Saturday, February 29, 2020

PENYOKONG TUN JANGAN AMBIL PENDEKATAN SEPERTI PENYOKONG ANWAR..

Di dalam ISU PM8, sebagai rakyat kita banyak belajar, sebagai pemimpin politik dan penyokongnya yang taksub mereka akan terus dengan nafsu serakah...

Tidaklah bererti dan tidaklah kita mencari siapa YG betul siapa yang salah tetapi ambill jalan tengah sederhana dan redha..

Tun letak jawatan kenapa perlu mahu semula?
Di situ pun kita akan ada ribuan perbezaan pendapat.
UMNO tidak AKAN mengambil pendekatan bermusuhan dengan Tun kena di ambilkira..
Penyokong Tun jangan ambil pendekatan seperti penyokong Anwar, melingkupkan Anwar.

Muhyiddin mungkin akan di label pelbagai tetapi kepelbagaian itu Ada JUGA pada Mahathir. Anwar, Hadi, Najib Dan Zahid?

Musuh Muhyiddin bukan lagi pembangkang tetapi dirinya sendiri.. berhadapan dengan akhlak dan AMANAH..
InsyaAllah..sama² kita doakan.

Tiada tanda²pembatalan angkat sumpah. Kini bergantung kepada Anwar untuk berusaha melalui Dewan Rakyat.
Jika Tun turut terlibat dan meneruskan, ini adalah kesilapan kali kedua.
Kesilapan pertama: letak jawatan.


# Jika ditakdirkan besok lusa ada pula pertukaran: ambil lah sikap YG sama: berlapang dada.






20 comments:

  1. Bubarkan Parlimen...biar dua-dua Melopong...

    ReplyDelete
  2. Oleh Abdul Rahim Hilmi Zakariya

    Agong ini terlalu baik bagi saya. Sejak dari awal saya melihat bagaimana Seri Paduka Baginda berusaha keras untuk berlaku adil kepada semua.

    Ketika SD pertama dikemukakan, semua orang tahu Tun Mahathir (ketika itu calon Perikatan Nasional) telah mendapat sokongan majoriti. Seri Paduka Baginda boleh saja memilih untuk mengisytihar Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri semula, tetapi baginda tidak berbuat demikian.

    Sebaliknya Seri Paduka Baginda memanggil Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Istana untuk membuktikan sokongan kepadanya pula.

    Sebegitu teliti baginda cuba berlaku adil walaupun drama ini sebenarnya adalah ciptaan bodoh ahli politik untuk meragut kuasa.

    Baginda layan. Baginda sabar. Tidak ada setitik alis di wajah baginda untuk merasa murka.

    Ketika rakyat lelah, Seri Paduka Baginda turun ke luar pagar istana. Bukan hendak bahagi makanan sangat. Baginda turun untuk memberitahu rakyat, “All is well“. Jangan bimbang.

    Baginda boleh murka. Tetapi rakyat adalah keutamaan baginda.

    Seminggu Seri Paduka Baginda memberi masa, melayan kerenah bangsat sebahagian daripada kalian yang mabuk berpegang pada tali kuasa.

    Semuanya dan semuanya kerana baginda mahukan kestabilan hakiki dalam negara.

    Dan kali ini apabila Seri Paduka Baginda membuat keputusan, kalian secara terbuka derhaka mempertikaikan?

    Ahli politik celaka apakah ini?

    Kalian berjanji untuk menghormati. Tetapi apabila ia tidak menyebelahi diri sendiri, kalian mungkiri.

    Kalian buka sahaja derhaka. Kalian munafik bangsa dan negara.

    Kami rakyat akan sentiasa setia bersama Yang Di Pertuan Agong dan Raja-raja.

    Baginda payung negara. Bukan payung nafsu kalian semua!

    Dipetik dari laman Facebook beliau di pautan;

    https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3060997203950282&id=100001200986490

    ReplyDelete
  3. Tsm bukan tikam tun je tp dia sudah tikam blkg rakyat. Lu tggu le amuk drp rakyat nanti, menafikan anwar bukan nya dgn membawa blk kleptokrat. X ckup rakyat menderita kesan pemerintahan bn, tsm bwk blk depa dlm kerajaan. Hangpa tggu la, tggu rakyat punyer balasan. Org yg warak nir kalu buat salah slalunya Allah byr cash dgn cpt skali,dgn hukuman paling berat skali. Hang tggu le balasan Allah tsm,

    ReplyDelete
  4. TSMY mengangkat sumpah menjadi PM bukan malapetaka bagi negara kerana TSMY bukan peliwat.

    Walaubagaimanapun untuk UmNO kembali berkuasa di pusat dan PAS memegang kuasa di pusat, itulah malapetaka. Maka, TSMY menjadi PM melalui gabungan UmNO dan PAS adalah pembuka pintu kepada malapetaka.

    Kalau TSMY berjaya mengangkat sumpah sekalipun ia menyalahi rule of law kerana dia tiada majoriti. Legitimasinya sebagai PM akan menjadi isu sebagaimana legitimasi peliwat menjadi ahli parlimen PD.

    TSMY telah menipu apabila memberikan nama en blok 36 ahli-ahli parlimen PPBM padahal dia tidak memiliki sokongan 6 daripada 36 ahli-ahli parlimen PPBM. Dia bukan sahaja menipu YDPA bahkan menipu seluruh negara.

    Hakikatnya TSMY hanya memiliki 108 dan Tun yang memiliki 6 yang lain di dalam senarai TSMY dan jumlah sebenar Tun ialah 114. Berikut ialah 6 nama yang diberikan TSMY kepada Agung padahal mereka tidak menyokongnya sebagai PM:-

    1. YB Tun Mahathir - Langkawi
    2. YB Mukhriz Mahatir - Jerlun
    3. YB Mazlee Malek -YB Simpang Renggam
    4. YB Amiruddin Hamzah - Kubang Pasu
    5. YB Syed Saddiq - Muar
    6. YB Eddin Syazli - Kuala Pilah.

    Tun tidak menipu sebaliknya TSMY yang menipu. Mahukah kita kekal berPMkan seorang yang menjadi PM melalui penipuan? Menipu Agong dan menipu rakyat.

    TSMY akan jatuh di dalam masa seminggu apabila parlimen kembali bersidang kerana dia tiada majoriti. UmNO tetap takkan sempat kembali berkuasa di pusat dan PAS juga tidak sempat berkuasa di pusat. Bangsa Melayu akan kekal selamat daripada malapetaka.

    Jangan risau, Tun seorang yang sentiasa mengikut rule of law. Dia tidak akan meminta penyokongnya turun berguling di jalanan sebagaimana PAS pernah lakukan atau merusuh di jalanan sebagaimana Pak Sheikh pernah lakukan.

    Dia akan berjalan mengikut rule of law dan akan tetap menang di penghujungnya. Mari kita lihat sepotong sajak 'Perjuangan Yang Belum Selesai' ciptaannya:-

    Biarkan bertatih...
    Asalkan langkah itu yakin dan cermat...
    Bagi memastikan negara merdeka...
    Dan bangsa terpelihara...
    Air mata sengsara...
    Mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita..

    Tun telah menang ke atas Tun Salleh Abbas dan mengekalkan prestij YDPA. Apabila YDPA membuat keputusan tidak mengikut rule of law, YDPA sendiri yang mengurangkan prestij YDPA apabila YDPA melanggar dua prinsip terakhir rukun negara iaitu Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang.

    Sejak dari dulu saya telah berkata bahawa di dalam pertempuran klimaks ia adalah 313 penyokong Tun bersama-sama Tun (total 314) berhadapan YDPA di Seri Perdana Putrajaya dan berkata kepada YDPA; 'Tun Mahathir adalah Perdana Menteri yang sah. Letakkannya / kekalkannya di Seri Perdana'.

    Dengan YDPA memilih TSMY yang tiada majoriti sebagai PM, maka rule of law membenarkannya. YDPA telah terkhilaf dan perlu diperbetulkan. Pintu untuk Pertempuran Klimaks yang telah saya gambarkan benar-benar telah terbuka. Walaubagaimanapun jangan risau kerana ia akan dilakukan tanpa melanggar mana-mana prinsip rukun negara termasuklah yang kedua iaitu 'Kesetiaan Kepada Raja dan Negara'.

    #kekalbersamaTun
    #jalanterusbersamaTun
    #TunMahathirMyPrimeMinister.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hilang respect degan orang tua ni....apa nk ckp kat anak anak tentang mahathir ni nanti...yess he great but because "gila kuasa'he become zero...bila bila masa malaikat maut boleh cabut nyawa...tak mantap mantap pun ekonomi malaysia berbanding indonesia n thai...lembab

      Delete
    2. yeop sepet
      bro john doe....

      SIARAN LANGSUNG ASTRO AWANI SIDANG MEDIA KHAS TUN M DI YAYASAN AL BUKHARY PADA AHAD, 1 MAC 2020 JAM 9:30 PAGI.

      Syabas & terima kasih, bro JD - Tulisan sdra menepati 100% luahan/penjelasan ayahanda Tun Mahathir.

      Menakjubkan - pada usia lanjut 95 tahun ketika dikhianati, Tun M masih kelihatan begitu gagah, mantap, cerdas serta tenang sambil sentiasa tersenyum.

      Saya dah mula meragukan keikhlasan TSMY, lebih menjuruskan tidak kenang budi, lupa daratan & giur meleleh kalah ujian dek dikipas UmPas. Ketrampilan & Kewibaeaam TSMY (walau jauh lebih muda) jauh tidak semenarik Tun M.

      Drama belum tamat......perjuangan akan diteruskan selagi hayat dikandung badan. Itulah semangat juang seorang Tokoh sejati......!!

      Salam perjuangan.

      Delete
    3. Sudah sudah mempertikai kan decree YDPA.Done deal..lepas ni ada peluang di Parlimen.Buktikan Tun atau Anwar atau sesiapa MP nak cabar PM melalui Undi Tidak Percaya atau menolak apa RUU dari Pm ke 8 .

      Delete
  5. Pertempuran asal adalah antara tun dan anwar. Tiada campur tangan langsung oleh pembangkangpun. Pembangkang cuma beri nilai tambah bila tun letak jawatan dan perlu sokongan mp. Last lap tiba² muhyiddin potong tun dan nuar. Maka kedua-dua tun dan nuar melopong sebab Agong beri perkenan kpd muhyiddin jd pm ke 8. Pelajarannya ialah perancangan Allah terlalu tepat dan betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anwar melopong? Ya.

      Tun melopong? Kelakarnya. Tun dah PM 2 dekad, PM 2 abad, PM 2 kali, PM 2 pasukan dan PM Interim. Mana mungkin Tun melopong kerana tak dapat merasa menjadi PM-8. Tak masuk akal.

      Permainan catur masih belum selesai. Zaman fitnah masih berjalan, dan pemenang mutlak masih belum muncul.

      Saya dah pun katakan tanpa keraguan bahawa pemenang mutlak itu ialah Tun dan 313 ahli pasukannya. Dengan TSMY mengangkat sumpah sebagai PM-8 melalui kaedah menipu angka, kini saya tiada keraguan lagi bahawa TSMY tiada di dalam angka 313 penyokong Tun M tersebut. Keyakinan saya pada 314 Tun dan pasukannya kekal.

      #kekalbersamaTun
      #jalan terus bersama pun.

      Wallahu a'lam.

      Delete
    2. 313 zombie yg takde soul n spirit yg diketuai oleh jon doe pendusta akhir zaman.

      Delete
    3. Betul la tu..pertempuran antara ketua bani mim idola jendole dgn anwar ketua kaum pendusta..
      Di kemuncak peperangan..bani mim tiada ketua utk mengibar panji..datang pemuda tamim baru berdepan satu lawan satu dgn ketua kaum pendusta..Akhirnya..ketua bani tamim yg baru telah menewaskan kaum pendusta..
      Berkibar la panji2 ..ketua asal boleh la berihat kerana panji2 hitam telah berkibar..

      Delete
  6. PERINGATAN AZAB MENYEBARKAN HADIS PALSU DAN WAJIB BERIMAN DENGAN HADIS SAHIH.

    Antara hadis sahih Buhari Muslim

    Pemimpin Yang Tidak Masuk Syurga
    عَنْ مَعْقِلَ بْنَ يَسَارٍ إِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَا مِنْ عَبْدٍ يَسْتَرْعِيهِ اللَّهُ رَعِيَّةً يَمُوتُ يَوْمَ يَمُوتُ وَهُوَ غَاشٌّ لِرَعِيَّتِهِ إِلَّا حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ
    Dari Ma’qil bin Yasar al-Muzani, Sesunguhnya aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: ‘Barangsiapa diberi beban oleh Allah untuk memimpin rakyatnya lalu mati dalam keadaan menipu rakyat, niscaya Allah mengharamkan Syurga atasnya’.

    Pemimpin Penipu Rakyat Diharamkan Masuk Surga

    Hadis riwayat sahih muslim — “Mâ min ‘abdin yastar’îhillâhu ra’iyyatan yamûtu yawma yamûtu wa huwa ghâsyin li ra’iyyatihi illâ harramallâhu ‘alayhi al-jannah (Tidaklah seorang hamba yang Allah minta dia mengurus rakyat, dia mati pada hari di mana dia menipu (mengkhianati) rakyatnya kecuali Allah haramkan baginya surga)” (HR al-Bukhari dan Muslim).

    Abu Said Al-Khudri Radhiallahu ‘Anhu bahwa Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda:
    أَفْضَلُ الْجِهَادِ كَلِمَةُ عَدْلٍ عِنْدَ سُلْطَانٍ جَائِرٍ أَوْ أَمِيرٍ جَائِرٍ

    “Jihad yang paling utama adalah mengutarakan perkataan yang adil di depan penguasa atau pemimpin yang zhalim.” (HR. Abu Daud, Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)

    Dari Ka’ab bin Ujroh radhiyallahu ‘anhu ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam lalu bersabda:
    إِنَّهُ سَيَكُونُ عَلَيْكُمْ بَعْدِي أُمَرَاءٌ فَمَنْ دَخَلَ عَلَيْهِمْ فَصَدَّقَهُمْ بِكَذِبِهمْ وَأَعَانَهُمْ عَلَى ظُلْمِهمْ ، فَلَيْسُ مِنِّي وَلَسْتُ مِنْهُ ، وَلَيْسَ بِوَارِدٍ عَلَيَّ حَوْضِي ، وَمَنْ لَمْ يُصَدِّقْهُمْ بِكَذِبِهمْ وَلَمْ يُعِنْهُمْ عَلَى ظُلْمِهِمْ ، فَهُوَ مِنِّي وَأَنَا مِنْهُ وَسَيَرِدُ عَلَيَّ الْحَوْضَ
    “Akan ada setelahku nanti para pemimpin yang berdusta. Barangsiapa masuk pada mereka lalu membenarkan (menyetujui) kebohongan mereka dan mendukung kedhaliman mereka maka dia bukan dari golonganku dan aku bukan dari golongannya, dan dia tidak bisa mendatangi telagaku (di hari kiamat). Dan barangsiapa yang tidak masuk pada mereka (penguasa dusta) itu, dan tidak membenarkan kebohongan mereka, dan (juga) tidak mendukung kedhaliman mereka, maka dia adalah bagian dari golonganku, dan aku dari golongannya, dan ia akan mendatangi telagaku (di hari kiamat).” (HR. Ahmad dan An-Nasa’i)

    Ancaman terhadap pemimpin zalim serta bagaimana seharusnya kita menyikapi kezaliman tersebut. Nasihat tetap diutamakan.

    ReplyDelete
  7. sambungan

    AWAS..!! Hadis Itu daif Palsu, Haram Hukum Jika Kita Sebarkan – Mufti Wilayah

    Mereka menggunakan hadis tentang pasukan panji berikut:
    يَقْتَتِلُ عِنْدَ كَنْزِكُمْ ثَلَاثَةٌ كُلُّهُمُ ابْنُ خَلِيفَةَ، ثُمَّ لَا يَصِيرُ إِلَى وَاحِدٍ مِنْهُمْ، ثُمَّ تَطْلُعُ الرَّايَاتُ السُّودُ مِنْ قِبَلِ الْمَشْرِقِ فَيُقَاتِلُونَكُمْ قِتَالًا لَمْ يُقَاتِلْهُ قَوْمٌ – ثُمَّ ذَكَرَ شَيْئًا فَقَالَ – إِذَا رَأَيْتُمُوهُ فَبَايِعُوهُ وَلَوْ حَبْوًا عَلَى الثَّلْجِ، فَإِنَّهُ خَلِيفَةُ اللَّهِ الْمَهْدِيُّ
    Tiga golongan saling berperang memperebutkan kekuasaan kalian. Mereka adalah anak-anak penguasa. Kekuasaan tidak menghampiri seorang pun dari ketiganya. Lalu muncul pasukan dengan bendera hitam dari arah timur. Mereka memerangi kalian dengan peperangan yang belum pernah dilakukan sebelumnya oleh suatu kaum. Ketika kalian melihat pasukan panji hitam, berbaiatlah kepadanya, sekalipun dengan cara merangkak di atas salju. Sungguh, ia adalah khalifah Alllah, Al-Mahdi (HR. Al-Hakim)

    Hadis pasukan panji hitam disebutkan dalam sejumlah kitab hadis. Yaitu Musnad Ahmad, Sunan al-Tirmidzi, Sunan Ibn Majah, al-Fitan, al-Malahim, Musnad al-Bazzar dan al-Mustadrak. Secara umum hadis tentang pasukan panji hitam berkualitas daif dan lemah.

    Riwayat Al-Bazzar berkualiti sangat daif dan lemah karena ada dua orang yang perlu dicurigai. Pertama, Ibrahim bin Yazid bin Qais. Ia dikenal thiqah tetapi banyak meriwayatkan hadis secara mursal (salah satu jenis terputusnya sanad yang menyebabkan hadis menjadi daif.) Kedua, al-Hakam bin Utbah perawi yang dikenal thiqah-thabat,tetapi sering melakukan praktik tadlis (mengkaburkan riwayat/sumber agar terlihat sahih). Al-Hakam meriwayatkan hadis dari gurunya menggunakan redaksi ‘an. Dari sini dapat disimpulkan bahwa hadis pasukan panji hitam dalam riwayat al-Bazzar adalah daif (lemah).

    Riwayat Imam Ahmad dan Al-Tirmidzi bermasalah karena terdapat perawi bernama Risydin bin Sa’d yang dinilai dha’if (lemah), mukhtalith (kacau hafalannya), dan sayyi’ul hifzh (buruk hafalannya). Dari aspek hafalan, perawi ini memiliki kekurangan yang menyebabkan hadisnya menjadi daif (lemah).

    Hadith Ini merupakan salah satu pendustaan yang direka dan disandarkan di atas nama Nabi SAW.

    Peringatan pada mereka yang suka mencedok hadis palsu dan daif sudah diberikan dan urusan aku sudah selesai.

    Sesungguhnya aku sudah menyampaikan semoga aku terlepas dari urusan disana nanti

    JIDAH EKONOMI #BMF NOW..!!

    ReplyDelete
  8. Agong malas nk layan Tun..sbb tun lah negara kucar kacir. sudah letak jawatan pas tu nk jadi PM balik. Apa daa..

    ReplyDelete
  9. Berape ramai penyokong madey?...ramai yg dah jadi penyokong muyiden..

    Mp pon tinggal 6 oran je..

    ReplyDelete
  10. Muhyiddin paling banyak khianati saya, kata Mahathir
    10:28 pagi (Dikemaskini 10:32 pagi)
    Wartawan Malaysiakini | Berita
    A A
    Berbanding Azmin Ali, bagi Dr Mahathir Mohamad, 'luka' lebih dalam dirasainya berpunca daripada tindakan Muhyiddin Yassin yang diberi kepercayaan menjadi presiden Bersatu selepas mereka diketepikan dari Umno beberapa tahun lalu.

    Ditanya semasa berdepan dengan media di Yayasan Albukhary di Kuala Lumpur hari ini, Mahathir berkata, Azmin memang memiliki agenda tersendiri dan pada masa sama, Muhyiddin menyusun perancangan yang akhirnya berjaya.

    “Dia (Azmin) mempunyai agenda sendiri. Saya rasa dikhianati, paling banyak oleh Muhyiddin.

    Beliau (Muhyiddin) merancang ini untuk masa yang lama dan kini dia berjaya,” katanya

    ReplyDelete
  11. Boleh ke gamak nya kita teka Tun buat ultimate sacrifice dan sekarang ni dia berlakun aje untuk meredakan kemarahan kem PH ?

    Sultan Abdullah berkuasa MUTLAK tentukan PM8 seseorang yang difilirkan nya sesuai dan mengambil kira sokongan majoriti ahli parlimen. Macam kata KD matematik bukan saja jalan nya.

    Kita memang tak mau (ketum) PKR. Apa yang Tun Mahathir dah buat ialah dia efectively tanam kebarangkalian ini. Ini dah cukup bagus. Dia juga tanamkan sekali mudarat bekerja dengan dap. Dia memang tak boleh sebut hal ni.

    Muhyidin ni belot Tun Mahathir dan ada kebarangkalian diskripkan macam tu. Kita toksah lupa Muhyidin ni dipecat PM6 macam PM4 pecat (ketum PKR) tapi sebab nya berlainan sekali. Boleh jadi pengaruh Muhyidin dalam umno masih ada. Yang perlu dikloroxkan takkan boleh cakap banyak. Muhyidin tak perlu nak protect dia orang ni. Muhyidin hanya perlu lantik timbalan nya dari kalangan MP umno yang tinggi principle nya dan disegani; contoh nya Gua Musang (tak payah hurai la jasa Gua Musang ni).

    Keadaan boleh jadi lebih stabil sebab majoriti orang Melayu dan Bumiputera tidak diketepikan.

    Majoriti ph datangnya dari kawasan perbandaran.

    ReplyDelete
  12. Saya berharap tsmy, UMNO, pas DLL boleh mula memikirkan idea saya iaitu buang partisan dan wujudkan 1 nama sahaja sebagai perwakilan kepada blok pemerintah.
    Jika ini dapat dilakukan dengan agresif dan bersungguh-sungguh, blok pembangkang juga boleh mengikut.

    Makanya selepas ini, PRU hanya memilih blok bukan partisan.

    ReplyDelete
  13. dalam banyak2 babak tun letak jawatan adalah keputusan paling tepat dalam drama gawat 7 hari ni..

    ReplyDelete