Showing posts with label mangkuk hayun. Show all posts
Showing posts with label mangkuk hayun. Show all posts

Saturday, June 25, 2011

Orang Pandai yang Paling Bodoh di Malaysia..

Pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari berpendapat tindakan pihak polis malarang perhimpunan BERSIH pada 9 Julai depan bukan sahaya tidak sah, malah melanggar perlembagaan.

“Mereka bertindak secara tidak sah apabila secara umum memaklumkan tidak akan mengeluarkan permit.

“Sebagai pihak berkuasa awam, mereka hanya boleh membuat keputusan apabila permohonan dibuat,” kata pensyarah Universiti Islam Antarabangsa itu kepada Malaysiakini.

Abdul Aziz (kanan) menjelaskan, bawah perlembagaan, polis perlu menimbangkan setiap permohonan permit dan tidak patut membuat sebarang pertimbangan tidak wajar.

Beliau berhujah, polis membuat penghakiman awal berhubung perkara itu dan sekali gus menentang undang-undang.

Paling teruk apabila ia bertentangan dengan hak yang dijamin dalam perlembagaan.

Katanya, mengikut Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Perskutuan, polis tiada sebarang hak melarang perhimpunan aman yang dijamin.

“Hatta mahkamah juga tidak boleh melakukannya,” kata pensyarah undang-undang itu.

........................................................

Elok juga berdemo di pintu masuk rumah si bahalol ni atau rumah ambiga - tengok terganggu ke tidak kehidupan harian keluarga dan jirannya.

Keputusan dan tindakan pencegahan polis adalah untuk kepentingan dan keselamatan orang awam - perhimpunan haram tanpa permit samalah macam merompak atau lain lain jenayah, tak perlulah tunggu perompak membuat permohonan untuk merompak baru polis nak bagi tahu, permohonan rompak itu ditolak dan tidak diberi permit merompak - bahalol punya mangkuk.

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...