Showing posts with label rakyat. Show all posts
Showing posts with label rakyat. Show all posts

Sunday, July 3, 2011

Rakyat majoriti mendesak....

Rakyat majoriti yang akur atas titah DYMM Yang Di Pertuan Agung berhubung sewajarnya pembatalan BERSIH 2.0 9hb Julai mendesak polis mengambil tindakan yang lebih drastik terhadap mana mana individu yang bukan sahaja telah melakukan tetapi juga yang berpotensi untuk melakukan apa sahaja bentuk hasutan dan cubaan hasutan serta provokasi di bawah Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969. 

Majoriti rakyat tidak mahu tindakan hanya di ambil ketika keadaan sudah menjadi buruk dan hilang kawalan. Langkah2 pencegahan juga mesti di ambil seawal mungkin 6hb hingga 12hb Julai memastikan tidak ada apa apa perhimpunan lain yang berpotensi untuk disalahguna oleh prokomunis ini.

Pengawasan, pemantauan dan pengawalan juga kena dibuat terhadap semua rumah ibadat yang ada kemungkinan sabotaj dilakukan di sana untuk mencetuskan pertikaian ugama dan kaum ke arah huruhara.


Nama2 besar dalam BERSIH, parti politik, NGO dan orang perseorangan perlu diletakkan di bawah pengurungan di rumah atau tempat khas dalam tempoh tersebut jua.


Malaysia yang berbilang kaum hanya memerlukan api kecil untuk membakar menjadi besar seterusnya mencetus dan meletup yang sudah tidak terkawal lagi. Langkah pencegahan yang tegas perlu di ambil.


Rakyat majoriti merayu kepada pihak berkuasa untuk bertindak sekarang. Tidak wajar ada pengecualian, kompromi pada mana2 pihak demi keselamatan dan keamanan.


BERSIH 2.0 sebenarnya satu permulaan dan cubaan puak tertentu untuk melihat sejauhmana ketahanan rakyat dan negara. Sudah pasti akan ada lagi yang serupa untuk terus mengancam negara dari dalang dalam dan luar negara.

Sunday, February 1, 2009

Rakyat nak tahu..

7) Bila kerajaan akan membina dan menyelenggara jalanraya ke satu standard yang membantu pengurangan kemalangan akibat jalanraya yang teruk dan tidak ada tanda tanda keselamatan yang wajar - bila keraajaan mahu berhenti membunuh rakyatnya sendiri.

6) Untuk mengtasi masalah kenaikan gula tidak lama lagi, Shahrir wajar tidak membiarkan Kuok monopoli impot gula - harus dibenarkan kepada lain lain syarikat untuk membawanya masuk dengan harga yang lebih rendah - ada berani ke ..

5) Kenapa Kerajaan negeri yang dikuasi Pakatan belum lagi mengeluarkan bukti bukti bahawa Menteri Besar dan Ketua Menteri Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Perak yang dulunya dituduh menyeleweng dan rasuah, sekarang kenapa diam.

4) Kenapa pendatang asing halal dan haram masih tidak dikurangkan secara besar besaran untuk digantikan dengan wargta tempatan dalam menghadapi kemelut ekonomi dengan pembuangan pekerja dan penutupan kilang.

3) Kenapa 15% surcharge tambang bas express belum turun

2) Kenapa harga petrol belum turun.

1) Kenapa harga barang belum turun.

Thursday, October 16, 2008

Kebebasan bersuara, siapa yang dikecualikan..

Tidak kira wartawan, akhbar, penulis, ahli politik atau orang awam sekali pun, mereka harus bebas bersuara tetapi juga harus bebas diambil tindakan atau saman oleh mana mana pihak tanpa syarat. Tidak wajar ada kebebasan di sebelah pihak atau ada undang2 lain yang mengecualikan mereka atau sesuatu pihak yang lain.

Tetapi selesaikah masalah itu atau persaolan itu ??

Tetapi yang lebih tidak mengerti kenapa dalam bercakap mengenai kebebasan bersuara dan berpihak, kenapa pula ada unsur memaksa dan mengugut satu pihak lain untuk berpihak kepada siapa saja yang dia suka dan dengan apa jua alasan yang dia beri.

Anehnya pembangkang setiap hari mengeluarkan dakwaan demi dakwaan sejak saya dilahirkan hingga sekarang, tetapi bila bercakap mengenai bukti atau diterjemahkan sebagai tindakan mengikut lunas undang undang, terlalu sedikit, habuk pun takddak sampai sekarang.

Jika pihak polis atau BPR atau mana mana institusi gagal ( jangan lupa termasuk pembangkang, tidak dikecualikan ) maka wajar pihak yang mendakwa mengheret perkara itu kemuka pengadilan.

Tetapi akhirnya jangan lupa, kuasa untuk menilai sesuatu pihak ( kerajaan atau pembangkang) akan dibuat oleh rakyat melalui pilihanraya. Pembangkang atau kerajaan pasti tidak mampu menipu rakyat pada setiap masa dan pada semua perkara.

Dan hormatilah kebebasan dan penilaian rakyat melalui pilihanraya yang memilih parti mana yang membentuk kerajaan. Jangan dirompak kebebasan rakyat itu dengan 'merampas kuasa' dalam apa jua cara.

Jadilah lebih jantan dari jantan dalam politik. Jangan selalu sangat main atau masuk melalui pintu belakang.

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...