Showing posts with label Najib. Show all posts
Showing posts with label Najib. Show all posts

Wednesday, March 18, 2009

Logik ke pembangkang takut kepada seorang PM yang lemah !

Jika Najib terlalu najis dan kotor serta buruk dan lemah untuk menjadi PM tentulah itu merupakan faktor terbaik untuk pembangkang memenangi pilihanraya akan datang.

Agak aneh pembangkang terlalu takut, cemas dan resah untuk berhadapan dengan PM yang lemah.

Nyata ketakutan pembangkang bererti Najib akan menjadi seorang PM yang masak dengan tipu daya mereka.

Sunday, March 1, 2009

Najib Jumpa Anwar.

Anwar pernah dipecat dan terkeluar dari politik Malaysia tetapi kerana politik sudah menjadi darah dagingnya dia kembali semula... berbanding dengan Najib yang berada di persada politik ketika muda dan selesa tetapi getir ketika menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Kegetiran berlaku kerana tingkah laku Anwar yang sentiasa mencari lubang untuk mengaibkan Najib dan getir kerana tingkahlaku Paklah yang flip flop sampai sekarang.

Getir juga kerana terpalit tuduhan yang gagal dinafikan secara sempurna dan kelemahan politik dalam pendekatan dan keputusan lebih lebih lagi gagal menjadi hero rakyat ketika Paklah diambang kebencian dan ditolak rakyat.

Peranan yang gagal inilah dapat disambar oleh Anwar dengan mudah dan menjadi idola kepada penyokong yang marah dan kesal kepada Najib yang sama lembek dengan Paklah.

Anwar tanpa belas dan kasihan terus memburukkan Najib dengan pelbagai konspirasi dan tuduhan liar supaya rakyat benci kepada najib, benci kepada kerajaan dan sekaligus memudahkan laluan Anwar ke puncak kuasa.

Anwar tidak berjaya sepenuhnya memburukkan Mahathir malah Anwar yakin dia akan hilang simpati rakyat jika terus melampau memburukkan Mahathir dan yang lebih penting Anwar tidak mendapat apa apa untung untuk memberi tumpuan dan masa kepada isu Mahathir dan Mahathir pun sudah tidak punya kuasa dan tidak memberi ancaman langsung kepadanya.

Memburukkan Najib dan menjatuhkannya samalah juga menyekat pengaruh Mahathir.

Terpenting, Anwar tahu dia bersalah dan Mahathir benar - dan dia tidak mampu melawan kebenaran.

Anwar tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk berada di garisan penamat untuk berkuasa atau akan terus hilang peluang jika Najib berjaya disahkan sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia - sesuatu harus dilakukan, do or die March ini !!!!!!!!!!!!!!

Najib mungkin hanya mengharapkan nasib untuk menyebelahinya kerana jika dalam berperang - Najib sudah hilang daya juang dan askarnya lintang pukang, Generalnya pun tidak sehaluan malah mahu berbunuh bunuhan sedangkan Anwar walaupun ada kepincangan masih mampu merapatkan pakatan walau berbeza fahaman.

Satu cara yang pasti - Najib mesti berjumpa Anwar untuk satu toleransi dan kedamaian untuk keberuntungan Melayu dan Islam dan PAS adalah jambatannya dalam tawaran Kerajaan Perpaduan.

Najib mesti secara terbuka membuat tawaran kepada Anwar untuk berdamai dan mencari jalan satu titik pertemuan dan persefahaman dari kemelut politik yang menjejaskan ekonomi negara.

Najib mesti akui dari segi kematangan dan strategi politik dia ketinggalan jauh dari Anwar tetapi dia akan menang dan mendapat sokongan dan kepercayaan rakyat jika 'ikhlas' dan Anwar akan ditolak dan tewas jika enggan berdamai dengan Najib melalui kesaksian PAS.

Hadi Awang sebagai Perdana Menteri, Najib sebagai Timbalan dan Anwar sebagai Menteri Kanan atau Penasihat Negara dan Nik Aziz sebagai Mursyidul Negara.

Apakah mereka sanggup demi rakyat atau masih mahu bermain politik.

Monday, February 16, 2009

Ohhh tidak..

Abdullah diberi ucap selamat bersara - Titah Agong.

Abdullah yang pada awalnya 'putih' menjadi 'hitam' dihujungnya..kita cuba Najib di awalnya 'hitam' mungkin 'jadi 'putih' dihujungnya.

Tidak salah mencuba seperti kita mencuba Pakatan untuk memerintah beberapa negeri dan kita sedang menilai mereka.

Tidak salah kita mencuba Najib kerana setiap pintu hadapan ada pintu belakangnya.

Saturday, January 17, 2009

Najib makin tumpul.

Sikap pemimpin UMNO yang suka menatang dan membelai minoriti di Kuala Terengganu secara berlebihan dengan memberi peruntukan dan 'ang pow' semata mata untuk meraih undi merupakan satu kesilapan dari kacamata orang Melayu yang melihat hari ini pemimpin UMNO masih gagal kembali kepada perjualangan asal untuk Islam, Melayu dan Negara. Lebih malang 'ang pow' itu diterima tanpa balasan 'undi' yang diharapkan.

Sikap PAS yang sengaja berlembut tentang hudud untuk meraih sokongan bukan Islam dilihat tidak merugikan kerana pilihanraya kecil bukanlah tempat yang sesuai untuk lantang menantut sesuatu yang bersifat nasional. lagipun PAS tidak memberi apa apa tetapi sebaliknya mendapat 'balasan' undi setimpal dari bukan Melayu, begitulah bijaknya PAS melalaikan DAP dan PKR.

Majoriti orang Melayu khususnya yang masih sayangkan UMNO merasa puas dan suka atas kekalahan ini kerana inilah satu satunya cara yang mungkin boleh mengajar pemimpin UMNO sekarang khususnya Paklah supaya cepat cepat sedar dan bertindak kembali ke pangkal jalan. Dolah sepatutnya sudah berundur Disember lalu jika bukan kerana ego dan kepentingan anak beranak. (tak cukup dan tak habis habis lagi). Pemimpin UMNO kembali harus mengutamakan orang Melayu dan memberi keadilan kepada rakyat yang lain mengikut dan mempertahankan perlembagaan.

Jika UMNO masih ingin kembali relevan di arena politik dan pemerintahan kerajaan, bulan March nanti merupakan usaha terakhir mereka. Jika kroni Paklah masih dipilih khususnya KJ - bererti UMNO menempah nasib yang lebih malang dari nasib malang malang yang sebelum ini. KJ harus berani mengaku kesilapan dan kesalahan jika dia masih mahu diterima UMNO. KJ harus berani mengaku silap dan salah jika dia masih mahu diterima dan dihormati oleh mana mana parti politik lain juga. Jika tidak, KJ hanya dianggap 'terlalu bermasalah dan membebankan' di mana sahaja dia berada - itu hakikat.

Mungkin politik KJ tidak sebegitu penting, dia sudah cukup kaya untuk bersenang lenang, cukup 'contact' untuk dapat projek yang lebih baik tanpa 'menyakiti' orang lain. Bagaimana pula dengan politik Najib yang semakin haus, tumpul dan 'habis idea'.

Najib menghadapi penghujung politik yang cukup malang kerana tidak ada 'faktor' lagi yang boleh mebantunya untuk kembali bertenaga dan wibawa. Dia begitu tunduk kepada Paklah ketika rakyat memerlukan pembelaan, dan tidak menyatakan sokongan secara terbuka kepada Muhyiddin sehinggakan berlaku pertandingan dan menyukarkan Muhyiddin. sikap 'main selamat' untuk dirinya sendiri kini menjadikan Najib sendirian tanpa sokongan kuat dari pemimpin lain.

Sudah acap kali Najib mengetuai pilihanraya kecil yang penghujungnya gagal, Najib sudah ketandusan idea dan strategi, Najib yang sudah hilang bayang Tun Razak dan sokongan Tun kini dilihat lemah dan bermasalah. Apakah rakyat masih menaruh harapan kepada seseorang yang kini hilang kawalan untuk 'menang' pilihanraya dan dikelilingi pula kroni Paklah dan musuh baru (Muhyiddin).

Benar kata Tun, dengan kelewatan pengunduran Paklah yang direstui Majlis Tertinggi, UMNO sudah kesuntukkan masa memperbaiki kelemahan menjelang PRU13, bukan itu sahaja, kerajaan sekarang juga mungkin dirampas dengan mudah oleh Anwar (walaupun Karpal pura pura tidak setuju) kerana terlalu ramai 'perosak' dalam UMNO yang akan melompat apabila merasakan 'padang' di sebelah sana lebih hijau dan sampan di sebelah sini sudah bocor.

Sunday, October 26, 2008

Khaled Nordin dan Zahed Hamidi - Bekas Boss Jais Sarday

Kluang calonkan Najib - Muhyiddin
26/10/2008 4:42pm


KLUANG 26 Okt. - Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kluang mencalonkan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk bertanding jawatan Presiden dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden dalam pemilihan parti Mac tahun depan.

Bagi kerusi Naib Presiden, para pemimpin yang dicalonkan ialah Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. - Utusan

Tuesday, October 14, 2008

Sokongan kepada pembangkang merosot.

Adakah pembangkang semakin kuat sekarang ini berbanding dengan sebelum pilihanraya kecil Permatang Pauh.

Melihat kepada pihak pembangkang, Anwar yang munafik dengan memutarbelitkan tarikh pengambilalihan kerajaan dan peristiwa celupar Teresa Kok dan banyak lagi insiden mempengaruhi suasana rakyat yang pembangkang terutamanya harus menilai semula pengaruh mereka di kalangan majoriti rakyat yang mempunyai kuasa mengundi yang kuat.

Kekuatan mereka kini lebih bergantung kepada PAS yang agak stabil dari segi pendapat dan tindakacara, lebih sederhana dan realiti.

Kalangan penyokong2 pembangkang juga tidak banyak menyokong pembangkang dalam ertikata mempengaruhi pengundi untuk terus setia dengan pembangkang atas sikap mereka yang perkauman tebal, egois dan melampau, kebanyakkan mereka lupa asal usul nenek moyang mereka, mereka yang dulunya merempat kini bercakap tentang hak melebihi sempadan dan tanpa berlapik.

Melihat sikap mereka di blogg Rockys Bru sehari dua ini menggambarkan penyokong pembangkang sudah tidak melihat 'isi' tetapi lebih kepada kulit dan luaran serta lebih menggunakan nada ugutan dan paksaan terhadap penulis supaya lebih memihak kepada kita. Mereka menjadi fobia dan ketakutan yang amat sangat, cemas tidak menentu bila mendengar nama dan pengaruh Mahathir dalam kerajaan kepimpinan baru sekarang.

Walaupun berita itu tidak mungkin betul tetapi jelas pembangkang dan penyokong pembangkang sudah merasai nyawa mereka cukup terancam, impian mereka menjadi kabur dan rakyat sukar diperbodohkan lagi jika Mahathirism kembali menjadi ideal dan idola rakyat.

Untuk memenuhi cita cita mereka, Dolah masih kasih dan sayang untuk memberi mereka masa sehingga Mac 2009 untuk melakukan sesuatu jika mahu mengambialih kerajaan, sebab itulah Anwar yang kena sumpah kembali memberi janji untuk nafas baru kepada Pakatannya dengan disokong lebih kuat kali ini dari PAS dengan Nik Aziz terpaksa turun padang dan mengeluarkan kenyataan demi kenyataan yang menyokong Pakatan. Nik Aziz begitu kemaruk mendapatkan kuasa kerajaan sehingga tatasusila Islam untuk membentuk kerajaan sudah terpesong dan cacat. Hadi Awang hanya memerhati bagaimana liciknya Anwar memberi gula gula dan mempengaruhi Nik Aziz dengan begitu mudah. Begitulah kecilnya Nik Aziz yang terperangkap dengan mainan politik kulit yang menjanjikan 'Islam' diberi tempat.

Selepas mac, selepas Najib menjadi PM, jika pembangkang masih gagal, anggaplah mereka gagal selama lamanya kerana mereka tidak mengambil kesempatan di atas kelemahan parti kerajaan sekarang sedangkan Dolah sudah membuka pintu besar seluasnya untuk mereka masuk.

Nama Mahathir - menjadi igauan dan ketakutan yang amat sangat bagi mereka. Nama Mahathir merupakan satu kekuatan kerajaan.

Blogg ini mengalu ngalukan penyokong pembangkang untuk meluahkan rasa isi hati mereka secara melampau tetapi segala pendapat dan tulisan adalah tanggungjawab sendiri. Tiap daerah ada sempadan, tiap kubur ada dua batu nesan.

Wednesday, October 8, 2008

Individu Ke 2 yang Perlu Disingkirkan..

Pengumuman Dolah untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden UMNO disambut dengan rasa lega oleh minoriti rakyat (akar umbi UMNO) dan sebak oleh majoriti rakyat ( pembangkang dan segelintir kroni UMNO). Sebak kerana mereka kehilangan 'individu' yang boleh menjadikan impian mereka untuk menjadi kerajaan akan terus hancai. Mereka boleh terus mengekalkan status 'pembangkang yang kuat' untuk musim ini.

Dalam ranking, Dolah adalah pemimpin pertama dan utama yang perlu berkorban untuk turun dari atas bagi memenuhi kehendak rakyat yang mahu mencuba nasib dengan pemimpin baru seperti Najib atau yang sewaktu dengannya. Bagaimanapun tidaklah semudah itu kerajaan hari ini untuk tangani pelbagai masalah yang telah ditinggalkan Dolah dengan segala kerenah dan masalah.

Adalah menjadi satu lagi missi kepada rakyat untuk terus meminggirkan individu kedua yang dianggap penting untuk disingkirkan, iaitu musuh dalam selimut yang sama statusnya dengan Dolah malah lebih teruk, iaitu pengacau dan mampu menjual negara kepada kuasa asing, individu yang mengetuai pembangkang ini mampu menjadi pengacau kepada kestabilan negara untuk terus harmoni dan makmur.

Kerajaan harus bertindak tegas, once for all.

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...