Showing posts with label matematik. Show all posts
Showing posts with label matematik. Show all posts

Wednesday, July 21, 2010

Kalau Najib tak risau, kenapa harus kita??????

21/07/2010 8:33pm

KUALA LUMPUR 21 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, UMNO masih merupakan parti terbesar bagi orang Melayu di negara ini apabila jumlah terkini ahli berdaftar selepas proses pemutihan dijalankan menjangkau 3.2 juta orang.

Sehubungan itu Perdana Menteri tidak dapat menerima sebarang dakwaan yang menyatakan bahawa orang Melayu `meluat’ dan enggan menyertai UMNO kerana jumlah itu membuktikan sokongan padu orang Melayu terhadap parti tersebut. - Utusan


Patut le penat kita bercakap di sini dan di sana, rupanya matematik Najib simple dan mudah sahaja, UMNO ada lebih 3 juta ahli menunjukkan UMNO disayangi dan disokong, dakwaan orang Melayu meluat pada UMNO adalah karut semata mata.

Katakanlah pendapat Najib itu benar, tapi cukup ke 3 juta ahli itu untuk UMNO membawa BN menang di PRU13 nanti.

Bagaimana pula dengan pendapat 300 atau 3000 bloggers yang menyokong UMNO selama ini, pendapat mereka pun hampeh???

KALAU NAJIB TAK RISAU, KENAPA HARUS KITA?????

SATUS QM TERKINI

  Sejak Disember 2023 agak kecoh di medsos dan berlarutan hingga sekarang. Masing masing yang peka berkenaan perkembangan QM mungkin tidak p...