Showing posts with label Mahkamah. Show all posts
Showing posts with label Mahkamah. Show all posts

Tuesday, September 20, 2011

Kesian Mat Sabu...sebab dia Melayu

BUTTERWORTH 21 Sept. - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau Mat Sabu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membuat tohmahan yang memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka yang terlibat mempertahankan Balai Polis Bukit Kepong dalam ceramahnya di Padang Menora, Tasek Gelugor, dekat sini, 21 Ogos lalu. - Utusan
 Mat Sabu akan didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth esok ekoran lebih seribu laporan polis dibuat berhubung ucapan kontroversinya berkaitan peristiwa Bukit Kepong. 

Apakah 'pandangannya' yang lebih merupakan pandangan peribadinya tanpa hasutan untuk mana2 pihak bangun memberontak atau menentang kerajaan wajar dihadapkan ke mahkamah sedangkan pihak2 lain yang nyata menghina negara dan bangsa secara terang2an dibiarkan terlepas.

Apakah memberi pandangan dan pendapat kini sudah menjadi satu kesalahan dan jenayah?


Apakah membuat laporan polis yang palsu bukan satu jenayah berat yang tidak perlu diambil tindakan mahkamah segera?

Apakah tindakan memfitnah PM terlibat dengan satu pembunuhan bukan satu jenayah berat yang perlu di ambil tindakan mahkamah segera?

Apakah menghina bendera Malaysia dan negara dalam bentuk nyanyian bukan satu kesalahan berat?

Apakah memberi pandangan untuk menukar corak bendera Malaysia sekadar perlu minta maaf dan  di anggap selesai.

" Tahniah diucapkan diatas kecekapan polis dalam menangani kes Mat Sabu, tetapi jangan ingat rakyat tidak boleh menilai apabila banyak kes lain yang semacam dibiarkan berlarutan terutamanya dari pemimpin BN dan umno.
Seperkara lagi, janganlah kerana laporan yang salah dan fitnah oleh akhbar "pecacai" umno seseorang didakwa dengan berbagai tuduhan, yang buat fitnah dibiarkan lepas." - Tinta hijau dari kaki bukit

"KUALA LUMPUR, 20 Sept – Pakatan Rakyat menyifatkan langkah pihak berkuasa mahu mengenakan tuduhan ke atas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu sebagai tindakan bercanggah dengan pembaharuan politik diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Khamis lalu. Sehubungan itu mereka menggesa pentadbiran Najib menggugurkan tindakan perundangan yang akan dibawa ke atas Mohamad esok"

InsyaAllah Mat Sabu akan didapati tidak bersalah kelak di sisi undang2....tetapi dan lebih penting Mat Sabu wajar meminta maaf di atas pandangan peribadinya itu, Memohon maaf sudah tentu tidak merendahkan kredibilinya.

Tetapi lakonan mat sabu dan penyokongnya, kutip derma untuik bayar duit jaminannya cukup 'jijik' dan murah sangat.




Friday, June 4, 2010

Pelanggan tidak bersikap adil terhadap mahkamah..


















Sejauh
manakah mahkamah
adalah tempat kita mencari keadilan???

Hari ini pelanggan2 mahkamah
datang hanya membayar satu tiket di kaunter (daftar kes) dan kemudian berduyun duyun masuk untuk menunjukkan pelbagai aksi zoo mereka?

Sunday, February 7, 2010

Malaikat pun nak dpindahkan..

Kemaskini:

Mengikut keterangan Saiful di mahkamah, dia tidak menjalani pemeriksaan di PUSRAWI sebaliknya doktor tersebut merujuknya (To Rule Out) ke Hospital Kuala Lumpur.

Cerita bohong Anwar and the gang sebelum ini ialah Saiful diperiksa dan doktor mengesahkan tiada kesan liwat (To Rule Out).

No wonder Anwar menangguh dan mengelak berpuluh kali kes ini dibicarakan kerana takut 'tembelangnya' pecah dan kebenaran demi kebenaran mula terserlah.

Anwar, are you ok ?


Anwar mohon hakim dilucut daripada dengar perbicaraan

08/02/2010 12:06pm
KUALA LUMPUR 8 Feb. – Perbicaraan kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim masuk hari keempat hari ini, bagaimanapun kes berkenaan ditangguhkan apabila pasukan pembelaan membuat permohonan supaya Hakim Datuk Mohamad Zabidin Md Diah dilucutkan daripada mendengar perbicaraan kes itu.

Satu tindakan bijak Karpal untuk melengahkan kes secara sah dari sudut perundangan bertujuan 'politik' dan jika ini lagaknya, tidak mustahil pertukaran hakim akan berlaku 3 atau 4 kali setiap kali hakim dilihat 'bias' atau tidak bersetuju dengan peguambela sepanjang kes ini dibicarakan. Ini baru fasa 1.

Fasa ke 2, apa juga keputusannya, kita pasti akan melihat proses rayuan demi rayuan akan dibuat seperti yang dibenarkan undang2.

Fasa ke 3 - pelbagai kemungkinan????

Anwar juga sering menuduh kerajaan campurtangan dan konspirasi jahat ke atas dirinya.
Kenapa agaknya kerajaan tidak konspirasi jahat terhadap Hadi, Nik Aziz, Lims dan lain lain.
Apakah di Malaysia ini hanya Anmwar seorang sahaja yang hebat dan ditakuti..

Dalam perbicaraan ini, kita lihat Anwar sedang menguasai 'permainan' walaupun Saiful yang menjaringkan gol pertama (itu buat Anwar gelabah puyoh, terkejut berok.....) dan Anwar jika leka 'bermain' terus dia akan dilihat membuang masa bukan sahaja oleh rakyat Malaysia tetapi masyarakat dunia dan akhirnya dia tidak 'laku' lagi diperingkat antarabangsa.

Kalau boleh agaknya, malaikat pun mahu Anwar tukarkan, malaikat sebelah kanan dipindah sebelah kiri dan malaikat sebelah kiri dipindah ke kanan.

Anwar, are you ok ??

Jadi rakyat Malaysia, buatlah kerja kamu, ini bukan masalah negara, ini bukan masalah hidup mati anak beranak kita, bukan masalah periuk nasi kita, jangan buang masa dengan masalah peribadi dua orang ini.


Monday, February 1, 2010

?? Perbicaraan mesti ditangguhkan - Anwar mesti dibebaskan..


Kita patut beramai ramai mendesak Anwar apa jua cara untuk meangguhkan sekali lagi perbicaraan.
Kita mahu Anwar tidak terlalu awal dibicarakan dan sekaligus terlalu awal untuk didapati bersalah atau tidak.
Kita mahu Anwar untuk terus mencorakkan politik negara dengan janji dan bukti bukti kosongnya.
Kita mahu mengheret Anwar ke Putrajaya dan ditabalkan menjadi PM Malaysia untuk memberi peluang dia berkuasa dan melepaskan dendam2nya.
Kita mahu Anwar terus menjadi contoh Melayu yang menjual maruah Melayu untuk cita cita politik peribadinya.
Kita mahu Anwar dikuburkan dalam pilihanraya akan datang di Permatang Pauh kerana berbohong kepada pengundinya.
Kita mahu Anwar terjun Jambatan Pulau Pinang sebagai menebus dosanya kepada Melayu Pulau Pinang kerana mengangkat pemimpin kuku besi dan racis sebagai KM di sana.
Kita mahu Anwar terus dipergunakan DAP, dijadikan boneka untuk mengajak dan memperbodohkan Melayu menyokong perjuangan suci DAP.
Kita mahu Anwar dibebaskan sebagai pejuang yang salah dan kalah.

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...