Thursday, May 28, 2020

KERJA YANG PALING BODOH IALAH MEMECAT MAHATHIR..

Muhyiddin dipungut Mahathir di tepi jalan setelah dipecat Najib...

Dibersihkan, diletak jadi Presiden.

Sekarang dipecatnya Mahathir.


#Seorang wira yg sudah nak bersara, kenapalah di baginya senjata tajam dan kuda gagah perkasa..




27 comments:

  1. Kerana gula semut binasa
    Sebab kuasa segala mungkin
    Jika anak tak kenang jasa
    Dipelawa tidur,meroboh pangkin!

    Bapak sudah bina segala
    Jauh tempat pencuri penyamun
    Jika anak berkawan serigala
    Tak dapat beza terung timun!

    Dulu serigala sudah dihalau
    Kerana merosak kampung halaman
    Anak biarkan serigala melilau
    Kini kembali merosak taman!

    Serigala nafi dia yang jahat
    Yang jahat katanya naga
    Tapi semua sudah melihat
    Diri serigala tiada harga!

    Bapak nasihat bapak tegur
    Anak jangan dekat serigala
    Nasihat bapak semuanya gugur
    Bapak pulak anak nak tala!

    Kini anak nak lawan bapak
    Ikut hukum memang berdosa
    Bermula sudah asahan kapak
    Belum pasti siapa binasa!

    Serigala pasti menyerang anak
    Tiada belas, tanpa kasihan
    Berkawan hanya nak tumpang enak
    Binasa anak secara perlahan..

    Buatlah apa kepada Bapak
    Takpe derhaka kerana kuasa
    Jika manusia berbuat hapak
    Esok lusa pasti binasa!



    ReplyDelete
    Replies
    1. Spot ON bro.

      Mereka ini telah durhaka kepada ayahanda. Selepas melihat begitu banyak pemain-pemain heavyweight yang kecundang apabila bertembung dengan ayahanda Tun, bagaimanalah masih ada orang yang menyangka mereka mampu menang ke atasnya.

      Semoga mereka sedar dan kembali ke pangkal jalan sebelum mereka melepasi sempadan yang tidak memungkinkan mereka untuk berpatah balik.

      Ahli-ahli PPBM termasuklah Presidennya boleh berlaku durhaka kepada ayahanda mereka, tetapi Putrajaya tidak akan durhaka kepada ayahandanya, dan ayahandanya tidak lain adalah si Putera Bani Ta-Mim itu sendiri.

      Kelak Putrajaya akan menunjukkan kepada semua anak2 Bani Ta-Mim bahawa mereka hanya mempunyai dua pilihan iaitu sama ada untuk menang bersama-sama ayahanda Ta-Mim, atau kekal di pasukan-pasukan lawannya dan tewas.

      John Doe kekal bersama-sama ayahanda Tun sehingga ke akhir kerana John Doe telah memperolehi jawapan bahawa ayahanda Tun adalah 'Ketua Pasukan Yang Tidak Pernah Tewas' dan akan menang mutlak apabila berada di perlawanan akhir.

      Hidup Ta-Mim.

      Wallahu a'lam.

      Delete
  2. I concur to these statements. Muhyiddin has been blurred with the power at his disposal.

    ReplyDelete
  3. Mantan SUA Bersatu ada hak ke pecat SUA Bersatu sekarang?

    Oleh Ab Jalil Backer

    Pada Februari 2020, Tun Mahathir lepaskan jawatan Pengerusi Bersatu.

    Pada Mac 2020, Presiden Bersatu lantik Hamzah Zainudin sebagai Setiauasa Agung Bersatu yang baharu.

    Woooiii ni apa ni kecoh sana , kecoh sini... orang nak tido pun tak boleh asyik gadoh gadohhh gadohhhhh saja.

    Tua bangka takk sedar diri nak mampos
    asyik gadohhh gadohhh gadohhh saja


    hahhaa apa lagi gadohhh lahh

    kita nak tepokkk sambil makan pop corn ajer..

    kikikiki..

    ReplyDelete
  4. mahathir bukan sesiapa lagi...mahathir langgar disiplin parti...

    Sesiapa saja yg langgar disiplin parti kena pecat lah...

    ReplyDelete
  5. Kenape lah sedih sangat bila mahathir kena pecat...

    Dulu pon zaman Tunku mahathir pon pernah di pecat...

    Beberape orang saja yg peduli bila madey dipecat...

    ReplyDelete
  6. John Doe akan tulis ringkas "tindakan TSMY itu adalah betul pada masa yang betul"

    diikuti huraian panjang lebar terhadap ayat ringkas tadi, ditokok tambah dengan petikan hadis. Dia peramal yang sentiasa betul. Dia tak pernah salah. Agak-agak nak salah, boleh pusing ayat jadi macam nak betul. Dia tahu pesaingnya ialah seorang Syed yang otaknya berada di luar kotak, bukan dalam kepala

    Kebetulan, ke mana menghilang sdr Othman Ahmad?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana ingatkan saya ketika saya sendiri sudah tidak seaktif dulu.

      Siapa yang tulis begitu?

      Sementara saya mengatakan sokongan kepada tindakan TSMY membawa PPBM keluar daripada PH kerana ia telah menyelamatkan Tun daripada kebiadaban PH, ketika TSMY membuat keputusan memecat Marzuki dan melantik Hamzah pun saya dah mengatakan saya menentang keputusan itu kerana ia adalah keputusan yang salah.

      Nak gugurkan keahlian Tun? Hehehe... Dengan atau tanpa TSMY, John Doe kekal bersama Tun sehinggalah Tun dan pasukannya menang mutlak di perlawanan akhir kelak.

      Tun dan PPBM tidak akan dapat dipisahkan. Ketika PPBM menang mutlak di perlawanan akhir, Tun adalah ketuanya. Tun adalah Pemuda Tamim dan PPBM adalah Kaum Yang Didatangkan. Kedua-duanya akan muncul pemenang serentak.

      Walaupun semakin ramai yang meninggalkan Tun termasuklah daripada PPBM sendiri, John Doe akan kekal bersama Tun. Ketika penyokong tegar Tun hanya tinggal 313 orang, in shaa Allah John Doe akan berada di dalam angka tersebut dan menang mutlak bersama-sama Tun.

      Hidup Tun.

      Wallahu a'lam.

      Delete
  7. Muyidin bijak..pecat madey muyidin boleh total control Bersatu...

    Abis lah kehebatan madey....taqdir madey kita kena terima..

    Adakah jika madey pecat muyidin satu tindakan yg bodoh jugak?..

    ReplyDelete
  8. Mmg bodoh,depa bagi tun signal yg depa geng yiddin xleh menang pemilihan parti.depa dah nmpk sentimen grassroot yg teranjang depa.tun amat suka pwerkembangan baru nie,ibarat kalu main poker yiddin tunjuk kad dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini akan jadi point untuk John Doe nanti. Tetapi dia malas jadi penasihat Perdana Menteri, cukup jadi penasihat dalam blog KD, yang baca kena setuju. Dia tahu semua rakyat Malaysia baca blog KD. Yang tidak setuju akan dihukum sebagai pendusta terhadap kata-katanya. Walaupun dia tahu ruangan komen adalah forum untuk luah pendapat pro dan kontra.

      Dia boleh baca isi hati TSMY yang tersirat, pemecatan akan naikkan sokongan menerusi simpati rakyat kepada mereka yang dipecat. Hebatkan John Doe?

      Delete
  9. Replies
    1. Yang penting ISI..

      bukan kulit...kikiki

      Delete
    2. Manusia yg bertaraf kulit sudah tidak diperlukan.

      Delete
  10. walaun unta sejak akhir ini panas montot... nape yeekkk..!!

    ReplyDelete
  11. Ialah... orang tua tu bukan kisah, pecat ke, dibuang ke, difitnahke.... dia tetap boleh terus bekerja menentang musuhnya dari pejabatnya, di Yayasan Albukhari. Dia tak perlu party. Dia tetap ada penyokong yg setia yg sentiasa mengenang budinya.

    Saya dan mereka yg sebaya atau lebih muda atau tua sedikit dpd saya, memang terhutang budi padan Tun Mahadir. Dialah pemimpin yg berjaya membangunkan Melayu macam kami naik jadi golongan menengah Melayu yg berpendidikan. Terima kasih, Tun. Budimu sentiasa dikenang dan dihargai.

    Tapi buat masa ni, saya harap Tun berhentilah berpolitik. Tak sanggup kami membaca maki hamun pencaci yg gila wang ringgit dan kuasa. Biarkan mereka bercerkawan sesama sendiri. Tun patut berehat.

    Jangan susah hati, kami tahu apa yg patut dilakukan. Tun sentiasa ada di sisi kami. Dan Allah maha melindungi.

    ReplyDelete
  12. Siapa yg sukarela duduk bersama dengan blok pembangkang di parlimen tempohari? Fasal dlm perlembagaan dah menyatakan situasi tersebut menyebabkan keahlian individu tersebut terlucut dgn sendirinya. Jadi siapa yang bodoh? Yg duduk dgn pembangkang yang bodoh ke perlembagaan ppbm yg bodoh? Mungkin mereka yang menggubal perlembagaan itu yang bodoh. Mesti ada yang bodoh, betul tak kd?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Duduk kat pembangkang kena pecat? Tp yg berkhianat dgn pembangkang sehingga runtuh kerajaan tak pulak kena pecat. Lawaknya... Kikikiki

      Delete
    2. Maharaja lawak international betul.

      Delete
    3. Maharaja lawak international betul

      Delete
  13. Perlembagaan PPBM la yg memecat Mahathir wahai KD. Ko fikir Mahathir tu dewa dari kayangan untuk tidak diambil tindakan jika bertindak melawan arus parti? PPBM adalah kerajaan yang sah. Mengambil tindakan duduk bersama blok pembangkang di parlimen adalah tindakan tidak cermat, tidak cerdik, tunjuk degil dan sombong. Memang sesuai dipecat kerana sikap tidak akur perlembagaan parti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada Madey kisah... Dia dah 2 kali PM. Kau? Apa pencapaian terhebat kau selain jadi macai? Kikikiki

      Delete
    2. Yg kau sendiri meroyan knp? Kau jd pecacai angkat najis siapa pulak? Pencapaian kau hanya berjaya memikul beberapa tong taik perosak keamanan rakyat je.. sibuk tanya pencapaian org lain.

      Delete
  14. ya.kita tggu la pas covid ni cmna.berapa juta nak menganggur,kedai dan syarikat tutup.Rumah nk kena lelong,duit sewa x boleh bayar,kena halau oleh penyewa dan mcm2 senario akibat covid19.
    tapi takpa,kerajaan melayu islam kan ada.takkan la nk tengok saja org2 melayu islam jadi lg miskin dan hidup merana kot.70 menteri dgn gaji ribu2 kan ada.Yg CEO2 GLC pon ramai yg dilantik.Mesti depa ni bagi bantuan wlu pon dari poket sendiri demi rakyat tercinta.Kemajuan kerajaan PN makin terserlah bila meningkat la penerima BSH.Bangga tau sbb ramai melayu islam yg dapat.But now,pecat la sapa2 yg depa tak suka.Hari ni hari depa.rebut la mana yg mampu menteri PN oi.just wait and see..Popcorn anyone?hihihi

    ReplyDelete
  15. keberanian tak cukup. kita selalunya berani bila ramai di belakang. kalau bercakap mesti kuat untuk kalahkan suara yang perlahan. semuanya menang bukan berdasarkan fakta. bila fakta selalunya suara semakin perlahan, langkah akan ke belakang kerana faktanya dah salah dan kalah. bila berkuasa tunjuk kuasa , menekan pada yang lemah walaupun salah. itulah yang boleh kita banggakan. kalau bercakap memang yang pegang mic tu, betul belaka.

    ReplyDelete
  16. Entah lah.tak pecat kata takut.dah pecat kata kerja yg paling bodoh.yg nyata pengubal undang2 dan yg meluluskannya yg bodoh dari segala yg bodoh.melainkan bodoh jua

    ReplyDelete