Showing posts with label LIM KIT SIANG. Show all posts
Showing posts with label LIM KIT SIANG. Show all posts

Wednesday, June 8, 2011

Hadi malu2 anjing...



KUALA LUMPUR 7 JUN : Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, beliau tidak mahukan jawatan Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat berjaya dalam pilihan raya umum ke-13.

Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, perjuangan PAS adalah untuk menyelamatkan negara dan memperkenalkan dasar negara berkebajikan yang dibawa oleh pakatan pembangkang.

Hadi Awang tidak perlu malu malu anjing untuk membuat pengakuan berminat untuk jawatan PM jika benar benar mahu menang pilihan raya ke 13 ke arah Negara Kebajikan seperti yang diperjuangkannya. Tidak mungkin Negara Kebajikan akan ujud jika Anwar atau Bedul bin Lim Kit Siang yang menjadi PM kerana mereka mempunyai cita dan selera yang berbeza.

Sekurang kurangnya Hadi boleh tawarkan kepada Mat Sabu bagi pihak PAS sebagai PM atau ajak ajak ayam pada Nik Aziz. Hadi perlu serius kerana orang Melayu sudah nak beralih kepada PAS dari UMNO.


ATAU PENGAKUAN ITU SEBAGAI MAKSUD PEMBANGKANG TIADA PELUANG KE PUTRAJAYA, SEKADAR ANGAN ANGAN.

Friday, February 19, 2010

Zoo Negara berpindah ke Parlimen - cadangan Lim Kit Siang

Lim Kit Siang mencadangkan isu pendakwaan ke atas Anwar Ibrahim di adakan satu parlimen khas untuk membincang menggugurkannya.
Najib dah jawab - ini isu peribadi Saiful Anwar dan tidak ada kena mengena dengan dasar kerajaan.
Lim Kit Siang kena ingat, parlimen adalah tempat lahirnya undang2 liwat yang sedang dikenakan ke atas Anwar dan wajar dia menasihati Anwar sebagai Ahli Parlimen untuk menghormati apa yang parlimen luluskan.
Jangan jadikan parlimen sebagai zoo atau sarkas untuk mereka salahguna masa, tempat dan tajuk. Jangan bazir duit rakyat. Anwar sudah mengambil peluang keadilan semaksimanya, berapa kali rayu, berapa kali tangguh????

Apakah Lim Kit Siang mahu mengisi zoo dengan pertunjukkan sangkar ini...

Thursday, May 14, 2009

Hadi lebih kanan dari Lim

Di kenyataan akhbar Pakatan hari ini, kedudukan ranking adalah seperti dibawah, ini penanda baik bahawa di dalam Pakatan, PAS atau DS Hadi lebih kanan dari Lim dan jika diambilkira dalam status kerajaan Sep19 - Hadi Awang layak sebagai Timbalan Perdana Menteri atau sekurang kurangnya Timbalan Perdana Menteri 1 dan layak lagi untuk menuntut Menteri Pelajaran dan Menteri Kewangan diberikan kepada PAS.

Berstatuskan Presiden PAS yang tidak ditandingini pada muktmar terdekat, kita berharap status ini kekal selepas pRU13.

Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Dato’ Seri Abdul Hadi
Lim Kit Siang

Wednesday, March 4, 2009

Putar2, Putar.. Putar... Kaki Mengayuh..Abang Beca Lim Eng Guan

Satu laporan Bernama - Lim Eng Guan akan bincang dengan lain lain kerajaan negeri Parti pakatan Pembangkang Rakyat (PPP) berhubung garis panduan pengistiharan harta di kalangan EXCO.

Inilah contoh terbaik putarbelit kerana pada masa Lim Eng Guan anak kepada Lim Kit Sia L menjadi pembangkang berpuluh tahun (sejak dilahirkan) merekalah juga yang melalak dan memperjuangkan supaya kerajaan BeeEnd pada masa itu membuat pengistiharan harta tetapi apabila sampai kena batang hidung sendiri, selepas setahun menjadi kerajaan negeri, banyak pula alasan diberi.

Di Selangor, semasa menjadi pembangkang, melalak Khir Toyo dituduh rasuah dan menyeleweng tetapi setahun menjadi kerajaan negeri, Khir Toyo masih sihat lagi, baru baru ni je didedahkan itupun sebagai serangan balas apabila Khalid sendiri terpalit dengan isu rasuah.

Kepada rakyat, marilah kita perjuangkan sesuatu yang menjadi hak kita, kita tuntut hak kita kepada mana mana kerajaan tidak kira berlabelkan parti apa - kita mahu kerajaan yang adil, bercih, cekap dan amanah untuk rakyat - bukannya adil dan cekap untuk diri mereka , anak menantu mereka atau kroni mereka.

Rakyat mesti bangun dengan berani untuk memperjuangkan hak rakyat yang utama, kita sokong siapa sahaja pemimpin yang berani memperjuangkan kebenaran berdasarkan undang undang serta perlembagaan dan kita pancung mana mana pemimpin yang memperalatkan rakyat, korup, penipu dan perkauman.

Kalau dah hantu, tetap hantu...menyamar pun tetap rakyat kenal..

Sunday, October 19, 2008

...pertikaian kualiti pemimpin UMNO melalui cerminmata Shahrir.

http://blog.limkitsiang.com/2008/10/20/looking-for-umno%e2%80%99s-next-ex-leader/

Selepas Mahathir, tidak dinafikan UMNO menghadapi krisis pengisian pemimpin yang setaraf dengannya dan lebih malang, pengganti langsungnya, Paklah bukan sahaja gagal meneruskan apa yang telah Mahathir bina dan majukan tetapi sebaliknya menghentikan dan memusnahkannya.

Paklah juga mentadbir negara lebih kepada 'bercakap dan berkhayal' seolah olah semua impian itu terjadi dengan sendirinya tanpa perlu tumpuan, tenaga dan usaha yang bersungguh dari semua peringkat, tidak ada perlaksaan yang boleh dibanggakan kecuali plan di atas kertas sahaja.

Kelemahan Paklah yang ketara inilah membuatkan BN ditolak dan dinafikan majoritinya 2/3.

Tetapi kemunculuan Anwar sebagai hero korup hidup semula dan penawanan 5 negeri oleh Pembangkang tidak harus ditafsirkan sebagai mereka mempunyai kualiti kepimpinan peringkat 'negara' untuk dibanggakan kerana kemenangan pemgbangkang sebenarnya berdasar penolakan rakyat keatas kerajaan yang lemah dan BUKANNYA PEMILIHAN KEPADA PEMBANGKANG BERDASARKAN PEMBANGKANG BAGUS ( Pembangkang kena sedar diri )

Selepas ini, selesai sahaja sebahagian besar parti komponen membuat beberapa perubahan dalaman parti mereka sendiri sudah pasti BN juga akan membuat beberapa perubahan drastik yang lebih baik dan dijangka akan mengembalikan kepercayaan rakyat secara majoriti.

UMNO akan dibarisi sebahagian besar kepimpinan baru, jauh dari bayangan Paklah dan UMNO sekali lagi mengetuai dan dijadikan rujukan oleh komponen BN sebagai sandaran dan harapan(bukan buli) dengan lebih bergaya.

Memperkatakan tentang ketandusan pemimpin, parti pembangkang juga mengalami masalah serupa dan yang lebih teruk sehingga dikatakan, kalau batu pun yang diletakkan calon dalam PRU12 yang lalu atas nama Pakatan, pembangkang akan menang kerana rakyat ingin mengajar BN, tidak lebih dari itu.

Memperkatan tentang ketandusan pemimpin di dalam UMNO oleh Shahrir bukanlah sesuatu yang perlu dipandang terlalu serius kerana Shahrir bukanlah jurucakap UMNO yang sesuai dan layak kerana dia sendiri berjenama semula selepas di ambil Paklah untuk menjadi pecacai barisan hadapan. Jika Shahrir bercakap atas kebenaran, dia harus mempertikaikan kepimpinan Paklah terlebih dahulu sebelum mempertikaikan kualiti lain lain pemimpin UMNO. Tetapi Shahrir tidak berbuat demikian kerana dia sendiri tidak punya kualiti negara dan sekarang sedang menghampiri semula zaman 'senyap dan sunyinya'.

Selamat bersara untuk Shahrir.

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...