Showing posts with label pakar cerun. Show all posts
Showing posts with label pakar cerun. Show all posts

Monday, May 23, 2011

Nasihat pakar di abaikan...

Niat PM dan Isteri untuk balik sebentar ke Malaysia dari Amerika sebelum ke Jepun semula untuk menziarahi keluarga anak yatim yang mati dan tercedera tragedi tanah runtuh di Hulu Langat adalah sesuatu yang baik.

Pakar Cerun sebelum ini telah menasihatkan supaya kawasan tersebut dibiarkan sementara supaya keadaan tanah menjadi stabil semulajadi tidak dihiraukan apabila ribuan telah mengunjunginya semula dengan kemah2 dipasang bagi menyambut Najib. Apakah malapetaka akan berlaku lagi apabila 'politik bodoh' tidak menghiraukan nasihat pakar tersebut.Kenapa kawasan 'sedih' itu dijadikan seolah tapak pesta dengan kunjungan ribuan manusia yang ingin menunjukkan 'politik' mereka.

Apakah ini yang dikatakan mendekati rakyat, inikah cara yang paling bijaksana. Apakah kunjungan Muhyidin selama ini tidak cukup berkesan untuk menyaatakan UMNO prihatin rakyat. Apakah ini akan jadi satu lagi agenda politik murahan dan kesempatan atas tragedi yang menimpa orang lain. Apakah negara ini 'one man show' hingga semuanya memerlukan dan menanti 'najib dan rosmah' sahaja.

Bagaimana tragedi seperti ini berlaku saban minggu, apakah termampu najib dan rosmah lakonkan setiap minggu???

SATUS QM TERKINI

  Sejak Disember 2023 agak kecoh di medsos dan berlarutan hingga sekarang. Masing masing yang peka berkenaan perkembangan QM mungkin tidak p...