Friday, February 14, 2020

MAHATHIR HANYA PERLU LETAK JAWATAN JIKA DEWAN RAKYAT BERSETUJU ANWAR SEBAGAI PM..

Untuk kesejahteraan dan kestabilan kerajaan, Anwar perlu mendapatkan terlebih dahulu  mandat melalui Dewan Rakyat untuk menerajui negara sebagai PM selepas November 2020 menggantikan Mahathir.

Tarikh peralihan kuasa JUGA perlu mendapat mandat Dewan.

Selepas Anwar mendapat mandat, peralihan kuasa dapat dijalankan dengan penuh istiadat dan lancar.

Sekaligus beberapa ISU tentang Anwar seperti kesahan pengampunan dan sebagainya dapat diatasi dengan baik.

Peralihan kuasa Mahathir kepada Anwar jika hanya atas konsensus Majlis Presiden, is tidak memenuhi Perlembagaan Dan pasti dicabar di Dewan rakyat atau mahkamah.

Jika ini berlaku, ia sangat menggugat keamanan Dan KESELAMATAN NEGARA Dan boleh KE arah pembubaran Parlimen atau istihar darurat.

10 comments:

  1. Kluangman... Amat setuju dan paling demokratik dan lebih beri keadilan pada rakyat... Kalau tidak kuasa ini hanya permainan puak tertentu di kalangan orang politik pihak tertentu.

    Mereka harus sedar PH menang dulu pun dlm PRU 14 bukan kerana rakyat terutama majoriti orang melayu kebulor dgn PH yg dianggotai PKR blok Anuar apatah lagi DAP tapi rakyat terutama orang melayu dah tak tahan dgn Penyelewengan Najib aka Rosmah jadi terpaksa pilih PH kerana masih percaya dgn ada nya Tun M sebagai pertaruhan.. Bukan kerana Anuar yg 3 kali PRU sebelum itu tewas di tolak rakyak.. Jadi semua puak DAP, kumpulan liberal, PKR blok Anuar serta ahli x2 politik yg mengambil Kesempatan serta penulis blok oppotunis spt budin dan outsyed kotak sedar sikit.

    Sekiranya Anuar di jadikan PM Malaysia akan lebih tidak stabil dari segi politik mau pun ekonomi kerana Anuar dan DAP serta kumpulan mengampu nya telah buat rakyat muak terutama majoriti org melayu dgn perangai mereka hari x2 desak utk jawatan PM...

    Bersiap sedia lah PH akan jadi kerajaan sepenggal dan keadaan akan bertambah cepat lagi sekiranya Najib dan geng masuk penjara.. Masa itu UMNO boleh di maafkan.. Kerana tiada pilihan sebab melayu dah sangat meluat dgn Anuar.. Ingat saya.. Ulang ingat PRU 15 majoriti pengundi di semenanjung 70 % adalah melayu Hampir semua kawasan yg semakin hari semakin meluat dgn perangai Anuar dan DAP..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu bangang nama nya..atok boleh bertahan nerapa lama..akhir nya serah juga kt anwar..kalau tknak serah..kna buat prrjanjian jugak dgn umno..jadi..wal hasil balik ke asal..apa guna langkah2 sebelum ni..tumbang kan bn..naim kan bn..balik..tapi negara huru hara..

      Delete
  2. Setuju Bang Non perlu dapatkan mandat daripada parlimen dahulu untuk menjadi PM-8 sebelum Tun boleh turun dari kerusinya supaya peralihan PM dapat berjalan lancar.

    Ia adalah rule of law untuk menjadi Perdana Menteri di negara ini, seseorang ahli parlimen itu mesti memperolehi sokongan majoriti ahli parlimen untuk menjadi Perdana Menteri. Ia adalah keperluan keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

    Sdr KD menulis di hujungnya; "Jika ini berlaku, ia sangat menggugat keamanan Dan KESELAMATAN NEGARA Dan boleh KE arah pembubaran Parlimen atau istihar darurat."

    Saya telah lama berkongsi pendapat saya bahawa di atas segala kekacauan yang berlaku, YDPA akan diletakkan di dalam satu situasi di mana negara ini tidak mempunyai apa-apa pilihan lain selain perisytiharan darurat. Bahkan pembubaran parlimen juga bukan satu pilihan kerana ia tetap akan berakhir dengan kebuntuan.

    Demokrasi bakal mencapai klimaksnya di Malaysia, dan akhirnya monarki Malaysia (YDPA) yang bakal membuat keputusan muktamad.

    Monarki sendiri pun pada masa itu telah mencapai klimaksnya di bumi Mekkah apabila matinya Raja Penjaga Baitullah dan diikuti dengan berlakunya perebutan takhta di antara 3 orang putera raja di mana tiada seorang pun di antara mereka yang berhasil mendapatkan takhta.

    Zaman bakal berubah, monarki dan demokrasi bakal menjadi satu di seluruh dunia Islam, sama seperti pada zaman nubuwwah.

    Itulah salah satu sebab dan alasannya mengapakah zaman akhir umat Nabi Muhammad saw disebut sebagai zaman khilafah manhaj nubuwwah. Kerana Imam Zaman bakal muncul dan memerintah dengan kuasa mutlak seperti prinsip monarki tetapi ia tetap memiliki sokongan majoriti umat seperti prinsip demokrasi. Kedua-dua sistem pemerintahan ini; monarki dan demokrasi, bakal bergabung menjadi satu. Imam zaman tidak akan muncul melainkan selepas panji-panji hitam muncul di Timur.

    Walau apapun yang berlaku selepas perisytiharan darurat, dengan izin Allah, Tun tetap akan kekal PM sehinggalah zaman benar-benar berubah. Tun adalah bakal PM 2 zaman, in shaa Allah.

    #jalanterusbersamaTun

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  3. Petikan dari The Star, tulisan Shad Saleem Faruqi:

    Appointment of the Prime Minister: Under Articles 40(2)(a) and 43(2)(a), there is explicit mention of personal discretion in this critical area. It must be noted, however, that the discretion is not absolute.

    The prime minister must belong to the lower House and must, in the judgment of the King, be likely to command the confidence of the House.

    If there is a party or coalition enjoying an absolute majority, the King has no choice.

    Ringkasnya, peralihan kuasa PM hanya melibatkan gabungan parti2 yg menang. Yg lain, macam UMNO dan PAS sila diam. Kamu tu kalah.

    Tp kalau nak juga pecat Anwar, bolehlah pakat ramai2 buat usul tak percaya lepas dia angkat sumpah sbg PM nanti.
    Dan buat sementara tu bolehlah tumpukan pada periuk nasi sendiri.

    Sekian, dimaklumkan.

    ReplyDelete
  4. Biar saya berterus terang sekiranya PH nak jadi kerajaan lebih sepanggal Anuar Ibrahim wajib di ketepikan dan DAP kena akur dgn sentimen pembangunan dan hak bumiputra melayu yg termaktub dlm perlembagaan tampa mengabaikan kaum lain.

    Anuar Ibrahim is a fail politician dan burden to whoever works with this history facts. Siapa saja yg bersama nya pasti kecundang kerana sial umat luth di janji Allah swt.

    Anuar Ibrahim is a past material sepatutnya dihabiskan usianya bersama keluarga dan amalan agama. Seperti juga Najib dia boleh kelentong banyak kali tapi dia silap dia tak boleh kelentong banyak kali pada orang yg sama setiap masa.

    Dia kata dia utama rakyat orang lagi yg penyamun utamakan perkauman utk tipu orang susah tapi dia juga siang malam berusaha guna orang orang suruhan dan barua x2 DAP utk desak Tun M letak jawatan pun menampakan kerakusan kuasa lebih dari rakyat.

    Tun M siang malam fikir utk memperbaiki kerosakan lalu tapi Anuar, DAP dan macai macai mereka tak habis x2 cakap berkait jawatan PM membuat orang semakin meluat.. SD dari MP parlimen sebanyak 138 org menyokongan Tun M terus tadbir negara bukan berita palsu tapi fakta.. Tapi bukan atas initiative Tun M. Tapi memang ramai yg tak setuju dgn Anuar sebagai PM.

    Seperti kata Tun M kuasa utk lantik PM akhirnya terserlah pada rakyat atau MP parlimen.. Kerana Tun M sedar selepas beliau.. Dia tak ada kuasa utk halang MP x2 di parlimen utk menolak Anuar Ibrahim dan mungkin PRU 15 akan berlaku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Si Peliwat nih dari sorang Pendesak, last2 terus menghina derajat dirinya jadi sorang Pengemis/Pemminta Sedekah.

      Apa tidaknya, perhatikan kronologi kemaruknya dia mau jadi PM...

      Mula2 desak Tun Disember 2018.
      Pastu sergah Tun Jun 2019.
      Kemudian paksa Tun Disember 2019.
      Abis tu mohon Tun Mei 2020.
      Bertukar merayu-rayu Tun Nov 2020.
      Terkini mengemis-ngemus minta belas kesian Tun Disember 2020.

      Menyebal dan takder Class langsung....!!

      Delete
    2. 138 tu termasuk wak jahid ke,termasuk najib kew?termasuk pak mail kaa?? Termasuk mat mazlan ke??mau ka diorg sokong undi percaya.walau pun dh sign sd...ki ki ki..

      Delete
  5. suma komen komen orang nak sedapkan ati yang sedang gundah gulana angkara salah pangkah.. nak u turn malu so nak jaga ego mula lah berteori nubuwah palsu lagi daif pun di sondol juga akhirnya..



    kikikikikiki..


    #bolejalanlahubuwahpalsukau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pernah salah pangkah. Keleptokrasi memamang patut dihapuskan.

      Delete
  6. Mendapat persetujuan majoriti Dewan rakyat jugak tiada dlm perlembagaan bagi peralihan kuasa....najib ambik alih dari pak lah tida rujuk pon kpd parlimen ...BN pada masa tu hanye simple majoriti seperti PH..

    ReplyDelete