Showing posts with label Masjid. Show all posts
Showing posts with label Masjid. Show all posts

Saturday, May 1, 2010

Pembangkang di alu alukan ke Johor - URGENT!!!

Lebih 50 masjid di seluruh Johor dalam keadaan uzur yang memerlukan ubahsuai kerana sudah terlalu uzur dan tidak dapat menampung jumlah pertambahan penduduk - demikian pengumuman Ghani Othman di TV3 sebentar tadi.

Satu usaha sedang dijalankan untuk mendapat peruntukan dalam masa 2-3 tahun untuk menampung kos pembaikan dan ubahsuai tersebut dan jika usaha itu gagal, masjid masjid berkenaan terpaksa menunggu 20 hingga 30 tahun lagi.

Rakyat Islam Johor dan masyarakat setempat yang mengalami masalah ini harus bertindak berani dan cerdik, mereka patut menjemput parti pembangkang untuk segera mengembangkan sayap dan mengadakan siri ceramah yang berterusan menjelang PRU13, dengan cara ini sahajalah peruntukan demi peruntukan segera (gula gula pilihanraya) akan mencurah curah sampai, terjun dari langit Kerajaan Pusat.

Taktik ini sudahpun dilaksanakan dengan jayanya oleh kaum India dan Cina dalam pilihanraya umum12 dan pilihanraya2 kecil selepasnya. Yang terbaharu di Sungai Buluh.

Apakah wak wak Jawa dan Bugis di Pontian dan Batu Pahat sudah kekeringan idea, bagaimana pula Melayu dan Banjar di Muar.

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...