Showing posts with label Solat. Show all posts
Showing posts with label Solat. Show all posts

Friday, January 8, 2010

Lawan musuh - kenapa tidak guna kekuatan doa..

Bersabda Rosulullah SAW :“ Sesungguhnya pada waktu malam ada satu saat ( waktu. ). Seandainya seorang Muslim meminta suatu kebaikan didunia maupun diakhirat kepada Allah SWT, niscaya Allah SWT akan memberinya. Dan itu berlaku setiap malam.” ( HR Muslim )

Nabi SAW bersabda lagi :“Pada tiap malam Tuhan kami Tabaraka wa Ta’ala turun ( ke langit dunia ) ketika tinggal sepertiga malam yang akhir.
Ia berfirman : “ Barang siapa yang menyeru-Ku, akan Aku perkenankan seruannya. Barang siapa yang meminta kepada-Ku, Aku perkenankan permintaanya. Dan barang siapa meminta ampunan kepada-Ku, Aku ampuni dia.” ( HR Bukhari dan Muslim )

Walaupun dalam Perlembagaan Negara, agama Islam adalah Agama Persekutuan dan Yang di-Pertuan Agong serta Raja-Raja Melayu adalah ketua agama yang berhak dan bertanggungjawab ke atas agama Islam - tetapi ketika ia diproses mahkamah, kerajaan tidak perlu terburu buru menggunakan kuasa Sultan kerana ia menambakburuk lagi 'persepsi' orang luar bahawa orang Islam telah kalah dan mencari jalan keluar dengan menggunakan kuasa diktator.

Kesilapan awal di pihak KDN kerana membenarkan kes dibawa ke mahkamah sivil dan tidak dirujuk ke YDP Agong dan Mahkamah Syariah harus tidak diulang dengan sikap terburu buru.

Orang Melayu dan Islam jangan menang jadi arang dan kalah jadi abu. Isu ini harus ditangani dengan beribu kali bijaksana.

Sunday, November 9, 2008

Apa khabar Pejabat Kebajikan Masyarakat..

Sebentar tadi jam 2.30 petang, saya singgah sekejap ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Kluang untuk satu urusan peribadi, sampai di sana, seorang kerani kaunter sedang menelefon tetapi dengan senyum memberi isyarat untuk tunggu sebentar, sebaik tamat perbualan dengan manis dan lembut dia bertanya tujuan saya datang..

Selepas membuat beberapa penjelasan dan pertanyaan, nyata kerani tersebut tidak dapat memberi maklumat atau keterangan lanjut yang memuaskan dan mahu saya merujuk terus kepada Pegawainya yang sedang 'bersolat'.

Dalam masa yang sama, sudah ramai tetamu/pelanggan/rakyat yang sedang duduk di ruang tamu menunggu.. Tidak pula saya bertanya mereka samada menunggu pegawai yang sama atau sebaliknya.

Selepas saya, terdapat kira kira 6 orang lagi termasuk 3 orang warga emas dan 2 orang OKU, yang berkerumun di kaunter dan dilayan oleh dua tiga kakitangan dengan urusan yang mungkin berbeza dan tersendiri..

Persaolan saya:

1) Kenapa pegawai tersebut menggunakan waktu pejabat untuk bersolat sedangkan waktu rehat ialah 1.00ptg hingga 2.00 ptg boleh digunakan untuk soal peribadinya.

2) Kenapa kaunter Pejabat Kebajikan Masyarakat berada pada aras dada di mana pelanggan/tetamu/takyat kena berdiri untuk berurusan dengan kerani kaunter sedangkan rata rata pelanggan yang berurusan dengan Kebajikan Masyarikat majoritinya OKU dan Warga Emas. Kenapa tidak Pejabat Kebajikan Masyarakat mengujudkan suasana kaunter mesra pelanggan di mana pelanggan boleh duduk di kerusi semasa berurusan dengan kerani kaunter.

Dalam hal ini Penasihat dan Menteri Kebajikan, Shahrizat dan Ng Yen Yen harus peka dan mempunyai 'sense' dalam berkhidmat untuk rakyat.

Bagi Shahrizat, merebut jawatan Ketua Wanita mungkin lebih penting dari segala galanya demi kehendak bossnya.

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...