Showing posts with label slogan. Show all posts
Showing posts with label slogan. Show all posts

Tuesday, September 8, 2009

UMNO sebok Slogan dari tambah pengundi..

PUTRAJAYA 8 Sept. - DAP ( No. 1 ) adalah parti yang paling aktif dalam membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendaftarkan pengundi baru yang melepasi umur 21 tahun sejak Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) tahun lalu.
PAS No. 2, UMNO No. 3 dan lain lain hampeh..

Apakah UMNO sebok dengan 1Malaysia dan mereka terpedaya dengan iklan2 di media massa yang kononnya menunjukkan pelbagai kaum menyambut baik slogan itu. Mereka mengharapkan keajaiban akan berlaku pada slogan sebagai faktor untuk kemenangan di pilihanraya nanti...karutttttttt...
Zaman slogan menjadi terpenting dan terpengaruh sudah pudar sejak slogan Cemerlang, Gemilang, Terbilang dan makin berkubur dengan slogan Islam hadhari.
Adakah 1Malaysia, Rakyat Didahulukan Keberkesanan Di Utamakan akan menerima nasib yang sama?
Apakah benar, kata dibibir, sama di hati ?!!
Rakyat sedang menilai.
Mungkin slogan 1 Untuk Najib 1 Untuk Muhyidin (N1H1) lebih popular dari slogan slogan di atas.
Slogan Bersih Cekap Amanah dan Malaysia Boleh di zaman Mahathir sahaja mampu betul betul dijiwai dan mempengaruhi rakyat itupun kerana Kepimpinan Melalui Tauladan.

Sunday, February 15, 2009

Fobia

Di dalam UMNO - ada dua nama yang keji - Najib dan Khir Toyo - tidak semulia, hebat, maksum dan sesempurna Anwar - hatta Niz Aziz sendiripun teraba raba dalam berpendirian untuk dilihat setaraf dengan Anwar.

Gara gara UMNO merampas kerajaan negeri Perak sekelip mata - bagai halilintar ia cukup memalukan dan sangat terkecewa.

Sejak peristiwa itu, hari ini dan mungkin hari hari seterusnya apa juga yang UMNO lakukan atau apa apa yang berkaitan dengan pengaruh UMNO seperti SPR, Polis, Sultan dan sebagainya ia cukup mendatangkan pelbagai reaksi, cuak, buruk sangka dan pelbagai versi dan tafsiran bagi puak Pakatantipu Rakyat atau Pakatan Riot.

Setiap gerak langkah UMNO cukup diperhatikan, malahan kalau ada pemimpin UMNO terkentut pun mereka sangka itu bom gas FRU. Bayang bayang UMNO bagai malaikatmaut yang datang menjemput.

Anwar harus menenangkan rakan rakanya dan kembali berkeyakinan bahawa mereka mampu memang di kedua dua pilihanraya kecil sekali lagi, banyakkan slogan untuk rakyat, kebajikan rakyat, perjuangan rakyat...dan ciptalah slogan slogan baru.

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...