehe.... Menyorot kembali sembang saya dalam blog Kd sebaik pru14, sepertinya sedang berjalan spt yg dijangkakan...

    hehe... Licik²....

    Hanya otai yg faham permainan apa yg sedang bermain... Hehehe

    ReplyDelete