Tuesday, March 24, 2020

PENDEK TAPI SENTAP


TAK PERLU TUNGGU ENAM BULAN, BULAN DEPAN SAHAJA KITA DAH TAHU TANAH TINGGI RENDAH..

Allah pelihara Tun dalam usianya untuk  terus sihat, tenang dan bahagia...
InsyaAllah..

PERLETAKAN jawatan yang cukup tepat, 2in1...
Lawan jadi bungkam, kawan jadi terkedu..
Apo nak dikato..

22 comments:

  1. Ramai orang sudah katakan
    Fikiran Tun susah nak baca
    Tertewas pihak yg kuat menekan
    Roket terjunam bersepai kaca!

    Masih lagi yang tak nampak
    Cerca Tun hati dah iri
    Tiada jasa, hanya melepak
    Politik baru berapa hari?

    Pemimpin songsang Tun dah tolak
    DAP pulak terus terjunam
    Dua2 melampau rakyat dah jelak
    Tun resign.. semua jahanam!

    Bukan Tun tak sayang bangsa
    Setengah abad dia berjuang
    Dengan kleptos tidak selesa
    Curi duit..berkiblat wang!

    Hanya satu yang Tun kesal
    Jika kleptos diberi ruang
    Takut mereka mencari pasal
    Pada kleptos..ini peluang!

    Tun tak mahu pemimpin Melayu
    Rasuah atau turut subahat
    Maruah bangsa menjadi layu
    Anak cucu menganggap jahat!

    Demi bangsa, samalah fikir
    Pimpin saja parti yg bersih
    Pemimpin bijak sejarah terukir
    Rakyat akan berterima kasih..

    Jasa Tun tidak ternilai
    Sejarah negara menjadi bukti
    Yang cerca, terjerit, mengilai
    Itu tanda akal dah mati!


    ReplyDelete
  2. Betul tu.

    Allah telah pelihara Tun daripada terus dicacimaki dan dikatanista segolongan di dalam PH yang tidak habis-habis menekan Tun supaya segera berundur.

    Allah telah pelihara Tun daripada dituduh munafik dan penipu sekiranya selepas dua tahun genap dia menjadi PM-7 pada iaitu pada 9 Mei 2020, dia masih tidak berundur.

    Di dalam masa yang sama, Allah telah pelihara Tun daripada dikecam oleh anak cucu bangsanya sekiranya dia benar-benar berundur dan seorang peliwat benar-benar mengambil alih tempatnya sebagai PM.

    Allah telah pelihara Tun daripada fitnah dituduh sebagai barwa DAP untuk memusnahkan agama Islam sekiranya Tun yang mengeluarkan PKP yang di antara isi perintahnya ialah menghalang jemaah Muslimin daripada mendatangi masjid-masjid dan surau-surau selama tempoh PKP berlangsung.

    Bagaimanakah Allah telah memelihara Tun daripada kejahatan-kejahatan di atas? Iaitulah dengan memberi ilham kepada orang paling kanan di dalam perjuangan Tun pada masa itu iaitu TSMY selaku Presiden PPBM supaya membawa PPBM berpaling tadah daripada PH tanpa Tun selepas Tun sendiri memberitahu dia tidak mempunyai keupayaan itu kerana tangannya telah diikat oleh janji peribadi dan prinsip yang dia ulang-ulangkan semasa dia mahu menubuhkan PPBM untuk menjatuhkan UmNO-BN.

    Anda mahu memanggil TSMY 'pengkhianat'? Ia adalah hak anda kerana tiada sesiapa yang boleh menghalang anda memanggil dan melabel orang lain sama seperti label 'stupid'. Hakikatnya TSMY dan tindakannya berpaling tadah adalah pintunya yang telah menyelamatkan Tun daripada kejahatan-kejahatan di atas.

    Di dalam masa yang sama, Allah juga telah memelihara negara ini daripada risiko penularan wabak yang lebih dahsyat sekiranya Tun tidak turun dan menyebabkan berlakunya perhimpunan oleh golongan-golongan berikut:-

    1. Golongan PH terutama geng reforbasi yang telah pun mula merancang mahu turun ke jalanraya demi mendesak Tun supaya turun.

    2. Golongan pengikut UmNO dan PAS yang mungkin akan berkumpul beramai-ramai di masjid-masjid dan surau-surau walaupun mereka sendiri bukanlah ahli masjid atau ahli surau semata-mata untuk 'membela Islam daripada DAP' sekiranya kerjaan PH yang mengeluarkan PKP tersebut.

    Kedua-dua golongan ini memiliki pengikut yang cukup ramai bukan kerana mereka pengikut-pengikut ini adalah penipu dan pendusta seperti tetapi kerana mereka kebingungan akibat percaya kepada penipuan dan pendustaan pemimpin-pemimpin utama jemaah yang mereka sokong.

    Di dalam masa yang sama, secara hikmahnya, rancangan Allah telah mengaturkan TSMY dan bukan Tun yang menjadi PM-8 kerana kedudukan PM-8 sebenar-benarnya amat rapuh dan amat bergantung kepada segerombolan penyamun dan segerombolan penunggang agama untuk kekal di kerusi PM. PM-8 kelihatan dengan mudah boleh dijatuhkan hanya dengan mana-mana satu di antara dua gerombolan ini menarik sokongan en blok mereka kepadanya untuk kekal di kerusi PM.

    Dengan bukan Tun yang menjadi PM-8, maka apabila PM-8 dijatuhkan, dan PM-8 itu bukan Tun, maka Tun akan kekal memegang gelaran 'Ketua Pasukan Yang Tidak Pernah Tewas', supaya dia dapat menyelesaikan Perjuangannya Yang Belum Selesai tanpa sesiapa dapat menafikan fakta bahawa sepanjang perjuangannya, dia benar-benar adalah 'Ketua Pasukan Yang Tidak Pernah Tewas'.


    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  3. DAKJ? Dahulu saya memang mempunyai high regard kepadanya kerana sentiasa setia bersama Tun di dalam perjuangan. Saya melihat dan menyangka dia, seperti juga Tun telah terpaksa menerima perjanjian untuk seorang peliwat naik menjadi PM-8 selepas Tun kerana ia adalah keperluan semasa itu untuk satu misi yang lebih besar iaitulah menjatuhkan seorang kleptokrat.

    Walaubagaimanapun selepas berlakunya episod berpaling tadah TSMY dll, saya melihat DAKJ seolah-olah bukan sahaja meredhai bahkan juga benar-benar mahukan seorang peliwat mengambil alih sebagai PM-8.

    DAKJ adalah salah seorang ahli panel semasa diskusi buku Shahbudin Husin "Anwar PM-8". Kini ia kelihatan seolah-olah dia telah bersetuju menjadi panel tersebut bukan sebagai menghormati satu permintaan tetapi kerana di dalam hatinya, dia memang benar-benar mahukan seorang peliwat mengambil alih menjadi daripada Tun untuk menjadi PM-8.

    Sesiapa sahaja benar-benar mahukan di dalam hatinya mahu seorang peliwat menjadi PM akan menghilangkan rasa hormat saya kepadanya.

    Walaubagaimanapun di atas prinsip benefit of the doubt saya tidak akan mengatakan DAKJ sememangnya benar-benar mahukan seorang peliwat menjadi PM, melainkan hanya mengatakan ia kelihatan seolah-olah sedemikian. Hanya masa akan memberikan jawapan yang tepat.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadir Jasin bukan kaki fitnaah dan bukan munafik..

      Delete
  4. TAK PERLU TUNGGU ENAM BULAN, BULAN DEPAN SAHAJA KITA DAH TAHU TANAH TINGGI RENDAH..

    Komen saya....Kita tak tahu apa akan terjadi dari sekarang....Hanya Allah yang maha mengetahui

    Allah pelihara Tun dalam usianya untuk terus sihat, tenang dan bahagia...
    InsyaAllah..

    Komen saya.....aamiin yra

    PERLETAKAN jawatan yang cukup tepat, 2in1...
    Lawan jadi bungkam, kawan jadi terkedu..

    Komen saya.......its perfectly true.....the ex-convict and the racist/chauvinist both thrown away

    Apo nak dikato..

    Komen saya......I opine that had Muhyiddin waited for the clear signal from TDM to take over, it would have avoided current problem. TDM, being principled, would like the tainted and problematic leaders pushed aside, NOT EN BLOC. What happen now is uncertainties, Umno barking almost daily. Annuar Musa, Zahid, Azalina Othman etc kept on barking for CORRECTION REFLECTION OF GOOD COALITION.....my foot!

    ReplyDelete
  5. Janganlah berperasangka tidak baik dan terus nak rasa hilang respect dan sebagainya.

    I just believe the truth prevails....when, only Allah knows. Slowly but surely. Then we will see who has the last SMILE

    ReplyDelete
    Replies
    1. DAKJ? Saya masih memberikannya benefit of the doubt sama seperti ketika dia menjadi panel 'Anwar PM-8', tapi kelihatannya seolah-olah dia memang mahu seorang peliwat PM.

      Melainkan Tun sendiri yang telah diikat tangannya secara peribadi untuk bersetuju seorang peliwat menjadi PM, saya berpandangan tiada sesiapa yang lain terutama daripada PPBM yang patut bersetuju seorang peliwat menjadi PM.

      Delete
  6. Aku harap ustad jon dol berhentilah tulis panjang2. Naik loya pulak aku tengok hari2 tulis panjang2..apa dia ingat ada yg nak baca ka? Tak ada otak punya penjilat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berhentilah membaca tulisan saya sebelum jantung kamu terputus dek kegeraman.

      Delete
    2. John Doe semakin sentap dan menggelebah tak tentu hala kepanasan kerana ilmu loyar buruk dan dustanya semakin tak menjadi. Loyar buruk akibat ajaran sesat tonggang langang. Kih3

      Delete
  7. Rakyat Malaysia kena sokong dengan apa yang YAB PM buat. Kita biarkan pemimpin pembangkang meroyan sorang-sorang.Hidup PN. Hidup PM.Semoga Allah permudahkan semua urusan. Tiada penyakit yang tiada ubat.Sama-sama kita berdoa.Doa senjata orang mukmin.

    ReplyDelete
  8. langkah pencegahan awalan YANG SEPATUTNYA; DARI AWAL LAGI PATUT HALANG PELANCONG2 KELUAR MASUK, tapi kerajaan mne yg x buat? so nk xnk, ni je laa langkah terbaik masa ni. xyah nk tunjuk bodoh sgt cm pemimpin PH kau.

    ReplyDelete
  9. Pm pH dulu kalau berucap asyik cover golingan elit je,lpstu kutuk melayu,kata melayu mudah lupa,malas n mcm2 lagi,Mana dia Ada ingt org miskin Dan susah,asyik ikut ckp dap...suruh tahan pelancong dari Tak buat,want azizah kata Tak bahaya mcm virus sblum ni...ha skrg rakyat yg tanggung...kerajaan pasola kerajaan bawah pokok...

    ReplyDelete
  10. Memang kita terasa dikhianati kerajaan dulu. Tp tak mengapalah. Ada hikmah disebalik apa yg telah terjadi. Dn kita bersyukur dapat pemimpin yg lebih perihatin kepada rakyat

    ReplyDelete
  11. Setuju sgt2..ph ni pndai brpolitik jew bkn tau buat krje..mse awl virus ade korang ambek peduli?sebok berebut jwtn nk jd pm jew..bodoh

    ReplyDelete
  12. sekarang ni air liur semua pemimpin Pakatan Hancing dah tak laku..kalau sejak dulu lagi mereka sudah menyekat kemasukan warga China ke dalam negara,sudah tentu wabak ni dapat dibendung..kerana virus nak aktif dlm tubuh seseorang pun bergantung antibodi org tu sendiri..tapi kerana sifat ego pemimpin PH yg mengatakan tiada keperluan menyekat warga China,sekarang lihat lah dgn mata sendiri apa yg sudah terjadi pada negara kita..tapi skrg semua Pemimpin PH berlumba-lumba nk menaguk di air yg keruh..

    ReplyDelete
  13. Covid ni adalah kerosakan yg ditingalkan oleh kerajaan dahulu. Dulu kata masih terkawal, tak akan sekat pelancong dtg, masjid xkn ditutup mcm2 lah. Sibuk berebut kuasa je time tu. Skrg tgk lah apa yg jd??

    ReplyDelete
  14. Klau PH masih memerintah , mungkin rakyat malaysia lebih dari separuh akan mati spt yg terjadi di Italy akibat kebodohan yg akan dilakukan oleh puak2 PH ini , Dapig dgn gembiranya akan menganti kan org2 malaysia yg tewas dan mati nnt dgn pendatang2 dari mainland dari China ... Nasib baiklah parti yg baru PN ini mengambil alih , klau tidak mmg menjadi musibah yg besar kpd rakyat yg tidak bersalah nnt ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan hidup ni berkalau je.....
      Hati sentiasa hitam,semua salah orang. Salah sendiri bagaimana?

      Delete
  15. Bro John sentiasa terbaek
    Cai takut hendak membaca
    Terkena hidung darah dah naik
    Tak tahu balas, terus nak cerca!

    Allah yg bagi nak datang penyakit
    Tuding jari pagi ke petang
    Salah Mahathir jugak nak ungkit
    Konon tak sekat para pendatang!

    Biar kerajaan lakukan kerja
    Nak ungkit-ungkit takde gunanya
    Kalau Tun disalahkan saja
    Dulu KDN siapa yg punya?

    kini negara perlu di pulih
    Pemimpin di atas kita membantu
    Jangan amalkan politik sembelih
    Nanti negara semakin buntu!

    John Doe komen,tak suka tak apa
    Skip aje jangan dijenguk
    Tahu pulak panjang sedepa
    Itu tanda baca dan tengok!

    Bangsa kita satu kelemahan
    Ilmu pengetahuan tidak berminat
    Berfakta, berilmu dia nak tahan
    Merepek, merapu dia tak penat!






    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sdr Fan Tun di atas sokongan.

      Salam perjuangan bro.

      Delete
    2. Perjuangan mengarut.

      Delete