Saturday, May 23, 2020

UMNO TAK PERLU MALU MALU UNTUK MEMIMPIN KERAJAAN SEKARANG DAN MENABALKAN SEMULA NAJIB SEBAGAI PM

Tun akan kemukakan usul undi tidak percaya kepada PM di Parlimen dan UMNO perlu sambut dengan mencadangkan Najib atau Zahid sebagai calon PM.
Gerakerja boleh dimulakan sekarang.

Muhyiddin akan berlari kepada Anwar jika ini berlaku dan ada lebih baiknya Anwar sebaagai PM berbanding Zahid@Najib.

StayHomeMakanKetupat

http://kedahlaniie.blogspot.com/2020/05/adakah-umno-sudah-berlagak-jadi-abang.html

15 comments:

  1. Kerusi PN dan PH sama bilangan 111...

    Tak cukup majoriti..

    Sukar bagi muyidin untukb dapat kelulusan RUU dan bajet...mcm mana tnak tadbir kerajaan?

    Muyidin tiada pilihan lagi...kena bubar parlimen...pru15 hoorey..

    ReplyDelete
  2. Umno umno umno...
    Tak habis habis nak jadi penghasut.
    Kenapa Kd? Rasa makin kelam ke? Oh ya, tak gugur iman kalau tewas politik...cuma hati sakit sangat je kan...Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin

    ReplyDelete
  3. Pagi2 raya dah membebel dan meroyan. Semua apa yg di karutkan oleh KD tak boleh di pakai.
    Semuanya persepsi beremosi selagi orang yg di puja2nya tak dapat jadi PM kali ke3 dan semua yg di benci nya di sumbat ke dlm peti besi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga pembenci tu tak di sumbat ke dlm tong taik.

      Delete
  4. Tun sudah kurang sesuai sebagai PM dari pelbagai sudut dan asasnya Tun pun tak kebuloqqq sejak bersara PM4

    Yang dok meratib siang malam nak jadi PM adalah Anwar, yang ketegaq tak mau lepeaskan jawatan adalah Najib..

    Sekurang kurangnya jadilah macam Hadi, Zahid dan Mukhriz yang tidak terkinja ke arah itu.

    Rezeki Muhyiddin.

    ReplyDelete
  5. الله اكبر الله اكبر الله اكبر ولله الحمد

    Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada sdr KD dan kesemua sahabat-sahabat alam maya saya dengan ucapan 'Mohon maaf segala salah dan silap. Semoga perbezaan pandangan di antara kita tidak sampai membuahkan sebarang perasaan benci'.

    Saya kurang muncul kebelakangan ini, berbanding sebelum ini, dan mungkin juga akan kurang aktif lagi selepas ini. Tiada kena mengena dengan tuan blog dan sahabat2 lain. Ia pilihan saya sendiri.

    Walau apapun saya kekal menyokong Tun Mahathir dan PPBM dan kekal mengatakan apa yang telah saya katakan tentang diri Tun dan hakikat jemaah PPBM selama ini.

    Terkini, ramai di kalangan penyokong ayahanda Tun sendiri yang merasa bingung mengapakah ayahanda Tun mahu menjatuhkan TSMY daripada kerusi PM sedangkan TSMY telah menyokongnya selama puluhan tahun dan telah bersama ayahanda Tun di dalam kesemua pertempurannya. Ramai juga yang mula memisahkan diri daripada Tun kerana memandang tindakannya itu daripada sudut negatif, dia sudah nyanyuk, gila kuasa, dengki dan sebagainya.

    Pada pandangan saya, ayahanda Tun sedang cuba menyelamatkan anak-anak buahnya di dalam PPBM termasuklah TSMY sendiri daripada ditelan mahupun hanyut bersama UmNO. Persekutuan di antara PPBM dan UmNO tidak boleh berlaku lebih lama daripada yang sepatutnya kerana UmNO yang besar dengan mudahnya akan menelan PPBM yang lebih kecil sekiranya persekutuan ini berlaku lebih lama daripada yang diperlukan.

    TSMY telah menyelamatkan ayahanda Tun daripada belenggu yang mengikatnya dengan DSAI sbg PM wajib selepasnya, dan juga parti-parti lain di dalam PH iaitu PKR, DAP dan PAN, dan kini ayahanda Tun mahu 'return the favour' dengan menyelamatkan pula TSMY dan PPBM daripada dihanyutkan oleh UmNO dan malahan juga PAS. Hanya sahaja ramai yang tidak dapat memahami gerak langkah ayahanda Tun ini dan bersangka buruk kepadanya.

    Selepas membaca tulisan Ronnie Liew 'Muhyiddin yang pelik', maka saya lebih dapat memahami bahawa TSMY telah melakukan apa yang telah ia lakukan demi survival PPBM. TSMY merasa terpukul selepas kekalahan berturut-turut PPBM di dalam beberapa PRK dan berubah terus apabila tewas teruk di Tanjung Piai. TSMY benar-benar telah melihat bahawa persekutuan dengan DAP telah menghilangkan sokongan orang-orang Melayu kepada PPBM.

    Maka saya juga berharap dan berdoa kelak akan tiba masanya TSMY akan turut menyedari bahawa persekutuan PPBM yang terlalu lama dengan UmNO dan PAS juga tidak baik bagi survival PPBM dan malah diri TSMY sendiri. Ia sama ada akan menyebabkan PPBM dan TSMY hanyut bersama UmNO atau mati ditelan UmNO.

    Sekiranya persekutuan ini berlaku sehingga tamat penggal parlimen ini, maka PPBM akan hancur terbakar di dalam PRU berikutnya.

    Apakah jalan keluar kepada PPBM sekiranya persekutuan dengan PH dan PN kedua-duanya akan membawa mudharat kepada survival PPBM?

    Jawapan saya kekal sama; iaitulah apabila TSMY turun atau diturunkan kelak, maka kesemua ahli-ahli parlimen PPBM mestilah bersatu hati mencalonkan dan menyokong ayahanda Tun Mahathir sebagai PM berikutnya selepas TSMY.

    Memadai dengan 12 ahli-ahli parlimen asal PPBM yang kekal dengan pencalonan dan pilihan ini, PPBM boleh mengekalkan situasi di dalam keadaan stalemate. PH tidak akan memperolehi majoriti dan MN juga tidak akan memperolehi majoriti yang cukup untuk membentuk kerajaan berdasarkan jalan demokrasi, dan akan memaksa permainan dibawa ke level berikutnya iaitulah level monarki mutlak.

    Di dalam keadaan wabak Covid dan parlimen yang belum matang (parlimen hanya akan matang selepas 3 tahun), PRU semula bukan satu pilihan, dan satu2nya pilihan yang ada ialah perisytiharan darurat oleh YDPA dan pemilihan PM melalui proses monarki mutlak. Peruntukan tentangnya wujud di dalam perlembagaan dan ada juga precedentnya di dalam kejadian 13 Mei 1969. Kesemua 5 prinsip rukunegara tidak akan dilanggar bahkan akan kekal dijunjung.

    (Bersambung)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnye kalo tun tunaikan janji2 manipesto sedikit demi sedikit melayu takkan lari dari PH....kalah pon tak terok sangat....kalah terhormat...


      Dap hanye alasan muyiden untuk rampas kuasa.....muyidin bukan selamatkan tun...dia memang bercita2 nak jadi pm dan pernah bergeser dgn tun ... Muyidin jugak sudah jangka dia takkan kekal lama presiden Bersatu kerana adanye mukeriz yg akan potong dia...cuma muyidin kurang cedik kerana jadi pm untuk tempoh yg singkat saja...

      Muyidin tiada majoriti....tun ambil peluang untuk undurkan muyiden..

      Delete
  6. (Sambungan)

    Tun telah menjadi PM-7 melalui proses demokrasi walaupun YDPA (monarki) tidak menyukainya. TSMY telah menjadi PM-8 melalui proses separa monarki dan separa demokrasi walaupun PH tidak menyukainya. In shaa Allah apabila permainan berada di level monarki mutlak, Tun dan pasukannya akan muncul pemenang mutlak walaupun selain PPBM semuanya tidak menyukainya. Bukan saja kerusi PM akan kekal di tangan PPBM, bahkan kerusi-kerusi MB yang telah terlepas juga akan kembali kpd PPBM apabila jemaah ini telah muncul sbg 'Golongan Yang Menang'.

    Kepada TSMY; berlapang dadalah sebagaimana MB Johor dan MB Kedah daripada PPBM telah berlapang dada. Jangan sia-siakan pengorbanan mereka semua. Buatlah perkara yang betul apabila tiba masanya. Jangan sesekali bertempur dengan ayahanda Tun kerana kalian takkan mampu menang. Rekod yang ada sudah memadai sebagai jawapan.

    Kepada ayahanda Tun; bersabarlah. Biarkan TSMY merasai kerusi PM buat seketika. Dia telah merasai menjadi PM Aidilfitri, biarlah dia merasai menjadi PM Aidiladha pula. Bangsa dan negara kita masih selamat daripada malapetaka walaupun TSMY sedang membawanya menuju ke arah itu. Saya berkeyakinan penuh ayahanda Tun mempunyai tempoh yang mencukupi untuk menyelesaikan 'Perjuangan Yang Ditakdirkan' ini. In shaa Allah saya bersama ayahanda Tun sehingga yang kabur itu menjadi terang bagi mereka yang telah tersalah sangka.

    Kepada para pendokong PPBM; Jangan dikecam mahupun dikeji 3M yang telah berusaha menjayakan jemaah kita ini sehingga ke tahap ini. Mereka hanya berlainan pandangan sedang niat mereka adalah sama; survival PPBM di dalam situasi yang serba tidak kena ini. Yakinlah kita berada di jalan yang benar, dan akan muncul pemenang di perlawanan akhir kelak.

    Biarkan bertatih...
    Asalkan langkah itu yakin dan cermat..
    Bagi memastikan negara merdeka...
    Dan bangsa terpelihara...
    Air mata sengsara...
    Mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita...

    Akhir kalam, sekali lagi diucapkan ribuan terima kasih kepada tuan blog kerana telah memberi ruang untuk saya berkongsi pandangan.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ape pandangan dan harapan jon doo mengenai muyidin dan tun tidak akan jadi realiti.....muyidin sudah kenal lama tun.....muyidin sangat paham gerak tubuh dan mulut tun.....

      Delete
    2. Sdr anon,

      Saya langsung tidak risaukan Tun kerana apabila saya telah dengan yakin memberitahu semua orang di alam maya bahawa Tun adalah Pemuda Ta-Mim yang disebut di dalam nubuwwah akhir zaman, saya telah pun membuat kesimpulan dan dapatan bahawa Tun tidak akan dapat ditewaskan.

      Saya lebih risaukan kekanda saya TSMY. Dia telah berjuang puluhan tahun bersama-sama Tun. Malahan apabila berlaku pertembungan di antara Tun dengan Istana Johor, dia sebagai seorang anak Johor tidak ragu-ragu untuk kelihatan lebih menyebelahi Tun. Ia sesuatu yang luar biasa mengambil kira kelainan Istana Johor berbanding istana-istana di negeri lain. Dia jugalah yang menjadi instrumen utama gerakan Tun untuk menurunkan PM-5 dan kemudian menjatuhkan PM-6. Dialah orangnya yang menjadi senjata paling utama yang memenangkan pakatan PPBM-PH ke atas UmNO-BN di negeri kelahiran merangkap kubu kuat UmNO di Johor.

      Saya percaya TSMY juga bertindak di atas apa yang dia percaya sebagai perkara yang betul untuk dibuat, kerana dia adalah mentee no. 1 ayahanda Tun, dan telah belajar banyak perkara daripada Tun termasuklah untuk tidak mempedulikan cercaan dan cacian manusia sekiranya kita yakin kita sedang melakukan perkara yang betul di dalam keadaan yang memerlukan keputusan dibuat.

      Saya cuma risaukan TSMY apabila dia mula melihat dirinya seperti Brutus yang lebih sayangkan Rom berbanding Ceaser walaupun dia mengakui dia amat menghormati Tun, dan 'mahu mengorbankan Ceaser demi kesinambungan empayar Rom yang Agung'

      Saya takut dia silap langkah dan cuba mengorbankan Tun di dalam permainan ini kerana menyangka ia satu keperluan demi survival PPBM, Melayu, Muslimin dan Malaysia. Hakikatnya saya melihat situasi sebenar adalah sebaliknya iaitulah TSMY yang perlu dikorbankan demi survival PPBM.

      Tun sedang melakukan perkara yang betul demi survival PPBM, iaitulah dengan cuba menjatuhkan TSMY daripada kerusi PM-8. TSMY kelihatan sedang mula hanyut di dalam budaya-budaya buruk UmNO seperti memberi gula-gula dan sebagainya. Saya takut dia terbabas dan merugikan segala langkah perjuangannya bersama Tun selama puluhan tahun sekiranya dia memilih untuk bertempur dengan Tun dan menjadi sebahagian daripadanya golongan 'Mereka Yang Tertewas'.

      Gerakan TSMY telah mencheckmate DAP dan Kempen 'Anwar PM-8' dan menamatkan kebiadaban PH kepada Tun dan PPBM. Saya amat berterima kasih kepadanya kerana langkahnya itu, tetapi di dalam permainan catur adakalanya sesuatu buah catur itu perlu dikorbankan walaupun selepas dia baru sahaja menumbangkan buah catur pihak lawan yang lebih tinggi hierarkinya. Ibarat Bishop yang menumbangkan Queen dan kemudian Bishop itu pula yang ditumbangkan oleh mana-mana buah pemain lawan. Ia satu keperluan demi memastikan pasukannya menang.

      Selepas DSMM sbg Timbalan Presiden PPBM telah terkorban di dalam permainanan catur ini apabila kehilangan kerusi MB Kedah, maka pemain yang berikutnya yang perlu dikorbankan oleh PPBM ialah TSMY selaku Presiden. Demi survival PPBM, TSMY mesti turun atau diturunkan daripada kerusi PM-8.

      Tun diperlukan di perlawanan akhir dan dia mesti dikekalkan at all cost demi mempastikan PPBM yang muncul pemenang.

      Wallahu a'lam.

      Delete
  7. Assalamualikum KD.... Selamat Hari Raya kpd KD dan keluarga serta semua penyumbang dan pembaca blog KD. Semoga kita semua dirahmati Allah dan dijauhi darpada mara bahaya dan mara petaka. Aminnnn...

    #stayathome&staysafe#

    ReplyDelete
  8. Bro John,rakan2..Selamat Hariraya
    Tun umpama The Sleeping Tiger
    Takpe kalau tidak percaya
    Kebenaran tetap kan muncul juga!

    Sumbangan bro tetap relevant
    Ramai juga ternanti nanti
    Roti panas di dalam oven
    Bila disaji ramai nikmati!

    Analisa baik susunan teratur
    Itu tanda fikiran cemerlang
    Seperti Tun bermain catur
    Pakar catur tetap gemilang!

    Dihina 'pengkhianat' namun pahlawan
    Negara bangsa dia yg naik
    Dihormati dunia kawan dan lawan
    Pulih negara niatnya baik!

    Pemimpin songlap dia tak setuju
    Sama juga penunggang agama
    Jika rasuah masih di baju
    Tolak..walau bangsa yang sama!

    Ini pahlawan tak gentar Roket
    Roket sendiri tak berani gempur
    'Dicucuk hidung' dakwaan lekit
    Tuduhan kotor dah baling lumpur!

    Yahudi,Barat dia tak takut
    Tidak menyembah,Islam dibela
    "Singkir perasuah" tak mahu ikut
    Sudahnya Melayu yg dapat bala!

    Jika Melayu ikhlas bersatu
    Tolak rasuah si tukang songlap
    Roket pasti terhempas ke batu
    Melayu pilih ke jalan gelap..!

    Semua kerana Pahlawan berprinsip
    Sayangi bangsa melebihi lawan
    Sedondon bertanjak,keris tersisip
    Takkan sama taraf Negarawan!

    Suatu ketika di satu masa
    Sejarah pasti dapat membukti
    Siapa leka, siapa berjasa
    Sesal kemudian tidak bererti!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sdr Fan Tun di atas sokongan.

      In shaa Allah saya masih akan muncul di alam maya cuma tidak seaktif sebelum ini. Saya beritahu siap-siap supaya tidak ada sesiapa salah sangka ia adalah disebabkan oleh tuan blog atau mana-mana sahabat lain apabila melihat saya kurang aktif berbanding sebelum ini.

      In shaa Allah kita kekal bersama Tun sehingga kemenangan mutlak itu menjelma.

      All For One and One For All.

      Salam Aidilfitri dan salam perjuangan.

      Delete