Showing posts with label Matrikulasi. Show all posts
Showing posts with label Matrikulasi. Show all posts

Tuesday, April 20, 2010

Sistem Permohonan Online Kementerian Pelajaran Matrikulasi bersifat durjana..

Hari ini hati terbakar di Putrajaya, terbakar kepada Pengawal Keselamatan, kepada Bahagian, Jabatan, Kementerian, bekas Menteri dan Menteri sekarang.


Hati terbakar dengan jawapan mereka dan perlaksanaan tugas dan kerja.

Putrajaya adalah petempatan baru Jabatan Kerajaan, dan sebegitu besar dan canggih perancangan, masalah parking cukup sedih. Tidak membenarkan kenderaan parking di sepanjang jalan yang direntang tali sekeliling bangunan sedangkan tempat parking tidak disediakan dan tidak cukup, adalah tindakan yang tidak berhati perut.

Cerita sebenar: Saya ke Putrajaya, Parcel E, Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan untuk membuat rayuan di atas kegagalan penempatan anak saya (SPM 2009) ke mana mana Matrikulasi. Sampai di sana jam 11.30 pagi selepas berjalan lebih 1KM dari tempat parking (Alamanda) dan kami kesana dari Johor (250KM)

Sampai di sana saya hulurkan semua dokumen yang diperlukan termasuk cetakan komputer keputusan gagal penempatan. Tak sampai satu minit (cekapnya) kerani tersebut memaklumkan anak saya tidak pernah memohon masuk matrikulasi secara online, tidak ada nama dalam database mereka. Saya katakan kepadanya mustahil anak saya tidak memohon sebab bukan sahaja memohon melalui online, malah kami (saya dan anak) sama sama update beberapa kali secara online (internet).
Keputusan yang dicetak (dibawa bersama) juga menyatakan 'tidak berjaya' dan bukannya 'nama tidak ada dalam database'.


Seterusnya dia meminta saya salinan permohonan online sebagai satu bukti. Jawapan saya kepadanya berbentuk pertanyaan, apakah 'salinan print permohonan menjadi satu yang diwajibkan'? Katanya tidak, tetapi digalakkan... Dan saya kata lagi, sistem 'gila' apa yang kementerian pakai kalau untuk membuat permohonan, dikenakan bayaran (beli pin RM10 di Bank Simpanan Nasional) dan selepas itu dengan mudah dikatakan, permohonan tidak dibuat dan jika ada, mana bukti.

Hendak atau tidak, saya kena isi semula borang dengan makian dalam hati......pu..)*&^^&%$%$#@cela..**7lan..**&6

Ketika dan dalam masa yang sama, ramai lagi mangsa yang senasib dengan anak saya, malah ada yang 8A termasuklah anak saya (7A)tidak ada dalam database.. dan bayangkanlah kalau mereka tidak datang, sekadar surat rayuan kerana tinggal lebih jauh dari saya atau tidak berkemampuan (kos) untuk datang tetapi ingatkan semuanya ok, tentulah mudah untuk jabatan membakulsampahkan rayuan mereka ini. Celaka sungguh kakitangan kerajaan Kementerian ini. Kalau tak dapat kerana tak layak, cukup adil, tapi kalau tak dapat kerana 'celaka' mereka ini, memanglah zalim.

Bagi saya tidak mungkin sistem silap, yang mungkin adalah kecuaian dan kedurjanaan kakitangan bahagian ini (Matrikulasi). Siapa mereka? - Pengarah, Ketua Pengarah, Ketua Setiausaha, Timbalan Menteri, Bekas Menteri dan Menteri sekarang. Mereka golongan yang di amanahkan tetapi bertindak zalim kepada rakyat dengan cara ini secara langsung atau tidak.

Malam ini saya akan email kepada Ketua Pengarah dan hantar ke media utama (Utusan Malaysia) - mereka yang malang diluar sana mungkin ramai dan perlukan pembelaan yang sewajarnya.

SATUS QM TERKINI

  Sejak Disember 2023 agak kecoh di medsos dan berlarutan hingga sekarang. Masing masing yang peka berkenaan perkembangan QM mungkin tidak p...