Showing posts with label Rosmah Najib Karpal Anwar. Show all posts
Showing posts with label Rosmah Najib Karpal Anwar. Show all posts

Friday, August 12, 2011

Karpal buli Rosmah??

Kebiasaannya Anwar selalu mempergunakan pelbagai alasan dan kaedah untuk menangguhkan perbicaraan kes liwatnya hingga menghampakan bukan sahaja Saiful, Pendakwaraya malah sebahagian rakyat juga kerana kes ini sudah berlarutan 3 tahun.

Taktik yang sering dipergunakan Anwar dan para peguam hitamnya hari ini 'makan tuan' apabila buat pertama kalinya Najib dan Rosmah yang hadir di mahkamah atas arahan mahkamah tetapi menolak ditemubual.

"Gurauan" Najib dan Rosmah ini cukup menguji kesabaran Anwar dan puaknya. 

 

Tiada alasan yang diberi kenapa mereka berdua tidak berminat tetapi persepsinya mungkin lebih kepada tidak perlu pembaziran masa kepada perkara yang kurang relevan dan bersifat peribadi.

12 August 2011


PM dan isteri tak mahu jadi saksi pembela

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor memberitahu peguam yang mewakili ketua pembangkang yang juga defendan, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa mereka tidak mahu menjadi saksi pembela.

Ini didedahkan oleh peguam utama Anwar - Karpal Singh - dan juga peguam Sankara Nair.

Karpal dan Sankara, serta peguam kanan Datuk Param Cumaraswamy dan Ram Karpal, berada di dalam bilik yang sama apabila saksi-saksi dibawa masuk, seorang demi seorang.

Karpal berkata, apabila peguambela tiba di kompleks mahkamah, Najib dan Rosmah sudahpun berada di situ.


"Najib masuk dahulu dan apabila kita tanya, beliau kata tak mahu jadi saksi pembela dan tidak mahu ditemubual," kata Karpal.

Kemudian tiba giliran Rosmah dan beliau memberitahu perkara yang sama, dan diikuti pula oleh bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof.

Ketiga-tiga mereka (Najib, Rosmah dan Rodwan) berada di dalam bilik dan mereka tidak ditemani peguam.

Najib dan Rosmah tiba kira-kira jam 2.55 petang dan beredar kira-kira jam 3.28 petang.

Pembantu mereka menunggu di luar semasa mereka menghadiri temubual ringkas itu.

Karpal berkata mereka terkejut kerana tiada tanda-tanda yang Najib dan Rosmah akan datang hari ini.

"Biasanya, mereka akan memberi notis terlebih dahulu," kata peguam kanan itu.

Karpal menyifatkan Rosmah dalam keadaan 'teramat tegang' ketika diajukan soalan dan pada satu ketika, beliau (Rosmah) berkata, "jangan buli saya, Encik Karpal".

Kata Karpal, beliau tidak tahu mengapa Najib dan Rosmah takut untuk datang ke mahkamah, ketika mengulas keengganan mereka untuk menjawab soalan.

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...